Tuesday 26 February 2019

Kembara Cyprus - Perjalanan ke Cyprus Utara

Kembara Cyprus ini bermula dari 23 Jun 2018 dengan perjalanan bermula dari KLlA, transit di Bangkok dan Amman sebelum sampai di Larnaka airport, Pulau Cyprus pada 24 Jun lebih kurang 11.15 malam.

Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.

Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!

😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!


Pada pagi 28 Jun (sekitar jam 10.30pg) kami sudah bertolak ke Cyprus Utara, dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang jam 3 petang. Dalam perjalanan kami menyinggah di 2 tempat yang difikir menarik.dan tidak perlu melencong terlalu jauh dari jalan yang dilalui.

Perjalanan kami dari Limassol ke Morphou ... singgah di Agridia
 (berhampiran Agros) dan  Banjaran Troodos (Mount Olympus)
Tempat pertama kami singgah ialah di pergunungan Troodos yang merupakan banjaran yang terbesar di Cyprus. Banjaran Troodos terletak lebih kurang di bahagian tengah pulau ini. Puncak paling tinggi ialah Gunung Olympus dengan ketinggian 1,952 m. Terdapat beberapa buah ski resort di sini.Tempat ini termasuk dalam daerah Paphos.

Setiap bandar ada 2 nama .... nama Greek dan Turki
Persimpangan di Troodos square ... bandar yang dituju... 
Lefkosia atau Nicosia
Troodos square
Petikan dari:  http://www.cyprusalive.com

Troodos Square refers to a small collection of shops and accommodations high up in the Troodos mountain range (altitude 1707m). A popular cobbled street square offering market stalls
You can buy many souvenirs items, traditional sweets, of all kinds, rose products, dried fruits (no added sugar), beverages, clothing, footwear and everything else you need! You can also find a playgorund for your kids as well as cafeterias and restaurants to enjoy moments while watching the amazing view.

Tempat ini berada di ketinggian 1707 m
... tengahari 28 Jun 2018
Ini ialah tempat berhenti di tepi jalan ... khusus untuk ...
 menikmati keindahan alam ciptaan Allah
... siap ada tempat duduk untuk berihat sambil ...
..... menikmati pemandangan alam  yang menakjubkan
Tempat kedua kami singgah ialah Agridia village yang terletak di kaki bukit Prophet Elias Mountain, dan masih berada dalam wilayah Limassol. Kononnya di sini ada sebuah gereja yang diberi nama Prophet Elias Church. Ingatkan inilah satu-satunya Prophet Elias church yang ada di Cyprus dan  ia mempunyai sejarah berkaitan Nabi Eliyas. Sangkaan ini meleset jauh sekali kerana sebenarnya terdapat banyak Prophet Elias Church di dunia dan di Limassol sahaja ada 2 buah gereja dengan nama ini. Ia adalah nama khusus untuk gereja ortodoks Greek.
Teruja nampak nama ini .... tapi bukan seperti yang disangka
Prophet Elias Church of Agridia ... mula dibina pada 1956
dan siap 1960 .... berkonsepkan senibina gereja Bizantin
Kg Agridia ini berada di tanah tinggi

Oleh kerana sudah sampai ke sini .....
kami hayati sajalah pemandangan yang cantik dari sini
Dari sini kami bertolak terus ke Kalkanli (Kalo Chorio Kapouti - Greek) dalam daerah Guzelyurt (Morphou - Greek). Di sinilah terletaknya Middle East Technical University Northern Cyprus Campus (METU NCC), di mana suami ada lawatan kerja ke universiti ini.

Border crossing Ayios Dhometios, Nicosia, Northern Cyprus
.... ptg 28 Jun 2018 ....
Sejak 1974 pulau Cyprus telah terpisah menjadi 2 - Cyprus Greek berkuasa di selatan dan Cyprus Turki berkuasa di utara.

sumber foto: http://www.thecypriotpuzzle.org
Bendera Cyprus Utara gergasi sepanjang 1,400 kaki
di lereng Gunung Pentadaktylos (Besmark- bahasa Turki)
Gunung Besmark (bermaksud 5 jari) ini adalah sebahagian dari Banjaran Kyrenia yang terletak di sepanjang pantai utara pulau ini. Bendera yang dibuat di lereng gunung ini dapat dilihat dari jauh sehungga dari sebelah selatan kerana ia sangat besar, meliputi lebih kurang 50 ekar daripada lereng gunung ini (bersamaan 4 buah stadium bola). Ia dibuat pada tahun 1980 oleh sekumpulan orang Turki patriotik dengan menggunakan batu-batu putih.

Kini di bandar Nicosia monumen ini seperti mengingatkan penduduknya buat selamanya, yang negara mereka telah terpisah dan dibahagi dua. Bagi tujuan penjagaan bendera gergasi ini, sebuah unit khas dari Turki akan datang secara berkala membawa cat putih dan merah untuk tugas membaik pulih. Namun bagi orang-orang Greek di selatan, mereka tidak senang melihat bendera jiran mereka di utara ini, yang sentiasa diterangi dengan beribu-ribu lampu di waktu malam.

Jika ingin membawa kereta menyeberangi sempadan seperti yang kami buat, perlu membeli insuran kereta. Insuran ini boleh dibeli di sempadan sahaja, berdekatan dengan pejabat imigresen. Ketika di pos imigresen, setiap orang akan dikehendaki mengisi maklumat pada sekeping kertas putih dengan nama dan nombor paspot kita. Kertas inilah yang akan dicop, bukannya paspot, dan maklumat di dalamya akan dimasukkan ke dalam sistem komputer untuk merekod yang kita telah menyeberangi sempadan. Dokumen insuran juga kena tunjuk, atau kita tidak dibenarkan masuk. Waktu kaluar juga sama, tunjukkan kertas putih ini bersama paspot agar rekod komputer dapat dikemaskini.

Insuran kereta ... EUR 20 untuk 4 hari
 ( 28 jun - 1 Julai 2018)
Penginapan dalam universiti
Kami tiba di sini lebih kurang jam 3 petang. Kami telah diberi penginapan secara percuma di Guest House ini oleh pihak universiti selama 2 malam iaitu dari 28Jun-30Jun. Sempat jugalah kami berjalan ke beberapa tempat menarik dan bandar berhampiran. Universiti ini terletak di Kalkanli dalam daerah Guzelyurt ( Morphou ), 50 km ke barat Nicosia dan 6 km ke utara Morphou. METU NCC  merupakan cawangan dari METU Angkara.

Guest House dari luar
Kawasan berhampira Guest House.... ptg 28 Jun 2018
Syukur Alhamdulillah .... akhirnya kami berjaya menyeberangi sempadan yang penuh dengan konflik dan sejarah ini tanpa sebarang kesulitan. Risau juga apabila mendengar cerita-cerita yang menyentuh tentang permusuhan antara etnik Turki dan Greek ini.

Pada petang 29 Jun kami sempat berjalan-jalan di Kyrenia yang terletak lebih kurang sejam lebih perjalanan dari Kalkanli. Insya Allah kita jumpa lagi di sana dalam entri yang lain.




No comments:

Post a Comment