Thursday 22 October 2009

Gempa Bumi Padang - Bala' atau Ujian?

Setiap musibah yang Allah timpakan kepada kita selalunya adalah sebagai peringatan atau setidak-tidaknya sebagai ujian sejauh manakah iman kita terhadap Allah yang Maha Esa.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 1-3)

Kebesaran Allah itu kita boleh lihat di mana-mana saja dalam fenomena alam sejagat kerana alam ini (serta isi-isinya) adalah milik Allah yang Maha Besar. Dia berhak melakukan apa saja yang dikira wajar sebagai peringatan kepada  manusia yang semakin jauh meninggalkan hukum-hukum Allah, yang semakin angkuh dan terus menerus membuat kerosakan di atas mukabumi ini.

Al-Quran surah Ar-Rum ayat 41-42 mengatakan , yang bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Katakanlah: “Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).”

Allah menggunakan fenomena alam untuk mengajak manusia supaya kembali mengesakan Allah ...... selalu memikir-mikirkan tentang kejadian langit dan bumi, siang dan malam, bulan dan bintang dan berbagai-bagai lagi ciptaan Allah yang tidak terhitung oleh manusia. Allah juga menggunakan fenomena alam sebagai peringatan kepada kita dalam bentuk azab ....... gempa bumi, ribut taufan, tanah runtuh, banjir, gunung berapi dan berbagai-bagai lagi cara Allah yang tersendiri.

Orang-orang yang beriman akan selalu mengaitkan malapetaka yang berlaku sebagai azab atau bala' daripada Allah SWT sepertimana yang selalu disebut dalam kalam Allah. Namun bagi mereka yang angkuh dan tidak percaya, akan hanya menganggapnya sebagai fenomena alam semulajadi.

kemusnahan jiwa dan harta sebagai tanda peringatan daripada Allah SWT
kemusnahan jiwa dan harta sebagai tanda peringatan daripada Allah SWT

Gempa bumi di Padang adalah satu contoh yang sangat menarik untuk dikaitkan dengan ayat-ayat  al Quran. Para pengkaji Al Quran telah menemui kaitan rapat antara ayat, surah dan masa berlaku gempa bumi.

Gempa bumi di Padang berlaku pada 30 September dan masanya adalah  seperti di bawah:

Gempa di Tasik berlaku pada pukul 15.04 (3.04 pm)

Cuba perhatikan dari al Quran surah 15 (al Hijr) ayat 4

وَمَآ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلاَّ وَلَهَا كِتَـبٌ مَّعْلُومٌ

"Dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeri pun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah di"tetapkan."

Gempa di Padang pula berlaku pada pukul 17.16 (5.16 pm)

Kita lihat lagi al Quran serta maknanya surah 17 (al Israa') ayat 16

وَإِذَآ أَرَدْنَآ أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

Diikuti dengan gempa susulan pada pukul 17.58  (5.58 pm)

Mari kita terus mentadabur surah 17 ini ayat 58 pula di mana  Allah memberi amaran bahawa setiap kaum yang ingkar pasti mendapat hukuman.

وَإِن مِّن قَرْيَةٍ إِلاَّ نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَـمَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا كَانَ ذلِك فِى الْكِتَـبِ

مَسْطُورًا

"Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab(Lauh Mahfuzh)."

Gempa bumi di Jambi pula berlaku  pada 1 Oktober


Seterusnya gempa di Jambi yang berlaku pada pukul 8.52 am

Sekali lagi  kita cuba memahami peringatan Allah dalam surah 8 (al Anfal) ayat 52

كَدَأْبِ ءَالِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَفَرُواْ بِآيَـتِ اللَّهِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ إِنَّ اللَّهَ قَوِىٌّ شَدِيدُ

الْعِقَابِ

"(keadaan mereka) serupa dengan keadaaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.  Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaanNya.

2009103gempa padang2Apakah kita mampu untuk mengelak diri dari kemusnahan yang sedemikian apabila Allah telah menetapkannya?

Apa lagi yang boleh dibanggakan .... rumah mewah yang telah dibina sekian lama, kini telah roboh, anak-anak yang menawan hati, telah mati dihimpit runtuhan, suami dan isteri yang selama ini menjadi tempat bergantung dan mengadu, kini telah pergi untuk selamanya, sanak saudara, karib kerabat, semuanya sudah tidak ada lagi, semua sudah musnah. Begitulah hakikat dunia, tidak ada yang kekal padanya.

Namun bagi mereka yang sedar dan insaf akan kebesaran Ilahi,  azab yang dilalui tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan keadaan di Hari Kiamat nanti. Firman Allah yang bermaksud:

"Hari kiamat. Apakah hari kiamat itu? Dan tahukah kamu apa hari kiamat itu?  Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu  yang beterbangan. Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan. Maka adapun orang yang berat timbangan kebaikannya. Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang). Dan adapun orang yang ringan timbangan kebaikannya. Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Dan tahukah kamu apakah neraka hawiyah itu? Yaitu api yang sangat panas."

(QS Al-Qari`ah[101] : 1- 11)

Dan ingatlah Allah akan sentiasa melihat kita. Dari masa ke semasa kita diberi peringatan agar tidak menyeleweng dari ajaranNya.


Saturday 10 October 2009

Puasa Enam

Hari ini sudah 21 hari kita masuk  ke bulan Syawal. Di sana sini dalam kuliah al- Islam orang akan menanyakan tentang hukum bagaimana cara sebenar-benarnya menunaikan ibadat puasa enam di bulan ini .......... ada yang kata kena selesaikan puasa ganti yang wajib dahulu sebelum memulakan berpuasa enam ....... ada juga yang kata tidak perlu tetapi boleh dibuat serentak dengan meniatkan puasa wajib qadha terlebih dahulu sebelun niat berpuasa sunat Syawal .......  dan ada juga yang berpendapat boleh  puasa sunat Syawal sahaja, sementara puasa qadha boleh dibuat di kemudian hari, pada waktu bila-bila saja.

Dilema ini hanya berlaku bagi wanita sahaja. Bagi orang lelaki jikalau perlu menggantikan puasa wajib tidak ada yang berselisih pendapat. Puasa wajib mesti digantikan terlebih dahulu sebelum  berpuasa enam. Wanita diberikan kelonggaran berdasarkan  berbagai halangan kesihatan yang terpaksa mereka lalui dalam melaksanakan ibadah berpuasa. Namun bagi yang berkemampuan boleh saja melangsaikan yang wajib sebelum meneruskan yang sunat.

Diriwayatkan dari Abu Ayyub r.a.

Bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa shaum(berpuasa) pada bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan shaum (sunah) enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah ia shaum sepanjang tahun.” (HR.Muslim).

Dari hadis ini tidaklah bermakna puasa enam hari itu mesti dilakukan berturut-turut, tetapi ianya boleh dilaksanakan enam hari di sepanjang bulan Syawal.

sigh

Bagi saya yang kurang berkemampuan saya memilih untuk melakukannya dengan berniat serentak, iaitu niat menkadhakan puasa Ramadhan dan diikuti niat untuk berpuasa sunat bulan Syawal. Jikalau saya ingin menunaikan yang wajib dahulu memang saya tidak berkemampuan di sudut kesihatan. Setiap tahun saya terpaksa menggantikan puasa lebih kurang seminggu. jika ditambah enam hari Syawal, bermakna saya kena berpuasa sebanyak 13 hari di bulan Syawal. Jumlah hari yang saya boleh berpuasa di bulan Syawal hanyalah lebih kurang 21 hari saja. Tolak lagi hari yang digunakan untuk berhari raya, tinggallah berbelas hari saja untuk menunaikan puasa yang sebanyak 13 hari (sekurang-kurangnya ..... kadang-kadang lebih) itu.

Saya perhatikan ada di kalangan masyarakat Malaysia yang sudah memulakan berpuasa enam pada hari yang kedua Hari Raya dan melakukannya berturut-turut. Mereka akan menolak sebarang undangan jamuan Hari Raya. Mereka juga tidak pergi menziarahi ahli keluarga yang lain kerana ingin menghabiskan puasa enam itu terlebih dahulu. Ini adalah amalan yang kurang tepat kerana kita digalakkan menerima undangan seperti yang disebut dalam hadis di bawah,

Dari Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:" Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya."
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2574,Bab Wajib Memenuhi Jemputan Orang Ke Majlis Kenduri)

Hari ini pun saya masih ada jemputan ke Majlis Hari Raya dan saya masih ada 1 hari lagi untuk menghabiskan puasa enam. Ianya tertangguh disebabkan masalah kesihatan. InsyaAllah saya akan menyambungnya esok untuk menggenapkan 6 hari ...... barulah puasa itu dikira sebagai "Puasa enam".

Bagi yang masih menjalankan ibadah puasa enam ....... selamat berpuasa! Bagi mereka yang masih belum .... selamat mencuba!


Tuesday 8 September 2009

Hari ini UPSR - Pentingkah Ujian Ini?

Hari ini ujian Penilaian Sekolah Rendah bermula dengan kertas Bahasa Melayu. Anak bongsu saya adalah di antara beratus ribu calon yang menduduki ujian ini pada hari ini. Di sekolahnya ada dianjurkan bacaan yasin dan solat hajat beramai-ramai di sepanjang peperiksaan sedang berjalan. Saya tidak mengikuti majlis itu kerana saya lebih gemar membuatnya di rumah sendirian.

exam

Bagaimanakah sikap kita sebagai ibu-bapa apabila ada di antara anak-anak yang akan menduduki  peperiksan besar? Adakah kita sama naik menjadi gelisah dan takut seperti anak-anak ......adakala nya kegelisahan ibu-bapa lebih daripada anak lagi??? Ada di anatara kawan-kawan saya apabila tiba musim peperiksaan penggal anak-anak, semua aktiviti di luar rumah yang lazim dilakukan pada minggu itu terhenti.... kerana ingin memberi perhatian pada anak-anak.

Bagi saya tidak ada perbezaan antara hari-hari biasa bersekolah dengan hari-hari peperiksaan. Saya menganggap setiap hari bersekolah adalah penting dan akan  memberi perhatian dengan kerja-kerja sekolah yang dibawa balik. Saya tidak pernah letak 'pressure' ke atas anak-anak supaya dapat markah tinggi dalam ujian. Saya hanya memberi peringatan berulang kali dengan memberi nasihat apa akan terjadi pada dirinya di masa depan jikalau dia gagal dalam pelajarannya.

exam2


Dengan tidak meletak 'pressure' ke atas anak-anak membuat mereka berfikir sendiri. Jikalau dibantu pula dengan program motivasi, insyaAllah anak -anak akan terfikir untuk membuat yang terbaik bagi diri mereka. Tugas kita hanyalah memantau agar mereka tidak lalai daripada apa telah kita tetapkan.

Jangan meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap keputusan peperiksaan anak-anak. Jikalau pun kita mempunyai harapan seperti itu jangan disebut kepada anak-anak....biarlah ianya terpendam dalam hati. Ini untuk mengelak berlakunya 'pressure' ke atas mereka......maka keluarlah kata-kata kerisauan dalam hati...."macamana kalau aku gagal dapat keputusan seperti yang mak aku hendak?....Habislah akuuu.."

Saya masih teringat ketika saya belajar di  luar negara. Ada seorang 'super senior' saya yang sangat bijak....seorang pensyarah matematik dari Greek sangat-sangat memuji kebijaksanaannya kerana mampu menyelesaikan apa-apa juga masalah matematik yang diberi. Malangnya dia ini ada penyakit 'nervous breakdown'. Bila tiba masa nak ambil peperiksaan dia akan menjadi sebagai seorang yang hilang ingatan......disebabkan ini dia tidak mampu meneruskan peperiksaan tersebut. Akhirnya dia pulang ke Malaysia tanpa sebarang ijazah.....satu kerugian kerana dia memang seorang yang bijak. Baru-baru ini saya ada ternampak dia dan isteri serta anak-anak yang masih kecil (berbanding saya yang dah nak ada menantu) di Majlis Alumni suami saya. Dia juga adalah senior suami saya semasa di sekolah.
Ijazah bukanlah segala-galanya.....
Ijazah bukanlah segala-galanya......


Apakah yang menyebabkan penyakitnya itu? Ada yang menceritakan ianya disebabkan 'pressure' daripada ibu-bapa......wallahu'alam. Apapun saya suka menjamu selera anak-anak saya di kedai makan pada malam sebelum peperiksaan sebagai meraikan tugas yang akan dipikul esok harinya......hehehe ...pelik...kan? Sebenarnya saya ingin mereka 'relaks' sebelum peperiksaan.

Monday 7 September 2009

Syukur Al-hamdulillah

Hari ini sudah 16 hari umat Islam di Malaysia dan di kebanyakan negara di dunia menjalani ibadah  Puasa. Saya sangat gembira pada Ramadhan kali ini kerana telah membuat catatan sejarah peribadi ........ inilah kali pertama saya mengkhatam al-Quran sebaik 15 hari kita berpuasa. Selalunya saya hanya sempat menghabiskannya dalam satu atau 2 hari sebelum Aidil Fitri. Saya juga berjaya mengikuti 'Tadarus' orang kampung berdekatan sehingga akhir dan berkhatam bersama mereka.


doa

Makna dari al-Quran surah al-Baqarah ayat 186:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu  .......

Saya amat bersyukur di atas kesempatan yang Allah berikan kali  ini. Saya berharap agar saya mampu terus beristiqamah dengan amalan-amalan di bulan Ramadhan yang mulia ini selepas  berakhirnya Ramadhan. Namun saya juga berdoa agar terus berada di dunia yang fana ini sehingga ke hari Ramadhan yang terakhir insyaAllah.

Marilah kita sama-sama menjadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai 'Madrasah Ramadhan', iaitu bulan yang mampu mendidik kita, memperelok akhlak kita, memperbaiki aqidah dan ibadah kita.

Minggu lepas saya menghantar 2 orang anak remaja lelaki saya ke program Madrasah Ramadhan anjuran KRJ Johor Utara di masjid Yong Peng. Saya rasa ini dapat membantu mereka menghayati kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan dengan lebih baik. Mereka terpaksa berkorban 3 hari daripada cuti sekolah kerana menghadiri program, namun masa itu telah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermenfaat, sesuai dengan tuntutan-tuntutan semasa bulan Ramadhan.

Wednesday 19 August 2009

Pergi Tak Kembali

pergi tak kembali

Tepat bagai dikata ..... setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma yang masih tidak di ketahui ...... bila dan bagaimana? Pepatah ada mengatakan " sebelum ajal berpantang mati ". Walaupun kadang-kadang ada orang yang sakit tenat tetapi dengan izin Allah dia kembali sihat wala'fiat. Ada pula manusia terlibat dengan kemalangan yang dahsyat dan mengerikan tetapi takdir menentukan yang dia masih hidup kerana ajalnya belum tiba. Namun ada insan yang mendapat kemalangan kecil tetapi tiba-tiba dia meninggal, kerana kematiannya sudah ditakdirkan ..... Allah Maha Mengetahui.

Pemergian Asri Rabbani yang tidak akan kembali lagi membuat saya terus tersentak kerana pemergiannya berlaku di bulan Syaaban, lebih kurang seminggu sebelum umat  Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan al - Mubarak ........ satu bulan yang penuh dengan barakah! Tiba-tiba saya berbisik di dalam hati, "Sempatkah aku sambut Ramadhan tahun ini?..... Ya Allah izinkanlah hambamu ini hidup di Ramadhan tahun ini.", terus saya bermunajat kepada Allah SWT.

Beberapa hari sebelum itu saya ada terbaca di akhbar Mstaronline betapa gembiranya kumpulan ini kerana baru menandatangani kontrak membuat persembahan di sepanjang bulan Ramadhan di Hotel Singgahsana. Mereka juga mengatakan itu adalah sebahagian dari ibadah mereka di bulan yang mulia itu nanti. Semoga Allah menerima ibadah mereka itu, Aamin.

kematian

Kita selalu "take for granted" yang kita akan dapat menyambut Ramadhan setiap tahun. Ini kerana kita jarang memikirkan soal kematian. Sepatutnya kita sentiasa kena mengingati mati supaya setiap tindak tanduk kita dalam kehidupan sejajar dengan persediaan untuk pergi buat selama-lamanya, yang tidak kita ketahui bilakah waktunya. Itulah sebabnya apabila tiba bulan Rejab kita diajar supaya berdoa seperti di bawah agar kita berkesempatan menyambut Ramadhan .... satu bulan yang tidak ada tolok bandingnya.

“Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana”.

“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”






Tuesday 18 August 2009

Ramadhan al-Mubarak (1430 Hijrah)

Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi Insyaallah. Kepada semua kaum muslimin dan muslimat.....selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Semoga amalan kita di bulan yang mulia itu  pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas, InsyaAllah.


Selamat datang Ramadhan






أتاكم رمضان سيد الشهور،فمرحبا به وأهلا

" Telah datang kepada kamu Ramadhan penghulu segala bulan, Selamat Datang Diucapkan ”
                                                                                                  (al-Thabarani)


عَن ابْنِ مَسْعُود رَضى اللهُ تَعَالَى عَنهُ عَنِ النَّبِي (ص) اَنَّهُ قَالَ وَقَدْ دَنَا شَهْرُ رَمَضَانَ لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ

مَافِى رَمَضَانَ لَتَمَنَّتْ أُمَّتِى اَن يَكُونَ سَنَةً


''Jika hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah tentu mereka bercita-cita supaya bulan Ramadhan berpanjangan selama setahun”.

(riwayat al-Tabrani)


Kenapa Ramadhan Istimewa dan Perlu Disemarakkan?

1. Bulan Baraqah

Pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka, syaitan dibelengu, ganjaran pahala berlipat ganda, lailatul qada.

قد أتاكم شهر رمضان، شهر مبارك

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, iaitu bulan keberkatan“

(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai)


2. Bulan  Rahmat dan Keampunan


عن ابى هريرة, رضى ألله عنه, قال : رسول ألله صلى ألله عليه وسلم: إذا كان رمضان، فتحت ابوابُ الرحمة، وغلقت ابواب جهنم. وسٌلسلتِ الشياطين (رواه مسلم)


Dari Abi Hurairah RA.Rasulullah SAW bersabda. Apabila masuk Ramadhan, dibukakan pintu-pintu rahmat dan pintu-pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan-syaitan”

(riwayat: Muslim)

3. Bulan Al-Quran


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ


“Bulan Ramadhan iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an (sebagai) petunjuk bagi sekelian manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai pembeda (antara yang haq dan yang bathil).     AL-Baqarah: 185

~ Bulan permulaan al-Quran diturunkan

~ Bulan bermulanya petunjuk dan panduan untuk manusia


4. Bulan Ibadah

~ Ramadhan bulan meningkatkan ibadah


جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً ، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا ، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ،


"Bulan yang Allah jadikan berpuasa pada siangnya satu kefarduan, menghidupkan malamnya dengan qiyamullail sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan Allah pada bulan ini dengan melakukan amalan sunat, pahalanya seperti beliau melakukan amalan yang wajib pada bulan yang lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan Allah pada bulan ini dengan melakukan satu amalan wajib, pahalanya seperti beliau melakukan tujuh puluh amalan yang wajib pada bulan yang lain."


(Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)


5. Bulan Kesabaran

وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ

Ia adalah bulan sabar dan ganjaran bagi sabar ialah syurga. Ia juga bulan dihapuskan segala dosa


6. Bulan Sedeqah



“ Nabi s.a.w adalah orang yang paling dermawan, terutamanya ketika di bulan Ramadhan baginda lebih dermawan daripada angin yang bertiup”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ ، وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ


"Ia juga adalah bulan ditambah padanya rezeki orang yang beriman. Sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat keampunan pelepasan daripada api neraka. Orang itu juga mendapat pahala, sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa sedikit pun kekurangan."



7. Bulan Tarbiyyah

~Mendidik jiwa dengan sifat mulia

~Mendidik sifat pemurah

~Melazimkan ibadat – solat sunat tarawikh, iktikaf, sedekah

8. Bulan Muhasabah

9 . Bulan ilmu

10.Bulan mujahadah

11 .Bulan ukhuwah









Thursday 13 August 2009

Amalan Bida'ah di Bulan Sya'aban


jemaah

Hari ini 22 Sya'aban 1430 Hijrah bersamaan 13 Ogos 2009 . Minggu lepas banyak masjid dan surau di sekitar Johor mengadakan majlis khas sempena 'Nisfu Sya'aban' iaitu bersamaan 15 Sya'aban. Ada yang menamakannya sebagai Majlis Yasin Perdana, ada pula yang memanggilnya Majlis Tahlil Khas dan seumpamanya. Mereka berhimpun selepas solat maghrib.



Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya. Ini adalah di antara beberapa amalan yang dilakukan pada malam tersebut.

Sebenarnya hadis sahih mengenai keutamaan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu. Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba- Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) " (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang disebut di atas adalah bidaah. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Namun demikian,  ini bukanlah bererti malam tersebut tidak mempunyai kelebihannya. Bahkan, terdapat hadis-hadis thabit yang menyebut akan fadilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah.

Hal ini telah disebut al-Imam al-Suyuti:

"Dan pada malam Nisfu Syaaban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.'' (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba' wa al-nahyu an al-ibtida' (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61) b)

Amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada bulan Sya'aban hanyalah amalan-amalan biasa seperti membaca Quran, berzikir , berdoa dan mengerjakan solat sunat. Hanya beliau memperbanyakkan puasa sunat pada bulan ini seperti yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud, disahihkan Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid katanya:

"Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah, Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa." (Hadis riwayat al-Nasaai)

Mengikut sunnah Nabi, Aishah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa di kebanyakan hari dalam Sha'aban, tetapi beliau berhenti berpuasa apabila menjelang tibanya Ramadhan. Adalah lebih baik kita melakukan amalan sunat berpuasa sebanyak-banyaknya sebelum nisfu Sya'aban dan berhenti berpuasa  selepas nisfu Sya'aban, kecuali puasa ganti dan sebagainya.

Melalui amalan ini Rasulullah SAW ingin memberitahu kepada kita bahawa kita digalakkan mempersiapkan tubuh badan kita untuk menghadapi puasa Ramadhan di awal Sya'aban. Namun sebelum tiba Ramadhan, badan harus dirihatkan dari berpuasa seketika sebagai persediaan untuk berpuasa terus menerus selama sebulan di bulan Ramadhan. Ini juga adalah untuk membezakan antara puasa di bulan Syawal yang hanya dianggap sebagai latihan dan puasa yang dituntut di bulan Ramadhan. Itulah hikmahnya tidak dilakukan puasa Sya'aban terus-menerus bersambung dengan puasa Ramadhan.

Catitan:
Dari koleksi emel group

Saturday 18 July 2009

Merentasi English Channel di Dua Zaman

Saya dan suami pernah pergi ke tanah besar Eropah dari England dengan menaiki kereta menyeberangi English Channel 2 kali. Pertama kali kami pergi pada tahun 1990 dan kali kedua pula  pada tahun 2006.

Pada tahun 1990 kami melancong ke beberapa negara di Eropah Barat. Kami melalui 10 negara kesemuanya - termasuk England, Peranchis, Belanda, Belgium, Jerman, Luxembourg, Liechtenstein, Austria, Switzerland dan Itali.

Pada tahun 2006 pula kami melancong ke Sepanyol, juga dengan menaiki kereta. Kali ini kami hanya melalui negara Peranchis. Kami mengembara  selama 2 minggu dalam kedua-dua percutian itu dengan memandu sahaja.

peta-e

Ada banyak laluan yang boleh diambil untuk  sampai ke Tanah Besar Eropah dari UK. Semasa percutian kami yang pertama, kereta kami menaiki feri untuk sampai ke seberang sana. Kami memilih untuk mengambil laluan  yang bermula dari Harwich UK ke Westland - Rotterdam, Holland.

Ini boarding kad naik feri
Ini boarding kad naik feri
Di atas feri sementara menuggu feri bertolak
Di atas feri sementara menunggu feri bertolak - kereta berada di bahagian lain feri -  diambil pada Sept   1990
Hai.....boringnya ......bila feri nak bergerak?
Hai.....boringnya ......bila feri nak bergerak?

Manakala perjalanan kami yang kedua ke Eropah pula mengambil laluan dari Folkestone - Dover, UK  ke Calais  Peranchis. Kali ini kereta kami menaiki keretapi melalui Eurotunnel iaitu laluan keretapi di bawah laut. Perjalanan melalui Euro tunnel hanya mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke France. Perjalanan (pertama) dengan feri pula mengambil masa selama 7 jam kerana laluan yang dilalui lebih jauh dan kelajuan feri yang lebih lambat.

Inilah dua zaman yang kami lalui dalam situasi yang sama tapi tak serupa.....Percutian ke Eropah.

Zaman pertama di mana penggunaan internet belum meluas lagi. Semua urusan perjalanan dibuat melalui talipon. Euro tunnel pada masa itu masih dalam perancangan. Terfikir juga pada masa itu samada kami berpeluang melaluinya. Alhamdulillah!......Allah memurahkan rezeki kami untuk kembali semula ke England 12 tahun kemudian.

Selepas hampir 4 tahun kami berada di UK untuk kali yang ketiga (yang pertama kali...masing-masing pergi masa bujang!), saya dan suami pun membuat perancangan untuk bercuti di Spain sebelum pulang 'for good' ke Malaysia. Kami memang teringin sangat nak melihat Al-Hambra dengan mata kepala sendiri. Sebelum itu hanya melihat gambarnya yang banyak terdapat di internet. Inilah  zaman kedua percutian kami ke Eropah.....zaman yang penggunaan internetnya sangat meluas. Hampir keseluruhan urusan perjalanan adalah melalui internet. Kami berpeluang mengguna Euro Tunnel!

Kereta masuk menuju ke dalam perut keretapi
Kereta masuk menuju ke dalam perut keretapi - diambil pada April 2006
Keadaan di dalam tunnel - traffic warden mengarah kereta-kereta bergerak mengikut susunan mereka
Keadaan di dalam keretapi - traffic warden mengarah kereta-kereta bergerak mengikut susunan mereka - ada 2 lapis parking dalam keretapi ini

Excited sangat ...... first experience .... berada dalam kereta sendiri sementara keretapi meluncur menuju ke France melalui  tunnel
Excited sangat ...... first experience .... berada dalam kereta sendiri sementara keretapi meluncur menuju ke France melalui tunnel bawah laut

Ada ketikanya keadaan menjadi gelap di dalam tunnel
Ada ketikanya keadaan menjadi gelap di dalam tunnel
Walaupun pada zaman ini ramai orang menggunakan kapalterbang tambang murah dan bas pelancongan untuk melancong, suami saya tidak berapa gemar. Dia kata tidak ada "thrill" ikut cara itu. Dia suka cara bebas begini.....cuma risikonya banyaklah.

Wednesday 15 July 2009

Melancong ke Spain - Granada

Granada :  "The Moorish Jewel"

Granada is one of the pearls of Spain, most visited by tourists from all over the world. The long-time capital of Moorish Andalusia has to offer the most important reminds of this epoch in Spanish history, with the world-famous "Alhambra" at the top of the list.

The city is located at the foot of the "Sierra Nevada", Spain's highest mountain-massif with great posssibilities for winter-sports. The highest peak, "Mulhacén" arrives to 3478 meters. On the other hand it is not far from the Mediterranean sea, so Granada is a great place to visit in any season.

Kami melancong ke Spain selama 2 minggu dengan menaiki kereta dari Loughborough (tempat tinggal kami semasa di UK) pada tahun 2006. Semasa itu cuti 'Easter Break' (bulan April).... budak-budak  cuti sekolah....so kami pun ambil peluang ini untuk membawa mereka bercuti ke luar 'negara'. Kami menyeberangi English Channel dengan menaiki Euro Train, yang melalui Euro Tunnel (jalan keretapi di bawah laut)....terus sampai ke Peranchis.

Selama ini setiap cuti panjang kami hanya membawa mereka ke destinasi  pelancongan di dalam UK.....kebanyakannya di England dan pernah sekali ke Scotland dan juga Wales. Malang kami tidak sempat untuk bercuti ke Ireland disebabkan suami sibuk kena habiskan thesis PHdnya sebelum kami  balik Malaysia.

Granada adalah salah satu bandar di Spain yang Kami bermalam selama beberapa hari....yang lain-lain itu kami hanya singgah semalam saja atau pun lalu saja. Tujuan utama kami pergi ke Spain adalah untuk melihat Al-Hambra yang sangat terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.

Dari sini juga kami berpeluang pergi ke pegunungan Sierra Nevada di mana terdapatnya ski resort. Kami menaiki cable car untuk sampai ke resort di atas, di mana kita boleh bermain ski dan lain-lain aktiviti. Semasa pergi hari itu kami memang ada niat nak bermain ski, tetapi disebabkan masaalah komunikasi, niat tidak kesampaian. Rupa-rupanya tiket untuk bermain ski kena dibeli semasa membeli tiket untuk menaiki cable car. Harga tiket yang kami beli hanya untuk melihat-lihat saja pemandangan  di atas bukit. Kebanyakan orang Spain tidak boleh berbahasa Inggeris......kami pula tidak boleh berbahasa Sepanyol....makanya terjadilah salahfaham itu!


Pemandangan bukit bersalji di Sierra Nevada dari atas jalan di gunung itu 
Dalam cable car
Pemandangan di bawah dari dalam cable car
Di belakang itulah cable car yang membawa kami dari stesen bawah
Pemandangan di ski resort - berlatar belakangkan bukit bersalji
Si Abang dah ready nak baling snowball - siapa target dia agaknya?
Ohh...Si Adik yang menjadi targetnya.....Adik pun sudah ready dengan snowballnya

Cuaca di Granada ini sangat unik. Kita boleh dapat cuaca sejuk ini dengan hanya pergi ke Gunung dan apabila kita turun ke bawah cuacanya terus panas. Di resort seperti ini mereka boleh melakukan aktiviti meluncur salji sehingga ke bulan Mei jika musim dingin pada tahun itu tidak menentu.

Ini Kami, setelah kembali daripada pergunungan itu dan berjalan-jalan melihat bandar Granada dalam cuaca yang sangat nyaman.

Membeli-belah di salah satu kedai yang dimiliki oleh keturunan orang Morocco
Berihat sambil makan lunch......makan kebab jer.....kempunan nasi!
Salah satu daripada lokasi yang menarik terdapat di pusat bandar Granada
Wah! Si Abang gaya berposing........Si Adik termenung seorang diri pulak!
Pemandangan bandar dari atas kawasan tinggi di Granada

Thursday 9 July 2009

Awas! Hadis Palsu Bulan Rejab

Hari ini 15 Rejab 1430 Hijriah mengikut kalendar Islam. Apabila tiba saja bulan Rejab kita akan berjumpalah hadis yang sangat famous yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat berpuasa di bulan Rejab.

Di bawah ini saya sertakan salah satu hadisnya  sebagai contoh.

Awas! Hadis ini palsu.



Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda,
 "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH

swt, maka:”


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430 h/Isra Mi'raj ( Isnin , 20 Julai 2009 ) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab ( 24,25 dan 26 Jun 2009 ) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Di bawah ini juga saya perturunkan dalil-dalil yang menunjukkan tidak ada apa-apa keistimewaannya berpuasa di bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain.

Dipetik daripada dakwatuna.com


Bulan Rajab adalah salah satu dari Empat Bulan Haram atau yang dimuliakan Allah swt. (Bulan Dzulkaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab). Allah swt berfirman:

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
At Taubah: 36

Fenomena pergantian bulan di mata muslim adalah salah satu sarana untuk mengingat kekuasaan Allah swt dan dalam rangka untuk mengambil ibrah dalam kehidupan juga sebagai sarana ibadah.

Kerana itu, pergantian bulan dalam bulan-bulan Hijrah kita disunnahkan untuk berdo’a, terutama ketika melihat hilal atau bulan pada malam harinya. Do’a yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw. adalah:

“Ya Allah, Jadikanlah bulan ini kepada kami dalam kondisi aman dan hati
kami penuh dengan keimanan, dan jadikanlah pula bulan ini kepada kami
dengan kondisi selamat dan hati kami penuh dengan keislaman. Rabb ku
dan Rabb mu Allah. Bulan petunjuk dan bulan kebaikan".
(HR. Turmudzi)

Shaum ( puasa ) di Bulan Rajab

Shaum dalam bulan Rajab, sebagaimana dalam bulan-bulan mulia lainnya
hukumnya sunnah.

Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah aw. Bersabda:

“Puasalah pada bulan-bulan haram (mulia).” Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad.

Rasulullah saw. juga bersabda:

“Kerjakanlah ibadah apa yang engkau mampu, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan hingga kalian bosan”.

Ibnu Hajar, dalam kitabnya “Tabyinun Ujb”,
menegaskan bahwa tidak ada hadits, baik sahih, hasan, maupun dha’if yang menerangkan keutamaan puasa di bulan Rajab.


Bahkan beliau meriwayatkan tindakan Sahabat Umar yang melarang mengkhususkan bulan Rajab dengan berpuasa.

Ditulis oleh Imam Asy Syaukani dalam Kitabnya, Nailul Authar, menerangkan bahwa Ibnu Subki meriwayatkan dari Muhamad bin Manshur As Sam’ani yang mengatakan bahwa tidak ada hadis yang kuat yang menunjukkan kesunahan puasa Rajab secara khusus.

Disebutkan juga bahwa Ibnu Umar memakruhkan puasa Rajab, sebagaimana Abu Bakar al-Tarthusi yang mengatakan bahwa puasa Rajab adalah makruh, karena tidak ada dalil yang kuat.

Namun demikian, sesuai pendapat Imam Asy Syaukani, bila semua hadis yang secara khusus menunjukkan keutamaan bulan Rajab dan disunahkan puasa di dalamnya kurang kuat untuk dijadikan landasan, maka hadis-hadis yang umum, seperti yang disebut di atas, itu cukup menjadi hujah atau landasan.

Di samping itu, kerana juga tak ada dalil yang kuat yang memakruhkan puasa di bulan Rajab.

Do’a Bulan Rajab

Bulan Rajab merupakan starting awal untuk menghadapi Bulan Suci Ramadhan.

Subhanallah, Rasulullah saw. menyiapkan diri untuk menyambut Bulan Suci Ramadhan selama dua bulan berturut sebelumnya, yaitu bulan Rajab dan bulan Sya’ban. Dengan berdoa dan memperbanyak amal solih.

Do’a keberkahan di bulan Rajab. Bila memasuki bulan Rajab, Nabi saw.
mengucapkan,

“Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana".

“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”


Hadis di atas disebutkan dalam banyak keterangan, seperti dikeluarkan
oleh Abdullah bin Ahmad di dalam kitab Zawaa’id al-Musnad (2346).
Al-Bazzar di dalam Musnadnya -sebagaimana disebutkan dalam kitab Kasyf al-Astaar- (616). Ibnu As-Sunny di dalam ‘Amal al-Yawm Wa al-Lailah (658).

Ath-Thabarany di dalam (al-Mu’jam) al-Awsath (3939). Kitab ad-Du’a’ (911).

Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah (VI:269). Al-Baihaqy di dalam Syu’ab
(al-Iman) (3534). Kitab Fadhaa’il al-Awqaat (14). Al-Khathib al-Baghdady
di dalam al-Muwadhdhih (II:473).

Memperbanyak amal solih, seperti shaum sunnah, terutama di bulan Sya’ban.

Diriwayat oleh Imam al-Nasa’i dan Abu Dawud, disahihkan oleh Ibnu Huzaimah.

Usamah berkata pada Nabi saw.

“Wahai Rasulullah, saya tidak melihat Rasul melakukan puasa (sunnah)
sebanyak yang Engkau lakukan dalam bulan Sya’ban.’ Rasul menjawab: ‘Bulan Sya’ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadhan yang dilupakan oleh kebanyakan orang. Di bulan itu perbuatan dan amal baik diangkat ke Tuhan semesta alam, maka aku ingin ketika amalku diangkat, aku dalam keadaan puasa.”


Allahu a’lam

Friday 3 July 2009

Aurat Wanita di Luar Sembahyang

Aurat wanita dengan lelaki ajnabi di luar sembahyang adalah sama dengan auratnya dalam sembahyang, iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua  tapak tangan, termasuk kekura tangan hingga ke sendi yang memisahkan tapak tangan dengan tangan, iaitu tempat wanita memakai gelang.

Hujah wajib menutup aurat

Banyak nas-nas syarak yang menunjukkan aurat wajib ditutup.

1.   Allah menyebut dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dada."

Ayat ini melarang wanita menunjukkan perhiasan yang di pakai kecuali perhiasan yang pada kebiasaannya terdedah. Ini bermaksud, anggota yang boleh didedahkan adalah anggota yang pada kebiasaannya dijadikan tempat memakai perhiasan zahir, iaitu muka dan tapak tangan. Ia juga memerintahkan wanita supaya melabuhkan tudung kepala hingga ke paras dada. Ertinya, tengkok dan leher tidak boleh didedahkan.

2.  Allah berkata dalam ayat 59 surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya."

Ayat ini mengarahkan Rasulullah supaya memerintahkan para isterinya dan wanita Islam melabuhkan pakaian di tubuh mereka.

3.   Aisyah melaporkan:

"Asma' binti Abu Bakar pernah masuk ke tempat Nabi, di badannya (dipakai) pakaian yang jarang, lalu Rasulullah berpaling dan berkata: 'Ya Asma', apabila perempuan sampai usia haid (iaitu baligh, dengan datang haid, genap usia 15 tahun ataupun mimpi dan kelur mani) tidak wajar lagi dilihat  anggota tubuhnya kecuali ini dan ini. Beliau mengisyaratkan muka dan dua tapak tangannya."    (Direkodkan oleh Abu Daud)

Maksud tangan  dalam hadis ini ialah bermula daripada pergelangan tangan, kekura tangan hingga ke hujung jari (bahagian atas tapak tangan) dan tapak tangan. Hadis ini menjelaskan, anggota yang boleh di dedahkan adalah muka dan dua tangan. Selain daripada itu mestilah ditutup.

Image000

Pakaian wanita yang sempurna menutup aurat untuk sembahyang - kaki berstoking

aurat wanita-1

Adakah kaki wanita aurat?

Maksud kaki di sini ialah mulai daripada pergelangan kaki ke bawah, termasuklah buku lali, kekura kaki hingga ke hujung jari, tumit dan tapak kaki. Ulama berbeza pendapat  sama ada ia aurat ataupun tidak:

1.   Majoriti ulama' berpendapat, kaki wanita adalah aurat. Hujah yang mereka pegang adalah hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah berkata:

"Allah tidak melihat kepada sesiapa yang mengheret pakaiannya yang labuh kerana bermegah. Ummu Salamah bertanya: 'Bagaimana wanita patut lakukan dengan hujung-hujung pakaian mereka yang labuh?'. Beliau menjawab: 'Labuhkanlah kadar sejengkal."

Dalam hadis ini, Rasulullah memerintahkan wanita supaya melabuhkan pakaian mereka kadar sejengkal bagi menutup kaki mereka. Perintah ini menunjukkan kaki wanita adalah aurat, sebab itu ia wajib ditutup.

2.   Mazhab Hanafi berpendapat, kaki wanita bukan aurat. Hujah yang nereka pegang adalah;  Kaki termasuk dalam anggota yang dikecualikan daripada larangan mendedahkannya seperti mana Allah menyebut (kecuali anggota yang zahir). Oleh itu,  kaki adalah sama dengan muka dan tapak tangan. Ia dianggap anggota zahir, bukan aurat yang wajib ditutup.

Bagi Mazhab Shafie, walaupun wanita ini tidak memakai sarong kaki dia sempurna menutup aurat kerana pekerjaaannya menyukarkan beliau memakai stoking
Bagi Mazhab Shafie, walaupun wanita ini tidak memakai sarong kaki dia sempurna menutup aurat kerana pekerjaaannya menyukarkan beliau memakai stoking

Pakaian wanita ini belum sempurna menutup aurat mengikut pendapat semua mazhab
Pakaian wanita ini belum sempurna menutup aurat mengikut pendapat semua mazhab

Ini pakaian wanita sempurna bagi Mazhab Syafie
Ini pakaian wanita sempurna bagi Mazhab Syafie

Dipetik daripada buku Islam yang Mudah oleh:

Ustaz Alias Othman dan Dr. Anisah bt Abdul Ghani


Thursday 2 July 2009

Menikahi Wanita Hamil


Soalan

Assalamu'alaikum wr. wb.

Ustaz, saya ingin bertanya mengenai hukum  bernikah bagi seorang wanita muslim yang berzina dan hamil. Menurut penjelasan  dalam satu tulisan yang telah saya baca, bahawa wanita yang hamil sebelum menikah secara resmi tidak boleh dinikahi oleh siapapun, termasuk yang menghamilinya. Kenapa demikian? Sedangkan jika benar, apakah kita tidak boleh memberikan peluang kepada wanita tersebut untuk melalui kehidupan berumahtangga? Demikian terima kasih.

Jawapan

Firman Allah SWT:


"Laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina, atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mu'min". (QS. 24:3)



Para ulama tafsir berselisih pendapat dalam memahami Surat An-nur 24:03 ini.



Sebahagian pendapat menyatakan keharaman nikah dengan pezina selain pezina lainnya. Namun sebahagian lainnya hanya menganggap sebagai anjuran saja. Sebagai orang muslim/muslimah yang baik tentunya tidak rela dirinya membangun rumah tangga dengan pezina.

Menurut sebuah riwayat, Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan Ibnu Umar melarang perkahwinan seorang lelaki dengan wanita yang ia berzina dengannya. Seakan ia mencuri sesuatu kemudian membelinya.

Menurut Imam Malik, seorang wanita yang zina tidak diperbolehkan nikah kecuali setelah menyelesaikan iddahnya. Kalau ia hamil, maka ia baru diperbolehkan nikah setelah melahirkan anaknya. Dalam hal ini, Imam Malik memang punya pandangan yang sangat keras.

Yang lebih ringan adalah pendapat Imam Syafi'iy, ia berpendapat diperbolehkannya nikah dengan wanita yang zina, walau ia dalam keadaan hamil.

Demikian juga menurut Hanafiyah, hanya saja, menurut madzhab ini, sang suami tidak diperbolehkan menggauli isterinya sehingga ia melahirkan anaknya. Perbezaan madzhab-madzhab ini, hanya jika sang suami bukan lelaki yang berbuat zina kepada wanita tersebut.

Apabila sang suami adalah orang yang berbuat zina kepada sang wanita, maka semuanya sepakat memperbolehkan pernikahan tersebut, baik wanitanya hamil atau tidak.

Akan tetapi semua itu tidak mengurangi dosa berzina. Ia hanya boleh ditebus dengan penyesalan dan taubat yang sungguh-sungguh. Imam Ahmad mensyaratakan taubat yang sungguh-sungguh bagi diperbolehkannya kahwin dengan orang-orang yang berbuat zina.


Sekian, Wassalam

Abdul Ghofur Maimoen

Dari koleksi emel Masjid Annahl Group


Tuesday 30 June 2009

Cable Car at Gunung Mat Chinchang Langkawi


The Cable Car system is the latest tourist attraction for Langkawi and is located at the Oriental Village, a theme shopping centre housed in 30’s individually designed buildings showcasing Malaysian and Oriental architecture.




Oriental Village (at the foot hill of the Machincang mountain range)

lereng gunung
For the first time, visitors would be able to observe at close range the unique rock formations geological features of the Machincang range, which was formed 500 million years ago during the Cambrian period, in geological terms.

The over-ruling height of Gunung Mat Chincang (708m),
 its commanding views over Langkawi, the
western sea-coast, and the dramatic views over the funnel with its staggered rock blocks will make the visitors wonder in amazement and bring the visitors so close to nature that they can practically touch it!


Wellcome to the Oriental Village

Hah! ..... Lagi satu aktiviti menarik yang sesuai untuk keluarga yang terdapat di Langkawi ialah menaiki  cable car di Gunung Mat Chinchang. Rasa 'thrill' sangat-sangat ........ terasa macam dada nak meletup! ...... kerana lajunya degupan jantung. Ia satu pengalaman yang sangat mendebarkan terutama bagi mereka yang gayat pada ketinggian.

Sebelum ini saya  pernah menaiki  cable car di Banjaran Sierra Nevada, Spain dan juga di Singapore. Namun pengalaman yang paling menakutkan ialah yang di Langkawi, terutama ketika ia berhenti dan tergantung-gantung di atas hutan rimba nun jauh kebawah.

Bersantai sambil menunggu masa untuk naik cablecar ke Gunung Mat Cincang

Beginilah keadaan di stesen cablecar

Dalam Gondola

Pemandangan  di bawah .......... dari dalam  gondola 
Perjalanan dari stesen bawah ke puncak ialah sejauh 2.2 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Gondola itu bergerak dengan begitu curam sekali, iaitu pada sudut 42 darjah. Kadang-kadang ia  berhenti , kadang-kadang ia bergerak dengan lancar dan sekali sekala ia bergerak dengan melonjak. Di kala ia melonjak inilah yang boleh membuat jantung berhenti berdegup kerana fikiran kita mula berfikir yang negatif.

Perjalanan bermula dengan menaiki gondola dari stesen bawah. Sebelum dibenarkan masuk ke stesen para pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman. Ini mungkin untuk mengelak berlakunya longgokan sampah di atas sana nanti ....... kerana tabiat masyarakat kita yang kurang prihatin dengan kebersihan persekitaran mereka! Walau bagaimana pun di atas puncak sana ada dijual makanan dan minuman .... so jangan risaulah...

Pemandangan dari stesen tengah - gondola dalam perjalanan ke stesen atas (puncak)

Satu pemandangan yang menyegarkan......di stesen tengah

Di stesen tengah kita boleh membuat pilihan samada teruskan perjalanan ke puncak atau turun dari gondala dan menikmati keindahan alam dari ketinggian 652 m dari paras laut, kemudian sambung semula perjalanan ke puncak; atau pun  turun dari gondola bergambar sambil menikmati udara segarnya, kemudian terus balik ke stesen bawah.......so ada 3 pilihan di situ. Kami memilih untuk turun sebentar, kemudian teruskan perjalanan ke stesen atas.

Puncak bukit - stesen atas - pemandangan dari jambatan gantung
Apabila berada di stesen atas kita boleh saja berlegar-legar di situ sambil menikmati pemandangan di bawah atau pun bagi yang berkemampuan terus ke jambatan gantung. Untuk sampai ke sini kita perlu menuruni berpuluh-puluh anak tangga yang curam. Saya cadangkan beli air botol yang ada dijual di situ sebagai bekalan sebelum meneruskan perjalanan ke jambatan gantung. Ini kerana banyak tenaga diperlukan ketika menaiki semula anak tangga untuk kembali ke stesen dan kita akan berasa dahaga. Pada hari itu kami tidak membawa apa-apa kerana tidak menjangka perjalanan ke jambatan itu begitu mencabar ....... ingatkan 'direct' terus sampai. Elok juga kalau memakai kasut kerana kalau bersandal  rasa kurang selesa.

Pemandangan dari atas jambatan

Alam 'hijau' yang menyegarkan.......

Atas jambatan gantung - 'breezy' dan berkabus - anak bujang saya berposing

The boss beraksi depan kamera
The two little brothers.........

Bagi mereka yang lebih 'adventurers ' boleh mencuba 'jungle trekking'. Dari atas jambatan itu ada jalan susur keluar ke hutan (mountain trail) dan yang boleh membawa kita terus sampai ke Airterjun Telaga Tujuh. Jauhnya lebih kurang 2.5 km dan mengikut cerita mereka yang sudah melaluinya, perjalanannya  sangat payah kerana perlu banyak mendaki dan amat  mencabar.

Telaga Tujuh Waterfall- pemandangan dari dalam gondola


Related post: