Monday 2 January 2017

Bekalan di Jalan Dakwah - Ringkasan




Buku “Bekalan Di Jalan Da’wah” membolehkan kita mendapatkan bekal apa yang diperlukan untuk mengharungi jalan yang menyampaikan kepada matlamat yang dicita-citakan - Allah adalah matlamat kita. Tiada sesuatu yang lain selain daripada Allah. Buku ini mengajak kita berberpuasa, bersembahyang, menunaikan haji dan berzakat, bukanlah untuk mencari hikmah di sebalik perintah menunaikan rukun-rukun Islam, tetapi tunduk dan patuh kepada arahan dari langit dan mentaati perintah Allah. Kita menunaikan rukun-rukun itu sepertimana yang diperintahkan sehingga kita merasai lazat dengan ketaatan dan perlaksanaan perintah Allah, dengan harapan Allah membuka kepada kita pintu-pintu hikmah yang dapat menambah ketenangan kepada kita.

Bekalan utama yang diperlukan oleh setiap pendakwah ialah keimanan dan ketaqwaan. Iman dan taqwa akan bertambah dengan suntikan iman dari wasilah-wasilah yang disebut di dalam buku ini.

Bekalan dan Wasilah

1. Perkara pertama yang kita perlukan di jalan da’wah ialah perasaan ma’iyatullah (merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, gerak-geri dan diam bahkan pada setiap detik. Sesiapa yang Allah bersama dengannya, ia tidak akan kehilangan sesuatu pun. Sesiapa yang Allah tidak bersama dengannya, maka ia tidak mendapati melainkan kehilangan dan kesesatan. Allah Subhanahu wa Ta’ala menganugerahkan ma’iyatullah ini kepada mu’min yang bertaqwa dan ihsan. (Surah Al-Nahl: Ayat 127-128)

2. Di jalan dakwah ini kita sangatlah memerlukan nur Ilahi untuk menerangi jalan agar dapat direntasi dengan cara yang bijaksana tanpa ada kegelinciran di selekoh-selekoh yang menjauhkan atau halangan-halangan yang membantutkan perjalanan. Ini dapat dilaksanakan dengan bekalan taqwa dan iman. (Surah Al-Hadid: Ayat 28)

3, Di atas jalan dakwah ini juga amat perlu sekali kita merelakan diri untuk berjihad dan berkorban dengan seluruh apa yang dimiliki dari jiwa, harta, tenaga, fikiran dan waktu tanpa teragak-agak. Ianya tidak dapat dilakukan melainkan dengan bekalan iman yang menyebabkan diri seseorang itu lebih mengutamakan apa yang di sisi Allah dan menganggap segala yang mahal sebagai suatu yang murah di jalan Allah. (Surah At-Taubah: Ayat 111)

4. Di atas jalan dakwah, kita amat memerlukan kepada keteguhan dan ketetapan daripada Allah. Tetap dan teguh pendirian, agar tiada lagi rasa teragak-agak dan syak. Amalan dan kewajipan tidak lagi dijauhkan diabaikan sekalipun berat atau banyak. Allah SAW menganugerahkannya kepada orang yang beriman dan bertaqwa. (Surah Ibrahim: Ayat 27)

5. Di jalan dakwah kita amat memerlukan kepada sokongan ikatan ukhuwwah dan jalinan kasih-sayang kerana Allah, agar kerjasama dan kesefahaman untuk kepentingan dakwah terbentuk dengan mudah. Pertemuan yang dekat dan erat adalah dengan sebab kasih-sayang dan ukhuwah ini. Ketulusannya yang berterusan tidak dapat direalisasikan melainkan di antara mu’minin. (Surah At-Taubah: Ayat 71)

6. Di jalan da’wah setiap individu mestilah mengutamakan syari’at Allah pada perkataan dan amalan. Janganlah menyanggahi perintah Allah dan Rasulullah pada setiap keadaan. Dia mestilah berusaha bersunguh-sungguh untuk menyatukan saf dan tidak memecah-belahkannya. Tiada apa yang dapat membantunya untuk melakukan perkara ini melainkan iman yang benar, yang memelihara diri dari sebarang kecuaian dan kurang iltizam. (Surah Al-Ahzab: Ayat 36)

7. Di jalan da’wah kita memerlukan ilmu yang bermanfa’at yang semestinya dimiliki oleh penda’wah yang bijaksana. Tidak memadai dengan membanyakkan pembacaan sahaja, tetapi mestilah juga meningkatkan ketaqwaan dan keikhlasan kepada Allah, agar Allah Subhanahu wa Ta’ala melimpahkan ‘ilmu, hidayah dan taufiq daripadaNya. (Surah Al-Baqarah: Ayat 282).

8. Di jalan da’wah kita merasakan amat perlu kepada sokongan dan pertolongan daripada Allah, khususnya apabila kita menghadapi pelbagai jenis tipu daya dan serangan musuh-musuh Allah. (Surah Taha: Ayat 114)

9. Akhir sekali, kita mestilah sentiasa setia dengan janji. Tidak memungkirinya, tidak mengubahnya dan tidak menukar-gantinya, sehinggalah kita bertemu Allah dan kita masih berpegang-teguh dengannya. Keimanan dan ketaqwaan adalah bekalan terbaik yang menolong kita.
 (Surah Ali-’Imran: Ayat 76)

Allah telah menunjukkan kepada kita pelbagai wasilah dan sebab-musabab, agar kita menggunakannya untuk mendapatkan bekalan daripadaNya. Oleh kerana bekalan ini seperti bekalan-bekalan lain, boleh bertambah dan berkurangan bahkan kehabisan, kita mestilah bersungguh-sungguh memperbaharuinya, menambahnya dan menjaganya agar tidak berkurangan atau kehabisan.

Antara wasilah-wasilah yang dianjurkan dalam buku ini:

Bekalan dari Al – Quran

➧ Antara wasilah yang terpenting, termudah, terkuat dan terbanyak

➧ Merupakan bekal yang sentiasa menolong dan tidak akan kehabisan.

➧ Di dalamnya terdapat beberapa jenis wasilah yang lain iaitu keilmuan, nur, hidayat, rahmat dan zikir.

➧ Wasilah yang paling afdal untuk mendapatkan bekalan iman dan taqwa kepada Allah

➧ Mentadabbur Al-Qur’an ketika membacanya

➧ Meletakkan keinginan yang utama dalam pembacaan Al-Qur’an iaitu untuk mengikut dan mengamalkan.

➧ Pembacaannya menambah iman dan tawakkal orang mukmin terhadap Allah -

(Surah Al-Anfal: Ayat 2)

➧ Al-Qur’an membimbing kita mentauhidkan Allah - kerana ia mendamaikan dan mententeramkan jiwa

➧ Al-Qur’an menyeru kita bertafakkur terhadap ciptaan Allah

– agar dapat mengenali sifat-sifat Allah yang melahirkan keinginan untuk mengagungkan, membesarkan dan menyucikan Allah Subhanahu wa Ta’ala

– agar dianugerahkan perasaan ma’iyatullah (merasakan diri sentiasa bersama Allah)

➧ Dalam Al-Qur’an terdapat arahan dan gesaan melakukan kebaikan dan berwaspada dari melakukan kejahatan dan menegahnya

➧ Di dalamnya terdapat peringatan terhadap hari akhirat dan kebangkitan, hisab dan pembalasan - galakan dan khabar gembira tentang syurga dan juga ancaman neraka


Kesimpulan

Secara keseluruhannya kita mendapati di dalam Al-Qur’an:

➧ segala kebaikan yang diperlukan insan untuk kebahagian dunia dan akhirat

➧ memeliharanya dan menyelamatkannya dari kesusahan, kecelakaan di dunia dan azab di akhirat

➧ terdapat di dalamnya unsur-unsur penting tarbiyyah yang membina keutuhan ‘aqidah dan menjana tenaga ke arah kebaikan




Bekalan dari bertafakkur

Kita sangat memerlukan kepada ma’rifatullah yang hakiki untuk membaiki hati dan mengubah keadaan agar keadaan uinat seluruhnya juga berubah. Di antara apa yang membekalkan kita dengan ma’rifat ini ialah bertafakkur terhadap ciptaan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya di alam semesta ini, serta mentadabbur nama-nama dan sifat-sifatNya. Kebanyakan ayat Al-Qur’an Al-Karim menggesa kita agar bertafakkur. (Surah Al-’Imran: Ayat 190-191)

1. Bertafakkur Terhadap Makhluk dan Tanda-tanda Kekuasaan Allah

Pada segala-galanya terdapat petanda yang menunjukkan kepada kekuasaanNya yang Maha Kuasa. Pada penciptaan alam semesta serta isinya ( bulan, bumi, matahari, langit, bintang, planet ,sungai, lautan dan lain-lain) tertera tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.

Antara kebesaran Allah yang boleh menambahkan keimanan kita apabila kita bertafakkur mengenai tanda kekuasaan Allah ialah:.

➧ Pada sunnatullah (aturan Allah pada alam semesta)

➧ Pada kejadian manusia – aqal dan perkembangan janin

➧ Pada lapisan udara

➧ Alam zarah yang merupakan satu bahagian yang teramat kecil dari segala jenis ciptaan Allah.

➧ Alam lautan

➧ Alam tumbuhan dan serangga

➧ Alam haiwan, burung dan seumpamanya


2. Bertafakkur Terhadap Nikmat Allah

Al-Qur’an Al-Karim menyeru kita agar bertafakkur dan mengenali nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Amat penting sekali kita merenung, bertadabbur dan menghargai terhadap segala tanda-tanda kekuasaan Allah. Perlu juga disedari betapa cuainya kita dalam menunaikan kewajipan syukur dan kemestian menggunakan nikmat-nikmat ini untuk ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.

Antara nikmat-nikmat Allah yang patut kita syukuri ialah:

1. Nikmat Islam - nikmat yang terbesar dan teragung - (Surah Al-Ma’idah: Ayat 3) Agama inilah yang membekalkan kebahagiaan, keharmonian dan ketenangan di dunia, dan kejayaan, keni’matan dan keselamatan di akhirat.

2. Nikmat ukhuwah dan kasih-sayang yang terjalin kerana Allah adalah ikatan yang kuat dan tulus – termasuk nikmat besar yang dianugerahkan kepada mereka yang beriman

3. Nikmat-nikmat yang lebih kecil - kita juga perlu mensyukuri nikmat Allah yang lebih kecil yang dianugerahkan kepada kita.

➧ pendengaran dan penglihatan

➧ keupayaan bertutur

➧ nikmat aqal

➧ jasad manusia seperi tangan, jari, kaki dan Iain-lain anggota serta organ-organ di dalam jasad

➧ nikmat yang diperlukan oleh jasad seperti makanan, air, udara dan kepanasan, haiwan, tumbuhan, burung dan lain-lain

➧ nikmat isteri dan zuriat yang salih.


3. Bertafakkur Terhadap Perkara Ghaib Yang Dinantikan

Kita perlu memikirkan perkara ghaib yang akan datang kepada kita dan kesudahan jalan yang akan kita lalui. Ianya adalah suatu kemestian kerana ia merupakan masa hadapan dan kehidupan hakiki lagi abadi. Tafakkur ini akan memberikan pertimbangan yang hakiki terhadap perkara ghaib, lalu menggesa kita untuk beramal dan bersedia untuk menghadapi perkara ghaib. la adalah kesudahan kebahagiaan kita.

Kita bertafakkur pada beberapa peringkat alam ghaib yang menanti kita:

➧ Tempoh sebelum ajal - Kita tidak mengetahui jangka masa yang masih ada sebelum ajal. Setiap kali berpeluang melakukan kebaikan, janganlah menangguhkannya dan rebutlah peluang itu. Bersegeralah untuk bertaubat dan beristighfar sebelum ajal tiba.

➧.Peringkat kematian - Ia merupakan sempadan pemisah yang utama antara dua peringkat menuju alam ghaib yang dinantikan. Wajiblah kita sentiasa mengingati mati, dan bersiap-sedia untuk bertemu Allah. Jadikanlah mati ini di jalan Allah, bahkan jadikan ia impian engkau yang tertinggi. Bersungguh-sungguhlah untuk mengubah mati kita kepada kehidupan di alam lain.. yang menanti kita.

➧ Kubur dan kehidupan alam barzakh - Kita hendaklah senantiasa mengingati kehidupan di alam kubur Kita perlu menziarahi kubur ketika kita masih hidup sebelum kita menziarahinya sesudah mati. Tujuannya ialah untuk mengambil iktibar yang mendorong kita melakukan amal salih. Amalan salihlah yang menemani kita di dalam kubur. Ia juga menjadikan kubur sama ada satu daripada laman syurga atau lubang neraka..


4. Bertafakkur Terhadap Hari Akhirat

Kita mentadabbur apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan Sunnah berkenaan sifat dan perkara, peristiwa dan kejadian yang akan berlaku pada hari akhirat Kita boleh mengambil iktibar dari beberapa cirinya sebagai manhaj untuk tafakkur dan tadabbur yang menambahkan iman dan keperihatinan terhadap hari akhirat

Di antara ciri-ciri hari akhirat ialah:

➧Tiupan sangkakala - bermula dengan tiupan sangkakala yang pertama. Semua yang berada di langit dan bumi akan mati melainkan mereka yang dikehendaki Allah. Ditiup sang­kakala untuk kali ke dua - ketika itulah terjadinya kebangkitan semula.

➧ Pembentangan suratan amal, hisab dan mizan - dipersoalkan tentang perbuatan dan perkataan yang datang dari kamu sama ada besar atau kecil. Semua yang teraniaya dikembalikan haknya.

➧ Titian (sirat) - masa melintasi titian (sirat) yang diletakkan di atas neraka Jahannam

➧ Syafa’at - Allah SWT memuliakan mereka dengan menerima syafa’at yang la redai daripada para anbiya’, syuhada’ atau salihin

➧ Kolam Syurga - dikhususkan untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan ummatnya.

➧ Neraka Jahannam

➧ Syurga dan nikmatnya

➧ Bekalan Ilmu yang mendorong keimanan.

➧ Bertafakkur mengenai tanda kekuasaan Allah dan ciptaan Allah menghasilkan ma’rifah kepada Allah - penambahan iman serta membesarkan dan menyucikanNya.

➧ Tanpa kelebihan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kita tidak berupaya melakukan sesuatupun.

➧ Mengingati kekuasaan Allah berulang-ulang - membantu kita sentiasa beringat-ingat - mengambil bekalan yang memelihara dan menolong kita di jalan dakwah.

➧ Sentiasa berusaha dapatkan keredaan Allah agar mendapat nikmat syurga dengan:

➧ Membanting tenaga di jalan Allah dan membela agamaNya

➧ Tabah menanggung segala apa yang merintang di jalan dakwah

➧ Mengingati kita agar membuat persediaan untuk menghadapi kepanasan neraka.

➧ Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi


Bekalan dari beribadah

Ibadat sembahyang, puasa, zakat dan haji dianggap sebagai sumber yang penting dan dinamik untuk menjadi bekalan di jalan da’wah. Ibadat adalah sumber bekalan utama yang berterusan dan sentiasa mengalami pembaharuan. lanya menyucikan jiwa, meninggikannya dari tarikan keduniaan, membantu mencmpuhi rintangan dan menjauhi segala pernyelewengan. Di sana juga terdapat ibadat yang sunat, yang jika ditunaikan, dapat menambah bekalan taqwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Setiap ibadat mengandungi bekalan dan kesan yang berbeza dengan ibadat yang lain terhadap tarikan keduniaan.

Beberapa jenis bekalan di dalam ibadat serta faedahnya

1. Puasa - dianggap sebagai sumber yang penting dan dinamik untuk menjadi bekalan di jalan dakwah

➧ Orang yang berpuasa mendapat pakaian taqwa - perisai yang mempertahankan diri daripada kejahatan dan fitnah.

➧ la melapangkan diri dari bebanan kehidupan - menambah dan memperbaharui kecergasannya untuk menyambung semula perjalanan di jalan.

➧ Menjalinkan hubungan yang berterusanm - mendekatkan diri, khusyuk dan tunduk kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

➧ Menumpukan ketaatan dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan zikir, sembahyang, doa, munajat, membaca Al-Qur’an, istighfar, taubat, dan menangis kerana takutkan Allah – bagi mereka yang beriktiqaf.

➧ Menghasilkan sifat ikhlas dan mengelokkan ingatan hati terhadap Allah Subhanahu wa Taala.

➧ Menghasilkan mujahadah terhadap keinginan nafsu dan jasad.

➧ Menghasilkan kesabaran

➧ Membentuk budi-pekerti yang lemah-lembut terhadap orang jahil.

➧ Mendidik hati mengasihani golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.

➧ Mengajar bagaimana seharusnya seorang mu’min bergembira dengan taufiq dan pertolongan daripada Allah - mengikhlaskan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala.

➧ Mengukuhkan pengertian jama’ah di dalam diri - kaum Muslimin di seluruh dunia berpuasa pada bulan yang sama - perasaan kesatuan di antara kaum Muslimin

➧ Menghubungkan Muslim dengan alam semesta yang mengandungi bulan dan bintang – melihat anak bulan Ramadan dan anak bulan Syawal.

➧ Membiasakan Muslim mementingkan dan menepati masa - meneliti waktu imsak dan waktu berbuka.

➧ Memberikan kesan kesihatan yang baik kepada jasad.


2. Zakat - pengabdian dan pendekatan diri kepada Allah, ia juga menjadi bekalan ruh dan unsur tarbiyyah yang penting.

➧ Membiasakan dan melatih jiwa untuk mengalahkan rasa cinta dan bergantung dengan harta.

➧ Mengajar Muslim bahawa kadar rezeki seseorang yang tidak sama adalah ketentuan taqdir Allah.

➧ Mendidik jiwa agar mempercayai Allah secara mutlaq

➧ Mendorong manusia melabur harta pada apa yang bermanfaat terhadap kaum Muslimin

➧ Merasai apa yang ia berikan kepada orang miskin dan golongan yang memerlukan adalah hak tertentu yang Allah bahagikan kepada golongan fakir melalui tangannya


3. Haji - ibadah yang diwajibkan sekali seumur hidup – tidak seperti ibadah lain yang diperbaharui berulang-ulang,

➧ Satu perjalanan rabbaniyyah, perjalanan nuraniyyah, perjalan­an hati-hati dan juga roh menuju Yang Maha Penciptanya – tulus hanya kerana Allah.

➧ Hati terpusat kepada Allah, menghampirkan diri kepadanya, menambah bekalan dengan kelebihan, ihsan dan rahmat Tuhan.

➧ Bersabar menanggung beratnya perjalanan jihad fi sabilillah dalam rangka beribadah kepada Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.

➧ Sebagai zakat bagi kesihatan kita - menyibukkan tubuh fizikal kita dengan ketaatan kepada Allah.

➧ Berkumpulnya jama’ah haji dari penjuru dunia merupakan kesempatan yang sangat baik untuk mengukuhkan ikatan di antara kaum Muslimin,

➧ Melahirkan sikap sedia berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi ketaatan kepada Allah

➧ Merenung dan mengambil pelbagai ibrah dan pengajaran dari peristiwa sejarah yang berlaku ketika melawat tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah


4. Solat - hubungan dengan Allah Subhanahu wa Taala.

➧ Mendekatkan dan menjinakkan diri kepada Allah.

➧ Merehatkan dan melapangkan kita dari tugasan dan bebanan kehidupan

➧ Merasai kerehatan, keamanan, taufiq dan ketenteraman.

➧ Melahirkan pengertian izzah.

➧ Pergerakkan salat memberikan faedah kesihatan kepada jasad orang yang menunaikannya.

➧ Membuat persediaan untuk solat - mendidik seorang Muslim agar menjaga kebersihan, kesucian dan perasaan yang harmoni.

➧ Melatih untuk menjaga waktu agar tidak leka dengan apa-apa perkara sekalipun sehingga berlalunya waktu solat tanpa disedari.

➧ Melatih diri Muslim untuk mengetahui haluan dan kedudukan geografi bagi Ka’bah.

➧ Melahirkan rasa kesatuan dan ikatan dengan saudara selslam - setiap Muslim di seluruh pelusuk bumi menghadap ke qiblat yang satu.

➧ Menyahut seruan salat - mengandungi mujahadah, menguatkan kemahuan dan keazaman, dan mengalahkan hawa nafsu yang tamak.

➧ Solat berimam – menimbulkan semangat patuh, berdisplin dan ketaatan di samping nasihat dan teguran terhadap kesalahan.

➧ Solat berjemaah - tiada rasa meninggi diri, dan tiada rasa takabbur - semuanya sama di hadapan Allah dalam satu saf.

➧ Solat di masjid – memberi peluang untuk berkenal-kenalan, menjalin perpaduan, bersatu, dan bantu-membantu - menjalinkan tautan dengan masjid


Selain daripada ibadat yang wajib, terdapat juga ibadat-ibadat yang sunat. Kita menunaikannya selepas ditunaikan yang amalan fardu. Ia dapat menambah bekalan, taqwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Bekalan ini boleh diambil melalui amalan seperti,

Qiamullail - merupakan mujahadah untuk memperkuatkan tekad dan keazaman; mengalahkan syaitan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah.
  • Melahirkan rasa ketulusan, kemurnian, keikhlasan pada Allah dan terbebasnya hati dari pengaruh riya’. 
  • Sebahagian amalan yang dapat dilakukan ketika bangun malam - berdiri, sujud, zikir, membaca tasbih, beristighfar, dan berdo’a. 
  • Bangun di waktu malam sebagai seorang hamba yang fakir dan lemah, tertunduk-tunduk mengetuk pintu TuhanNya Yang Maha Pemurah 

Zikir - (Surah Al-Ahzab: Ayat 41-42)
  • Berzikir kepadaNya di semua kesempatan dan waktu - ketika makan, minum, berpakaian, tidur, bangun, menuju tempat kerja, di tengah-tengah bekerja. 
  • Zikir dengan hati, mendahului yang lain - menyedari bahawa segala hal yang kita merasai terdapat pengawasan Allah dalam hal tersebut. 
  • Perlu untuk meraih berbagai kebaikan dan menghindari kejahatan. 
  • Zikir di waktu malam merupakan santapan rohani dan bekal bagi ruh serta hati 

Doa - Ia merupakan salah satu sumber terpenting bagi bekalan perjalanan dakwah.
  • Sumber seorang hamba berkehendak dan merasakan kekuasaan Allah serta keyakinan bahawa segala sesuatu berada dalam genggaman Allah 
  • Doa di waktu malam merupakan ‘ibadah yang paling menyenangkan dan yang paling afdal 

Bekalan dari berbagai wasilah

1. Sirah – merupakan bekalan terbaik di jalan da’wah

➧ Mengandungi nasihat, iktibar dan pengajaran yang sangat banyak

➧ Merupakan pelaksanaan Islam yang pertama dan sahih di dalam kehidupan manusia – dijadikan contoh dan panduan

➧ Mempelajari sirah dengan amalan, ikutan dan pengenalan yang mendalam terhadap apa sahaja pendirian dan peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW

➧ Bekalan terpenting – 1. Kesediaan jiwa dan bekalan ruh 2. Mengatasi segala rintangan dan kesusahan


2. Mengikuti Sunnah - sumber yang kedua bagi syariat Islam - ia menjelaskan lagi Kitabullah yang mulia

➧ Merupakan pengajaran yang sangat diperlukan oleh kita - tidak ada kebaikan atau kejayaan kecuali dengan berpegang teguh terhadapnya dan Quran

➧ Merupakan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada kita melalui perkataan dan perbuatannya

➧ Terjemahan dalam bentuk amali terhadap apa yang terkandung dalam Al-Qur’an Al-Karim

➧ Mengikutinya dalam seluruh bidang kehidupan - menjadikan kita selalu hidup penuh sedar, benar- benar prihatin dan mendisiplinkan jiwa

➧ Keseluruhan sunnah Rasul adalah bekal yang dapat menghidupkan hati para pengikutnya - membawa mereka kepada darjat keimanan dan ketaqwaan yang tinggi

➧ Dengannya hati akan hidup - juga dapat menyihatkan dan menyegarkan tubuh zahir

➧ Membina peribadi Muslim - memiliki keimanan yang kuat, tekad dan kehendak yang kuat, fizikal yang teguh, akhlaq yang mulia

➧ Membantu kita melonggarkan tarikan-tarikan duniawi, tidak menyibukkan diri dengan kenikmatan dunia, tetapi memberi tumpuan kepada akhirat dan keredaan Allah


3. Jihad - kewajipan yang berlaku sampai hari kiamat dan merupakan puncak segala urusan.

➧ Ketika berada di arena jihad dan persiapan untuk jihad - ketinggian rohani dan terbebasnya diri dari daya tarikan dunia – bekalan terbaik

➧ Orang berjihad di jalan Allah selalu berupaya memerangi godaan syaitan yang menghalangnya untuk berjihad dengan berbagai godaan

➧ Terbebas dari faktor-faktor kelemahan seperti kelemahan kemahuan, kerisauan, kesedihan, tidak produktif, ketidakupayaan, malas, lemah semangat, pengecut, bakhil, kurang percaya diri, tidak merasa bangga dengan agama dan sebagainya.

➧ Berjihad meletakkan para mujahidin untuk saling mencintai, saling bersaudara dan saling merapatkan barisan di antara sesama mereka.

➧ Dapat memperkukuh ikatan di kalangan kaum Muslimin dan mendukung nilai-nilai ukhuwah Islam

➧ Mujahid dapat mengambil pengajaran yang sangat berharga dari pertempuran dan peperangan yang diikuti


4. Dakwah - merupakan kewajipan bagi setiap Muslimin dan Muslimat - tugas para Rasul

➧ Pendawah melaksanakan tugas kerana Allah - imannya akan selalu bertambah dan hatinya selalu berhubung dengan Allah

➧ Berdakwah secara langsung dapat mengingatkan pendakwah - mengambil pengajaran sebagaimana orang lain mengambil pengajaran dari apa yang telah disampaikan

➧ Pendakwah selalu berusaha menjadi teladan yang baik bagi golongan yang diserunya dalam segala kebaikan yang telah disampaikan

➧ Pendakwah betul-betul menghayati apa yang diucapkan – agar dapat mempengaruhi dan menambah keimanan mereka yang mendengar

➧ Pendakwah mengorbankan waktu, tenaga, harta dan tubuh badannya - jiwa agar ia bebas dari kemalasan, kebakhilan, kelemahan dan sifat pengecut

➧ Pendakwah perlu menambah ilmu pengetahuan serta membuat kajian untuk memudahkan tugas dakwahnya serta meninggalkan kesan

➧ Pendakwah sentiasa menghargai masa - perlu berdisiplin dalam menghadiri pertemuan - tidak mensia-siakan waktu mad’u dan tidak membuang masa dengan perbicaraan yang tidak berfaedah

➧ Para da’i di jalan Allah tidak boleh lemah semangat - gara-gara letih, payah, sakit, perjalanan yang panjang, banyak berjaga malam dan pengorbanan

➧ Da’i di jalan Allah melatih dirinya agar tidak terjangkit penyakit ghurur (terpedaya)

➧ Para pendakwah yang tulus menyedari bahawa kemampuannya berucap dengan orang ramai, hingga orang terpesona dengan ucapannya adalah kurniaan dari Allah, bukan kerana semata-mata kehebatan dan kecerdasannya.

➧ Para pendakwah yang banyak berkelana ke berbagai daerah yang berbeza-beza akan bertambah luas wawasannya tentang masyarakat Islam, keadaan setempat dan permasalahan yang melanda dunia Islam - sebaik-baik bekalan


5. Persahabatan Yang Salih - nikmat besar yang tidak dapat dibeli dengan wang atau kekayaan dunia, tetapi ia wujud dengan kurniaan dan kekuasaan Allah

➧ Allah menganugerahkan nimat ini hanya kepada orang-orang yang beriman

➧ Ikatan ‘aqidah Islam adalah ikatan yang paling kuat - merasakan kebahagiaan dan ketenangan jiwa apabila berkumpul di bawah panji ukhwah

➧ Hubungan ukhwah kerana Allah sangat penting bagi gerakan dakwah - persaudaraan antara orang-orang Ansar dan Muhajirin dalam sirah menjadi bukti

➧ Sahabat-sahabat yang salih, mereka tidak akan membiarkan saudaranya bersendirian dalam menghadapi syaitan yang sentiasa menggoda.

➧ Sahabat yang salih itu jika kita memandang-nya dapat mengingatkan kita pada Allah dan taat kepadaNya

➧ Merasa memiliki peranan yang penting dan bererti bila bersama saudara-saudaranya

➧ Orang mukmin itu adalah bersatu dengan mukmin yang lain, ibarat bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain

➧ Orang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya

➧ Sahabat yang salih dapat melipat-gandakan kemampuan dan potensi seseorang – sentiasa membantu saudaranya dalam aspek pemikiran dan tenaga

➧ Sahabat yang salih dapat menambahkan kebahagiaan seseorang - mereka turut serta dengan kegembiraannya dan berusaha meringankan kesusahan dan kepedihannya

➧ Memeperoleh bekalan rohani yang besar – apabila saudara-saudaranya mendoakan kebaikan untuknya dari jarak jauh - termasuk salah satu do’a yang dikabulkan

➧ Melahirkan persatuan dan perpaduan, kekuatan dan kebaikan bagi Islam dan kaum Muslimin

➧ Ianya merupakan sebaik-baik pembantu dan bekal dalam perjalanan dakwah


6. Amalan Solih - merupakan bukti bagi keimanan dan keimanan merupakan syarat mutlaq agar diterima amal salih

➧ Buah dari keimanan dan ketaqwaan - sumber bagi bekal taqwa dan keimanan - sebaik-baik bekal dalam perjalanan

➧ Iman dan amal salih membawa pengampunan dan pahala yang besar - (Surah Al-Fath: Ayat 29)

➧ Menjadi penyebab diterimanya taubat dan digantikan keburukan dengan kebaikan - (Surah Al-Furqan: Ayat 70)

➧ Medan bagi penerapan ‘ilmu yang kita baca dan yang kita dengar - dari medan teori khayalan menuju realiti kehidupan

➧ Bukti kemenangan bagi kecenderungan untuk baik dan lemahnya kecenderungan melakukan keburukan

➧ Dapat membersihkan jiwa, meningkatkan kualitinya, menyucikannya dari kehinaan dan kotoran, serta menghiasinya dengan akhlaq-akhlaq utama dan sifat-sifat mulia

➧ Beramal salih membuat kita selalu hidup bersama kemuliaan dan menghindari perkara-perkara yang tidak berharga.

➧ Menjadikan pelakunya contoh tauladan yang baik bagi orang lain

➧ Amal solih boleh membimbing orang yang tidak terpelajar dengan bentuk nyata, bukan dengan kata-kata.

➧ Merupakan medan bagi perlaksanaan perintah-perintah Allah

➧ Dapat mewujudkan perubahan dalam jiwa yang menjadi pintu kebaikan bagi umat ini - (Surah Al-Ra’d: Ayat 11)

➧ Memperolehi sifat prihatin terhadap waktu dan tidak akan membiarkan sebahagian waktunya berlalu begitu sahaja kecuali untuk amal yang bermanfaat

➧ Sarana yang baik untuk mendapatkan pahala akhirat - simpanan kebaikan Muslim adalah sekadar amal salih yang ia lakukan


Kesimpulannya

Bekalan di perjalanan dapat menjadikan pemiliknya sebagai pendokong pendakwah contoh yang memahami agamanya dengan sebenarnya dan menyeluruh; jauh dari kekeliruan atau penyimpangan; menyedari kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam untuknya; mengikhlaskan seluruh amal yang dilakukan hanya kepada Allah dan mencari redaNya; memahami tahap-tahap amal, sasaran, dan sarananya serta tidak menyalahinya; dan meyakini bahawa jihad adalah jalan yang di tempuh oleh para pendokong dakwah.

Tetap pada kebenaran dan dalam berjihad untuk mencapai tujuan, meskipun jalannya panjang dan memerlukan waktu yang lama, hingga bertemu Allah dalam keadaan seperti itu. Tulus pada dakwah serta jamaahnya. Terbebas dari prinsip selainnya dan dari berbagai peribadi atau tokoh. Thiqah (percaya) pada Tuhannya, dakwahnya, jamaahnya dan pemimpinnya. Kepercayaan yang tidak bercampur dengan kebimbangan dan keraguan. Iltizam dengan segala perintah selama tidak melakukan maksiat, dan melaksanakan kewajipan-kewajipan sebagai pendokong dakwah dengan tulus dan jujur.


Ringkasan oleh:
Sahara bt Mohamed Said
Batu Pahat 2016