Perjalanan seorang insan yang berkelana di bumi Allah, mencari keredhaanNya dan berusaha menjadi Al-Rawahil
Tuesday, 1 January 2013
Jalan-jalan Cari Durian (Merah)
Dalam post saya yang bertajuk Driving from KK to Lawas, saya ada menceritakan bagaimana saya telah berjaya membeli, makan dan merasai keunikan rasa durian merah. Ini adalah durian liar atau hutan yang banyak terdapat di Sabah. Itulah kali pertama saya mencubanya, iaitu pada Februari 2012 di Lawas.
Pada Disember 2012 sekali lagi saya dapat merasainya tetapi kali ini saya bukan sekadar merasa-rasa sahaja tetapi makan dengan sepuas-puasnya. Anehnya, jika waktu pertama kali makan, rasanya tidaklah sedap sangat tetapi pada kali ini, memang terasa kelazatan dan keunikannya. Pada kali kedua ini saya beli bukanlah kerana teringin nak merasanya lagi tetapi memberi peluang untuk 2 orang anak remaja yang ikut serta bersama kami mencuba, merasanya. Walau bagaimanapun mereka tidak teruja sangat ketika memakannya ..... tidak seperti kami waktu perama kali mencuba ...... kerana kami peminat durian!
Saya berpendapat ada beberapa faktor mengapa wujud kelainan dalam keenakannya. Pertama jenis buahnya ..... walaupun semuanya dikategori sebagai durian hutan tetapi dari sudut bentuk dan rupanya jelas sekali berbeza. Mungkin ini juga membezakan rasanya. Faktor kedua, asal-usul buahnya ...... dibeli dari 3 tempat yang berbeza iaitu dari Lawas, Kundasang dan Kota Belud. Orang kata durian dari tempat yang berlainan mempunyai kesedapan yang berbeza. Harga yang dibeli juga berbeza.
Perbezaan juga wujud dari segi kualiti buahnya, di mana isi durian lebih tebal dan tidak terlalu lembik di samping rasa yang lebih enak. Namun isi durian dari Lawas lebih menarik warnanya walaupun nipis dan tidak berapa sedap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment