Saturday 24 November 2012

Boikot Barang Keluaran Yahudi dan Sekutunya!

Boikot, boikot, ........ dan terus boikot

Pada tahun 2001 Syeikh Yusuf Qardhawi telah menyarankan agar umat Islam memboikot semua produk dari Israel dan sekutunya, Amerika. Pada akhir 2008 dan awal 2009 kempen ini diperhebatkan setelah Gaza diserang. Tahun ini Gaza diserang lagi. Marilah kita terus menerus berkempen mengajak orang ramai memboikot barangan Israel dan sekutunya. Jangan kita hanya cakna tentang isu Palestin ketika Palestin diserang sahaja. Isu ini harus diperjuangkan sehingga tanah Palestin menjadi milik Umat Islam semula ..... Do your best and Allah will do the rest!
Anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis  Israel

Ucapan: Syeikh Yusuf al-Qardhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)
Boikot Barangan Israel!
Bismillahirrahmanirrahim..
“Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.
Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?
Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.
Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.
Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!
Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!”
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
Ini adalah senarai label atau jenama yang dicadangkan di UK.
Manakala senarai label atau jenama yang perlu diboikot oleh rakyat Malaysia seperti di bawah:


Wednesday 14 November 2012

Salahkah Menyambut Tahun Baru?


SABAN tahun kita melihat bagaimana Negara menyambut Tahun Baru dengan  rakyat berhimpun beramai-ramai untuk mengira detik 12 malam. Sambutan tahunan yang diadakan ini adalah tidak bermakna dan mengandungi aktiviti yang tidak berfaedah dan tersasar jauh dari budaya ketimuran yang mana akhirnya akan hanya mengundang kepada perlakuan sumbang dan keji para muda-mudi.
Sambutan tahun baru yang dirayakan dan dianjurkan setiap tahun  amat  tidak selaras dengan kehendak Islam serta menyimpang daripada budaya dan adat kesopanan orang timur. Adakah kita mahu dan rela muda-mudi bangsa melalai dan merosakkan diri mereka sendiri setiap kali tibanya tahun baru? Jadi, apakah cara terbaik  bagi umat Islam menyambut  Tahun Baru  mahupun Tahun Hijrah yang mampu meninggalkan kesan kepada kita?

Menyambut tahun baru dengan berpesta bunga api dan berhibur
Tidak kiralah sama ada menyambut Tahun Baru Miladiah (Tahun Baru) ataupun Tahun Hijrah (Awal Muharam), keduanya membawa satu penekanan iaitu setiap individu akan mengalami suatu proses penghijrahan dari satu tahun ke tahun yang berikutnya, sama ada  kita telah bersedia ataupun tidak, atau telah berjaya mencapai azam tahun lalu ataupun tidak.
Tahun baru sepatutnya disambut dengan azam; penghijrahan untuk memperbaiki  diri dan  kehidupan dengan merenung kepada pencapaian tahun lalu. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan
(surah al-Hashr: 18).
Penghijrahan yang hakiki di zaman ini adalah seperti yang disebut oleh Nabi dalam hadisnya yang bermaksud, daripada Abdullah bin Habsyi, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.”
(Hadis riwayat Abu Dawud)
Perayaan Maal Hijrah yang disambut di seluruh negara sebenarnya bukan merupakan semangat yang dihayati tetapi hanyalah satu rutin sempena Muharram. Aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pemantapan aqidah sepatutnya menjadi agenda utama para pemimpin.
Pendekatan yang digunakan bagi menyambut  tahun baru seharusnya dikaji dengan lebih teliti bagi memastikan ia senantiasa berada di landasan agama dan budaya dan tidak hanya sekadar  sambutan yang melalaikan tanpa diterapkan di dalam sanubari rasa keinsafan dan semangat baru bagi  mengatasi  pencapaian lalu.
Rasa keinsafan dan semangat baru ini hanya dapat diisi oleh mereka yang sanggup serta dengan penuh kesungguhan untuk berubah, kerana Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib hamba-hamba-Nya jika mereka sendiri tidak mempunyai semangat dan iltizam untuk berubah. Dengan semangat sedemikian, nescaya perubahan yang dibawa, akan memberi makna yang besar bukan sahaja kepada diri, tetapi juga keluarga, bangsa, agama dan negara tercinta.
Apakah kita langsung tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah? (jawapan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)
Jawapan: Sambutan Hijrah ini tidak boleh dibuat atas asas ianya amalan khas agama ini, kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama, sedangkan baginda bersabda:
“Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak”
( Riwayat Muslim )
Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini , pada pandangan saya,  boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan rakyat tentang tarikh baru sesuatu tahun. Ini membolehkan mereka merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan. Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang dibolehkan syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukan ibadah khusus. Di samping itu, seperti mana apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya. Demikian juga apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita di bolehkan menyebut tentang sejarahnya, sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran.  Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w.
Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Muharram dengan berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan agar  kita memperolehi kebahgiaan yang hakiki. Kita mengisinya dengan tafakur, tasyakur, muhasabah, zikir, dan takhthit (perancangan).

Monday 12 November 2012

Doa Awal dan Akhir Tahun – amalan bidaah atau sunnah?


MENJADI kelaziman bagi sebahagian besar umat Islam di Malaysia, apabila berakhir bulan Zulhijjah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali, dan dikatakan fadhilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitu besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Maka tidak hairanlah ramai yang
mempercayainya dengan harapan memperolehi kelebihan itu; sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan diaminkan oleh jemaah. Begitu juga di surau-surau dan masjid-masjid tidak ketinggalan menganjurkan majlis—mallis khas bacaan doa ini.
Persoalannya: Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?
Jawapan: Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah sebagai perkiraan kalender kita itupun ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab, bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin. Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun, selagi mana ia tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan. Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w, juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam  dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itupun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu. Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.
( Ini adalah jawapan daripada Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin apabila diajukan soalan ini.)
Syeikh Bakr Abu Zaid (rahimahullah) menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu:
“Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.”
Mungkin ada di kalangan kita yang menganggap ini perkara kecil, tetapi ingatlah kata-kata Imam al-Barbahari,
“Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan,
“Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
Beberapa amalan yang boleh menghapuskan dosa-dosa lepas:
1. Puasa pada Yaumul ‘Asyuro, yaitu tanggal 10 Muharram, sepertimana sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku berharap kepada Allah, dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.” (HR Bukhari dan Muslim).
2. Puasa Arafah pada 9 Zulhijjah. Hukumnya sunnah mu’akkadah (sunnah yang sangat dianjurkan) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji. Rasulullah s.a.w.bersabda:
“Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah menjadi penghapus (dosa) setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.”
(HR. Muslim).
Dalam hadis lain,      “Tidak ada hari-hari yang amal soleh didalamnya lebih Allah cintai kecuali pada hari ini, iaitu: 10 hari bulan Zulhijjah, mereka berkata:  Apakah jihad fisabilillah tidak lebih utama dari itu?, beliau bersabda:  Tidak juga jihad, kecuali seseorang yang keluar
berjihad dengan jiwa dan hartanya dan tidak ada yang kembali satupun.” 
(Riwayat Bukhari).

Wednesday 7 November 2012

Kembara Borneo - Driving from KK to Seria Brunei


Kami berada di Brunei dari 13 hingga 14 Feb sahaja. Dari pagi hingga ke petang 14 Feb kami berada di BSB melawat beberapa tempat menarik yang biasa dilawati oleh para pelancong dari luar dan dalam negeri. Sebelah petangnya pula kami ke Pekan Seria, 100 km dari BSB ke arah barat-daya.
Seria 100 km dari BSB ........ lebih hampir ke Miri Sarawak

Kami pernah ke sini 19 tahun yang lepas bersama anak-anak yang masih kecil ketika itu. Namun kami datang dari arah Miri melalui pintu masuk Kuala Belait Brunei. Lawatan kali ini memang sangat mengujakan kerana ia mengembalikan nostalgia lawatan pertama pada tahun 1993. Banyak perubahan sudah berlaku pada bandar ini namun ada satu ciri lanskapnya yang tidak berubah dari dahulu hingga sekarang ...... pemandangan pumpjack atau "nodding donkeys" yang berada di mana-mana sahaja kita pergi di bandar ini. Inilah mercu tanda bandar Seria yang memberitahu kita bahawa ia adalah sebuah bandar minyak atau juga dikenali sebagai "shelltown". Kehidupan penduduk tempatan memang banyak dipengaruhi oleh aktiviti yang melibatkan syarikat minyak gergasi ini.

nodding donkey secara dekat
Kami tiba di Pekan Seria lebih kurang pukul 5 petang.Pada petang itu kami hanya pusing-pusing di pekan ini sambil mengimbau kembali lawatan pertama kami. Oleh kerana hari semakin gelap kami hanya sempat melawat satu saja tempat menarik di sini iaitu Billionth Barrel Monument. Monumen ini terletak di pantai Seria, 38 meter daripada telaga minyak pertama yang dijumpai di Seria oleh Brunei Shell Petroleum pada tahun 1929.

Kami sempat bergambar di monumen ini yang dihiasi dengan lanskap yang menarik. Warga Pekan Seria menjadikan kawasan atau taman  ini sebagai tempat rekreasi mereka. Ramai yang datang berjoging, bersiar-siar membawa anak-anak atau duduk-duduk saja ber-'coupling'. Apa-apapun mereka semua datang untuk beriadhah sambil menikmati keindahan taman.





Lanskap yang menarik







....yang di belakang itulah pumpjack yang digelar nodding donkeys

Satu lagi  tempat menarik yang kami tidak sempat pergi kerana kesuntukan masa walaupun kami lalu di hadapannya ialah Oil and Gas Discovery Centre (OGDC), sebuah muzium interaktif yang juga dikendalikan oleh Brunei Shell Petroleum.


Oil & Gas Production Centre ..... OGPC

Mengimbau lawatan pertama 1993

Dalam lawatan kami yang pertama kami ada pergi ke Masjid Pekan  Seria.  Asalnya  Seria dikenali sebagai Pekan Seria. Masjid ini adalah masjid pertama di Brunei yang mempunyai kubah dalam rekabentuknya.


Di hadapan Masjid Pekan Seria negara Brunei Darussalam pada tahun 1993
Kami datang daripada Miri Sarawak dan masuk ikut Kuala Belait menaiki feri menyeberangi  Sungai Belait. Namun kini tidak perlu naik feri lagi kerana sudah ada Jambatan  Rasau yang bertol melintasi sungai Belait.


Feri Belait Layang-Layang membawa kami menyeberang 
 Sg Belait dan terus masuk ke  Brunei
Seperti yang saya katakan sebelum ini ketika lawatan pertama itu kami juga dapat melihat 'nodding donkeys'  di merata-rata pekan ...... di taman, sebelah masjid, kawasan perumahan, pantai,  ..... seolah-olah ianya adalah sebahagian dari keperluan kehidupan mereka.


Ini pemandangan pada tahun 1993......nodding donkey di belakang

.......ini  balai raya sebuah kampong yang dilalui.... Seria 1993
Pulang ke Limbang

Ketika kami meninggalkan taman monumen, hari sudah semakin gelap. Kami terpaksa meneruskan perjalanan kami ke Limbang Sarawak untuk bermalam di sana kerana kos penginapan di Limbang jauh lebih murah berbanding dengan di Brunei. Kami mesti sampai di sempadan sebelum pukul 10 malam di mana pintu sempadan akan ditutup. Sebelum keluar dari Brunei kami mengisi minyak kereta di Seria. Minyak dijual di sini dengan 2 harga - harga orang tempatan dan harga untuk orang luar. Pada petang itu kami mengisi minyak jenis Ron 97.Harga untuk warga tempatan ialah B$0.57 dan untuk warga luar B$0.89 (RM 2.30) seliter. Akhiryta kami tinggalkan Pekan Seria pukul 6.30 petang menuju ke Limbang

Jom ke Limbang!













Related post:


Kembara Borneo - Driving from KK to Lawas