Tuesday 7 December 2010

London Bridge - Dulu, Kini dan ......

"London bridge is falling down, falling down, falling down."......

"London bridge is falling down, my Fair Lady."......

.......  salah satu permainan dan lagu kanak-kanak yang popular pada zaman
London Bridge today
kanak-kanak saya. Namun pada ketika itu, tidaklah diketahui apa cerita di sebalik lagu dan permainan ini, yang sebenarnya mempunyai sejarahnya tersendiri. Walau apa pun, jambatan ini (London Bridge) dan London Tower Bridge, kini menjadi tarikan utama kepada para pelancong yang mengunjung ke  Kota London, yang mempunyai 22 jambatan yang lain. Lain-lain jambatan adalah seperti Lambeth Bridge, Westminster Bridge dan Vauxhall Bridge. Ada jambatan untuk keretapi, pejalan kaki, tetapi yang paling banyak ialah untuk jalanraya.

Mengikut fakta sejarah London Bridge adalah jambatan yang paling tua sekali di antara jambatan yang banyak itu. Pada asalnya ia diperbuat daripada kayu. Pada 1209 ia telah diganti dengan jambatan batu yang menempatkan kedai-kedai dan rumah-rumah di sepanjang kiri dan kanannya. Kemudian ia diganti pula dengan jambatan granit pada 1831, dan jambatan konkrit sekarang pada 1973. Banyak faktor yang menyebabkan jambatan ini telah dirobohkan dan dibina semula, seperti keretakan, kebakaran dan juga disebabkan keruntuhan.

Cerita sejarah di atas inilah yang menjadi asal-usul permainan dan lagu "London Bridge is falling down".

Tower Bridge pula siap dibina  pada 1894. Ia adalah di antara jambatan yang paling dikenali di dunia.

Jika kita ke sana sebagai pelancong, rasanya, tidak sah kalau tidak menyusuri kedua jambatan ini, yang
Tower Bridge in action
merentasi Sungai Thames di tengah kota London yang sangat sibuk itu. Satu ciri yang sangat istimewa yang ada pada Tower Bridge ialah di mana ia akan dinaikkan untuk laluan kapal apabila diperlukan. Bagi mereka yang datang sekali sekala  ke London, jarang dapat bertemu dan melihat jambatan ini sedang beraksi. Pada satu ketika dulu ia pernah dinaikkan sehingga 50 kali sehari. Namun pada hari ini ia hanya dinaikkan 4 atau 5 kali seminggu. Saya sendiri tidak pernah melihat jambatan ini dinaikkan walaupun beberapa kali pergi ke London semasa tinggal di UK  ....... (1979 -1983) kali pertama, (1989 - 1990 ) kali kedua  dan (2002 - 2006) yang terakhir....... sehinggalah pada salah satu lawatan terakhir.

Dalam salah satu lawatan terakhir kami ke kota London kami bernasib baik  kerana dapat melihatnya sedang beraksi pada jarak dekat. Kami selalu juga ke London pada ketika itu kerana kami boleh buat "day trip" saja dari tempat tinggal kami iaitu Loughborough. Pada masa itu kami sedang berada dalam sebuah bot persiaran di Sungai Thames. Kami sekeluarga  telah mengikuti aktiviti melancong "Thames River Cruise".
suami dan anak-anak depan Tower Bridge - 2005 (ketika dalam bot)
pemandangan Tower bridge dari atas Tour Bus - 1990
Pada tahun ini (1990)  pula kami menaiki bas khas double decker tanpa bumbung yang membawa pelancong pusing-pusing kota London. Inilah beberapa foto lama (jambatan) yang dirakamkan semasa bas bergerak.
Tour Bus memasuki Tower Bridge - 1990
suami dan anak-anak berlatar belakangkan Tower Bridge - 1990
saya dan anak-anak berlatar belakangkan London Bridge dan London Eye -2005

pemandangan London Bridge dari atas Tour Bus - 1990

Di bawah ini pula foto London Tower Bridge di zaman awal lapan puluhan.

siapa pula jejaka yang handsome nihh......posing depan jambatan -1980

Monday 8 November 2010

Kemuliaan dan Keutamaan 10 hari Pertama Bulan Zulhijjah

Hari ini 1 Zulhijjah 1431 Hijrah ...... bermulalah "Jualan Mega" yang Allah tawarkan kepada kita selama 10 hari. Marilah kita sama-sama merebut tawaran ini dengan mengutip sebanyak pahala yang mungkin dengan memperbanyakkan amal ibadah sepanjang 10 hari tertentu ini.

Pada sepuluh hari pertamanya terdapat banyak kemuliaan dan keutamaan serta dipenuhi barakah. Hari-hari tersebut disediakan oleh Allah sebagai musim ketaatan dan kesempatan beramal soleh yang bersifat tahunan. Maka hendaknya seorang muslim menantikan kehadirannya, memanfaatkannya dengan melaksanakan berbagai ibadah yang disyariatkan, menjaga perkataan dan amal yang soleh agar mendekatkan dirinya kepada Allah Ta’ala dan membantunya dalam menghadapi kehidupan ini dengan jiwa yang tenang dan semangat yang berkobar.

Bukti kemuliaan ini, Allah Ta’ala bersumpah dengannya dalam Al-Qur’an al-Karim.

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (QS. Al-Fajr: 1-2)

Imam al-Thabari dalam menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (Dan malam yang sepuluh), “Dia adalah malam-malam sepuluh Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli ta’wil (ahli tafsir).” (Jaami’ al Bayan fi Ta’wil al-Qur’an: 7/514)

Penafsiran ini dikuatkan oleh Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat ini, “Dan malam-malam yang sepuluh, maksudnya: Sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid, dan lebih dari satu ulama salaf dan khalaf.” (Ibnu Katsir: 4/535)

Kemuliaan sepuluh hari ini juga disebutkan dalam Surat Al-Hajj dengan perintah agar memperbanyak menyebut nama Allah pada hari-hari tersebut. Allah Ta’ala berfirman,

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak.” (QS. Al-Hajj: 27-28)

Imam Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat ini menukil riwayat dari Ibnu Abbas radhiyallaahu ‘anhuma, “al-Ayyam al-Ma’lumat (hari-hari yang ditentukan) adalah hari-hari yang sepuluh.” (Tafsir Ibnu Katsir: 3/239)

Maka dapat disimpulkan bahawa keutamaan dan kemuliaan hari-hari yang sepuluh dari Zulhijjah telah datang secara jelas dalam Al-Qur’an al-Karim yang dinamakan dengan Ayyam Ma’lumat karena keutamaannya dan kedudukannya yang mulia.

Dari hadis pula, terdapat keterangan yang menunjukkan keutamaan dan kemuliaan sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah ini, di antaranya sabda Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun.”                (HR. Abu Daud dan  Ibnu Majah).

Oleh kerana itu dianjurkan atas orang Islam pada hari-hari tersebut untuk bersungguh-sungguh dalam ibadahnya, di antaranya solat, membaca Al-Qur’an, zikrullah, memperbanyak doa, membantu orang-orang yang kesusahan, menyantuni orang miskin, memperbaharui janji kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Masih ada satu amalan lagi yang utama pada hari-hari tersebut, yaitu berpuasa sunnah di dalamnya.

Terdapat dalam Sunan Abu dawud dan lainnya, dari salah seorang isteri Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam, dia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ

“Adalah Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada tanggal 9 Zulhijjah.”

(HR. Abu Dawud no. 2437 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih wa Dhaif Sunan Abi Dawud no. 2081)

Syaikh Muhammad bin Salih al-Munajjid –Salah seorang ulama besar Saudi Arabia- berkata,

“Di antara musim ketaatan yang agung adalah sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, yang telah Allah muliakan atas hari-hari lainnya selama setahun".

Hadis ini dan hadis-hadis lainnya menunjukkan bahawa sepuluh hari ini lebih utama dari seluruh hari dalam setahun kecuali, sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadlan. Syaikh Munajjid menambah, keutamaan sepuluh hari pertama ini diperkuat dengan beberapa bukti di bawah ini:

1. Allah Ta’ala telah bersumpah dengannya. Dan bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil keutamaannya dan besarnya manfaat. Allah Ta’ala berfirman,

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (QS. Al-Fajr: 1-2)

Ibnu Abbas, Ibnu al-Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata: Bahawasanya dia itu adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah.

Ibnu Katsir membenarkan pendapat ini (Tafsir Ibni Katsir: 8/413)

2. Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam pernah bersaksi bahawa hari-hari tersebut adalah seutama-utamanya hari-hari dunia sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadis sahih.

3. Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam menganjurkan untuk memperbanyak amal salih di dalamnya. Sesungguhnya kemuliaan masa diperoleh oleh setiap penduduk negeri, sementara keutamaan tempat hanya dimiliki oleh jama’ah haji di Baitul Haram.

4. Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam juga memerintahkan untuk memperbanyak tasbih, tahmid, dan takbir pada sepuluh hari tersebut. Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma, dari Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh-Nya daripada hari yang sepuluh (sepuluh hari pertama dari Zulhijjah), kerananya perbanyaklah tahlil, takbir, dan tahmid di dalamnya.” (HR. Ahmad 7/224, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan isnadnya).

5. Di dalamnya terdapat hari Arafah. Hari ‘Arafah adalah hari yang disaksikan; yang di dalamnya Allah menyempurnakan ajaran din-Nya sementara puasanya akan menghapuskan dosa-dosa selama dua tahun.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
(Hadis isnad sahih dari imam Muslim, Tarmizi)
6. Di dalamnya terdapat ibadah udhiyah (berkorban) dan haji.

Dalam sepuluh hari ini juga terdapat yaum nahar (hari penyembelihan) yang secara umum menjadi hari teragung dalam setahun. Hari tersebut adalah haji besar yang berkumpul berbagai ketaatan dan amal ibadah padanya yang tidak terkumpul pada hari-hari selainnya.

Sesungguhnya siapa yang mendapatkan sepuluh hari bulan Zulhijjah merupakan sebahagian dari nikmat Allah yang besar atas hambaNya. Hanya orang-orang soleh yang bersegera kepada kebaikanlah yang mampu menghormatinya dengan selayaknya. Dan kewajipan seorang muslim adalah merasakan nikmat ini, memanfaatkan kesempatan emas ini dengan memberikan perhatian yang lebih, dan menundukkan dirinya untuk menjalankan ketaatan. Sesungguhnya di antara kurnia Allah Ta’ala atas hamba-Nya adalah menyediakan banyak jalan berbuat baik dan meragamkan berbagai bentuk ketaatan agar semangat seorang muslim berterusan dan tetap istiqamah menjalankan ibadah kepada Tuhannya.

Shaikh Munajjid rahimahullaah menjelaskan, ada beberapa amal istimewa yang harus selayaknya dikerjakan oleh seorang muslim pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, di antaranya:

1. Berpuasa. Seorang muslim disunnahkan berpuasa pada tanggal 9 Zulhijjah kerana Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam sangat menganjurkan untuk beramal salih pada sepuluh hari ini, dan puasa salah satu dari amal-amal shalih tersebut. Terlebih lagi, Allah Ta’ala telah memilih puasa untuk diri-Nya sebagaimana terdapat dalam hadis Qudsi, Allah Ta’ala berfirman,

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

Semua amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa, sungguh puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya.

(HR. al-Bukhari no. 1805)

Dan sungguh Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam melaksanakan puasa 9 Zulhijjah. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari salah seorang isteri Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعًا مِنْ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنْ الشَّهْرِ وَخَمِيسَيْنِ

Adalah Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam melaksanakan puasa 9 Zulhijjah, hari ‘Asyura, dan tiga hari setiap bulan serta Isnin pertama dari setiap bulan dan dua hari Khamis.

(HR. Al-Nasai dan Abu Dawud. Hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani Shahih Abi Dawud: 2/462)

2. Bertakbir. Disunnahkan membaca takbir, tahmid, tahlil, dan tasbih selama sepuluh hari tersebut. Dan disunnahkan mengeraskannya di masjid-masjid, rumah-rumah, dan di jalan-jalan. Dan setiap tempat yang dibolehkan untuk zikrullah disunnahkan untuk menampakkan ibadah dan memperlihatkan pengagungan terhadap Allah Ta’ala. Kaum laki-laki mengeraskan  suaranya sementara kaum wanita melembutkannya.

Allah Ta’ala berfirman,

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ

“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak.”

(QS. Al-Hajj: 28)

Menurut Juhmur ulama, makna al-ayyam al-ma’lumat adalah sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, sebagaimana yang diriwatkan dari Ibnu Abbas radiallaahu ‘anhuma, “Al-Ayyam al-Ma’lumat: Hari sepuluh.”

Salah satu bentuk kalimat takbirnya adalah:

الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر ولله الحمد

Dan masih ada lagi bentuk takbir yang lain.

3. Melaksanakan haji dan umrah. Sesungguhnya di antara amalan yang paling utama untuk dikerjakan pada sepuluh hari ini adalah berhaji ke Baitullah al-Haram. Maka siapa yang diberi taufik oleh Allah untuk melaksanakan haji ke Baitullah dan melaksanakan manasiknya sesuai dengan ketentuan syariat, maka dia mendapatkan janji –Insya Allah-  dari sabda Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam,

Haji yang mabrur ridak ada balasannya kecuali surga.
(HR. al-Bukhari dan Muslim)

4. Melaksanakan amal-amal soleh secara umum. Sesungguhnya amal soleh dicintai oleh Allah Ta’ala. Dan ini pasti akan memperbesar pahala di sisi Allah Ta’ala. Maka barangsiapa yang tidak memungkinkan melaksanakan haji, maka hendaknya dia menghidupkan waktu-waktu yang mulia ini dengan ketaatan-ketaatan kepada Allah Ta’ala berupa solat, membaca Al-Qur’an, zikir, doa, sedekah, berbakti kepada orang tua, menyambung tali persaudaraan, memerintahkan yang baik dan melarang yang munkar, dan berbagai amalan kebaikan lain.

5. Berkorban. Di antara amal soleh pada hari yang kesepuluhnya adalah mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih haiwan korban yang gemuk dan baik, dan berinfaq di jalan Allah Ta’ala.

Ibadah Korban
6. Taubat Nasuha. Di antara yang sangat ditekankan juga pada sepuluh hari ini adalah bertaubat dengan benar-benar (taubatan nasuha), meninggalkan perbuatan maksiat dan melepaskan diri dari seluruh dosa.
Taubat adalah kembali kepada Allah Ta’ala dan meninggalkan apa saja yang dibenci-Nya yang nampak maupun yang tersembunyi sebagai bentuk penyesalan atas perbuatan buruk yang telah lalu, meninggalkan seketika itu juga, bertekad untuk tidak mengulanginya, dan beristiqamah di atas kebenaran dengan melaksanakan apa-apa yang dicintai oleh Allah Ta’ala.

Semoga kita tergolong sebagai hamba-hamba Allah yang mampu berterusan dan istiqamah dalam beribadah kepadaNya. Memanfaatkan setiap kesempatan yang telah disediakan untuk menuai pahala. Sehingga kita datang kepada Allah dengan membawa bekal yang cukup dan memiliki modal yang memadai untuk memasuki surga-Nya yang Maha indah dan menyenangkan.

Coretan:

Dari koleksi emel Masjid Annahl Group


Saturday 23 October 2010

Jom Buat Korban


Hari ini 15 Zulkaedah 1431 Hijrah. Dalam masa tidak sampai sebulan lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut I'dul Adha. Ramai di kalangan umat Islam di Malaysia yang masih tidak sedar akan kebesaran hari itu sama seperti Hari Raya Puasa. Maka hendaklah kita menyambutnya dengan kemeriahan (dalam lingkungan syaraksepertimana kita menyambut I'dul Fitri .

Ramai juga yang tidak  tahu bahawa amalan berkorban itu hukumnya  sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan. Ini berdasarkan pada hadis:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Dari Abu Hurairah ra., nabi Muhammad saw bersabda, “Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi ia tidak berkurban, maka janganlah ia menghampiri (mendekati) tempat solat kami”.
Rasulullah saw memerintahkan berkorban dengan bahasa yang tegas dan mudah, bahkan disertai ancaman untuk tidak dekat-dekat dengan tempat solat atau dengan istilah lain tidak diakui menjadi umat Muhammad.
Mengapa Islam sangat mengambil berat amalan berkorban ini?
Apakah hakikat korban sebenarnya?
Perintah untuk melaksanakan korban adalah sebagai bukti rasa syukur kita kepada Allah SWT, yang telah menganugerahkan begitu banyak nikmat kepada manusia sehingga tidak terhitung jumlahnya.
Firman Allah SWT,

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللَّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmatt Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmatt Allah). 
( Ibrahim:34)
Dan yang paling besar anugerah Allah swt adalah nikmat Iman dan Islam. Ini digambarkan Allah sendiri,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ الأِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

”Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.”
(Al-Ma’idah:3)

Berkorban tidak sekadar mengalirkan darah binatang ternak, tidak hanya memotong haiwan korban, namun lebih dari itu. Berkorban bererti ketundukan menyeluruh terhadap perintah-perintah Allah SWT dan sikap menjauhi dari hal-hal yang dilarang-Nya.
Allah swt ingin menguji hamba-hamba-Nya dengan suatu perintah; apakah dia bersangka baik kepada-Nya dan  melaksanakan tuntutan itu dengan ikhlas tanpa ragu-ragu sepertimana  Nabiyullah Ibrahim AS.
Berkorban juga bererti wujud ketaatan dan peribadatan seseorang, dan dengan itu seluruh isi kehidupannya  boleh menjadi manifestasi sikap berkorban.

Friday 15 October 2010

The King and I

Al-kisah.....pada suatu hari hamba telah dijemput ke Istana untuk menyaksikan penganugerahan pingat-pingat kebesaran oleh Raja dari salah sebuah negeri di Malaysia. Maka pada hari itu hamba melihat betapa ramainya manusia (lelaki dan perempuan) yang begitu senang dan gembira sekali mencium tangan Raja ketika bersalam. Entah kenapa jauh disudut hati kecil hamba ini terasa sangat tidak tenteram dengan apa yang dilihat. Nasib baiklah BFF hamba tidak melakukannya! ..........kalau tidak, bertambahlah kegusaran hamba. Adakah kerana  hamba cemburu? Oh! Tidak sama sekaliii.......

Al-kisah ........ pada suatu ketika yang lain pula hamba melihat seorang pakcik tua mencium tangan Hamid Othman (bekas menteri) ketika bersalam dengannya. Aduhhh ....sakitnyaaa.....

Hamba bukanlah anti Raja...tidak sama sekali...

Hamba ingin mempunyai raja yang berjiwa rakyat dan melihat diri mereka sebagai manusia yang sama taraf dengan rakyat jelata.

Cium tangan: adat bukan hukum
Jikalau mencium tangan itu sebagai adat yang menunjukkan tanda hormat, ia bukanlah cara yang terbaik. Adat yang kurang baik boleh saja kita tukar kerana ia bukanlah suatu hukum.


*Dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE-12 SEPTEMBER 2005
Cium tangan bertentangan hukum Islam - Raja Abdullah

RIYADH 11 Sept. - Pemerintah Arab Saudi yang baru, Raja Abdullah mengeluarkan arahan supaya rakyatnya tidak mencium tangan baginda apabila bersalam.

Baginda menjelaskan, perbuatan mencium tangan merupakan satu amalan yang bertentangan dengan hukum Islam dan merendahkan martabat seseorang.

``Mencium tangan seseorang adalah satu perbuatan asing dalam nilai-nilai moral kita dan ia tidak boleh diterima.

 ``Dengan mencium, ia juga bererti anda tunduk kepada individu berkenaan yakni telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Manusia tidak tunduk kepada sesiapa melainkan Tuhan,'' titahnya.

Baginda bertitah demikian kepada sekumpulan delegasi dari Al-Baha yang mengunjunginya di Istana Diraja bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikannya sebagai Raja Arab Saudi yang baru.

Abdullah menjadi raja negara itu pada 1 Ogos lalu ekoran kemangkatan Raja Fahd.

Sehubungan itu, Abdullah yang terkenal dengan sifat beliau menekankan kesopanan keluarga menegaskan, hanya bapa atau ibu sahaja yang layak menerima ciuman tersebut.

 ``Saya mengumumkan penolakan menyeluruh dalam hal ini dan saya meminta setiap orang supaya elak daripada mencium tangan sesiapa pun melainkan ibu bapa mereka,'' titah baginda. - Reuters

Wednesday 25 August 2010

Berpuasa tetapi tidak Solat - Apa hukumnya?

Hari ini adalah hari ke-14 Ramadhan. Selama 14 hari berpuasa saya belum pernah lagi menyinggah dan berbelanja di bazar Ramadhan berhampiran. Bukan tidak mahu tetapi tidak berkesempatan  dan berkeperluan.

Minggu lepas ada berita pasal berlakunya ribut di sebuah bazar Ramadhan di Jasin Melaka, di mana 3 orang telah maut. Ada pihak yang mengatakkan bahawa peniaga-peniaga di situ tidak solat Jumaat (ia berlaku pada petang Jumaat) dan Maghrib ....... seolah-olah kejadian itu sebagai satu balasan dan peringatan Allah terhadap mereka.



Lihatlah betapa kuatnya ribut yang dihantar oleh Allah SWT sehingga khemah-khemah itu berterbangan seperti kertas yang ditiup angin.

Selepas kejadian itu saya ada bersembang-sembang dengan anak lelaki saya  yang kebetulan belajar di Melaka. Saya bertanya  jika ada di kalangan kawan-kawannya yang tidak berpuasa. Dia kata, "Tak ada ........ tetapi yang tak sembahyang adalah...". Maknanya mereka berpuasa tetapi tidak solat......Apakah hukumnya puasa mereka ini? Ikutilah artikel ini seterusnya.

Ada  sebahagian umat Islam yang mahu menjalankan ibadah puasa tetapi tidak mahu melakukan solat. Ibadah puasa dijalani dengan penuh, tetapi solat lima waktu ditinggalkan. Ini satu kekeliruan, sebab sikap Islam sendiri adalah  tunduk dan patuh kepada Allah secara mutlak. Islam sebagai sebuah din adalah satu kesatuan yang tidak boleh diperkotak-katikan, disiat-siat dan dipilih-pilih sesuai dengan keinginannya. Firman Allah,

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَـبِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفْعَلُ ذلِكَ مِنكُمْ إِلاَّ خِزْىٌ فِي الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَـمَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الّعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَـفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya:

Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (al-Baqarah:85).

Perlu diketahui bahawa solat adalah tiang agama. Orang yang meninggalkan solat bererti dia merobohkan agama. Jika agama telah roboh, maka puasanya pun menjadi sia-sia dan tidak ada pahalanya sedikit pun.

Berbalik kepada perbincangan  di atas, ada sebahagian umat Islam yang rajin melakukan ibadah, termasuk juga solat tetapi hanya di bulan Ramadhan saja. Sepanjang bulan Ramadhan rajin mengaji, rajin ke masjid, solat berjema’ah, banyak bersedekah, tetapi sebaik habis Ramadhan, kehidupannya berubah 180 darjah.... penuh dengan maksiat.

Fenomina ini dapat kita lihat dalam program-program khas sempena Ramadhan yang ditayangkan di kaca TV....... seolah-seolah penonton hanya perlu dididik atau diberi ilmu ketika di bulan Ramadhan sahaja. Rancangan berbentuk hiburan dihentikan sementara.

Persoalannya ..... adakah Allah mengharamkan kemaksiatan hanya di bulan Ramadhan, sementara pada sebelas bulan lainnya kemaksiatan itu halal? Adakah Allah mewajibkan ibadah hanya di bulan Ramadhan, setelah itu kewajipan dicabut lagi dan hanya diturunkan di tahun  depan?

Islam mengajar manusia cara hidup yang berpandukan al-Quran dan sunnah, sedangkan  kehidupan manusia sepanjang masa, bukan hanya di bulan Ramadhan. Maka orang yang masih memiliki kebiasaan seperti ini hendaklah bertaubat...... menyesal dan berhenti dari kebiasaan buruk ini. Mulakan dengan Ramadhan tahun ini. Seterusnya, senantiasa menjaga ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Dalam beribadah ini hendaklah memegang firman Allah,

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

Maksudnya:

" Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).

(al-Hijr:99)

Dan juga sabda Rasulullah;

عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِىِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِى فِى الإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ .

Maksudnya:
Dari Sufyan bin Abdullah ats-Tsaqafi, ia berkata; Aku bertanya, ”Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku sesuatu di dalam Islam yang tidak akan saya tanyakan kepada seorangpun selain engkau” beliau bersabda, ”Katakanlah, aku beriman kepada Allah lalu istiqamahlah” (HR Muslim)

Istiqamah dalam iman membawa kepada istiqamah di dalam beribadah. Ini adalah kerana hakikat iman mencakupi amal, iaitu dengan melakukan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.



Wednesday 11 August 2010

Keindahan bersama Ramadhan 1431 H

Alhamdulillah umat Islam di seluruh negara  menyambut Ramadhan bulan yang penuh barakah pada hari ini.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!


Doa ketika masuk bulan Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan




Marilah kita sama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Bersyukurlah kepada Allah  kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan.

Masih belum terlambat rasanya untuk saya berkongsi artikel Ramadhan seperti di bawah,  sebagai panduan kita menghidupkan amalan dan kejiwaan dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

Keindahan bersama Ramadhan ( pdf )

Keindahan bersama Ramadhan ( word )

Keindahan bersama ramadhan ( scribd )






Tuesday 27 July 2010

Simbol Agama Lain Mampu Mempengaruhi Aqidah Umat Islam???

Berita 21 Julai 2010:

(AFP) - Muslims must not wear the famous Manchester United red jersey because of the "devil" emblem on its team crest, Malaysian clerics said today.

Manchester United and the rest of the English Premier League are massively popular in Muslim-majority Malaysia and the rest of the Asian region, but conservative religious scholars said the jersey is un-Islamic.

Also off limits are the shirts of teams including Brazil, Portugal, Barcelona, Serbia and Norway, all of which carry images of the cross on their team emblems.

"This is very dangerous. As a Muslim, we should not worship the symbols of other religions or the devils," Nooh Gadot, a top Islamic cleric from Johor, said.

"It will erode our belief in Islam. There is no reason why we as Muslims should wear such jerseys, either for sports or fashion reasons," said Nooh, an adviser to the Johor religious council.

"Even if it (the jersey) is a gift, we should decline it. It is even more sinful when people realise this is wrong and still buy these jerseys to wear," he added.

Nooh said there was no "fatwa", or religious edict, against the shirts but that one was not needed when it was clearly wrong for Muslims to don such a garment.

"These Muslims should repent, repent immediately," he said.

Another leading cleric, Harussani Zakaria, a cleric from Perak, agreed that devils should be shunned, not celebrated.

"Yes of course in Islam we don't allow people to wear this sort of thing," he said. "Devils are our enemies, why would you put their picture on you and wear it? You are only promoting the devil."

Malaysia is a generally moderate Islamic country, but conservative clerics have issued controversial edicts in the past including a ban on the ancient practice of yoga, which is criticised for including Hindu religious elements.


lambang pasukan bola Manchester United
Setelah membaca berita di atas pada minggu lepas, saya rasa terpanggil untuk menyentuh isu ini kerana sebahagian besar daripada kehidupan saya memang pernah berkait dengan simbol dan adat-adat agama Keristian. Benarkah simbol-simbol dan emblem yang tidak Islamik ini benar-benar mampu mempengaruhi aqidah umat Islam? Saya bukanlah seorang yang arif agama seperti ulamak kita di atas untuk mencanggah pendapat mereka. Namun saya ingin berkongsi  menceritakan pengalaman yang saya dan keluarga telah lalui dalam isu yang sama.

Dari sejak alam persekolahan sehingga kini, saya sudah lali dengan simbol "cross" agama Keristian. Begitu juga dengan anak-anak saya ...... mereka tidak berasa janggal dengan simbol itu.

Pada tahun 1968 saya telah dimasukkan ke sebuah sekolah Convent. Ini adalah sekolah yang dikendalikan oleh orang Keristian. Selama 11 tahun saya belajar di sekolah ini (6 tahun sekolah rendah dan 5 tahun sekolah menengah). Guru besarnya semasa di sekolah rendah adalah seorang "Nun" dan semasa di sekolah menengah pengaruh Keristian sudah mula cair. Guru besarnya adalah dari kalangan guru biasa tetapi beragama Keristian. Walaupun begitu aktiviti-aktiviti keagamaan masih seperti biasa.

Setiap hari dalam kelas, sebelum memulakan pembelajaran kami diminta memandang ke salib ( dilekatkan ke bahagian atas dinding depan) sambil membaca, "In the name of the holy father, the holy son and the holy  spirit"  (sambil membuat simbol "cross" dengan meletakkan hujung jari di atas dahi, di tengah dada, bahu kiri dan bahu kanan). Kemudian disambung dengan doa ringkas. Kadang -kadang ada guru yang menyambung dengan doa lain yang lebih panjang. Walaubagaimanapun kami murid-murid Islam dikecualikan daripada membaca doa itu. Namun kami mendengar doa itu dibaca setiap hari persekolahan selama 6 tahun semasa berada di sekolah rendah.


Rupa salib yang terpampang dalam kelas itu lebih kurang begini rupanya

Selain daripada ini, kadang -kadang kami juga terpaksa menghadiri kelas moral yang diisi dengan cerita-cerita daripda bible, apabila kelas agama Islam dibatalkan.  Waktu kelas muzik pun ada kalanya diajar lagu-lagu berunsur keagamaan yang biasa dinyanyikan di gereja. Ketika itu kami tidak tahu pun yang dinyanyikan itu lagu Keristian ........ seronok ikut menyanyi bersama .......  kerana lagunya sedap-sedap belaka!

Di waktu lain pula kami selalu dilawati paderi-paderi besar (memakai jubahnya) yang datang untuk program"pengampunan dosa". Saya sendiri sangat terpikat dengan keramahan dan kelembutan mereka dalam menegur dan menyapa murid-murid. Kadang-kadang mereka juga datang untuk mengadakan upacara sembahyang khas atau "mass" sempena peristiwa-peristiwa tertentu. Saya masih ingat saya dan kawan-kawan Islam yang lain dikehendaki mengahadirkan diri dalam salah satu upacara sembahyang ini yang diadakan kerana kematian seorang pembesar negara.

Lencana sekolah kami juga mempunyai lambang "cross". Saya memakainya selama 11tahun di alam persekolahan. Pada ketika itu ramai juga
Lencana sekolah sekarang ...... lambang
 cross telah diganti dengan bintang

anak-anak melayu yang bersekolah di sekolah itu. Ini kerana ianya adalah sekolah yang paling hampir dengan kampung kami. Seingat saya tidak pernah terdengar cerita-cerita murtad yang berlaku di kalangan kami, walaupun cerita-cerita berzina dan dadah memang sudah ada sejak zaman itu. Lambang sekolah sekarang sudah agak Islamik sedikit kerana lambang salibnya telah digantikan dengan bintang ......... simbol Islam agaknya?? Kalau tak silap warnanya pun sudah ditukar ........ dulu warnanya merah menyala!

Selepas tingkatan 5 saya terus menyambung pelajaran ke UK ....... sebuah negara Keristian. Sekali lagi saya bergelumang dengan nilai-nilai Keristian dan aktiviti-aktiviti yang tidak Islamik ....... Christmas, boxing day, valentines day, easter dan lain-lain. Pertama kali jejak kaki di bumi UK saya telah dibawa melawat Cathederal di Durham. Selama 4 tahun saya berada bersama mereka.

Saya telah kembali semula tinggal di UK pada tahun 1990 selama setahun dan lagi sekali dari tahun  2002 sehingga 2006. Kedua-dua kali ini saya bersama dengan anak-anak dan suami. Cabaran kali ini lebih besar kerana anak-anak bersekolah dan berada dalam sistem pendidikan mereka. Bukanlah suatu yang mudah untuk mengelak dari  terlibat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka terutama semasa berada di sekolah. Buat pertama kali anak-anak terdedah dengan agama Keristian.

Di sekolah saya telah membenarkan anak-anak untuk terlibat sekali dalam akviti-aktiviti seperti Christmas play, lawatan ke churh dan Hindu temple dan Harvest festival. Ini untuk mengelak dari prasangka yang tidak baik dari guru terhadap anak-anak kerana pihak sekolah juga ada mengatur program berunsur agama lain. Mereka ada buat lawatan ke masjid. Mereka juga ada membuat pertunjukan Hari Raya. Semua aktiviti ini disertai oleh semua murid. Kebetulan sekolah anak saya ini ada ramai murid Islam.

Selama 4 tahun mereka bersekolah di sini saya tidak pernah rasa risau kot-kot mereka terpengaruh dengan agama Keristian. Ini kerana saya akan sentiasa meninjau pemikiran mereka dan pada masa yang sama memberi input dan informasi tentang agama Islam. Contohnya apabila gurunya menceritakan tentang kisah Nabi Isa versi orang Keristian saya akan menceritakannya balik versi agama Islam. Begitulah seterusnya, saya akan selalu membuat perbandingan antara agama Keristian dan agama Islam.

Kebetulan anak saya ramai lelaki. Jadi selama berada di Uk memang banyak mengumpul jersi bola dan barang-barang suvenir dari UK. Tidak dinafikan setengahnya ada simbol-simbol yang terlarang itu, tetapi semasa membelikannya saya tidak pernah terfikir untuk mengagung-agungkannya atau memujanya. Setiap perbuatan yang berlebih-lebihan  pasti akan meninggalkan kesan yang buruk. Islam sangat-sangat menggalakkan kesederhanaan dalam kehidupan kita.

Sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Akhmad mengingatkan kita yang ertinya :

Makanlah, minumlah, berpakaianlah, dan bersedekahlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermegah-megah.

Lambang (England) ini selalu digunakan di atas baju dan barang suvenir yang lain
Pada pendapat saya apalah pengaruh yang ada pada simbol-simbol ini jika hendak dibandingkan dengan kesan pengaruh yang ditinggalkan jikalau kita berada dalam sistem pendidkian mereka. Selama 11 tahun saya memakai lambang ini tidak pernah terlintas sekali pun di hati ingin menukar agama. Bahkan semasa di sekolah saya akan sentiasa teringat bahawa saya adalah orang Islam ....... ini membuat saya sangat berhati-hati dalam tindakan saya seperti tidak membeli masakan dari kantin yang diusahakan oleh orang bukan Islam. Mungkin ini adalah hidayah daripada Allah SWT.

Wallahua'lam. Saya dan anak-anak insyaAllah masih  teguh  aqidah kami walaupun pernah berada dalam sistem pendidikan mereka. Pokoknya di sini bukanlah mana-mana lambang atau pengaruh luar yang menjadi punca utama kerosakan aqidah. Sebab utamanya ialah kurangnya didikan agama di rumah dan pemantauan ibu-bapa.




Friday 23 July 2010

SERBA SERBI SHA'ABAN

Hari ini 10 Sya'aban 1431 H. Lebih kurang 20 hari dari sekarang umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan yang mulia. Dalam tempoh  inilah kita cuba mempersiapkan diri dan keluarga agar bersedia menjalani ibadah puasa yang akan datang - dari sudut  mental dan fizikal. Biarlah ibadah puasa kita di tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

Sya'aban adalah di antara beberapa bulan yang mulia dalam Islam. Kadang-kadang ada amalan-amalan yang dibuat tidak menuruti sunnah Nabi SAW. Di sini saya turunkan satu artikel yang diterima melalui emel, iaitu amalan-amalan sunnah di bulan Syaaban. Semoga apa yang tercatit menjadi hujah kepada amalan kita dan bukan kerana ikut-ikutan semata-mata.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya dipanjangkan umur agar kita dipertemukan dengan Ramadan  al-mubarak yang akan datang. Doanya seperti di bawah:




Oleh: Muhammad Abduh Tuasikal

Alhamdulillah, saat ini kita telah menginjak bulan Sya’ban. Namun kadang kaum muslimin belum mengetahui amalan-amalan yang ada di bulan tersebut. Juga terkadang kaum muslimin melampaui batas dengan melakukan suatu amalan yang sebenarnya tidak ada tuntunannya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Semoga dalam tulisan yang singkat ini, Allah memudahkan kami untuk membahas serba-serbi bulan Sya’ban.  Allahumma a’in wa yassir (Ya Allah, tolong dan mudahkanlah kami).

Banyak Berpuasa di Bulan Sya’ban

Terdapat suatu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini yaitu amalan puasa. Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri banyak berpuasa ketika bulan Sya’ban dibanding bulan-bulan lainnya selain puasa wajib di bulan Ramadhan.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa, sampai kami katakan bahwa beliau tidak berbuka. Beliau pun tidak berpuasa sampai kami katakan bahwa beliau tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa secara sempurna sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.”

(HR. Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156)

Dalam lafazh Muslim, ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan,

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya. Namun beliau berpuasa hanya sedikit hari saja.”

(HR. Muslim no. 1156).

Dari Ummu Salamah, beliau mengatakan,

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam setahun tidak berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Sya’ban, lalu dilanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan.”

(HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Lalu apa yang dimaksud dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya (Kaana yashumu sya’ban kullahu)? Asy Syaukani mengatakan, “Riwayat-riwayat ini bisa dikompromikan dengan kita katakan bahwa yang dimaksud dengan kata “kullu” (seluruhnya) di situ adalah kebanyakannya (mayoritasnya). Alasannya, sebagaimana dinukil oleh At Tirmidzi dari Ibnul Mubarrok. Beliau mengatakan bahwa boleh dalam bahasa Arab disebut berpuasa pada kebanyakan hari dalam satu bulan dengan dikatakan berpuasa pada seluruh bulan.” (Nailul Author, 7/148). Jadi, yang dimaksud Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa di seluruh hari bulan Sya’ban adalah berpuasa di mayoritas harinya.

Hikmah di balik puasa Sya’ban adalah:

  1. Bulan Sya’ban adalah bulan tempat manusia lalai. Karena mereka sudah terhanyut dengan istimewanya bulan Rajab (yang termasuk bulan Harom) dan juga menanti bulan sesudahnya yaitu bulan Ramadhan. Tatkalah manusia lalai, inilah keutamaan melakukan amalan puasa ketika itu.

  2. Puasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, hal. 234-243)

Menghidupkan Malam Nishfu Sya’ban dengan Shalat dan Do’a

Sebagian ulama negeri Syam ada yang menganjurkan untuk menghidupkan atau memeriahkan malam tersebut dengan berkumpul ramai-ramai di masjid. Landasan mereka sebenarnya adalah dari berita Bani Isroil (berita Isroiliyat). Sedangkan mayoritas (majoriti) ulama berpendapat bahwa berkumpul di masjid pada malam Nishfu Sya’ban –dengan shalat, berdo’a atau membaca berbagai kisah- untuk menghidupkan malam tersebut adalah sesuatu yang terlarang. Mereka berpendapat bahwa menghidupkan malam Nishfu Sya’ban dengan berkumpul di masjid rutin setiap tahunnya adalah suatu amalan yang tidak ada tuntunannya (baca: bid’ah).

Namun bagaimanakah jika menghidupkan malam Nishfu Sya’ban dengan shalat di rumah dan khusus untuk dirinya sendiri atau mungkin dilakukan dengan jama’ah tertentu (tanpa terang-terangan, pen)? Sebagian ulama tidak melarang hal ini. Namun, mayoritas ulama -di antaranya adalah ‘Atho, Ibnu Abi Mulaikah, para fuqoha (pakar fiqih) penduduk Madinah, dan ulama Malikiyah -mengatakan bahwa hal tersebut adalah sesuatu yang tidak ada tuntunannya (baca: bid’ah). (Lathoif Al Ma’arif, 247-248). Dan di sini pendapat mayoritas ulama itu lebih kuat (rojih). Adapun sanggahan untuk pendapat yang mengatakan bahwa menghidupkan malam Nishfu Sya’ban dengan shalat sendirian di rumah tidaklah terlarang adalah sebagai berikut.

Pertama, tidak ada satu dalil pun yang shahih yang menjelaskan keutamaan malam Nishfu Sya’ban. Bahkan Ibnu Rajab sendiri mengatakan, “Tidak ada satu dalil pun yang shahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat yang menganjurkan menghidupkan malam Nishfu Sya’ban. Dan dalil yang ada hanyalah dari beberapa tabi’in yang merupakan fuqoha’ negeri Syam.” (Lathoif Al Ma’arif, 248).

Kedua, ulama yang mengatakan tidak mengapa menghidupkan malam Nishfu Sya’ban dan menyebutkan bahwa ada sebagian tabi’in yang menghidupkan malam tersebut, sebenarnya sandaran mereka adalah dari berita Isroiliyat. Lalu jika sandarannya dari berita tersebut, bagaimana mungkin bisa jadi dalil untuk beramal[?] Juga orang-orang yang menghidupkan malam Nishfu Sya’ban, sandaran mereka adalah dari perbuatan tabi’in. Kami katakan, “Bagaimana mungkin hanya sekedar perbuatan tabi’in itu menjadi dalil untuk beramal[?]” (Lihat Al Bida’ Al Hawliyah, 296)

Ketiga, adapun orang-orang yang berdalil dengan pendapat bahwa tidak terlarang menghidupkan malam Nishfu Sya’ban dengan shalat sendirian sebenarnya mereka tidak memiliki satu dalil pun. Seandainya ada dalil tentang hal ini, tentu saja mereka akan menyebutkannya. Maka cukup kami mengingkari alasan semacam ini dengan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718).

Ingatlah, ibadah itu haruslah tauqifiyah yang harus dibangun di atas dalil yang shahih dan tidak boleh kita beribadah tanpa dalil dan tanpa tuntunan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. (Lihat Al Bida’ Al Hawliyah, 296-297)

Keempat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Janganlah mengkhususkan malam Jum’at dari malam lainnya untuk shalat. Dan janganlah mengkhususkan hari Jum’at dari hari lainnya untuk berpuasa.”

“Hari yang baik saat terbitnya matahari adalah hari Jum’at.” (HR. Muslim)

Tatkala Nabi  shallallahu ‘alaihi wa sallam memperingatkan agar jangan mengkhususkan malam Jum’at dari malam lainnya dengan shalat tertentu, hal ini menunjukkan bahwa malam-malam lainnya lebih utama untuk tidak boleh dikhususkan suatu ibadah di dalamnya kecuali jika ada suatu dalil yang mengkhususkannya. (At Tahdzir minal Bida’, 28).Semoga Allah selalu memberi hidayah kepada kaum muslimin yang masih ragu dengan berbagai alasan ini. (HR. Muslim no. 1144) Seandainya ada pengkhususan suatu malam tertentu untuk ibadah, tentu malam Jum’at lebih utama dikhususkan daripada malam lainnya. Karena malam Jum’at lebih utama daripada malam-malam lainnya. Dan hari Jum’at adalah hari yang lebih baik dari hari lainnya karena dalam hadits dikatakan, memperingatkan agar jangan mengkhususkan malam Jum’at dari malam lainnya dengan shalat tertentu, hal ini menunjukkan bahwa malam-malam lainnya lebih utama untuk tidak boleh dikhususkan suatu ibadah di dalamnya kecuali jika ada suatu dalil yang mengkhususkannya. (

Puasa Setelah Pertengahan Sya’ban

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Jika tersisa separuh bulan Sya’ban, janganlah berpuasa.”

(HR. Tirmidzi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)

Dalam lafazh lain,

“Jika tersisa separuh bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sampai datang Ramadhan.” (HR. Ibnu Majah no. 1651)

Sebenarnya para ulama berselisih pendapat dalam menilai hadits-hadits di atas dan hukum mengamalkannya. Di antara ulama yang menshahihkan hadits di atas adalah At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Ath Thahawiy, dan Ibnu ‘Abdil Barr. Di antara ulama belakangan yang menshahihkannya adalah Syaikh Al Albani rahimahullah.

Sedangkan ulama lainnya mengatakan bahwa hadits tersebut adalah hadits yang mungkar dan hadits mungkar adalah di antara hadits yang lemah. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah ’Abdurrahman bin Mahdiy, Imam Ahmad, Abu Zur’ah Ar Rozi, dan Al Atsrom. Alasan mereka adalah karena hadits di atas bertentangan dengan hadits,

“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” (HR. Muslim no. 1082)

Jika dipahami dari hadits ini, berarti boleh mendahulukan sebelum ramadhan dengan berpuasa dua hari atau lebih.

Al Atsrom mengatakan, Hadits larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban bertentangan dengan hadits lainnya. Karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri berpuasa di bulan Sya’ban seluruhnya (mayoritasnya) dan beliau lanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Dan hadits di atas juga bertentangan dengan hadits yang melarang berpuasa dua hari sebelum Ramadhan. Kesimpulannya, hadits tersebut adalah hadits yang syadz, bertentangan dengan hadits yang lebih kuat.”

At Thahawiy mengatakan bahwa mayoritas ulama memang tidak mengamalkan hadits tersebut. Namun ada pendapat dari Imam Asy Syafi’i dan ulama Syafi’iyah, juga hal ini mencocoki pendapat sebagian ulama belakangan dari Hambali. Mereka mengatakan bahwa larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban adalah bagi orang yang tidak memiliki kebiasaan berpuasa ketika itu. Jadi bagi yang memiliki kebiasaan berpuasa (seperti puasa senin-kamis), boleh berpuasa ketika itu, menurut pendapat ini. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 244-245)

Puasa Satu atau Dua Hari Sebelum Ramadhan

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah.” (HR. Muslim no. 1082)

Berdasarkan keterangan dari Ibnu Rajab rahimahullah, berpuasa di akhir bulan Sya’ban ada tiga model:

Pertama, jika berniat dalam rangka berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas terlarang.
Kedua, jika berniat untuk berpuasa nadzar atau mengqodho puasa Ramadhan yang belum dikerjakan, atau membayar kafaroh (tebusan), maka mayoritas ulama membolehkannya.
Ketiga, jika berniat berpuasa sunnah semata, maka ulama yang mengatakan harus ada pemisah antara puasa Sya’ban dan Ramadhan melarang hal ini walaupun itu mencocoki kebiasaan dia berpuasa, di antaranya adalah Al Hasan Al Bashri.


Namun yang tepat dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan ataukah tidak sebagaimana makna tekstual dari hadits. Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kebiasaan dia berpuasa –seperti puasa Senin-Kamis-, maka itu dibolehkan. Namun jika tidak, itulah yang terlarang. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad dan Al Auza’i. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 257-258)

Kenapa ada larangan mendahulukan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan? Pertama, jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah dalam rangka hati-hati, maka hal ini terlarang agar tidak menambah hari berpuasa Ramadhan yang tidak dituntunkan. Kedua, agar memisahkan antara puasa wajib Ramadhan dan puasa sunnah di bulan Sya’ban. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 258-259)
Demikian pembahasan singkat kami mengenai panduan amalan di bulan Sya’ban. Semoga apa yang kami suguhkan ini bermanfaat bagi kaum muslimin sekalian.

[Muhammad Abduh Tuasikal]

Tuesday 13 July 2010

KEJAMKAH HUKUM ISLAM(3) - kebebasan beragama

Beberapa bulan yang lalu ada berita tentang ‘gay couple’ yang tidak dibenarkan menginap di salah sebuah tempat penginapan persendirian. Berita ini berasal  dari England, sebuah Negara Keristian. Ikuti berita seterusnya .....

A gay couple were turned away from a Berkshire guest house by the owner who said it was "against her convictions" for two men to share a bed.

Michael Black and John Morgan, from Brampton, Cambridgeshire, had booked a double room at the Swiss B&B, Terry's Lane, in Cookham, for Friday night.

But when they arrived owner Susanne Wilkinson refused to let them stay.

She admitted she did turn the couple away because it was against her policy to accommodate same sex couples.

The couple have now reported the matter to Thames Valley Police.

Under the Equality Act 2006 it is illegal to discriminate against people on the grounds of sexual orientation.

Ms Wilkinson told the BBC: "They gave me no prior warning and I couldn't offer them another room as I was fully booked.

"I don't see why I should change my mind and my beliefs I've held for years just because the government should force it on me.

"I am not a hotel, I am a guest house and this is a private house."

Mr Black and Mr Morgan were in the village, near Maidenhead, to meet some friends for dinner and to see a local play.

Mr Black told the BBC: "We're two respectable middle-aged men - John is leader of the Lib Dem group on Huntingdon Town Council.

Owner apologised

"This was the first time either of us had experienced homophobia at first hand, despite being aged 56 and 62. We were shocked and embarrassed.

"Mrs Wilkinson saw us both before we got out of the car and immediately acted in an unwelcoming, cold way, but my boyfriend and I were polite and friendly.

"She said if we'd told her in advance she would have told us not to come.

"She apologised for turning us away. I asked for a refund of the deposit, which she gave me without quibble.

"We stayed polite and, to be fair, she wasn't rude or abusive.

'Civil matter'

"All she said about her reasons for turning us away was that it went against her convictions for us to stay there.

"We've since told a large number of friends and acquaintances and the reaction has consistently been amazement that this should have happened.

"I've reported the matter to Thames Valley Police who have confirmed that they are following it up."

Thames Valley Police said the call had been logged as a homophobic incident.

A spokeswoman said: "As the people live outside of the force area, we have asked Cambridgeshire Constabulary to speak to the individuals concerned."

A spokesman for Stonewall, which campaigns for equality and justice for lesbians, gay men and bisexuals, said turning someone away on the grounds of sexual orientation was illegal.

Derek Munn, director of public affairs, said: "Stonewall was delighted when the law changed in 2007 so that lesbian and gay couples could go on their holidays like anyone else.

"In open and shut cases of discrimination on the grounds of sexual orientation the law's quite clear - it's illegal for businesses to turn away gay customers or discriminate against them when providing goods or services, and this can't be overridden by personal prejudice."



Perlukah kita memberi hak yang sama kepada mereka seperti pasangan yang normal??? .... ini bertentangan dengan hukum Islam
Apa yang menarik di sini ialah bukan sahaja di kalangan orang Islam  yang menentang perlakuan ‘homoseksual’ ini tetapi ia juga tidak dipersetujui oleh penganut agama lain . Malangnya bagi negara seperti Britain ia ‘menghalalkan’ homoseksual dan mengadakan undang-undang untuk melindungi mereka yang ‘gay’ ini. Barangsiapa yang bersifat diskriminasi terhadap mereka boleh dibawa ke muka pengadilan.

Alangkah malangnya nasib penganut agama Keristian di UK ...... hendak beramal mengikut ajaran kitabnya pun tidak dibenarkan. Kebiasaannya  inilah yang berlaku apabila pemimpin negara bersikap sekular walaupun mereka masih menganut agama tertentu. Semua keputusan dibuat mengikut citarasa sendiri tanpa mengira samada ia selari dengan kehendak agama rasmi negara atau pun tidak.

Rasanya di Malaysia ini pun tidak kurang berlakunya ‘penindasan beragama’ seperti di atas. Tidak lama dulu RTM sebagai saluran rasmi kerajaan Malaysia telah tidak membenarkan pembaca berita wanitanya yang beragama Islam menutup aurat. Setelah bertahun-tahun berjuang untuknya, barulah pihak RTM mengalah. Kalau tidak silap saya, syarikat penerbangan MAS masih tidak membenarkan pramugarinya yang beragama Islam menutup aurat semasa bertugas di ‘awan biru’......... yang bertugas di bawah mungkin ada yang  bertudung.

Cerita di atas adalah yang berlaku di agensi-agensi milik kerajaan. Manakala di kilang-kilang dan firma swasta juga dilaporkan banyak berlaku penidasan sedemikian rupa Kebanyakan majikan-majikan tidak membenarkan pekerja-pekerja Islamnya solat dalam waktu kerja. Pandai-pandai sendirilah mencari waktu terluang untuk menunaikan tanggungjawab bersolat. Pada hari Jumaat pula pekerja lelaki tidak diberi masa untuk menunaikan solat Jumaat. Ada yang terpaksa ambil cuti hari jumaat minggu yang ke-3  setelah 2 minggu berturut-turut tidak menunaikan solat Jumaat untuk mengelak jatuhnya hukum fasik ke atas mereka ......... kesian sungguh!

Semua ini berlaku di  ... Negara Islam Malaysia ...  mengikut tafsiran pemimpin-pemimpin kita. Mungkin bagi orang yang tidak mengambil berat bab hukum agama merasakan mereka bebas beragama dalam negara ini. Namun bagi mereka yang ingin melaksanakan hukum agama secara menyeluruh, masih lagi terdapat beberapa halangan yang perlu di atasi ...... tidaklah sebebas yang disangkakan.

Masih banyak lagi sistem-sistem atau pun peraturan -peraturan yang dilaksanakan dalam institusi-institusi dalam negara yang tidak  'Islamic friendly". Contoh  yang selalu terjadi pada saya ialah peraturan yang dikenakan oleh hotel-hotel 4 atau 5 bintang ketika berada dalam kolam renang mereka. Apabila anak lelaki saya ingin mandi dengan memakai seluar renang serta t-shirt ...... pihak hotel telah menghalangnya daripada berenang walaupun dalam kolam renang itu ada yang berpakaian sedemikian. Kenapa???......sebab anak saya lelaki tetapi yang seorang lagi itu perempuan! .......haaah ...... inilah satu peraturan yang cukup mengarut yang pernah saya jumpa. Apalah rasionalnya hendak membezakan perempuan dan lelaki dalam kolam renang. Walaubagaimanapun kini keadaannya sudah bertambah baik.

Inilah pakaian renang yang disenangi oleh pengusaha-pengusaha hotel di Malaysia
Rasanya 10 atau 15 tahun dahulu budak-budak perempuan juga tidak dibenarkan masuk ke dalam kolam renang jikalau tidak memakai pakaian renang yang 'proper' ...... ( almaklumlah zaman tu mana ada lagi baju renang wanita yang Islamik! )...... Inilah pusaka atau legasi yang ditinggalkan oleh pihak penjajah kepada kita. Namun kita tidak perlu terikut-ikut dengan peraturan jahiliah itu ........ negara kita ......kita buatlah peraturan sendiri mengikut citarasa sendiri ..... sesuai dengan namanya Negara Islam.

Alhamdulillah......kini sudah ada pakaian renang alternatif yang islamik

Banyak sangat perkara-perkara yang tidak Islamik berlaku di negara ini yang membuat saya kurang senang dengan nama jolokan itu . Selain daripada isu lama seperti yang disebut di atas, kini timbul pula isu baru yang jelas bertentangan dengan hukum agama Islam. Pihak kerajaan yang mengaku bahawa negara yang diperintah sebuah negara Islam telah berura-ura mahu menghalalkan perjudian di sisi undang-undang negara. Bukan orang Islam sahaja  yang menentang tetapi ia turut tidak dipersetujui oleh mereka dari agama lain.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah membuka pintu hati para pemimpin kita supaya lebih mendekati Islam dan menerima Islam yang sebenar-benarnya ...... bukan Islam celup ....wallahualam!


Sunday 23 May 2010

Hidayah Melalui Misteri Fenomena Alam

Firman Allah,

سَنُرِيهِمْ ءَايَـتِنَا فِى الاٌّفَاقِ وَفِى أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahawa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahawa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

Kisah Pengislaman Jacques Yves Costeu, seorang oceanografer

Mr.Jacques Yves Costeau , ialah seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Beliau sangat terkenal melalui program Tv dokumentari  "Discovery". Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia tidak berputus asa mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehinggalah pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian dia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi:

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ- بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَّ يَبْغِيَانِ

“Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 yang berbunyi:

وَهُوَ الَّذِى مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَـذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَـذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخاً وَحِجْراً مَّحْجُوراً

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

[ Fenomena ini juga ada disebut dalam surah al-Faathir: 12]

وَمَا يَسْتَوِى الْبَحْرَانِ هَـذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ سَآئِغٌ شَرَابُهُ وَهَـذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَمِن كُلٍّ تَأْكُلُونَ لَحْماً طَرِيّاً وَتَسْتَخْرِجُونَ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ فِيهِ مَوَاخِرَ لِتَبْتَغُواْ مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur."

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi:

يَخْرُجُ مِنْهُمَا الُّلؤْلُؤُ وَالمَرْجَانُ

“Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.”

Padahal di muara sungai tidak terdapat mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman ketika belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan serta-merta dia pun memeluk Islam.

Kebesaran Al-Quran

Lihatlah beberapa pemandangan yang menarik dan menakjubkan yang dilihat oleh beliau dalam pengembaraannya yang unik ini.


....kelihatan seperti sebuah pulau dalam sebatang sungai .....

....yang dilihat seperti sungai itu adalah sebenarnya lapisan hidrogen salfida, sejenis gas yang beracun 
...... satu pemandangan yang biasa kita lihat di daratan ...... guguran daun kering di bawah pokok .... tapi ini semua berlaku di dasar lautan! 
...lagi pemandangan unik yang disaksikan oleh Jacques .....
Pemandangan yang dipaparkan di atas sangat ajaib bagi kita yang sudah merasai hidayah Allah SWT dan percaya itu semua terjadi dengan kuasa dan ketentuanNya. Namun bagi mereka yang belum menerima hidayah, kebenaran dan kebesaran al-Quran itu jauh lebih ajaib dan mempesonakan dari fenomena tersebut. Inilah yang telah mendorong Jacques Yves Costeu kembali ke Islam, agama fitrahnya.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”

Bila seorang bertanya,

“Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?”

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”