Monday 9 January 2012

Jom ke LegoLand

Saya pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia yang ternanti-nanti akan hari pembukaan  Legoland Malaysia yang dijangkakan pada penghujung tahun ini. Taman tema ini  bertemakan sistem mainan Lego dan Legoland Malaysia adalah yang pertama di Asia dan keenam di dunia selepas Denmark, England, California, Florida dan German. Ia adalah  satu taman yang mampu memenuhi citarasa sebuah keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama-sama. Kenyataan saya ini bukanlah berdasarkan andaian semata-mata tetapi ianya adalah satu kebenaran dari pengalaman kerana kami sekeluarga telah melaluinya pada musim panas 2005 di Legoland Windsor, England


                                     
Legoland Windsor is a child-oriented theme park in Windsor, Berkshire in England.The park opened in 1996 on the former Windsor Safari Park as the second Legoland after Legoland Billund in Denmark. In common with the other Legolands across the world, the park's attractions consist of a mixture of Lego-themed rides, models and building workshops. 

Keluasan Legoland Malaysia lebih kurang 76 ekar tetapi Legoland Windsor berkeluasan 150 ekar (ketika 2005).. ....jauh lebih besar dari sudut keluasan. Namun dari sudut aktiviti interaktifnya dijangkakan tidak jauh berbeza - Legoland Malaysia akan mempunyai 50 aktiviti sementara Legoland Windsor pada ketika itu mempunyai lebih dari 50 aktiviti. Mungkin kini sudah ada penambahan.

Park brochure yang di dalamnya ada park map
Jom kita masuk!

pintu masuk ke Legoland - ciri serupa di semua taman tema di dunia
                                   
Aktiviti Interaktif

Kebanyakan aktiviti di sini sesuai untuk seluruh isi keluarga kecuali beberapa aktiviti yang dikhususkan untuk kanak-kanak. Konsep Legoland sebenarnya memenuhi impian kanak-kanak yang berumur antara 3-12 tahun.

Beberapa aktiviti menarik yang terdapat di Legoland Windsor, England.


The Orient Express - membawa kami meredah hutan dan berinteraksi dengan penghuni-penghuninya

Harimau Lego - gambar diambil dari atas keretapi
permainan kegemaran anak bongsu saya dan abangnya
Here we go ...... permulaan pada satu perjalanan yang berbelit-belit

Space Tower - abang ngah yang ditugaskan menemani adik bongsunya .....  menarik tali untuk sampai ke  atas
Jungle Coaster - a mini version of Roller coaster
Pirate Falls - satu pengalaman perjalanan dengan bot yang bertemakan lanun ...... lanun-lanunnya dibuat dari blok lego

Miniland

Satu-satunya daya tarikan  di Legoland yang dapat menghiburkan peminat-peminat setia lego, samada yang kecil atau tua, ialah "Miniland"nya. Rasa sungguh terpesona dengan keindahan dan ketepatan rupabentuk replika-replika  bangunan dan binaan yang terkenal di dunia dan juga tempatan. Pada 2005 sebanyak 35 juta Lego Bricks digunakan di Miniland ini sahaja. Kini saya pasti jumlahnya sudah bertambah kerana mereka sentiasa membuat penambahan struktur-struktur yang baharu. Manakala Legoland Malaysia akan hanya menggunakan sebanyak 30 juta Lego Bricks di keseluruhan taman tema nya.
Tower Bridge, London Eye . Big Ben

stonehenge - satu binaan purba yang terkenal di England

windmill - yang terkenal penggunaannya di Belanda
Bt Tower London

Gambar-gambar seterusnya juga, semuanya diperbuat daripada Lego Bricks







Figura dalam taman

Ada berbagai-bagai bentuk figura yang terdapat dalam taman tema ini. Tidak semua yang dapat kami rakamkan dan bergambar bersama disebabkan keluasan taman ini dan masa yang terhad.


Abah dan anak-anak berposing dengan Presiden Lincoln?
Ashraf, Afiq, Afnan and their Lego friend posing with Lego Earth

These two giraffes look very real
Ini patung dari kebudayaan mana tak pasti.....tetapi yang pasti ia juga dibuat daripada Lego Bricks

a giant spider Lego

Abah dan adik bersantai bersama sebuah keluarga Lego

Adik sangat gembira duduk dalam wheelbarrow yang ditarik oleh "abang Lego"

Ashraf, Kausar and their Lego friend

Oleh kerana Legoland Windsor ini sangat luas, kami tidak dapat mencuba kesemua aktiviti yang ada di sana. Kami hanya memilih beberapa aktiviti yang tertentu disebabkan keletihan. Ada sesetengah aktiviti yang popular akan mempunyai queue giliran yang sangat panjang . Faktor ini juga telah  mempengaruhi pemilihan kami. Bagi penduduk tempatan mereka akan mengambil tiket tahunan yang  membenarkan mereka masuk berulang kali dalam tahun itu. Dengan cara ini semua aktiviti yang ada dapat dicuba dan dinikmati dengan sepuas-puasnya. Di negara seperti England yang mempunyai iklim empat musim, taman tidak dibuka sepanjang tahun ..... jadi perlu ambil tahu bila ia dibuka dan ditutup.

Apabila Legoland Malaysia dibuka saya yakin ia akan menjadi satu-satunya Legoland dalam dunia ini yang "mesra Islam" atau "Islam friendly". Ketika kami ke Legoland Windsor, kami tidaklah dapat hendak menjamu selera sekali di sana kerana tiada gerai menjual makanan halal. Bagi pengunjung Islam pula mereka tentu bermasalah mencari tempat solat bagi mereka yg tidak boleh menjamak solatnya . Alhamdulillah kami datang dari jauh, kami boleh menjamakkan solat zohor ke asar. Kebetulan pula di musim panas waktu siangnya panjang. Jadi kami tidak menghadapi masalah itu.

Saya pasti masalah seperti ini tidak akan timbul di negara kita yang diberi jolokan "Islamic country". Sudah tentu disana nanti akan ada surau serta gerai dan kedai makanan halal. Jadi kepada bakal pengunjung-pengujung Islam yang komited, samada dari dalam atau luar negara, Legoland Malaysia merupakan pilihan terbaik jika anda ingin ke Legoland.

Mulalah menabung dari sekarang kerana tiket masuk berharga RM 140 untuk dewasa dan RM 110 untuk kanak-kanak. Mereka yang mempunyai Mykad akan diberi diskaun sebanyak RM 30.