Kata-kata aluan daripada website Restoran Chez Ali
Chez Ali Restaurant is the place of 1001 nights with Moroccan hospitality .We offers guests a sumptuous dinner and a memorable show in Berber tents. Belly dancers, acrobats, riders, fireworks, folk music are on the menu … An enchanting wonderland.
Kami bukan sengaja datang makan malam di sini. Kehadiran kami secara kebetulan. Pada malam 30 Mac 2017 para peserta seminar dan keluarga masing-masing dijemput oleh pihak penganjur ke majlis makan malam di sini. Sebenarnya kami tidak tahu menahu langsung pasal tempat ini dan ia bukanlah jenis tempat yang akan kami kunjungi jika pergi secara bersendirian. Bayaran masuk untuk menikmati makan malam dan pertunjukan Fantasia, mencecah lebih dari RM 200 bagi seorang dewasa.
Mengikut cerita dari internet, tempat ini berada 10 km ke utara Marrakech, lebih kurang setengah jam perjalanan dari pusat bandar. Ia sebuah kompleks yang sangat besar, ala-ala Disneyland. Oleh kerana kami datang dengan niat untuk makan sahaja, kami tidaklah fokus sangat apa yang ada di sini, selain sekadar lalu bersama rombongan kami ke tempat makan.
Apa yang menarik, saya rasa pada malam itu ialah sambutan yang diberi ketika tiba di tempat ini. Dari awal ketibaan sehingga ke tempat makan, kami diraikan seperti seorang raja atau pembesar di sepanjang laluan. Teruja juga sebab tidak pernah lagi mendapat layanan seperti itu.
Kami dibawa ke sini dengan bas |
Ketibaan kami disambut oleh sebarisan penunggang kuda |
Macam pembesar lalu disambut oleh masyarakat kampung .... kaann😀 |
Sepanjang perjalanan ke dewan makan, kami dihiburkan oleh nyanyian, tarian dan muzik mereka .... sungguh meriah. Kemudian kami ditunjukkan ke tempat makan dalam sebuah khemah besar yang dihias indah. Makan malam semua disediakan di satu kawasan luas dalam khemah-khemah khas Morocco yang dipanggil caidal. Hiasan dalam dewan makan sangat cantik bertemakan 'Arabian Night'. Susunan kerusi mejanya juga unik - ada bahagian tempat duduk yang jenis dipan selain dari kerusi biasa.
Dalam perjalanan ke dewan makan |
Salah satu kumpulan yang menyambut kami |
Ini pula kumpulan lelaki |
Kumpulan pemuzik |
Ketika kami sedang makan, penghibur-penghibur yang di luar tadi masuk ke dalam khemah sambil menyanyi, menari serta bermain muzik melawat semua meja yang ada. Jika kita membaca "review" dari mereka yang telah datang ke sini, ada yang terhibur dengan cara ini tetapi ada juga yang menyampah kerana mengganggu ketenteraman mereka semasa makan. Apa-apa pun hakikatnya itulah yang dikatakan ragam manusia - ada yang pandai menyesuaikan diri dengan budaya orang lain, ada yang tidak. Bagi kami, ia satu pengalaman yang menyeronokkan, bukan sahaja kerana dapat makan percuma tetapi suasana dan hidangan yang disediakan sangat berbeza dari kebiasaan.
Tengok video dari you-tube ni ..... baru dapat 'feeling'
Selepas makan kami semua berjalan ke arena di mana pertunjukan kebudayaan diadakan. Kawasan ini agak gelap kerana pencahayaannya tidak.menyeluruh. Jadi ada bahagian yang boleh dilihat dan ada yang tidak jelas. Jadi foto yang diambil dapatlah bayang-bayang sahaja. Antara persembahan yang dibuat malam itu ialah pertunjukan akrobatik oleh penunggang-penunggang kuda, tarian gelek, karpet terbang dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Arena pertunjukan seluas padang bola |
Salah satu persembahan - para pejuang berkuda serta bersenapang siap bersedia untuk bertempur |
😁ini adalah flying carpet |
😡ish! siap ada tarian gelek lagi |
Kereta kuda yang boleh dinaiki pengunjung - sudah tentu kena bayar |
'A man on a donkey'- berjalan sekeliling arena sebagai selingan |
Pahlawan Barbar
Salah seorang pahlawan Barbar yang beraksi dalam pertunjukan Fantasia |
Asalnya istilah Barbar ini adalah gelaran orang-orang Rom dan Greek kepada sesiapa sahaja yang bukan dari kalangan mereka. Barbar bermaksud "orang asing". Sebenarnya bangsa Barbar adalah bangsa yang mendiami Eropah (selain dari bangsa Rom dan Yunani), iaitu bangsa Arya. Mengikut satu teori, orang-orang Arya ini berasal dari India yang kemudian menyebar ke seluruh penjuru Eropah dan terus berjalan ke selatan mencari daerah jajahan baru sebagai tempat kehidupan yang lebih baik.
Bangsa Arya ini masih merupakan orang yang kurang berperadaban. Mereka adalah kumpulan orang Barbar yang gemar berperang dan percaya pada banyak perkara mistik. Mereka adalah para penentang yang kuat. Orang-orang ini berbadan besar dan menyukai tentangan. Sejarah persebaran mereka ke seluruh penjuru Eropah adalah kisah tentang kepahlawanan dan menjadi epik wiraan yang diceritakan secara lisan oleh anak cucu mereka, turun temurun hingga ke hari ini.
Agaknya dari sinilah istilah "barbaric" berasal kerana ia membawa maksud kekerasan, kekejaman, kebodohan, pelanggaran terhadap norma, keterbelakangan, dan segala tindakan negatif yang boleh dilakukan oleh manusia, iaitu merujuk kepada sikap mereka. Gelaran Barbar ini juga disematkan kepada bangsa Afrika Utara ketika Perancis menakluk Afrika Utara.
Dalam sejarah Islam bangsa Amazigh inilah yang banyak menyumbang kepada penyebaran Islam sampai ke Eropah khususnya Andalusia. Panglima perang Thariq bin Ziyad, bersama 7000 tentera, yang kebanyakannya berasal dari suku Amazigh, menyeberang ke Spanyol pada tahun 711 M. Ia mendarat dekat gunung batu besar yang kemudian dinamai dengan namanya, Jabal (gunung) Thariq. Orang Eropah menyebutnya Gilbraltar dan mereka menamakan selat yang memisahkan Afrika Utara dengan Eropah, Selat Gibraltar. Negerinya juga dinamakan Gibraltar.
Cueta, Selat Gibraltar dan negara Gibraltar (A) Perjalanan kami dengan kereta pada tahun 2006 dari Granada di Sepanyol ke Gibraltar |
Jabal Thaariq atau Rock of Gibraltar |
Mengikut pengkaji sejarah, kisah ini tidak benar. Mereka mengatakan kisah ini tidak ada disebut dalam penulisan ahli-ahli sejarah Andalusia yang hidup di zaman itu. Kisah ini hanya tercatat dalam zaman moden ini yang kebanyakan ditulis oleh kaum orientalis, yang kemudiannya direkod dan disebarkan oleh pengikut-pengikut mereka. Antara sebab logik yang boleh dijadikan alasan untuk menolak kebenaran kisah ini adalah seperti,
1. Kebanyakan kapal bukan kepunyaan orang Islam tetapi dipinjamkan oleh Raja Cueta. Jadi mereka ada tanggungjawab menjaga amanah itu.
2. Perbuatan membakar kapal-kapal itu adalah salah mengikut syariah. Seorang yang beriman dan takutkan Allah, seperti Thariq, tidak akan bertindak demikian.
3. Kisah ini memperkecilkan semangat jihad pejuang-pejuang Islam yang pergi berperang - seolah-olah orang Islam berperang untuk mendapatkan habuan dunia dan takut mati
4. Jika peristiwa itu benar-benar berlaku, sudah tentu ada di kalangan para ilmuan dan pakar ketenteraan yang memberi komen dan menyentuh akan isu ini
Peninggalan orang Islam -Tower of Homage di Moorish Castle, Gibraltar Dibangun pada abad ke-14, merupakan satu-satunya bangunan tinggalan Empayar Marinid di luar Afrika - sentiasa mengibarkan bendera Union Jack |
You might like these posts:
1. Jom kenali Maghribi (Morocco)
2. Morocco (Maghribi) - Quarzazate ... The door of the desert
3. Morocco (Maghribi) - The Exotic Marrakech
4. Morocco (Mahgribi) - Semalam di Casablanca
5. Morocco (Maghribi) - Catatan Perjalanan ke Marrakech
6. Hujung Dunia - Europa Point Gibraltar ( جبل طارق)
No comments:
Post a Comment