Tuesday 27 September 2011

From Newcastle to Sunderland

Sudah menjadi trend penduduk UK, melancong di dalam atau luar negara setiap kali musim cuti sekolah, terutama di musim bunga dan panas.

Semasa Easter break  2003 kami juga tidak ketinggalan pergi melancong di dalam negeri. Ini merupakan  cuti sekolah panjang yang pertama bagi anak-anak saya yang baru mula belajar di UK. Kami mengambil kesempatan ini untuk membawa mereka melihat tempat-tempat baru yang menarik dan terkenal di negara yang mereka hanya kenal dan tahu dari jauh sebelum ini.

Membawa anak-anak bercuti dan melihat tempat-tempat lain adalah sebahagian daripada tarbiah kami kepada mereka. Masa yang terluang bersama mereka dimanfaatkan sepenuhnya. Hubungan erat sesama ahli keluarga dapat dipupuk ..... makan bersama, gelak ketawa bersama, berkemas bersama ..... semuanya dilakukan bersama.  Mereka juga diperingatkan supaya berfikir dan meneliti akan ciptaan dan kekuasaan Allah setiap kali menikmati keindahan alam, milik yang Maha Pencipta. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal"

Ali-Imran:190

Cuti Easter tahun itu kami menziarah anak saudara saya yang tinggal di Newcastle sambil bercuti. Satu perjalanan yang agak jauh, lebih kurang 350 km dari Loughborough, tempat tinggal kami . Dengan menggunakan kereta lama sudah tentu perjalanannya juga mengambil masa yang lama, di antara 5 hingga 6 jam.
Perjalanan  yang hanya mengambil masa 3 jam lebih sedikit.....
 Loughborough berada di tengah UK. Ia sebuah pekan kecil  yang nyaman, tenang dan tidak begitu sibuk tetapi mempunyai sebuah universiti yang unggul dan terbilang. Bandar Newcastle terletak di utara England dan tidak berapa jauh dari Sunderland, sebuah bandar tepi laut.

Sunderland sangat dekat di hatiku. Inilah tempat pertama saya tinggal berseorangan dan berjauhan dari keluarga. Banyak kenangan silam dan pengalaman baru yang dilalui  selama 2 tahun berada di sana.
Di sinilah berlaku "the turning point in my life" .....
Di sinilah saya mula-mula mendapat pancaran cahaya ilahi yang sebenar-benarnya .....
Di sini jugalah saya diperkenalkan dengan kata-kata azimat ...."Islam as a way of life" ...
...Yang mana sehingga kini saya masih mengamalkannya, alhamdulillah!

Memang sudah lama saya ingin kembali menjejak kaki ke bandar itu setelah meninggalkannya pada tahun 1981. Walaupun saya pernah kembali ke England pada tahun 1990 tetapi saya tidak berkesempatan ke sana. Namun pada kali ini saya tidak melepaskan peluang yang ada ....... so sebelum meneruskan perjalanan pulang kami buat detour ...... From Newcastle to Sunderland.

Kami berada selama 2 malam di Newcastle.  Ketika di Newcastle kami hanya sempat berjalan-jalan ke pantai, carboot dan tempat kegemaran anak-anak lelaki ..... stadium bola pasukan  Newcastle United, St James Park. Kami tidak berminat ke shopping complex  kerana  di mana-mana pun di UK suasananya lebih kurang sama. Pada pagi hari yang ketiga sebelum  bertolak balik kami melencong ke Sunderland.
St James Park, Newcastle 2003
sempat masuk ke kedainya ..... adik dapat bola sebagai souvenir
St James' Park is an all-seater stadium in Newcastle upon Tyne, England. It is the home of Newcastle United Football Club, and the oldest and largest football stadium in the North East of England. It is the sixth largest football stadium in the United Kingdom.


Bergambar bersama anak saudara, cucu saudara, sepupu-sepapat
di tepi pantai Newcastle  2003
Saturday Carboot in Newcastle, 2003 
Jarang2 ada, selalunya Sunday carboot
Apabila tiba di Sunderland terasa begitu teruja sekali ....... ohhhh.....Sunderland I'm back after 22 years. Sebenarnya kami hanya drive through bandar Sunderland sahaja ....... tidak menjejak kaki pun tetapi kami ada menyinggah ke beberapa tempat yang berhampiran seperti Stadium of Light dan Roker & Seaburn Beach.

Stadium of Light juga terletak di kawasan Monkwearmouth
Pantai yang panjang..... Roker Beach bersambung dengan Seaburn Beach
Monkwearmouth is an area of Sunderland located at the north side of the mouth of the River Wear. It was one of the three original settlements on the banks of the River Wear along with Bishopwearmouth .....wikipedia

Roker Beach .......... Sunderland  2003
Seaburn Seafront, Sunderland  2003
Ashraf, Afiq & Afnan ........ and Stadium Of Light  2003
The Stadium of Light is the magnificent home of Sunderland AFC, widely regarded as one of the best stadiums in Europe.
Wearmouth Brigde in Winter from Mr Goodle.......merentasi sungai wear
 ...... satu landmark yang  sangat-sangat  diingati hingga kini
Apabila melihat dan melintasi jambatan di atas teringatlah ketika di mana saya dan kawan-kawan sekolej menaiki bas setiap hari melaluinya  untuk pergi ke kolej. Setiap pagi saya mengambil bas dari bandar ke kolej yang terletak di kawasan bernama Monkwearmouth di sebalik sana sungai. Ketika  melalui bandarnya pula terkenanglah saat-saat saya berada di sana ...... menunggu bas dalam keadaan hujan renyai-renyai  berserta salji, kesejukan ditiup angin kencang yang sangat menyukarkan untuk  berjalan ...... satu pengalaman yang tidak akan pernah saya lupakan.

Oleh kerana kesuntukan masa kami tidak dapat meninjau dengan lebih jauh ke dalam bandar. Adalah sesuatu yang mustahil  untuk mengimbau kembali kenangan lama dalam masa yang begitu singkat. Namun terpaksalah berpuas hati dengan lawatan yang singkat dan ringkas ini, sekadar mengembalikan nostalgia yang saya pernah berada di sini 22 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun di zaman yang canggih ini saya dapat mengimbau kembali kenangan lama dengan mudah melalui google earth. Dengan cara ini saya boleh merayau-rayau dengan sesuka hati mencari tempat-tempat yang familiar dan banyak memberi kenangan. Antara tempat-tempat yang menjadi sebahagian dari kehidupan ketika itu ialah seperti Elmwood street ( tempat tinggal tahun pertama 'A' Level), Salisbury Street (tempat tinggal  tahun kedua 'A' Level), Havelock Terrace (rumah rakan-rakan sekolej), Western Hill ( kedai mendapatkan daging halal) dan Mowbray Park (tempat melepaskan tension).

 gambar diambil melalui google earth .......
 salah sebuah kedai di mana kami selalu mendapatkan bekalan
 daging dan ayam halal
 
Kedai di atas beralamat di Western Hill. Dulu kami memanggilnya Kedai Paki (ringkas dari Pakistan), tetapi kini kalau dilihat daripada namanya ia dimiliki oleh orang Bangla. Kali terakhir kami meninggalkan UK (2006)  perniagaan seperti ini memang banyak dimonopoli oleh orang-orang Bangla. Bangsa mereka sangat menonjol di kalangan masyarakat Islam UK.

Saturday 17 September 2011

Allah Amat Dekat Dengan Orang Yang Berdoa

 Abdul  Latip Talib dalam novel sejarahnya yang bertajuk Hulagu Khan telah menceritakan bagaimana orang Monggol tidak takut betapa besar sekalipun jumlah tentera Islam Abbasiah, banyaknya pedang tentera Islam bersinar atau banyaknya anak-anak panah berterbangan dari pihak Islam.

Apa yang mereka geruni dari pihak lawan  hanyalah doa orang Islam; kerana doa inilah yang menakutkan Genghis Khan, datuknya, dari menawan kota Baghdad dulu. Kerana doa ini jugalah menakutkan Hulagu Khan dari mara ke Makkah dan Madinah di hujung usianya. Doa dan munajat kepada Tuhan adalah senjata sebenar umat Islam.

Hulagu Khan seorang pemimpin perang yang pintar. Mereka memperdaya dahulu para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam.

Sesuap saja makanan haram, akan mengakibatkan doa kita selama 40 hari tidak terkabul. Apabila makanan haram yang masuk ke perut kita lebih dari sesuap bahkan berkali-kali sehingga tidak terhitung lagi, sudah tentu sampai matipun kita berdoa, Allah tidak akan mengabulkannya.

Pada suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,

"Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya."

Rasulullah menjawab, "Hai Saad, makanlah yang baik, (halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya seorang yang pernah melemparkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya (perutnya), maka tidaklah akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Siapa saja manusia yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang itu."

(HR. Alhaafidh Abubakar bin Mardawih dikutip oleh Alhaafidh Ibnu Kathir dalam tafsirnya).

Allah amat dekat dengan orang yang berdoa. Firman Allah,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(QS. Al Baqarah: 186)

Sebagian sahabat radhiyallahu ‘anhum berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ رَبُّنَا قَرِيبٌ فَنُنَاجِيهِ ؟ أَوْ بَعِيدٌ فَنُنَادِيهِ ؟ فَأَنْزَلَ اللَّهُ هَذِهِ الْآيَةَ

“Wahai Rasulullah, apakah Rabb kami itu dekat sehingga kami cukup bersuara perlahan ketika berdo’a ataukah Rabb kami itu jauh sehingga kami menyerunya dengan suara kuat?” Lantas Allah Ta’ala menurunkan ayat di atas.

(Majmu’ Al Fatawa, 35/370)

Abul ‘Abbas Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Kedekatan yang dimaksud dalam ayat ini adalah kedekatan Allah pada orang yang berdo’a (kedekatan yang sifatnya khusus).”

(Majmu’ Al Fatawa, 5/247)

Perlu diketahui bahwa kedekatan Allah itu ada dua jenis:

  1. Kedekatan Allah yang umum dengan ilmu-Nya, ini berlaku pada setiap makhluk.

  2. Kedekatan Allah yang khusus pada hamba-Nya dan seorang muslim yang berdo’a pada-Nya, yaitu Allah akan mengijabahi (mengabulkan) do’anya, menolongnya dan memberi taufik padanya.                                                  (Taisir Al Karimir Rahman, hal. 87)
Kedekatan Allah pada orang yang berdo’a adalah kedekatan yang khusus seperti jenis kedua. Allah begitu dekat pada orang yang berdo’a dan yang beribadah pada-Nya. Sebagaimana disebutkan dalam hadis juga bahawa tempat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Allah adalah ketika ia sujud.

(Majmu’ Al Fatawa, 15/17)

Siapa saja yang berdo’a pada Allah dengan menghadirkan hati ketika berdo’a, menggunakan do’a yang ma’tsur (dibimbing), menjauhi hal-hal yang dapat menghalangi terkabulnya do’a (seperti memakan makanan yang haram), maka niscaya Allah akan mengijabahi do’anya. Lebih-lebih lagi jika ia melakukan sebab-sebab terkabulnya do’a iaitu, tunduk pada perintah dan larangan Allah dengan perkataan dan perbuatan, dan disertai dengan mengimaninya.

(Taisir Al Karimir Rahman, hal. 87)

Berdasarkan pengetahuan ini seharusnya seseorang tidak meninggalkan berdo’a pada Rabbnya yang tidak mungkin menyia-nyiakan do’a hamba-Nya. Yakinilah bahawa Allah benar-benar begitu dekat dengan orang yang berdo’a, bererti akan mudah mengabulkan do’a setiap hamba. 

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda,

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan  ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.


(HR. Tirmidzi no. 3479. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Ingatlah hadis dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda,

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ

Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah Ta’ala selain do’a."

 (HR. Tirmidzi no. 3370, Ibnu Majah no. 3829, Ahmad 2/362. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan).

Ada beberapa jalan Allah kabulkan do’a. Dari Abu Sa’id, Nabi SAW bersabda,

« ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنُْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ». قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ « اللَّهُ أَكْثَرُ »

Tidaklah seorang muslim memanjatkan do’a pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahmi (antara kerabat, pen) melainkan Allah akan beri padanya tiga hal: [1] Allah akan segera mengabulkan do’anya, [2] Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan [3] Allah akan menghindarkan darinya keburukan yang seumpama.” Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdo’a.” Nabi SAW lantas berkata, “Allah nanti yang memperbanyak mengabulkan do'a-do'a kalian.

(HR. Ahmad 3/18. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya jayyid)

Dalam sesetengah keadaan kemungkinan Allah menunda mengabulkan do’a. Boleh jadi pula Allah mengganti apa yang dihajati kita dalam do’a dengan sesuatu yang Allah anggap lebih baik. Atau boleh jadi pula Allah akan mengganti dengan pahala di akhirat. Jadi do’a tidaklah sia-sia.