Grand Bazaar - Spice Bazaar
Petikan dari wikipedia.org
The Grand Bazaar (Turkish: Kapalıçarşı, meaning ‘Covered Market’; also Büyük Çarşı, meaning ‘Grand Market’in Istanbul is one of the largest and oldest covered markets in the world, with 61 covered streets and over 4,000 shops which attract between 250,000 and 400,000 visitors daily. In 2014, it was listed No.1 among world's most-visited tourist attractions with 91,250,000 annual visitors. the Grand Bazar at Istanbul is often regarded as one of the first shopping malls of the world.

Grand Bazaar ini mempunyai sejarah yang tersendiri bermula dari pembinaan pusatnya pada musim dingin 1455, sejurus selepas Constantinople ditakluk oleh Empayar Usmaniyah. Ia berkembang sehingga ke hari ini setelah melalui begitu banyak fasa sejak pembinaanya. Dengan sejarahnya yang begitu panjang sehingga ke hari ini, terasa rugi jugalah jikalau tidak datang ke sini.
Walaupun mendapat nasihat daripada ramai orang supaya berhati-hati jika membeli belah di sini, takkanlah kita hendak melepaskan peluang melalui pengalaman yang unik ini. Mengikut kata tour guide kami, Mr Burak, orang-orang tempatan tidak membeli-belah di sini kerana harga barang yang diletak memang mahal. Mengikut katanya lagi, keadaan ini bolehlah dibandingkan dengan kawasan membeli-belah di Bukit Bintang KL, yang mana kebanyakan pengunjungnya adalah orang luar negara ...... orang dari KL tidak buat 'shopping' di sana.
Dengan pasrah kami pun tidaklah ketinggalan 'bershopping' sakan di sini kerana kami tidak punya pilihan atau kemampuan merayau-rayau mencari kawasan membeli-belah yang lain. Masa yang diberi pun agak terhad, apa lagi dengan kedai yang begitu banyak, untuk kami membuat perbandingan harga yang benar-benar murah. Jadi aktiviti 'shopping' hari ini sangat mencabar. Kami tidaklah pandai sangat bab tawar menawar ni. Jadi apa yang kami harapkan lebih kepada membeli sesuatu dari sini sebagai kenangan untuk dibawa balik, di samping itu teringin juga merasai bagaimana berurusniaga dengan peniaga-peniaga di sini ...... barulah boleh bercerita dengan orang pengalaman kita.nanti.
Satu pengalaman yang menarik di sini ialah apabila peniaga-peniaga memerangkap pengunjung membeli produk mereka dengan cara mempelawa minum teh bersama-sama mereka, sambil bersembang, katanya ...... tak ada komitmen kena beli! Kalau kita tak berhajat langsung nak beli apa-apa dari kedai tersebut, janganlah singgah. Kebiasaannya selepas mendengar celoteh mereka, rasa tak sedap pulak kalau keluar dari kedai dengan tidak membeli apa-apa.
Gambar pun tidak dapat ambil banyak kerana takut tidak cukup masa dan lambat pula balik ke bas nanti .... mana nak cari kedai yang menjual barang yang kita suka, nak tawar-menawar lagi. Kami juga tidak berani pergi jauh-jauh kerana takut sesat cari jalan balik. Kawasan 'shopping'-nya luas sangat-sangat ...... cemas jugalah petang tu!
Ok jom masuk ke dalam!
Selepas selesai aktiviti shopping di sini kami dibawa pula ke Spice Bazaar. Bazar ini juga mempunyai sejarah yang panjang - wujud sejak dari zaman Usmaniyah lagi. Ia dibina dalam tahun 1660an sebagai sebahagian daripada Masjid Baru atau Yeni Camii. Pada zaman dahulu tempat ini menjadi perhentian terakhir kafilah-kafilah dagang (caravan) berunta yang melalui Jalan Sutra dari China, India dan Parsi.
Kami masuk sebentar berjalan-jalan melihat berbagai-bagai jenis rempah dan lain-lain yang dijual tanpa membeli apa-apa. Saya bukanlah 'kaki' masak. Rempah-rempah yang dijual di Malaysia pun sudah cukup sebagai bahan masakan saya. Kami lebih banyak menghabiskan masa berada di luar bangunan, memerhati dan menikmati suasana di sekeliling.
Sebelum pergi membeli-belah di Grand Bazaar, kami dibawa menunaikan solat zohor-asar di sebuah masjid yang bersejarah dan istimewa, Eyup Sultan Camii atau Masjid Sultan Ayub.
Ikuti ceritanya di posting lain insya Allah.
Satu pengalaman yang menarik di sini ialah apabila peniaga-peniaga memerangkap pengunjung membeli produk mereka dengan cara mempelawa minum teh bersama-sama mereka, sambil bersembang, katanya ...... tak ada komitmen kena beli! Kalau kita tak berhajat langsung nak beli apa-apa dari kedai tersebut, janganlah singgah. Kebiasaannya selepas mendengar celoteh mereka, rasa tak sedap pulak kalau keluar dari kedai dengan tidak membeli apa-apa.
Gambar pun tidak dapat ambil banyak kerana takut tidak cukup masa dan lambat pula balik ke bas nanti .... mana nak cari kedai yang menjual barang yang kita suka, nak tawar-menawar lagi. Kami juga tidak berani pergi jauh-jauh kerana takut sesat cari jalan balik. Kawasan 'shopping'-nya luas sangat-sangat ...... cemas jugalah petang tu!
Ok jom masuk ke dalam!
Pintu masuk ke Grand Bazaar dari sebelah Masjid Nuruosmaniye Foto ini diambil pada hari esoknya ketika melawat masjid ini |
|
Salah satu dari 4 'drinking fountain' yang terdapat dalam bazar Ini kes tak sempat/teringat nak bergambar di sini sumber foto - https://commons.wikimedia.org/wiki/User:Gryffindor |
Kami masuk sebentar berjalan-jalan melihat berbagai-bagai jenis rempah dan lain-lain yang dijual tanpa membeli apa-apa. Saya bukanlah 'kaki' masak. Rempah-rempah yang dijual di Malaysia pun sudah cukup sebagai bahan masakan saya. Kami lebih banyak menghabiskan masa berada di luar bangunan, memerhati dan menikmati suasana di sekeliling.
Sumber foto - https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=370574 Ini kes terlupa nak ambil apa-apa gambar pun dalam bazar |
Di belakang adalah bangunan spice bazaar.....di luar juga ada gerai-gerai yang menjual produk segar dari seluruh Anatolia |
Masjid Baru atau Yeni Camii di latarbelakang |
Yeni Camii dari sudut lain.....hari makin gelap |
Hamdi Restorant ........ bangunan bedekatan |
Tram - salah satu kemudahan pengangkutan awam yang ada di sini - jika datang bersendirian |
Ikuti ceritanya di posting lain insya Allah.
Related posts:
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)
Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale
Kembara Turki - Pamukkale ke Cappodocia
Kembara Turki - Cappadocia
Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia
Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia
Kembara Turki - Ankara & Bolu
Kembara Turki - Istanbul ( Istana Topkapi )
Kembara Turki - Istanbul ( Hippodrome )
Kembara Turki - Istanbul ( Blue Mosque )
Kembara Turki - Istanbul (Masjid Sultan Ayub)

No comments:
Post a Comment