Karpasia termasuk dalam salah satu bahagian yang paling kurang tercemar di seluruh kawasan Mediterranean. Boleh dikatakan ia bebas dari masalah kepadatan industri dan manusia. Ia salah satu tempat yang paling kurang didiami di pulau ini dan mempunyai pantai-pantai yang paling cantik serta sepi dan lengang. Kawasan ini hanya terkenal kerana keldai liarnya yang sangat banyak. Namun dengan keindahannya yang belum terusik dan kemudahan-kemudahan yang makin bertambah, kini ia menjadi destinasi pilihan dan penting.
|
Keldai liar Karpaz .... kami tidak menjumpai mereka kerana tidak sampai di kawasan tempat mereka tinggal |
Sebelum meneruskan perjalanan ke utara, kami ke
Guzelyurt terlebih dahulu. Nama Guzelyurt ini bermakna "Tempat yang Indah" atau "Beautiful Place", terletak di kakibukit Pergunungan Troodos dan merupakan kawasan pertanian yang paling subur di pulau ini. Ia sebuah pekan yang terletak di
bahagian barat Cyprus Utara, dan adalah juga pusat untuk Daerah Guzelyurt.
|
Guzelyurt - maklumat dari buku panduan pelancong |
Walaupun namanya bermaksud tempat yang cantik tetapi ia bukanlah tempat yang biasa dikunjungi pelancong. Namun ia menjadi satu tarikan kepada mereka yang ingin melihat sebahagian daripada Cyprus Utara yang masih tidak terkesan dengan pelancongan.
Sepertimana biasa kami akan mencari masjid untuk dilawati di mana-mana tempat yang kami singgah jika ada masjid di situ. Kebiasaannya saya akan turut serta bersama suami masuk ke dalam masjid tetapi pagi ini terasa malas pula. Saya hanya tunggu di kereta. Apabila melihat gambar-gambar yang diambil oleh suami, terasa menyesal pula tidak masuk ke dalam.
|
Guzelyurt Fatih Camii |
|
Masjid dibina pada 1982 melalui sumbangan dari kerajaan Arab Saudi |
|
Hiasan dalaman yang sangat indah |
Jom pusing-pusing di pekannya pula!
|
Guzelyurt .... 11.00 pagi 30 Jun 2018 |
|
Inonu Square |
|
Biara dan gereja Agias Mamas ... antara tempat yang menarik dan menonjol di sini |
Setelah berputar-putar sebentar di kawasan pekan dengan kereta, kami pun memulakan pengembaraan ke Semenanjung Karpaz. Mengikut peta dari Google kami akan membuat perjalanan sejauh 324 km. Jadi banyaklah benda dan pemandangan menarik yang dapat kami lihat di sepanjang laluan ini. Antaranya
Masjid Hala Sultan di pinggir bandar Nicosia utara yang baru siap dibina dan merupakan masjid yang terbesar di Cyprus Utara. Ia adalah replika kepada Masjid Selimiye di Edirne, Turki yang dibina semasa zaman Empayar Uthmaniyah, tetapi dengan siaz yang lebih kecil.
|
Hala Sultan Camii .... dilihat dari jauh Foto diambil dari dalam kereta |
|
Masjid terbesar di Cyprus Utara - boleh memuat 3000 jamaah Foto diambil ketika kereta lalu di tepinya |
Pembinaan masjid ini menjadi kontraversi kerana ia ditentang oleh sekumpulan penduduk yang berfahaman "Islam Liberal" yang mengatakan jumlah masjid yang dibina lebih banyak daripada jumlah sekolah. Pembinaannya adalah hasil dari sumbangan kerajaan Turki. Selain daripada masjid ini, pemandangan rupabuminya juga menarik minat kami. Perkampungan yang berlatarbelakangkan Banjaran Troodos sangat menarik dan cantik.
|
Satu pemandangan yang indah |
Lagi satu benda yang menarik di sepanjang jalan di utara ini ialah kamera perangkap laju yang terpacak dengan begitu banyak sekali di sini, berbanding yang ada di selatan. Kamera ini berfungsi dua hala bagi jalan satu lorong tetapi hanya sehala bagi jalan 2 lorong. Denda antara 50 hingga 150 Euro dikenakan untuk setiap kesalahan bergantung pada kelajuan yang dipandu. Boleh dikatakan di setiap persimpangan utama di lebuhraya dari Nicosia ke Farmagusta di pacak kamera ini.
|
Amaran seperti ini diletakkan sebanyak 4 kali dalam jarak 100 m |
|
..... sebelum sampai kepada kamera ini |
|
Singgah di pekan Iskele (Trikomo) sebentar utk makan tengahari |
|
Our lunch .... piza Cyprus |
|
Pantai di daerah Iskele dikatakan antara yang terbaik di dunia .... dari buku panduan pelancong ke Cyprus Utara |
Iskele adalah pusat pentadbiran bagi Semenanjung Karpaz. Berkurun-kurun lamanya ia dikenali sebagai Trikomo, nama yang menunjukkan ia adalah gabungan antara 3 kampung. Nama Iskele diberi oleh orang-orang Turki yang berhijrah ke sini selepas 1974. Ia juga merupakan "pintu masuk" ke Semenanjung Karpaz.
Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan tanpa berhenti sehingga ke
Dipkarpaz (Rizokarpaso
), pekan yang terletak di hujung semenanjung. Ia adalah pekan terbesar di Semenanjung Karpaz. Kedudukan semenanjung ini yang agak terpencil menyebabkan tidak ada tempat yang berstatus bandar di sini. Persekitaran Dipkarpaz terkenal sebagai kawasan terbiar semulajadi yang masih belum terusik.
Wilayah perbandarannya mempunyai Taman Negara Karpaz, tempat tinggal keldai Karpaz dan beberapa pantai terbaik di pulau ini. Ada sejumlah 46 buah
pantai berpasir di Semenanjung Karpaz yang menjadi tempat utama penyu bertelur bagi kawasan Mediterranean Timur. Penyu yang datang ke sini ialah jenis penyu loggerhead dan penyu hijau.
Kami tiba di bandar ini lebih kurang jam 2 petang, jadi kami terus mencari masjidnya untuk solat. Tidak jauh dari masjid ini ialah "White Church" yang dikenali sebagai Agios Synesios.
|
Dipkarpaz Camii .... siap dibina pada 1992 |
Hiasan dalaman masjid ini lebih kurang sama yang terdapat di Masjid Guzelyurt.
Jom masuk!
|
Corak dan warna jubin yang digunakan hampir sama |
Oleh kerana kami kesuntukan masa, dalam pukul 3.00 ptg kami sudah mula keluar dari pekan ini walaupun niat di hati ingin meneruskan pengembaraan sampai ke "hujung jari" pulau ini. Destinasi seterusnya ialah ke Gazimagusa (Famagusta). Sebelum meneruskan pejalanan, kami sempat berfoto di beberapa lokasi menarik sebagai kenang-kenangan.
|
Patung Mustafa Kemal Ataturk dan kalimah yang bermakna lebih kurang "Kekuasaan dan kepintaran orang Turki yang tidak boleh dikalahkan" |
|
White Church atau Agios Synesios - gaya Gothic dan Byzantine .....
kedudukan masjid lebih tinggi membolehkan ia dilihat bersama gereja |
|
Gambar ini diambil kerana berminat dengan rekabentuk tong sampah yang agak unik |
|
Selamat tinggal Dipkarpaz ...... 3.30 pm 30 Jun 2018 |
Seterusnya kami ke
Gazimagusa atau Famagusta dalam bahasa Greek. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Bandar yang terletak di pantai timur Cyprus ini sudah terkeluar dari bahagian Semenanjung Karpaz.
|
Sudah sampai ke Famagusta |
|
Iskele Belediyesi ..... tanda sempadan perbandaran Iskele yang termasuk dalam daerah Famagusta |
Satu masa dahulu Famagusta adalah tempat peranginan yang paling glamor di kawasan Mediterranean. Di awal 70-an ia telah menjadi pusat pelancongan nombor satu di Cyprus. Ia juga mempunyai pelabuhan yang terdalam di Cyprus dan pernah menjadi pelabuhan utama pulau ini. Semua fakta ini berlaku sebelum tahun 1974, sebelum kemasukan Turki ke sini.
Kini Famagusta seperti terbahagi kepada 2 bahagian - bandar lama dan bandar baru. Bandar lama mempunyai banyak bangunan yang berupa tinggalan sejarah dan boleh dilawati oleh sesiapa sahaja. Namun di pekan baru hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk kerana ia telah menjadi kawasan larangan bagi orang awam. Bandar baru yang dipanggil "ghost town" ini dikenali dengan nama Varosha dan merangkumi 20% daripada daerah Famagusta.
Dari 1970 hingga 1974 Varosha merupakan antara destinasi pelancongan yang paling terkenal di dunia, dan menjadi destinasi kegemaran selebriti terkenal seperti Elizabeth Taylor, Richard Burton, Raquel Welch, dan Brigitte Bardot
. Bagi memenuhi keperluan kehadiran pelancong yang membanjiri kawasan ini, banyak bangunan-bangunan tinggi dan hotel dibina ketika itu, tetapi kini tempat itu tidak berpenghuni lagi 😢. Tempat ini menjadi peringatan kekal kepada penduduk Cyprus, apa yang telah terjadi kepada negara mereka lebih 40 tahun yang lalu.
|
Varosha .... sayang seribu kali sayang dibiarkan tidak berpenghuni
akibat konflik politik dan agama ... sumber foto: www.telegraph.co.uk |
Kami tidak sampai ke Varosha kerana memang dari awal hanya berniat untuk melawat bahagian
bandar lama kerana kesuntukan masa.
Jom kita ke sana!
Sepertimana biasa kami suka melawat masjid di tempat-tempat yang kami kunjungi terutama masjid yang kaya dengan nilai sejarahnya dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Di Famagusta juga ada sebuah masjid yang kami 'mengidam' menziarahinya, iaitu
Masjid Lala Mustafa Pasha, di mana masjid ini termasuk dalam salah sebuah masjid yang diiktiraf sebagai warisan UNESCO. Ada sebuah lagi masjid yang dalam ketegori ini, yang sudah kami lawati iaitu
Masjid Koutoubia di Marrakesh Morocco.
|
Masjid Lala Mustafa Pasha atau St Nicholas Cathederal |
The Lala Mustafa Pasha Mosque originally known as the Cathedral of Saint Nicholas and later as the Saint Sophia (Ayasofya) Mosque of Mağusa, is the largest medieval building in Famagusta, Cyprus. Built between 1298 and 1400, it was consecrated as a Catholic cathedral in 1328. The cathedral was converted into a mosque after the Ottoman Empire captured Famagusta in 1571 and it remains a mosque to this day. From 1954 the building has taken its name from Lala Mustafa Pasha, the Grand Vizier of the Ottoman Empire from Sokolovići in Bosnia, who served Murat III and led Ottoman forces against the Venetians in Cyprus.
|
Bahagian depan masjid |
|
Bahagian belakang masjid |
|
Bahagian tepi masjid |
|
Kelihatan tangga untuk naik ke salah satu dari 2 menara |
Rekabentuk masjid ini mengikut senibina Gothic. Struktur binaan bangunan ini kelihatan sama dengan gereja Notre-Dame de Reims di Perancis. Beberapa ciri asalnya telah dikekalkan walaupun banyak perubahan telah dibuat ketika menukarkan penggunaannya dari sebuah gereja ke sebuah masjid. Ada beberapa kubur lama dari abad ke-14 juga dikekalkan.
Menara kembarnya boleh dilihat dari setiap pelosok bandar. Bahagian atas menara ini telah rosak teruk akibat bedilan tentera Uthmaniyah dalam salah satu serangan ketika kepungan pada 1571, dan juga akibat dari gempabumi selepas itu. Kerosakan itu tidak pernah dibaiki tetapi sebuah menara baru untuk masjid telah ditambah.
Jom lihat bahagian dalam pula!
|
Salah satu pintu masuk ... tertulis ... Lala Mustafa Pasa Camii 1298 - 1312 |
|
Mungkin makna yang tertulis ... Quran yang diberi oleh Recep Tayyip Erdogan ketika lawatannya ke masjid ini pada 19 July 2006 |
|
Senibina Gothic |
|
Di sinilah Raja-raja Lusignan ditabalkan sebagai Raja Jurusalem |
Kingdom of Jerusalem dikuasai oleh raja-raja dari Eropah dari 1099-1291. Manakala Raja-raja Lusignan dari Peranchis pula menjadi Raja Jerusalem dari 1268-1291, iaitu bahagian hujung pemerintahan beraja ini. Salahuddin al-Ayubi merampas kota Jerusalem dari tangan mereka pada 1187. Walaupun mereka telah kehilangan kota Jerusalem, raja-raja ini telah memindahkan pusat pemerintahan mereka ke kota Acre, yang akhirnya jatuh pada 1291.
Kingdom of Cyprus pula wujud antara 1192 dan 1489, dan dikuasai oleh Raja Lusignan dari Peranchis yang menggunakan gelaran Raja Cyprus. Selepas 1291 tidak ada lagi Raja Jerusalem tetapi Raja-raja Cyprus masih terus memakai gelaran Raja Jurusalem ini. Mereka akan ditabalkan sebagai Raja Cyprus di Nicosia, kemudian diikuti pertabalan sebagai Raja Jerusalem di Famagusta.
Di tengah-tengan bandar lama ini ada sebuah dataran yang dipanggil
Namik Kemal Meydani. Di sebelah timur dataran inilah letaknya Masjid Mustafa Lala Pasha. Di sekeliling dataran ini ada lagi beberapa runtuhan dan bangunan lama yang kaya dengan sejarahnya seperti masjid ini. Terdapat 2 buah makam, imam dan mufti di kawasan luar masjid.
|
Namik Kemal Dungeon ... |
Kurungan bawah tanah ini pernah menempatkan Namik Kemal dari 1873-1876. Tapak bangunan ini asalnya sebahagian dari runtuhan Istana Venetian. Ia dibina ketika era Uthmaniyah dan kini telah menjadi sebuah muzium kecil. Pada awalnya Namik Kemal dikurung dalam bilik bawah tanah tetapi tidak lama selepas itu, dia dipindahkan ke bilik atas.
No comments:
Post a Comment