Tuesday 31 March 2015

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 4 )

Day 1 - 2/6/2014
Destinasi lawatan di hari pertama:

1 Masjid Raya Baiturrahman
2 Kapal PLTD Apung
3 Kapal Apung Lampulo
4 Makam Syiah Kuala

Day 2 - 3/6/2014
Destinasi lawatan pada hari kedua:

1 Taman Sari Gunongan
2 Masjid Teuku Omar
3 Muzium Rumah Cut Nyak Dien
4 Pantai Lampuuk Lhoknga
5 Masjid Rahmatullah Lampuuk
6 Masjid Baiturrahim Ulee Lheue
7 Pelabuhan Ulee Lheue
8 Kuburan Massal Ulee Lheue
9 Lapangan Blang Padang
10 Muzium Aceh
11 Pasar Aceh

Day 3 - 4/6/2014
Destinasi lawatan pada hari ketiga - Pulau Weh   

1. Tugu Kilometer Nol
2. Pantai Iboih
3. Pantai Gapang
4. Gerai Rojak Pulau Klah
5. Masjid Jamek Kota Sabang
6  Pantai Sumur Tiga
7. Sabang Hill
8. Kota Sabang
9. Taman Wisata Kuliner

Day 4 - 5/6/2014
Destinasi lawatan pada hari keempat :

1. Perjalanan pergi ke  Kota Lhokseumawe
2. Masjid Kayu Tua Indrapuri
3. Perpustakaan Kuno Tanoh Abee

Kota Lhokseumawe


Lhokseumawe berada di pertengahan Jalan Lintas Banda Aceh - Medan
Kota Lhokseumawe adalah bandar kedua terbesar  di Provinsi Aceh dan ia berada di pertengahan jalur timur Sumatera, tepatnya di antara Kota Banda Aceh dan Kota Medan  Kedudukan  kota ini menjadikannya berfungsi sebagai pusat pengedaran dan perdagangan yang sangat penting bagi Aceh. Jarak tempuh Medan ke Lhokseumawe memakan waktu lebih kurang 6 jam melalui jalan jalur ini dan begitu juga untuk Banda Aceh ke Lhokseumawe.

 Kata Lhokseumawe berasal dari kata "Lhok" dan "Seumawe". Lhok artinya dalam, teluk, palung laut dan Seumawe artinya air yang berputar-putar atau pusat mata air. Kota kecil ini juga dikenali sebagai kota gas. Ia adalah sebuah pulau yang luasnya hanya 11 km yang dikelilingi laut dan dibelah sungai Krueng Cunda.

Kota Lhokseumawe terletak di sebelah utara yang berbatasan dengan Selat Malaka, sebelah Selatan dengan Kecamatan Kuta Makmur (Kabupaten Aceh Utara), sebelah barat dengan Kecamatan Dewantara (Kabupaten Aceh Utara) dan sebelah timur dengan Kecamatan Syamtalira Bayu (Kabupaten Aceh Utara).

Kota Lhokseumawe....sebuah "pulau " kecil
5/6/2015
Hari ini kami akan melakukan satu perjalanan yang sangat jauh. Ia akan bermula dari Kota Sabang dan berakhir `di Kota Lhokseumawe. Pagi ini kapal ke Banda Aceh dijadualkan bertolak jam 8.00 pagi. Oleh kerana itu pukul 6.45 pagi Mas Har sudah datang ke hotel menjemput kami (seperti yang dijanji) untuk dihantar ke Pelabuhan Balohan. Walau pun tempuh perjalanan dari hotel ke pelabuhan antara 15-20 minit sahaja tetapi kami tidak mahu mengambil risiko 'terlambat' kerana tiket sudah dibeli. Tambang ke pelabuhan ini dibayar asing daripada bayaran sewa sebelumnya kerana sudah termasuk hari lain.

Sebelum bertolak sempat bergambar di depan hotel sebagai kenang-kenangan pernah 'menjejak kaki di Sabang', kota paling barat di Indonesia.



Amaran dari pihak hotel kepada
 pelanggan-pelanggannya yang masih belum berkahwin
Alhamdulillah, tiada apa-apa halangan dalam perjalanan ke pelabuhan. Jam 7.05 pagi kami sudah sampai ke Pelabuahn Balohan. Masih ada banyak waktu lagi sementara menunggu kapal cepat yang akan bertolak pukul 8.00 pagi. Kami bersarapan dahulu di salah sebuah gerai yang banyak terdapat di situ. Pagi ni saya mencuba Nasi Gurih Aceh. Kami juga sempat bergambar di sekitar pelabuhan. Ketika sampai pagi semalam kami tidak dapat bergambar kerana hari hujan, tetapi hari ini cuaca sangat baik. 



Welcome To Sabang, Weh Island
Tepat jam 8.00 pagi kapal bertolak ke Banda Aceh. Kali ini pelayarannya tenang......tidak seperti pagi semalam yang agak 'ganas', kerana cuaca pagi ini sangat elok sekali. Tempoh perjalanan juga terasa sekejap sahaja berbanding ketika datang semalam.


Pagi ni happy.....tak mabuk laut....
Pelayaran tenang aje!
 Sekali lagi alhamdulillah, kami selamat sampai di Pelabuhan Ulee Lheue. Syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi yang telah memudahkan segala urusan kami dari awal sehingga akhir pengembaraan ringkas kami, sehari semalam, ke Pulau Weh. Walau pun sangat sekejap tetapi kami tetap berpuas hati kerana diberi kesempatan mengunjunginya.

Hari ini kami akan membuat satu lagi pengembaraan ringkas, dua hari satu malam, tetapi kali ini melalui Jalan Lintas Sumatera. Kami sudah berurusan dengan Pak Iskandar untuk terus menyewa keretanya ke Lhokseumawe tetapi dengan harga yang lain kerana ia melibatkan perjalanan di luar kota. Harga sewa yang baharu yang telah dipersetujui ialah 650 ribu sehari, termasuk supir tetapi tidak termasuk benzin atau minyak. Seperti biasa makan minum supir ditanggung dan kali ini tempat tidurnya juga ditanggung.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami memulakan perjalanan. Singgah sebentar di bank untuk menukar ringgit ke rupiah....RM 1000 dapat Rp 3.4 juta. Oleh kerana perjalanan ini agak jauh, kami perlu bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku...."sediakan payung sebelum hujan".  

Dalam perjalanan ini kami memang merancang untuk berhenti dan melawat 2 tempat yang sarat dengan sejarah Aceh. Tempat pertama yang kami lawat ialah Masjid Tuha (tua) Indrapuri.  Letaknya tidak jauh dari pasar Indrapuri atau sekitar 24 kilometer ke arah Utara dari Banda Aceh. Lokasinya berhampiran jalan Banda Aceh-Medan, Desa Pasar Indrapuri, Kecamatan Indrapuri, Aceh Besar

  

Gambar Google
Tembok tinggi itu adalah bekas candi yang mengelingi masjid
 Ada beberapa versi yang menceritakan bagaimana terdirinya bangunan ini. Ada versi yang mengatakan ianya dibina ketika masuknya Islam di Aceh pada masa Sultan Iskandar Muda sekitar tahun 1607-1636. Dengan berkembangnya Islam, candi itu harus diruntuhkan. Sultan akhirnya membina masjid di atas runtuhan tempat beribadah umat Hindu itu.

Versi lain pula mengatakan bahawa bangunan ini telah dibina sejak abad 10 Masehi lagi sebagai peninggalan kerajaan Poli/Puri yang kemudian disebut kerajaan Lamuri oleh bangsa Arab.

Sebelum masa Iskandar Muda, seorang pendakwah Islam bernama Abdullah Kan’an yang bergelar Tengku Abdullah Lampeuneuen dari Peurelak, bersama Meurah Johan dari kerajaan Lingga mencuba mengajak raja beserta rakyat Kerajaan Lamuri untuk memeluk Islam. Hasil dari dakwah mereka dan juga bantuan yang diberi ketika menentang musuh Kerajaan Lamuri sehingga membawa kejayaan, menyebabkan Raja dan rakyat Lamuri menerima Islam.

Setelah menjadi kerajaan Islam, Raja Lamuri diberi gelaran Sultan Alaidin Johan Syah Dhilullah Fil’alam. Raja memerintahkan rakyat agar meruntuhkan semua tempat peribadatan mereka. Candi-candi itu pun diruntuhkan dan kemudian di  atas runtuhan candi itu dibinalah masjid.

Dalam mana-mana versi pun. masjid ini tetap menjadi saksi masuknya Islam di Aceh kerana yang pasti ia dibina  di atas pertapakan bekas candi. Masjid ini diperbuat daripada kayu, didirikan di atas tapak binaan daripada batu kapur dan tanah liat. Ia dikelilingi tembok batu yang bertingkat-tingkat.

Masjid ini telah menjadi saksi sejarah sejumlah peristiwa penting semasa Kerajaan Aceh Darussalam.
Ia pernah berfungsi sebagai benteng pertahanan ketika pendudukan Portugis dan Belanda di Aceh. Di masjid ini, Muhammad Daud Syah dilantik sebagai Sultan Aceh yang terakhir pada tahun 1874. Ketika itu dikatakan Indrapuri menjadi ibu kota Kesultanan Aceh untuk selama beberapa bulan sebelum dikuasai Belanda., Dari masjid ini pula, banyak ulama besar dan para pemikir Aceh muncul.

Pintu gerbang ......Benteng/Masjid Indrapuri
Sebelum masuk ke dalam kawasan bangunan, ada sebuah pintu gerbang kecil di bahagian timur. Setelah melepasi gerbang kecil itu, kita harus berjalan seperti melewati pelataran. Demikian luasnya halaman masjid ini.

Di halaman masjid
Di halaman tingkat kedua, terdapat kolam yang menampung air hujan. Gunanya sebagai tempat untuk menyucikan diri. Halaman kedua ini sekitar 10 meter, yang dibuat mengelilingi masjid. Sekali pandang, bentuk bangunan ini berkonsepkan perpaduan masjid dan benteng, sekaligus bercorak candi.


Di halaman masjid tingkat 2
Pada bahagian dalam masjid terdapat satu mimbar, yang biasa digunakan khatib ketika menyampaikan khutbah Jumaat. Untuk naik ke mimbar ini, ada tiga anak tangga yang harus diinjak, masing-masing luasnya setapak kaki orang dewasa.




Meski pun masjid ini dilihat kurang terurus, namun ia masih tetap terjaga dan tetap menjalankan fungsinya sebagai rumah ibadah bagi warga di sekitarnya

Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami meninggalkan Indrapuri dan meneruskan ke lokasi kedua dalam agenda lawatan iaitu Perputakaan Kuno Tanoh Abee. 



Sebenarnya lokasi perpustakaan ini tidaklah jauh sangat daripada Indrapuri, mengikut jalan Lintas Banda Aceh - Medan. Walau bagaimana pun kedudukannya yang jauh dari jalan utama membuat kami tersesat kerana silap masuk simpang. Ada satu ketika kami tersesat hingga ke kaki Gunung Seulawah.....mendaki naik menyebabkan kami berasa curiga dan terus berpatah balik. Kami hampir saja berputus asa mencarinya kerana wujud masalah bahasa apabila suami turun bertanya arah kepada penduduk sekitar. Yang peliknya supir kami langsung tidak ingin membantu dalam masalah ini. Apabila suami ahkirnya 'give up' bertanya, baharulah dia turun dari kenderaan dan membantu bertanya arah daripada penduduk setempat. Alhamdulillah, setelah melalui gunung, hutan, sawah dan kampong selama lebih sejam, akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju.

Setelah tiba dan siap hendak masuk ke kawasan zauyah ( dayah/pondok/pesantren) ini, saya mendapat satu kejutan. Saya tidak dibenarkan masuk  oleh salah seorang santri zauyah. kerana memakai celana.  Hari itu saya memakai seluar panjang dengan bajuh labuh sampai ke lutut. Terpaksalah saya menyalin pakai kain. Tidak lama kemudian, ketika hendak masuk bilik perpustakaan, saya dan anak perempuan mendapat kejutan lagi. Orang perempuan tidak dibenarkan masuk kecuali dengan izin umi tetapi umi tidak sihat hari itu untuk keluar bertemu kami. Aahh..... tempat ini memang anti-wanita! Ironinya, yang bertanggungjawab menjaga perpustakaan ini sekarang ialah seorang wanita. Hmm....tidak sangka masih lagi wujud diskriminasi terhadap wanita di zaman ini.

 Namun ada satu hal yang peraturannya berbolak-balik, iaitu menghisap rokok dalam kawasan zauyah. Ada satu masa dilarang merokok dalam kawasan ini tetapi kini dibolehkan pula. Mungkin yang mengepalai zauyah ini sekarang mempunyai pandangan yang berbeza daripada pemimpin sebelum ini sehingga membenarkan perokok berada dalam kawasan zauyah....kuasa lelaki!

 Ikutilah  coretan saya seterusnya pasal Perpustakaan kuno Tanoh Abee ini di sini.

Kira-kira jam 12 tengahari kami tinggalkan dayah Tanoh Abee, meneruskan pejalanan ke Kota Lhokseumawe. Dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di sebuah kedai makan yang terletak di pinggir jalan, yang kelihatan seperti kawasan  R&R kalau di Malaysia. Kedai makan ini berada di  Mukim Saree, kecamatan Lembah Seulawah, Kabupaten Aceh Besar.

Makan nasi longgok -  Rp 98,000
Rumah Makan Rayhan
Masakan Khas Minang Saree Aceh
Selesai makan kami ke masjid pula untuk menunaikan solat Zohor-Asar di Masjid Baitul Muttaqin yang juga berada di Saree, Aceh Besar. Daerah Seulawah, pasti dilewati siapa pun yang memasuki Banda Aceh melalui jalan lintas Sumatera. Ia terletak di antara perbatasan Kabupaten Pidie dan Aceh Besar, Aceh. Saree terkenal dngan produk kerepek ubi keledek dan juga tapai ubi kayu dalam wilayah Aceh tetapi kami tidak berkesempatan membeli apa-apa kerana perjalanan masih jauh.


Masjid Baitul Muttaqin Saree Aceh Besar


Lima minit selepas meninggalkan masjid, kami telah masuk ke Kecamatan Sigli, Kabupaten Pidie. Perjalanan diteruskan sehingga ke Bireun, salah satu kabupaten di Aceh. Di sini, Pak Iskandar berhenti di sebuah gerai air tebu untuk kudapan petang sambil melepaskan lenguh dan berihat sebentar.


Pemandangan unik....mengikuti lori yang dipenuhi wanita-wanita
Air tebu yang dijual digerai ini agak istimewa, tidak seperti air tebu di Malaysia. Air tebunya asli, tidak dicampur gula mahupun ketul ais. Rasanya sangat manis dan kalau dicampur ais pasti sedap sangat. Kebetulan cuaca pula sangat panas hari itu. Namun apakan daya, memang tiada ais di gerai tersebut. Kami juga makan rojak Aceh di sini dan pulut pandan. Lama juga kami berihat di sini, lebih kurang 40 minit.


Selepas diperah terus masuk gelas            


Suasana gerai air tebu

Rojak Aceh yang disediakan secara tradisional.....
memang sedap
Selepas ini kami meneruskan perjalanan tanpa berhenti sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Kami tiba di Kota Lhokseumawe lewat petang. Perkara pertama yang harus diselesaikan ialah mencari tempat penginapan. Tidak banyak pilihan di sini....lama juga kami mencari. Nasib baik Pak Iskandar biasa ke sini dan dia bawa ke sebuah hotel bajet. Terpaksalah terima apa yang ada.

Hotel Kita Karang Baru, Lhokseumawe
Alhamdulillah kami dapat juga bilik penginapan akhirnya untuk bermalam, tetapi inilah bilik yang paling teruk yang pernah saya nginap. Saya tidak kisah tempat tidurnya ..... asalkan boleh tidur, dah ok. Namun saya sangat kisah pasal kebersihan bilik air di mana sahaja saya menginap. Agak kesal juga negeri yang mendapat jolokan "Serambi Mekah" tetapi tidak mengamalkan kebersihan sepertimana yang dianjurkan oleh Islam. Sedikit terhibur apabila pihak hotel tetap menyediakan sarapan nasi bungkus walaupun ia hanyalah sebuah hotel bajet.

Sebelah malamnya kami keluar lewat sedikit untuk makan malam, setelah berihat dan selesai solat Isyak-Maghrib, kerana keletihan. Tiada tempat yang khusus dituju dan tiada menu tertentu yang dicari. Masing-masing meminta apa yang diingini.

Sate ada, kerang rebus ada..... suasana lebih kurang sama di Malaysia
Selesai makan kami pusing-pusing sebentar melihat kota Lhokseumawe di sebelah malam. Bandarnya agak gelap kerana tidak banyak dipasang lampu jalan untuk menjimatkan kos letrik.






Lhokseumawe at nite
Beginilah kami mengakhiri hari keempat lawatan ke Aceh sebelum pulang ke hotel. InsyaAllah kita berjumpa lagi di hari kelima dalam entri yang lain.



Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 1)

Jejak Aceh - Pantai Lampuuk- Masjid Rahmatullah Lhoknga

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 2)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - Part 3)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 3)

Jejak Aceh - Perpustakaan Kuno Tanoh Abee

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 5 )

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 6 )

Hujung Dunia - KM 0 (Zero) Sabang

Sunday 22 March 2015

Jejak Aceh - Perpustakaan Kuno Tanoh Abee

Kami telah melawat Perpustakaan Kuno ini pada 5 Jun 2014, iaitu hari keempat lawatan kami di Aceh. Lawatan ini telah mengingatkan kita bahawa Islam telah berkembang dengan pesatnya di sebelah rantau dunia ini dan ulamak-ulamaknya sangat kaya di sudut ilmu.

Petikan daripada  http://theglobejournal.com

Melihat Lebih Dekat Pustaka Kuno Tanoh Abee
Abdul Fatah | Kontributor
Sabtu, 29 Januari 2011 00:00 WIB

Seulimum, Aceh Besar - Bagi sebagian masyarakat Aceh, terutama para mahasiswa, masih banyak yang tidak mengetahui tentang Perpustakaan Tanoh Abee. Perpustakaan ini berada di Seulimum yang saat ini dikelola oleh Ummi, istri Teungku Chik Tanoh Abee. Untuk berkunjung ke perpustakaan kuno ini kita harus menempuh perjalanan yang sedikit panjang. Dalam sebuah kesempatan beberapa waktu lalu, kontributor The Globe Journal bersama-sama dengan Mahasiswa Ilmu Perpustakaan Fakultas Adab IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh, berhasil berkunjung ke perpustakaan kuno yang terkenal hingga ke luar negeri tersebut.

Perpustakaan Tanoh Abee atau yang disebut juga Zauyah atau Tanoh Abee adalah milik pribadi keturunan Teungku Chik Tanoh Abee Al-Fairusi Al-Baqdadi (al-Baghdadi). Di dalam perpustakaan ini banyak tersimpan manuskrip-manuskrip tentang Islam. Seperti ilmu Fiqih, ilmu Tasawuf, ilmu Ibadah, ilmu Penciptaan Alam Semesta dan masih banyak ilmu-ilmu yang dibahas lainnya.

Perpustakaan ini sudah ada sejak abad 16 M. Uniknya dari perpustakaan ini adalah pesan Abu Tanoh Abee yang diteruskan oleh pihak keluarga, yaitu tidak membolehkan para muslimah untuk melihat kitab-kitab yang ada di dalam perpustakaan tersebut.

“Begitulah amanah abu kepada kami,” kata Umi yang diiyakan oleh seorang santri ketika kami mencoba menanyakan maksud dari larangan tersebut.

Semasa perang Aceh melawan Belanda yang berkecamuk dari tahun 1873-1913 M, Dayah (disebut juga Zauyah) Tanoh Abee tersohor sebagai salah satu tempat konsentrasi laskar Aceh. Di dalam dayah ini tersimpan banyak karya-karya klasik ulama-ulama nusantara bahkan Timur Tengah, yang semuanya itu disalin kembali oleh Abu Tanoh Abee. Manuskrip-manuskrip kuno itu berjumlah 6000 judul kitab.

“Sebagiannya ada yang dicuri oleh Belanda ketika perang berkecamuk, rusak akibat tersimpan lama di gua saat kitab-kitab ini disimpan untuk menjaga agar kitab-kitab tersebut tidak dicuri atau dibakar oleh Belanda, dan banyak juga yang terbakar akibat perang,” kata santri yang memandu kami masuk ke dalam perpustakaan kuno tersebut.

Umi kembali menjelaskan bahwa sebagian kitab ini juga sempat berada di sebuah dayah di Bitai, namun, akibat tsunami 2004 silam, kitab-kitab kuno itupun lenyap disapu gelombang tsunami. “Ada juga sebahagiannya dikubur oleh Abu (panggilan untuk Teungku Chik Tanoh Abee-red.), karena takut isi kitab-kitab tersebut dipelajari atau diamalkan oleh masyarakat awam (karena isinya sangat tidak mampu dipahami oleh manusia biasa,bisa menyebabkan murtad-red).”

Menurut catatan yang ada, saat ini manuskrip-manuskrip kuno ini dijaga dan dirawat oleh generasi ke sembilan Keluarga Al-Fairusi. Namun, sebenarnya ada juga karya-karya baru yang berada di perpustakaan ini. Manuskrip-manuskrip kuno ini sebenarnya tidak untuk dipelajari namun hanya dijadikan sebagai koleksi. Dan hanya beberapa kitab saja yang diperbolehkan dilihat dan dibaca. Selebihnya tersimpan rapat di dalam perpustakaan yang juga digunakan sebagai tempat pengajian tersebut.

Lantas, kenapa karya-karya ulama itu tidak boleh dibaca bahkan dipegang oleh orang lain?
Menurut istri Abu, atau akrab dipanggil oleh masyarakat sekitar sebagai Umi ini, hal ini sudah menjadi wasiat dari mendiang Abu Tanoh Abee. Bahkan, ada kitab-kitab yang berada satu lemari di dalam perpustakaan itu yang tidak boleh dirawat atau dibersihkan oleh keluarga beliau. 


“Pernah suatu hari, datang seorang peneliti asing ke rumah. Peneliti tersebut ingin melihat sendiri kitab-kitab berbahasa Arab yang menjadi koleksi Teungku Chik Tanoh Abee tersebut. Namun, setelah selesai membaca salah satu kitab tersebut, si peneliti tersebut terheran-heran dengan isi kitab tersebut, yang diluar batas ilmunya. Peneliti itupun akhirnya kagum terhadap kitab tersebut,” jelas Umi panjang lebar dengan logat melayunya yang khas.

Saat ini kitab-kitab ini sudah ditangani oleh pihak PKPM dan sebuah lembaga yang berada di Jepang. Oleh pihak Jepang, demi menjaga manuskrip-manuskrip kuno ini, kitab-kitab tersebut dibawa ke Jepang untuk disalin dan dicetak kembali tanpa mengubah isi untuk menjaga dari termakan oleh usia dan rayap.

Seperti dikatakan oleh Umi, di Zauyah ini banyak terdapat karya-karya ulama-ulama Ahlussunnah Wal Jamaah. Karya-karya klasik yang tersimpan disini antara lain milik Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin as-Sumatrani, Nurruddin ar-Raniry, Abdurrauf As-Singkili (Teungku Syiah Kuala), Al-Ghazali dan lain sebagainya.



Notis larangan yang dikenakan ke atas wanita
Pustaka Tanoh Abee - di atas pintu tertulis......
"Dilarang masuk wanita tanpa izin"
Dengan larangan-larangan yang dikenakan ke atas wanita seperti di atas, dilihat seolah-olah zauyah ini 'anti-wanita', tetapi 'fatwa' yang dikeluarkan mungkin berasaskan kefahaman tertentu dan sudah pastinya ia adalah hasil pandangan ulamak ketika itu dan dijadikan 'wasiat' turun-temurun. Namun orang yang bertanggungjawab ke atas perpustakaan keluarga ini sekarang ialah seorang wanita yang dipanggil Ummi atau Hjh Rumani, iaitu isteri kepada almarhum Tgk. Haji Muhammad Dahlan (pemilik Dayah Tanoh Abee),yang meninggal pada tahun 2006.

Tgk H Muhammad Dahlan Al-Fairusi Al-Bagdadi merupakan ulamak generasi kesembilan dari keturunan langsung Sheikh Fairus, yang mendirikan Dayah Tanoh Abee pada tahun 1627 M. Sheikh Fairus sendiri adalah seorang ulamak Sunni yang memiliki asal-usul dari Baghdad, dan menjadi pengembang Islam di Aceh melalui tarekat Shattariyyah yang diajarkannya. Hampir 400 tahun sudah umur dayah dan perpustakaan ini.

Tidak banyak yang dapat dilihat di sini kecuali bangunan tinggalan sejarah. Buku-bukunya langsung tidak dapat dilihat mengikut kata suami, yang dapat masuk melihat ke dalam perpustakaan. Semua buku sudah dibungkus dengan rapi dan dilabel "United Nation". Mungkin mereka sedang dalam proses kerja-kerja memelihara dan menyelamat buku-buku tersebut dari kerosakan. Tidak dibenarkan mengambil gambar di pustaka ini dan diharamkan juga merokok di sini.

 Larangan merokok  terpampang jelas pada notis yang ditampal di salah satu tiang bangunan pustaka. Walau pun begitu, merokok dibenarkan di kawasan lain dalam dayah/zauyah ini, tetapi sebeluim ini ianya tidak dibenarkan juga oleh Abu (panggilan kepada Tgk. Haji Muhammad Dahlan). Tidak mahu pula diwarisi larangan yang 'sihat' ini.

 Pustaka ini sering dipergunakan para santri/murid untuk solat dan berzikir. Daripada maklumat dalam internet yang terkini, di pustaka ini terdapat empat almari berwarna coklat muda di dalam bangunan tersebut. Masing-masing almari ini memiliki dua daun pintu. Di dalam keempat almari ini tersusun ratusan kitab tulisan tangan karya pengasas Dayah Tanoh Abee.

gambar Google - almari yang memenuhi kitab-kitab lama
gambar Google - .contoh kitab lama
Di ruang pustaka tersebut juga terdapat makam milik Teungku Chiek Tanoh Abee Al Fairusi Al Bagdadi. Selain itu, di pustaka ini juga terdapat dua makam putra Teungku Chik Tanoh Abee yang juga ulama besar di dayah tersebutNamun makam-makam ini diselindung daripada para pengunjung pustaka dengan papan tebal sehingga tidak ada yang sedar keberadaan makam di sebalik papan.

Nak tengok perpustakan dah tak dapat.....jom le tengok-tengok apa yang ada dalam kompleks dayah ini.

Di kompleks dayah ini ada beberapa bangunan lama dan baharu yang terbiar. Bangunan yang lama sudah pasti terbiar kerana keuzurannya tetapi yang baharu pula terbiar kerana pembinaan yang ala kadar sehungga tidak membolehkan ia berfungsi sebagaimana dirancang. Ada sebuah bangunan tersergam indah dan menarik di sini iaitu rumah tradisional Aceh yang selalu disebut Rumoh Aceh.





Rumah Adat Aceh ..... di perkarangan dayah
Bangunan baharu (putih)  terbiar kosong kerana mengalami kerosakan....
satu "pembangunan yang disebut-sebut asal jadi"
Kami menaiki dan masuk salah satu bangunan kayu lama yang terdapat di perkarangan dayah. Ia kelihatan seperti balai mengaji. Berhampiran ada lagi sebuah bangunan lama yang bertanda sebagai perputakaan kuno. Ia mungkin digunakan sebagai  perpustakaan pada zaman dahulu.

Gambar-gambar tokoh seperti Sultan Iskandar Muda dan Cut Nyak Dien
dilekatkan di luar dinding bilik




Info di dinding bangunan menyebut ......perpustakaan kuno....   

Berdekatan dayah ini juga dikatakan ada kawasan perkuburan atau Jirat Putih. Jirat menurut sebutan orang Acheh membawa erti kawasan perkuburan. Di sinilah letaknya makam Sheikh Fairus Al-Bagdadi tetapi kami tidak mengunjunginya. Juga dikatakan ada mehrab di makam tersebut.



Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 1)

Jejak Aceh - Pantai Lampuuk- Masjid Rahmatullah Lhoknga

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 2)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - Part 3)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 3)

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 4 )

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 5 )

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 6 )

Hujung Dunia - KM 0 (Zero) Sabang