Saturday 26 August 2017

Morocco (Maghribi) - Catatan Perjalanan ke Marrakech

Saya dan suami telah  ke Mahgribi pada 26 Mac 2017. Sepertimana biasa 'trip' ini bukanlah bertujuan untuk melancong semata-mata, tetapi berbentuk '2 in 1' .... bertugas sambil makan angin. Sang suami sebenarnya  ada seminar di sana.

Mengapa pulak saya hendak mencatat perjalanan kami ke Maghribi? Apakah istimewanya perjalanan kali ini berbanding perjalanan kami  ke negara-negara lain sebelumnya? Pada saya ianya memang ada kelainan kerana perjalanan kami kali ini adalah yang paling lama kami lalui untuk tiba ke Marrakech, destinasi akhir yang dituju, dan yang paling memenatkan  Secara kasarnya kami mengambil masa 2 hari pergi dan 2 hari balik dalam perjalanan ini. Ia juga merupakan pengalaman pertama kami menaiki pesawat Airbus A380. Penerbangan yang sangat selesa.

Screen di hadapan tempat duduk dalam pesawat Airbus A380 ....
 ..... butir-butir penerbangan dari KLIA ke Dubai
Petikan daripada:  http://www.aircraft.airbus.com
Flying with the A380 is a unique experience that introduces you to new standards of in-flight comfort, from first class to economy. As the world’s largest and most spacious passenger aircraft, its cabin allows passengers to stretch out in the widest seats in a calm and relaxing environment. With the unparalleled freedom it gives passengers to move, it’s no surprise that the A380 is the preferred choice in all cabin classes. The double-deck A380 is the largest commercial aircraft flying today.

Kami menaiki pesawat  Emirates kerana syarikat ini yang menawarkan harga paling rendah berbanding yang lain. Harga tiketnya rendah kerana kita terpaksa transit di Dubai dan kami perhatikan lagi lama kita transit, lagi murah tiketnya.

 Kami pernah menaiki Emirates semasa berjaulah ke Mesir pada 2008. Ketika itu kami transit di Dubai Airport selama 4 jam dan diberi makanan percuma. Hanya yang transit 4 jam ke atas sahaja yang layak mendapat servis ini. Namun kini polisi ini sudah menjadi sejarah. Tidak ada lagi makanan percuma walaupun terpaksa transit selama 20 jam (ketika penebangan balik ke Malaysia).

Perjalanan pergi

26 Mac 2017
7.20 pm - bertolak dari KLIA
2.00 am - tiba di Dubai International Airport (10.00 pm waktu Dubai)
*8 jam transit di Dubai Airport - berihat di Gate B17 (ada kerusi yang sangat selesa di sini)
                                                  - flight ke Casablanca di Gate A12

Dubai International Airport ... sangatlah besar!
Saya hampir sesat di sini ketika mencari tandas
Berihat di Gate B17 ..... tidak semua tempat ada kerusi 'malas' seperti ini

27 Mac 2017

Penerbangan ke Casablanca sepatutnya pukul 7.25 pagi tetapi telah terlambat 1 jam. Sementara menunggu, kami mencari makan untuk mengalas perut sebelum naik pesawat yang sudah tentu akan menghidangkan sarapan yang begitu mewah sekali.

Beli kopi panas di sini .... 😲5 USD secawan
Menarik .... ada tabung infaq disediakan
 di berbagai lokasi dalam airport
Suasana di luar .... sudah tidak sabar rasanya nak naik kapal terbang ni!
Akhirnya kami bertolak ke Casablanca pada jam 8.20 am (waktu Dubai) dan tiba pukul 2.00 pm waktu Maghribi mengikut jadual. Sebenarnya waktu ini tidak tepat kerana  Maghribi beserta lain-lain negara di Eropah telah menukar jam mereka, sehari sebelum kami tiba. Bermakna waktu sampai ke sini adalah pukul 3.00 pm. Setiap kali tiba musim panas, negara-negara yang mempunyai 4 musim akan mempecepatkan 1 jam waktu mereka iaitu pada setiap hari Ahad terakhir bulan Mac. Tahun ini ia jatuh pada 26 Mac. Begitu juga apabila tiba musim sejuk, mereka akan mengundurkan waktu sejam pada hari Ahad terakhir bulan Disember. 

 Pertukaran waktu ini agak mengelirukan juga jikalau kita tidak tahu, terutama apabila ada urusan yang membabitkan waktu tertentu. Inilah yang berlaku pada kami, yang sudah meminta seorang pelajar Malaysia di sini tolong belikan tiket keretapi ke Marrakech pada waktu yang lebih awal tetapi tidak sempat menaikinya kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan ....  kelewatan penerbangan, waktu yang dicepatkan dan pengurusan di airport yang sangat lembap. Nasihat dari saya, .....  tidak perlu membeli tiket lebih awal untuk lebih selamat, agar tidak kerugian.

Kebanyakan penerbangan antarabangsa ke Mahgribi akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mohamed V Casablanca. Kami  perlu pergi ke Marrakech kerana di situlah tempat suami akan berseminar. Cara yang terbaik untuk ke sana adalah dengan menaiki keretapi. Maghribi mempunyai jaringan pengangkutan keretapi yang sangat efisien dan stesen keretapinya terletak di bawah airport sahaja. Nasib baiklah kami dibenarkan menaiki keretapi lain dengan tiket yang sama, dengan bantuan pelajar tersebut, yang menceritakan masalah kami pada si penjual tiket. Semua urusan di sini menggunakan bahasa Arab atau Perancis. Sepatah perkataan Inggeris pun mereka tidak faham.😞

Alhamdulillah .... tiket keretapi kami dijadualkan semula ke pukul 6.15 pm. Keretapi ini akan transit di Gare De Casa Oasis sebelum mengambil keretapi lain ke Marrakech. Tiket kami untuk tempat duduk kelas pertama dan train petang itu dari jenis double-decker. Kami naik duduk di bahagian atas kerana itulah pengalaman pertama naik keretapi double-decker 😃😄Teruja pula naik train ni dan pemandangan alam di luar juga cantik. Sempat saya mengambil beberapa keping gambar.

Airport Train Station .... train to Marrakech 18:57


Tidak sangka di Maghribi ada pemandangan menghijau sebegini ....
.....  melihatnya  dari dalam keretapi bahagian atas

Tukar keretapi di stesen keretapi Casa-Oasis Casablanca
Cuaca panas tetapi sejuk ..... manalaaahhh train ni!
Bergambar kenangan di platform stesen keretapi Casa-Oasis
Train ke Marrakech petang itu lambat dari yang dijadualkan. Semua pengumuman dibuat dalam bahasa Perancis. Nama Marrakech sudah tidak ada di papan notis train yang akan masuk platform. Kami hampir tertinggal keretapi kerana tidak tahu bahawa train yg sedang lalu itu akan ke Marrakech. Nasib baiklah saya terdengar dalam pengumuman yang dibuat ada menyebut Marrakech. Kami pun bertanya kepada petugas di platform untuk mendapat kepastian. Ya!...katanya 😧😨 Apa lagi ..... kami pun terus mengejar keretapi berlari-lari dengan beg besar dan kecil menuju ke arah kepala keretapi kerana tempat duduk kami di kelas pertama. Memang kami tidak akan sempat pergi ke gerabak yang dituju. Oleh kerana itu kami pun naik sahaja  gerabak yang terdekat. Dari sini kami berjalan melangkau beberapa gerabak sehingga bertemu tempat duduk kami. Sungguh cemas dibuatnya 😱Tips dari saya, .....
1. Rajin bertanya walaupun dalam bahasa yang mereka tidak faham ... guna sign language😃😄
2. Tunggu di hujung platform atau mana-mana bahagian yang kita agak akan berada hampir dengan gerabak yang akan kita naiki, kerana trainya sangatlah panjang.

Contoh - gerabak kelas pertama
Tempat duduk kelas pertama keretapi ini menempatkan 6 orang dalam satu bilik dan ada sebuah meja dalamnya. Ia agak selesa untuk perjalanan jauh. Pada malam ltu kami hanya berlima sebilik. Alhamdulillah .... bertambah selesa 😌Keretapi yang kami naiki ini telah sejam lebih terlewat dari jadualnya. Akhirnya kami sampai ke Marrakech hampir tengah malam, selepas 3 jam lebih perjalanan. Kemudian kami mengambil teksi ke hotel yang mengenakan bayaran sebanyak 100 Dirham (MAD) atau lebih kurang RM 46.00. Sudah tentu kami kena tipu kerana perjalanannya hanya sekejap sahaja. Kami dapat tahu keesokan harinya, tambang sebenar hanya antara (30-40)MAD  kalau waktu siang.

Ada beberapa tips apabila menggunakan perkhidmatan teksi di sini.

1. Kalau boleh bertanya pada mereka yang tahu agak-agak berapa tambang yang dikenakan ke tempat yang dituju terlebih dahulu.

2. Bertanya kepada pemandu teksi berapa  tambangnya sebelum naik ..... kalau ok barulah naik.

3. Sediakan duit kecil kerana mereka akan bagi alasan tidak ada duit tukar jika bagi duit besar dan ada yang minta sedekahkan untuk anak-anaknya.

Kami kena 2 kali kejadian seperti ini. Kali pertama dia ambil sampai 100 Dirham untuk disedekahkan pada keluarganya. Pada kali kedua ketika ke lapangan terbang, dia kata tidak ada duit kecil untuk dipulangkan bakinya .... jadi "keep the change" sebanyak 20 Dirham.

Stesen keretapi Marrakech ... di luar sini
ada banyak teksi menunggu dan juga kereta dari hotel
Di sinilah kami menginap semasa di Marrakech
Perjalanan pulang

31 Mac 2017
Hari ini kami pulang ke Casablanca, juga dengan menaiki keretapi. Mengikut jadual train bertolak pada pukul 8.00 pm tetapi telah delay juga selama 2 jam. Akhirnya kami tiba pukul 2.00 am.

Suasana di stesen keretapi malam itu ... jam menunjukkan
 pukul 8.00 tetapi keretapi masih belum tiba
Sudah berada di platform tetapi masih lagi menunggu keretapi
.... kali ini tunggu di hujung di mana gerabak kelas pertama
dijangka akan berhenti 


1 April 2017
Berjalan-jalan di Casablanca

2 April 2017
Penerbangan balik ke Dubai bertolak tengahari dan tiba di sana tengah malam waktu Dubai, dan perlu transit selama lebih kurang 18 jam. Kali ini kami merehatkan diri di bilik solat sementara menunggu waktu Subuh.

3 April 2017
Kami telah merancang untuk mengambil kesempatan transit yang lama ini dengan berjalan ke kota Dubai kerana flight ke KL dijadualkan pada jam 5.30 pm. Destinasi utama kami adalah Dubai Mall kerana di situlah letaknya Burj Khalifa dan kami telah berjaya menaikinya, alhamdulillah ....😊 Penerbangan balik ke Malaysia bertolak  malam dan selamat tiba di KLIA pukul 9.00 am keesokan harinya.

Menunggu train ke Casablanca (31 Mac 2017)
.... yang telah delay selama 2 jam
Tempat duduk kelas pertama dalam train ke Casablanca dari Marrakech
..... dah lama tak naik train di Malaysia

Inilah satu-satunya perjalanan jauh kami yang sangat meletihkan dan mencemaskan. Insya Allah kita jumpa lagi di lain entry di mana saya akan menceritakan berbagai  pengalaman unik yang dialami di negara exotic Morocco.

You might like these posts:

1. Marocco (Maghribi) - Chez Ali Fantasia

2. Morocco (Maghribi) - Quarzazate ... The door of the desert

3. Morocco (Maghribi) - The Exotic Marrakech

4. Morocco (Mahgribi) - Semalam di Casablanca

5. Jom kenali Maghribi (Morocco)

6. Hujung Dunia - Europa Point Gibraltar ( جبل طارق)

Tuesday 22 August 2017

Jom kenali Maghribi (Morocco)

Kedudukan negara Maghribi - sumber foto dari Google
Walaupun Maghribi terletak di benua Afrika tetapi alamnya tidak jauh berbeza dengan negara-negara di benua Asia yang subur, hijau dan terdapat pengairan di mana-mana. Boleh dikatakan di antara negara-negara  Arab dan Afrika, Maghribi termasuk negara pertanian terkemuka dan unggul.

 Ia juga  mempunyai kawasan yang berpantai dan pergunungan yang bersalji. Namun ia juga mempunyai kawasan yang bergurun. Ini menjadikan negara ini agak unik dari sudut aktiviti kehidupan penduduknya, atau negara yang 'exotic' untuk dikunjungi kerana kita dapat merasai berbagai pengalaman dalam satu kali lawatan.

Petikan daripada wikitravel.org
Morocco is a North African country that has a coastline on both the North Atlantic Ocean and the Mediterranean Sea. It has borders with Western Sahara to the south, Algeria to the east and the Spanish North African territories of Ceuta and Melilla on the Mediterranean coast in the north. It is just across the Strait of Gibraltar from Gibraltar.

Ethnically speaking, Morocco is composed mainly of Arabs and Berbers or a mixture of the two. Sizeable numbers of Berbers live mainly in the country’s mountainous regions, long areas of refuge where they have preserved their language and culture. Some segments of the population are descendants of refugees from Spain and Portugal who fled from the Reconquista, the Christian reconquest of the Iberian Peninsula, that spanned until the 15th century.

Nama resmi Maghribi adalah Al Mamlakah al Maghribiyah atau dalam bahasa Inggeris, Kingdom of Morocco. Nama jolokannya al-Maghrib al-Aqsa, yang bermaksud hujung barat, yang mungkin merujuk pada kedudukannya di paling hujung barat tanah Afrika. Ibukotanya Rabat, tetapi kota terbesarnya Casablanca. Penerbangan internasional rata-rata mendarat di Lapangan Terbang Internasional Mohammed V Casablanca.

Maghribi memiliki budaya yang sangat kaya dan unik - perpaduan Afrika, Asia (Arab) dan Eropah. Selain melakukan kahwin silang dengan orang-orang Arab, pada abad pertengahan, mereka juga mendapat percampuran dengan orang-orang dari bangsa Moor (kacukan Berber-Sepanyol). Mereka diusir dari Andalusia pada penghujung Abad 15 semasa peristiwa Reconquista berdarah dan mendiami wilayah pesisir negara Maghribi.

Warga Maghribi yang dominan bangsa Arab. Bahasa utamanya Arab, Berber dan Perancis. Sehari-hari, masyarakat bergaul dan bersembang menggunakan bahasa Arab. Di lapangan terbang, di stesen keretapi dan tempat keramaian, semua penduduk lokal bercakap bahasa Arab. Mereka menggunakan bahasa Perancis untuk pengurusan negara dan pengantar pendidikan di sekolah dan kampus. Semua sekolah dan institusi tinggi belajar dalam bahasa Perancis.

Bandarnya yang paling hujung, Tangier, hanya dipisahkan Selat Gibraltar dengan Sepanyol di benua Eropah. Jaraknya hanya 13 kilometer dari hujung selatan benua Eropah itu.

Pada tahun 2006, saya bersama suami serta anak-anak pernah sampai ke negara Gibraltar. Kami mengembara menaiki kereta dari UK ke Sepanyol dan terus ke sana. Niat di hati ketika itu memang ingin terus menyeberang Selat Gibraltar ke Tangier, Morocco. Namun apakan daya .... bajet tidak mencukupi. Setiap pelancong dari UK memerlukan visa untuk masuk Maghribi. Pada ketika itu visanya berharga 60 pound seorang. Kami ada 7 orang ....😃😄.... visa sahaja sudah berjumlah 420 pound!

Baru-baru ini (hujung Mac) saya dan suami diberi kesempatan pergi ke Maghribi, alhamdulillah. Tidak disangka pelancong dari Malaysia juga dikenakan visa untuk masuk Maghribi, tetapi ada ura-ura mengatakan kemungkinan keperluan visa ini akan dihapuskan tidak lama lagi. Semoga ianya menjadi kenyataan ..... ameen. Visa perlu dimohon jauh lebih awal dari tarikh perjalanan kerana ia mengambil masa hampir sebulan untuk siap. Kami dikenakan RM 90 seorang.

Buat visa di kedutaan Kerajaan Maghribi
Kaunter buat visa di pejabat kedutaan
Papan maklumat pada dinding yang bercorak menarik
Hiasan ukiran indah dalam kedutaan
 Gurun Sahara menutupi hampir sebahagian besar wilayah Afrika Utara. Ia merupakan sebuah gurun terpanas di dunia dan terbesar di Afrika. Gurun Sahara juga menutupi sebahagian wilayah Maghribi sehingga menyebabkan negara ini mengalami iklim panas dan kering. Namun Mahgribi juga mempunyai kawasan pantai yang menarik kerana lebih kurang separuh dari negara ini bersempadan dengan laut.

Selain mempunyai kawasan gurun beriklim kering, Maghribi juga mempunyai kawasan pergunungan Atlas. Pemandangan bersalji bukanlah satu yang pelik di Maghribi. Bahkan ia mempunyai wilayah dengan suhu paling rendah di dunia Arab, iaitu Ifrane yang pernah bersuhu ( -24 ) darjah Celcius, setidaknya pada tahun 1935.


Baki salji yang tinggal di puncak gunung ketika lawatan kami 
ke pergunungan Atlas pada 29 Mac 2017
Insya Allah akan disambung menceritakan pengalaman yang dilalui dalam entry yang lain.

You might like these posts:

1. Marocco (Maghribi) - Chez Ali Fantasia

2. Morocco (Maghribi) - Quarzazate ... The door of the desert

3. Morocco (Maghribi) - The Exotic Marrakech

4. Morocco (Mahgribi) - Semalam di Casablanca

5. Morocco (Maghribi) - Catatan Perjalanan ke Marrakech

6. Hujung Dunia - Europa Point Gibraltar ( جبل طارق)

Wednesday 2 August 2017

Saigon - Ho Chi Minh City

Saya berpeluang melancong ke bandar Saigon pada 30 Oktober 2015. Inilah kali pertama saya dan suami menjejak kaki ke bumi Vietnam. Sebenarnya saya mengikuti suami yang bertugas di sana sebagai pengiring kepada pelajar-pelajarnya yang membuat program mobiliti ke bandaraya Ho Chi Minh ( HCM ). Boleh dikatakan ianya aktiviti "2 in 1" atau bak kata pepatah Melayu "Sambil menyelam minum air". Oleh kerana itu, tempat yang dilawati agak terhad kerana sebahagian dari masa yang ada terpaksa diisi dengan program universiti.

"Percutian" kami ini diurus sepenuhnya oleh ejen pelancongan. Ini merupakan kali kedua kami melancong melalui sebuah ejen. Semua program berjalan baik tanpa sebarang masalah - makanan yang sedap, bilik yang sederhana selesa. bas yang elok serta pemandu yang cekap dan pemandu pelancong yang sangat peramah dan rajin berceloteh.

Termasuk dalam program yang dirancang ialah lawatan ke bangunan-bangunan yang bersejarah dan menarik yang banyak dikunjungi oleh pelancong di sekitar HCMC.

Salah satu bangunan yang menjadi tarikan pelancong di Saigon ialah Reunification Palace, iaitu kediaman rasmi presiden sebelum Saigon jatuh ke pihak komunis Vietnam Utara. Secara rasmi ia jatuh ketika tentera Vietnam Utara merempuh pintu besi pagar istana presiden, sehingga melahirkan sebuah kota baru yang dikenali sebagai Ho Chi Minh. Hari ini, bangunan ini menjadi tarikan pelancong, yang dapat mengimbau kembali masa lampau yang penuh bersejarah dan menyaksikan cara kehidupan yang berliku seorang penguasa, melalui objek-objek yang dipamerkan.

Petikan daripada www.viator.com

The Reunification Palace is an important site of political and cultural significance, built by the French in 1868 to mark the newly established colony of Indochina.

In 1945, it briefly became the headquarters for the Japanese after their defeat of the French. In 1962, two Vietnamese rebel pilots bombed the palace - the president survived but the palace did not. He commissioned a new one to be built. It was renamed Independence Palace and the design became a Modernist icon.

In 1975 the palace was the symbolic site of the triumphant liberation of Saigon. Vietnam was then reunified; since then the building has been known as Reunification Palace.

Today it is a working government building as well as having areas open to the public. Tour the private quarters, the president's former office and the War Command Room. You get a real sense of what happened here and its importance in Vietnamese history.


Istana ini menjadi mercu tanda yang mesti dikunjungi oleh setiap pelancong yang melawat HCMC. Istana yang dikelilingi oleh rimbunan taman-taman tropika,  menyembunyikan bilik-bilik rahsia, perabot-perabot antik dan bilik telekominikasi bawah tanah dalam koridor-koridornya yang menyeramkan. Istana ini juga masih digunakan sebagai tuan rumah kepada majlis-majlis seperti persidangan APEC dan peristiwa-peristiwa nasional yang penting.

Independence Palace yang bertukar menjadi Reunification Palace
Jom masuk dalam istana!




 National Security Chamber

Pejabat presiden





Taman dalam Istana

Perabot-perabot antik
   Bilik-bilik bawah tanah ini menjadi pusat yang mengeluarkan arahan

Antara peralatan komunikasi yang diguna ketika itu
Salah satu lorong yang menghubungkan
bilik-bilik di bawah tanah
Bahagian dapur istana
Salah satu peralatan dapur ..... giant mixer
Pemandangan dari dalam istana ....
 taman-taman yang indah mengelilingi istana


Model jip yang sama dinaiki presiden
terakhir sebelum penyerahan

Jom bersiar-siar di tamannya pula!




Kereta kebal jenis yang sama seperti di atas
telah merempuh pintu pagar besi istana presiden
Lanskap yang menarik
 dihiasi berbagai pokok dan tanaman

Saigon di malam hari

Pasar malam - berdekatan dengan hotel penginapan kami

Suasana jalan yang diberi jolokan nama 'Jalan Malaysia'
oleh orang-orang Malaysia 

Shopping di Saigon

Tempat yang kami dibawa untuk "ber shopping" ini bukanlah yang termurah tetapi lebih kepada melawat dan menghayati pengalaman berada dan berbelanja di sana.

Suasana dalam BenThanh Market 
Danny & Tina wholesale factory
 Menunggu mereka yang belum selesai berbelanja di pintu masuk gudang

Jom pusing-pusing kota Saigon

Inilah bas yang membawa kami berjalan-jalan di sekitar Saigon
Pembangunan di HCMC / Saigon
Kesesakan di jalanraya HCMC
Taman dalam bandar - tempat wargakota bersantai ...
setiap pokoknya dicat nombor tertentu
Pokok ini bernombor 55 - satu sistem pernomboran yang 
diguna bersama nama jalan untuk menentukan mana-mana lokasi
Jalanraya di HCMC
Kampong air di tebing Sungai Saigon .... lambang
kemiskinan dan keperitan hidup di tengah  kota

Keindahan pemandangan sawah padi di pinggir kota
Binaan-binaan kecil di tengah-tengah sawah yang menghijau itu
adalah kubur-kubur yang wujud lama sebelum tanah itu dikerjakan
Lebuhraya HCMC diapit sawah padi kiri dan kanan
 ..... kami dalam perjalanan ke delta Sungai Mekong

Jom kita ke Delta Mekong!