Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Lebih 2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.
17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur untuk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul |
Sebelum kami pergi membeli-belah di Grand Bazaar kami dibawa ke Masjid Sultan Ayub, bagi menziarahi kuburnya yang terletak berdekatan masjid, sambil menunaikan solat zohor-asar. Pada hari ini ramai sungguh yang menziarah kubur ini. Tempat ini sudah menjadi tempat tumpuan orang memohon hajat .... berbagai hajat ditulis di dinding. Satu amalan kurafat yang patut dibendung oleh pihak berkuasa.
Petikan daripada Wikipedia.org:
The Eyüp Sultan Mosque (Turkish: Eyüp Sultan Camii) is situated in the Eyüp district of Istanbul, outside the city walls near the Golden Horn. The present building dates from the beginning of the 19th century. The mosque complex includes a mausoleum marking the spot where Eyüp (Job) al-Ansari, the standard-bearer and friend of the Islamic prophet Muhammad, is said to have been buried.
Maklumat pasal sahabat Nabi Abu Ayub al Ansari ra Tidak pasti apa sebenarnya yang tertulis ..... bahasa Turki |
Rasulullah SAW amat menyayangi Abu Ayub dan keluarganya. Baginda diriwayatkan tinggal di rumah Abu Ayub selepas berhijrah ke Madinah. Beliau adalah antara sahabat Nabi yang dikurniakan keberkatan umur yang sangat panjang, selain seorang lagi sahabat Nabi SAW, Anas bin Malik ra. Abu Ayub al-Ansari tidak pernah terlepas daripada menyertai sebarang peperangan sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman Khulafa ar-Rashidin dan seterusnya menginjak ke zaman kekhalifahan.
Dalam kempen menyebarkan syiar Islam ke Constantinople, Abu Ayub al-Ansari tidak mahu terlepas daripada menyertai kempen jihad fisabillah tersebut. Peperangan ini berlaku pada 674M semasa pemerintahan dinasti Umaiyyah. Ketika itu, umur Abu Ayub sangat tua iaitu dalam lingkungan 98 tahun. Miskipun uzur, Abu Ayub tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam kempen bersejarah tersebut. Kempen ini diketuai oleh anak kepada Muawiyyah bin Abi Sufian, Yazid bin Muawiyyah.
Dalam kempen tersebut, Abu Ayub mengalami keuzuran yang sangat teruk. Apabila keadaannya makin tenat, beliau berwasiat untuk dikuburkan di luar tembok Constantinople. Ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata kepada panglima tentera Umaiyyah:
"Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
Wasiat Abu Ayub al-Ansari untuk dikuburkan di luar tembok kukuh kota Constantinople telah ditunaikan.
Kata-kata akhir daripada Abu Ayub tidak terhenti di situ tapi terus diingati. Berita kematiannya semasa kempen di Constatinople tersebar seiring wasiat akhinya. Ia masih diingati dan terus menerus disebar secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan kekhalifahan Turki Uthmaniyyah.
Cerita ini telah sampai juga ke pengetahuan Sultan Muhammad 2 yang dikenali sebagai Muhammad al Fatih. Baginda sangat berminat mencari makam tersebut dan akhirnya telah menjumpainya dengan bantuan gurunya Sheikh Agha Samsuddin. Baginda kemudian menitahkan supaya dibina masjid di sisi makam sahabat Rasulullah SAW tersebut dan masjid ini kekal sehingga ke hari ini.
Ini bahagian luar kompleks Masjid |
Ini pula bahagian dalamnya ....... dan itu tempat wuduk lelaki |
Related posts:
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)
Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale
Kembara Turki - Pamukkale ke Cappodocia
Kembara Turki - Cappadocia
Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia
Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia
Kembara Turki - Ankara & Bolu
Kembara Turki - Istanbul ( Istana Topkapi )
Kembara Turki - Istanbul ( Hippodrome )
Kembara Turki - Istanbul ( Blue Mosque )
Kembara Turki - Istanbul ( Grand Bazaar )
Kembara Turki - Istanbul ( Muzium Hagia Sophia )
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)
Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale
Kembara Turki - Pamukkale ke Cappodocia
Kembara Turki - Cappadocia
Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia
Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia
Kembara Turki - Ankara & Bolu
Kembara Turki - Istanbul ( Istana Topkapi )
Kembara Turki - Istanbul ( Hippodrome )
Kembara Turki - Istanbul ( Blue Mosque )
Kembara Turki - Istanbul ( Grand Bazaar )
Kembara Turki - Istanbul ( Muzium Hagia Sophia )
No comments:
Post a Comment