Saturday 2 February 2013

Qasidah - Maula Ya Sali Wasallim

QASIDAH  Maula Ya Sali Wasallim ini juga dikenali sebagai Qasidah Burdah (selimut). Ini kerana bait-bait syair yang terkandung dalam nasyid ini dipetik dari  Qasidah Burdah asal yang sangat terkenal, yang juga dipertikaikan "kehalalannya" oleh sebahagian ulama  di zaman ini. Doa berbentuk syair ini disusun oleh Syeikh Syarifuddin Abu Abdillah Muhammad bin Zaid Al Bushairi yang hidup pada abad ke-7 H. Beliau adalah seorang ulama Tarikat Syadziliyah bermazhab Syafie, murid Abu Abas Mursyi.

Ada ulamak mengatakan terdapatnya beberapa bait dalam syair ini yang mengandungi unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan aqidah. Oleh itu mereka menghukumnya sebagai bidaah bagi sesiapa yang membacanya. Apa-apa pun sebagai langkah berjaga-jaga kita sepatutnya menyandarkan aqidah kita hanya kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jika diperhatikan pada makna lirik nasyid ini tidak terdapat sebarang elemen yang meragukan. Ia hanyalah satu puji-pujian terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita sama-sama menikmati keindahan alunan iramanya serta menghayati isi kandungannya agar cinta kita terhadap Rasulullah SAW terus segar dalam jiwa kita insyaAllah.

“Diriwayatkan dari Abu Jum’ah RA yang berkata “Suatu ketika kami pernah makan siang bersama Rasulullah SAW dan ketika itu ada Abu Ubaidah bin Jarrah RA yang berkata “Wahai Rasulullah SAW adakah ada orang yang lebih baik dari kami? Kami memeluk Islam dan berjihad bersama Engkau. Beliau SAW menjawab “Ya, ada iaitu kaum yang akan datang setelah kamu, yang beriman kepadaku padahal mereka tidak melihat aku”.

 (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad juz 4 hal 106 hadis no 17017 tahqiq Syaikh Syu’aib Al Arnauth dimana beliau berkata حديث صحيح hadis ini shahih).





Mawla Ya Solli wa sallim da iman abadan
'Ala habii bi ka khayril khal qi kulli himi

Wahai Tuhanku !
selawat dan salam sudi Engkau limpahkan
kepada kekasihMu sentiasa selamanya
sebaik-baik makhluk yang Engkau ciptakan

O Mawla (Protector),
send prayers and peace always and forever
Upon Your Beloved, the best out of all of Creation.

Muhammadun Sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min 'arabin wa min 'ajami

Muhammad itu adalah Penghulu dari dua dunia
dan dua kelompok (manusia dan jin),
dan ikutan bagi orang Arab dan bukan Arab.

Muhammad is the Sayyid (Master) of the two worlds
and the two groups (men and jinn),
And the Guide of both the Arabs and the non-Arabs.

Huwal habibul ladzi turja shafa'atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami

Dialah Kekasih Allah diharapkan kesyafaatan
Pada setiap hal dari hal kebaikan yang dilakukan

Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of Judgement,which on us descend

Tsumma ridha 'an Abi Bakrin wa 'an 'Umarin
Wa 'an 'Aliyyin wa 'an 'Uthmana zil karami

Kemudian redha dengan Abu Bakar dan Umar
juga Ali dan Usman yang dimuliakan

Then we ask You to be pleased with Abu Bakr, 'Umar,
'Ali and 'Uthman the generous one

Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma ma dha ya wasi'al karami

Wahai Tuhan ! Perkenankan hajat kami dengan berkat Nabi Pilihan
dan ampunilah dosa kami yang lalu Wahai Tuhan Yang Punya Kemuliaan

O my Lord! with the Elect One make us attain our goals
And forgive us for what has passed,O Most Munificent One!


Qasida Burdah
Arabic-English-Malay Translation