Bila saya kata nyamannya Bandung, saya bukanlah merujuk kepada bandar dan suasananya tetapi kepada cuacanya yang begitu nyaman sekali. Disebabkan kedudukanya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang terkenal. Alhamdulillah saya, suami dan seorang anak perempuan telah diberi peluang berada di sini selama 3 hari 2 malam dari 28 September sehingga 1 Oktober 2016.
Bandung terletak dalam wilayah Jawa Barat dan ia juga adalah ibukota wilayah ini. Kota kembang merupakan sebutan lain untuk kota ini, kerana pada zaman dahulu ia dianggap sangat cantik dengan banyaknya pohon-pohon dan bunga-bunga yang tumbuh di sini. Selain itu Bandung dahulunya juga digelar sebagai Parijs van Java iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda kerana keindahannya dan suhunya yang nyaman.
Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya (yang tingginya lebih kurang 1050 m) adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan (yang tingginya lebih kurang 675 m). Kota Bandung dikelilingi oleh pergunungan, sehingga bentuk fizikal buminya bagaikan sebuah mangkok gergasi. Kedudukan ini memberikan udara sejuk yang segar bagi kota ini di samping pemandangan yang indah.
|
Selamat pagi Bandung! .... pemandangan dari ... |
|
..... bilik penginapan kami di sini |
|
Pasar Baru Square yang menempatkan hotel .... |
|
Pasar Baru Trade Center (tempat shopping terkenal di Bandung) berada di depan hotel ... |
|
Apa lagi shopping sakanlah di sini |
Jom pula ke Jalan Asia-Afrika, pusat kota tua Bandung!
Pada tahun 1955 Persidangan Asia-Afrika yang pertama yang juga dikenali sebagai Persidangan Bandung telah diadakan di sini, di mana Presiden Sukarno menjadi tuan rumah kepada 29 kepala negara-negara bebas dari Asia dan Afrika. Persidangan ini berlangsung di Gedung Merdeka, yang berada di jalan ini. Jalan Asia-Afrika ini sangat terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara kerana terdapat banyak bangunan lama yang dibina semasa zaman kolonial Belanda.
|
Monumen memperingati persidangan di Jalan Asia-Afrika Di monumen ini juga tercatat semua nama negara yang terlibat |
|
Bersama Bung Karno di hadapan Gedung Merdeka |
Gedung Merdeka kini sudah menjadi muzium
|
|
Kawasan berdekatan dengan Gedung Merdeka |
|
Sebahagian dari Jalan Asia-Afrika yang dihias menarik ... kerusi untuk berihat banyak terdapat di sepanjang jalan |
|
Antara objek yang menarik di sepanjang jalan Asia-Afrika |
|
Lagi satu objek menarik .... lukisan dinding atau mural direka oleh
Dodi Nursaiman dengan gaya low poly art (gaya gambar games) |
Pada tahun 2017 Kota Bandung telah menerima anugerah sebagai "Kota Udara Terbersih" dari ASEAN untuk ketegori bandar besar. Penghargaan ini diberikan dalam acara The 4th ASEAN Environmentally Cities Award di Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam.
Jalan ini menuju arah yang sama ke Alun-alun Kota Bandung dan Masjid Raya Bandung.
|
Nyaman Bandung .... |
|
Rumput ini sangat bersih ... kasut perlu dibuka bila berjalan diatasnya |
|
Alun-alun kota Bandung ... rumputnya dijaga dengan rapi sekali ...... menjadi tempat rekreasi wargakota |
|
Masjid Raya Bandung ini bersebelahan dengan alun-alun |
Di bawah masjid ini ada tempat letak kereta yang luas. Sebahagian daripadanya telah dijadikan sebagai medan selera di mana peniaga-peniaga kecil menempatkan gerai makanan mereka di sini. Oleh kerana kami keluar awal, jadi sebelum meneruskan misi meninjau jalan Asia-Afrika ini, kami singgah dahulu bersarapan di salah sebuah gerai di sini.
|
Gerai ini berada di parkir kereta masjid di aras underground |
|
Salah satu makanan yang dipesan |
Jom teruskan perjalanan ..... dah kenyang😃
Ada satu lagi objek yang menarik di jalan ini iaitu titik KM '0' Kota Bandung. Tepatnya ia terletak
di depan pejabat Dinas Bina Marga Propinsi Jawa Barat, tidak jauh dari Hotel Savoy Homan, hotel yang pernah dikunjungi Presiden Sukarno dan pelawak dunia terkenal Charlie Chaplin. Selain itu hotel ini juga digunakan oleh para peserta Persidangan Asia Afrika.
|
Monumen KM 0 |
Monumen setinggi lebih kurang 1 m ini banyak menyimpan sejarah panjang perkembangan kota Bandung. Titik 0 kerap dikaitkan dengan pusat atau awal mula perkembangan kota, di mana pemindahan pemerintahan Bandung yang berada di wilayah Krapyak atau Dayeuh Kolot, dipindahkan ke wilayah ini pada 1810 mengikuti jalan yang sedang dibina.
Dekat monumen ini juga terdapat kepala keretapi asal dari tahun 1900 dan masih kokoh sebagai salah satu ciri khas bangunan kuno dari Bandung.
|
Kepala keretapi ori dari tahun 1900 |
Selepas habis meninjau Jalan Asia-Afrika ini, kami menaiki ubber ke
Cihampelas Walk (Ciwalk).
Ia adalah sebuah pusat beli-belah yang sudah ada sejak tahun 2004 yang lalu, dan telah menjadi tempat kegemaran warga kota Bandung dan pelancong. Ia menawarkan konsep pusat beli-belah yang berbeza dengan yang lain di kota Bandung.
|
Dari luar ia kelihatan sama seperti shopping mall yang lain |
Apa yang membezakan ciwalk dengan pusat beli-belah yang lain di Bandung adalah konsep penggabungan 'indoor' dan 'outdoor' yang digunakan. Dengan konsep ini kita dapat menikmati suasana yang nyaman dan juga menikmati kesejukan udara pergunungan kota Bandung seolah-olah kita berada di kawasan alam semulajadi ciptaan Allah.
Ini adalah hari terakhir kami di Bandung. Mengikut perancangan kami akan ke Jakarta pada sebelah petang. Sebelum bertolak ke Jakarta kami berbelanja dahulu di Pasar Baru. Lebih kurang pukul 7 malam kami bertolak ke Jakarta dengan menaiki bas mini.
|
Menunggu bas di pusat pengambilan |
Salam sejahtera Tuan / Puan, perkenalkan saya dari Primera Trans Bandung ( Tour & Travel Agency ), saya punya penawaran paket menarik untuk paket LAWATAN BANDUNG :
ReplyDeleteJom cuti2 Bandung,
400 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam Jakarta - Bandung Tour Pakej
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉
sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon
whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung
instagram : @primera_trans