Wednesday 17 January 2018

Morocco (Maghribi) - The Exotic Marrakech


Kami berada di Marrakech dari 27 Mac hingga 31 Mac 2017. Walaupun keberadaan  kami di sini nampak macam lama tetapi masa untuk berjalan-jalan sebenarnya singkat sahaja, kerana lawatan ini adalah atas urusan kerja suami yang berseminar di sini. Di celah-celah berseminar itu dapatlah kami pergi ke beberapa tempat menarik yang berdekatan, bertemankan salah seorang pelajar Malaysia di sini.

Ticha Hotel .... penginapan kami sepanjang berada di Marrakech
4 bandar terbesar di Morocco -
Casablanca, Fez, Tangier dan Marrakech
Ada yang mengatakan Marrakech bandar ke-3 terbesar dan ada pula yang berpendapat ia yang ke-4 terbesar selepas Tangier. Namanya dieja sebagai Marrakesh atau Marrakech (mengikut ejaan Peranchis). Dalam bahasa Arab ia disebut sebagai  مراكش‎ Murrākuš.

Jika Casablanca dikenali sebagai 'bandar putih',  Marrakech pula digelar sebagai 'bandar merah'. Kebanyakan bangunannya diperbuat daripada batu-bata berwarna oren-merah.

Petikan dari Wikitravel.org
The name Marrakech originates from the Amazigh (Berber) words amur (n) kush, which means "Land of God." It is the third largest city in Morocco, after Casablanca and Fez, and lies near the foothills of the snow-capped Atlas Mountains. It is a few hours from the foot of the Sahara Desert. Its location and contrasting landscape has made it an enviable destination in Morocco.

The city is divided into two distinct parts: the Medina, the historical city, and the new European modern district called Gueliz or Ville Nouvelle. The Medina is full of intertwining narrow passageways and local shops full of character. In contrast, Gueliz plays host to modern restaurants, fast food chains and big brand stores.

Jantung atau nadi Marrakech adalah Jamaa El Fna, sebuah dataran (square) utama kota ini yang sentiasa sibuk dan tidak pernah sunyi. Kawasan ini terletak di bahagian kota yang lama, yang digelar Medina. Berbagai-bagai aktiviti berlangsung di sini .... ada deretan penjaja jus oren, penjaja buah kering, kumpulan pemuzik yang memainkan muzik tradisional, gerai-gerai barangan seramik dan juga pertunjukan penjinak ular dan monyet. Kesemua mereka mencuba menarik perhatian kita dengan berbagai cara agar menyinggah di gerai mereka. Pada waktu malam, kawasan ini menjadi medan selera yang besar. Di celah kesibukan aktiviti ini, akan berkumandang azan mengikut waktu solat, dari masjid-masjid berdekatan.

Di belakang itulah Jamaa El Fna .... 2 hari kami ke sini
Gambar ini .... kunjungan  pada ptg 31 Mac 2017
Sejarah asal nama medan atau dataran ini agak menarik. Di bawah ini adalah petikan dari laman web wikipedia mengenai asal - usul namanya.

The origin of its name is unclear: Jamaa means "congregation" in Arabic, probably referring to a destroyed Almoravid mosque. el Fnaʼ or finâʼ can mean "death" or "a courtyard, space in front of a building". "finâʼ in arabic commonly means "open area", straight translation would be "the gathering/congregation area". Other meanings could be "The assembly of death," or "The Mosque at the End of the World".Another explanation is that it refers to a mosque with a distinctive courtyard or square in front of it. A third translation is "assembly of the dead", referring to public executions on the plaza around 1050 AD.

Sekumpulan pemuzik yang memberi hiburan kepada para pengunjung
Gerai seperti ini begitu banyak sekali terdapat di sini
Kelihatan deretan penjaja buah kering di belakang kami
Tidak pasti .... apa bentuk perkhidmatan yang mereka beri
Produk jualan yang dihasilkan daripada seramik ......
dimuatkan dalam kereta sorong sepenuh-penuhnya!
Suasana di Djemma El Fna pada petang 28 Mac 2017
Pengunjung semakin ramai menjelang waktu malam
Dataran ini dipinggiri oleh souk (pasar) tradisional Marrakesh pada sebelahnya, yang menjual berbagai barangan bagi memenuhi keperluan orang tempatan dan juga para pelancoing. Manakala sebelah lagi dipinggiri oleh hotel, restoran dan kafe serta jalan-jalan sempit yang menuju ke lorong-lorong penempatan di kota lama ini atau Medina.

Pada kunjungan pertama kami tidak masuk jauh ke dalam pasar ini, kerana tidak pasti apa yang hendak dicari. Kami hanya menyinggah di beberapa kedai di pinggir pasar sahaja kerana takut keletihan berjalan tanpa tujuan. Saya mempunyai masalah sakit lutut yang membataskan pergerakan kami. Bermacam-macam benda yang boleh kita beli di sini ....dari rempah-ratus, makanan, pakaian hinggalah ke barangan  rumah.

Sebahagian lagi produk jualan di sini .... ini kunjungan
pada ptg 28 Mac ke Djemma El Fna
Herba dan rempah - ratus yang banyak dijual di pasar ini
Produk seramik ini cantik dibawa pulang sebagai buah tangan
Namun pada kunjungan kali kedua kami dibawa masuk jauh ke dalam souk kerana mencari kedai yang menjual jubah lelaki yang murah. Kebetulan pada kali ini kami ditemani seorang pelajar yang sudah biasa membeli jubah untuk dijual setiap kali balik Malaysia. Agak jauh ke dalam jugalah kedai ini dan letih berjalan tetapi berbaloi.

Jom kita mencari jubah murah .....

Keadaan dalam pasar atau souk ..... 31 Mac 2017
Antara barangan souvenir yang suka dibawa balik oleh pelancong
Segak berjubah (jellaba) belang ....... ada cerita di sebaliknya!
Jubah yang sama ini harganya 5x ganda😲 lebih mahal jika dibeli di kedai yang berhampiran pintu masuk  pasar .... 500 MAD berbanding 100 MAD (RM 50). Setelah bertanyakan harganya dan berlaku sedikit tawar-menawar, kami menolak dari membelinya. Ketika kami meninggalkan kedai ini, tuan punya kedai sempat mengata kami sebagai "stupid tourist"😡. Nasihat saya, kalau kuat berjalan jauh, eloklah buat perbandingan harga barang-barang yang dijual sebelum membeli. Mungkin juga kita akan dimarahi oleh pekedai seperti yg kami kena bila berbuat demikian .... tapi .... biarkanlah!

Selesai sudah shopping .... teringin nak naik kereta kuda ni ....
Tapi tak naik pun (tight budget!) ..... cantik kereta kuda di sini
Selain dari mengunjungi 2 tempat yang masyhur di Marrakesh ini, kami juga ada melawat beberapa tempat lain - Masjid Koutoubia, Istana El Bahia dan Istana El Badi.

Pada tahun 1985 kota lama Medina ini telah diberi status sebagai tapak warisan dunia UNESCO, termasuklah dataran Jamaa El Fna dan Masjid Koutoubia yang berada di dalamnya. Kota yang menjadi simbol kejayaan Maghribi ini memiliki bangunan-bangunan bersejarah yang merupakan peninggalan masa kejayaan Islam, seperti masjid, madrasah dan istana.

Masjid Koutoubia ( Kutubiyya)

Ini adalah masjid yang terbesar di Marrakesh. Ia juga dikenali dengan berbagai-bagai nama lain, seperti Jamek al-Kutubiyah, Masjid Kutubiyyin dan Masjid Penjual Buku.

Maklumat ringkas mengenai masjid lama ini telah dipetik dari www.thevocket.com/masjid-bersejarah-unesco :

Masjid terbesar di Marrakesh ini telah dibina tidak lama selepas bandar ini ditakluk oleh Dinasti Almohad pada tahun 1150. Dinasti Almohad adalah dinasti Islam abad ke 12. Sebelum masjid ini didirikan, tapak asalnya telah digunakan sebagai lokasi para penjual manuskrip berkumpul dan nama masjid ini diambil daripada perkataan Arab untuk ‘buku’: koutoub.

Dewan masjid ini boleh memuatkan sehingga 25,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid Koutoubia terkenal kerana senibina menaranya yang mengagumkan dan merupakan menara yang tertua daripada 3 menara besar Almohad. 2 lagi lokasi lain bagi menara dengan senibina Almohad adalah Menara Hassan di Rabat, Maghribi dan di La Giralda, Seville, Sepanyol.

Identiti gaya senibina klasik Almohad bagi masjid ini boleh dikesan menerusi menara masjid yang dihiasi dengan 4 bola tembaga. Dikatakan bahawa bola tembaga ini pada asalnya hanya 3 sahaja dan diperbuat daripada emas tulen. Bola tembaga ke 4 dibina kerana isteri Emir Yacoub el-Mansour yang membina Masjid Koutoubia telah meleburkan hiasan emas milik beliau sebagai ungkapan penyesalan kerana beliau berbuka terlalu awal di satu majlis berbuka puasa pada bulan Ramadhan di masjid itu.

Berdiri setinggi 69 meter dengan panjang sisi 12.8 meter, reka bentuk menarik di masjid ini adalah menara tajam di bahagian atas menampilkan corak kerja yang rumit pada setiap sisi dan motif hiasan rumit pada bahagian luar tingkap menara. Terdapat 6 bilik di menara ini yang berada di setiap 1 tingkat dan tangga berpusing yang dibina boleh dinaiki bukan hanya dengan berjalan kaki tapi juga dengan menunggang kuda.

Menara masjid yang terkenal kerana senibinanya 
Bola tembaga di atas puncak menara ...
 ciri kebanyakan menara masjid di sini
Ada yang mengatakan bahawa menara masjid ini bagi Marrakech sama seperti Eiffel Tower bagi Paris. Inilah mercu tanda utama kota Marrakech. Ada undang-undang di sini yang tidak membenarkan bangunan baharu dibina lebih tinggi daripada menara ini.

Di sebelah bahagian bawah menara itu adalah
bekas runtuhan Masjid Koutoubia yang pertama
Sebenarnya Masjid Koutoubia yang ada sekarang ini adalah masjid yang kedua dari 2 buah masjid yang dibina. Kedua-dua masjid dibina sama rupa dan bentuk kecuali kedudukannya mengadap kiblat. Berbagai teori dikemukakan mengapa Sang Raja ingin membina 2 buah masjid yang seperti kembar ini. Namun yang pasti masjid kedua bukanlah dibina khusus untuk menggantikan yang kedua, kerana 2 masjid ini berkongsi tapak selama tidak kurang dari 30 tahun. Lama selepas pembinaan masjid kedua, barulah masjid yang pertama runtuh. Juga dikatakan  kedudukan masjid yang  kedua lebih jauh tesasar arah kiblatnya berbanding masjid pertama. Jadi agak pelik teori yang mengatakan ia dibina bertujuan untuk memperbetulkan arah kiblatnya.

Bekas tapak masjid pertama
Masjid ini dibina menggunakan batu-bata merah. Namun kini dalamannya dicat putih bersih. Ramai pelancong bukan Islam melahirkan rasa kesal tidak dibenarkan masuk untuk melihat dalam masjid .... tidak seperti di Masjid Hassan 2 di Casablanca, di mana pelancong dibenarkan masuk bersama pemandu pelancong mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Dalam masjid Koutoubia

Semua putih bersih kecuali hamparan permaidani
Dekorasi lampu yang menarik
Deretan pokok limau menghiasi taman di halaman tengah masjid
Pengunjung bersantai di taman luar masjid
Kawasan berhampiran masjid
Istana El Badi

Pada masa pemerintahan Sultan al-Mansur, bangunan Istana El-Badi dianggap sebagai karya agung senibina Islam dan puncak peradaban dari Kota Marrakech. Pembangunan istana megah ini bermula dari tahun 1578 hingga 1603. Rekabentuk bangunan istana ini banyak dipengaruhi oleh bangunan Istana Alhambra di Granada, Sepanyol. 

Kini keindahan dan kemegahan bangunan Istana El Badi hanya boleh dilihat melalui bekas-bekas runtuhannya, dinding besar berwarna merah, sebuah lapangan terbuka yang dulunya merupakan taman bahagian tengah dan lekukan besar yang menyerupai sebuah kolam.


Bab Berrima - jalan menuju ke istana El Badi
Di kota lama Medina ada sebanyak 50 bab (pintu) seperti ini
Dinding besar istana berwarna merah berada di sebelah kiri
Bahagian dalam istana
Makna: The incomparable palace
Maklumat dan pelan bangunan istana El Badi
Pemandangan dari atas menara istana - 4 buah taman dan
kolam air di tengah untuk penyaliran air ke taman
Istana ini sebenarnya sebuah kompleks yang besar yang mengandungi ratusan bilik, taman-taman, kebun, penjara dan sebagainya. Ada juga sebuah muzium di sini. Rasanya ada sebahagian dari istana ini yang kami tidak terpergi, seperti muzium dan penjara bawah tanah. Kami hanya fokus pada taman di halaman tengah dan menaiki menara serta menikmati pemandangan Marrakech dari atas.

Kolam di tengah halaman - sumber air untuk pokok-pokok di  taman
Ini pula tamannya yang sedikit menurun ke bawah
Menaiki tangga untuk ke atas menara - anak tangga dihias
 indah sepertimana lantai di bilik-bilik dengan mozek zellij
Dari atas menara .... menara masjid Koutoubia boleh dilihat dari sini
Dinding istana rosak disebabkan
burung-burung ini  membuat sarang di atasnya
Istana El Bahia

Istana Al-Bahia dibina sekitar akhir abad ke-19, iaitu antara 1894 dan 1900, atas perintah Perdana Menteri Kesultanan Maghrubi ketika itu, Si Moussa. Pembinaannya bertujuan untuk menjadi istana terbesar pada masanya. Itu bertepatan sekali dengan namanya yang berarti 'cemerlang' (brilliance) dalam bahasa Arab.

 Istana ini juga merupakan sebuah kompleks yang dibina atas tapak seluas 2 ekar. Ia mempunyai 150 bilik - termasuk ruang-ruang menyambut tetamu, bilik tidur dan taman-taman. Pada asalnya istana ini dibina untuk kegunaan peribadi Si Moussa, yang kemudiannya diduduki oleh anaknya, Bou Ahmed.

Istana ini bukanlah yang tertua di Marrakesh, tetapi ia adalah yang tercantik, sesuai sekali dengan namanya. Kemungkinan juga ia antara tapak sejarah yang paling terpelihara di kota ini. Ia merupakan mahakarya dalam senibina dan hasil seni, dengan contoh-contoh yang baik pada ukiran plaster, zouak (siling kayu yang dicat) dan mozek zellij.

Istana ini dihias dari lantai hingga ke siling. Hari ini istana Bahia masih digunakan oleh kerabat diraja Morocco untuk menempatkan tetamu-tetamu kenamaan. Hanya sebahagian kecil sahaja dari istana yang diguna dan dibuka kepada orang ramai. Walaupun begitu ia sudah cukup untuk kita menikmati hiasan-hiasan yang dipamirkan.

Istana Bahia .... dilihat dari salah satu tamannya
Ada 3 buah bilik yang mengelilingi taman ini ....
Jom kita masuk!
Setiap bilik yang berada di tepi taman ini menonjolkan keindahan siling kayu yang dicat berwarna-warni ( dipanggil zouak) dan ukiran plaster yang rumit, yang mengagumkan.



Siling Zouak terdapat dalam 3 bilik yang mengelilingi taman
Bangunan istana ini memiliki 150 bilik yang keseluruhannya dihiasi mozek warna-warni dari bahan plaster, lukisan, pahatan kayu yang diukir secara halus serta ubin seramik berwarna terang dan mengilap. Semua elemen yang digunakan diadaptasi dari senibina Istana Nasrid di Sepanyol yang diadun menjadi gaya senibina Morocco.

Mengikut gaya Marocco, pada bahagian tengah ruang selalu terdapat air pancut dengan udara terbuka yang dikelilingi taman yang luas dan indah. Semua istana dan rumah tradisional di sini mempunyai ciri-ciri ini. Konsep ini dipanggil riad yang berasal dari perkataan Arab "ryad" yang juga bermaksud taman. Di kompleks istana Bahia ada bahagian yang dipanggil Riad Kecil dan Riad Besar
Halaman tengah yang kecil
Nampak tu? ... hiasan dari lantai hingga ke dinding atas
Hiasan yang berlebihan - lantai marmar dari Itali di luar bilik, lantai mozek zellij di dalam bilik, pintu kayu yang berukir, serta ukiran plaster di bingkai pintu dan dinding, selain daripada siling zouk. Rekabentuk istana ini juga menggunakan konsep pintu yang berlapis di sebahagian tempat seperti yang dilihat dalam gambar di atas ..... ada 2 pintu untuk menjamin privasi agar orang yang lalu di luar bilik tidak dapat melihat ter ke dalam bilik.

Halaman tengah yang lebih besar
Ada kawasan larangan kepada pelawat di sini
Halaman tengah yang besar ini sangat menonjol dan menarik. Lantainya diturap dengan batu marmar dari Itali. Galeri di sekelilingnya dihias dengan jubin biru dan kuning yang ceria. Halaman ini juga dibahagi 4 oleh laluan yang diturap dengan mozek zellij. 

Semua tempat yang dilawati di atas termasuk dalam kawasan Riad Kecil. Di sebalik sana halaman tengah yang besar ini ialah Riad Besar. Ia sebahagian dari bangunan asal yang dibina Si Mousa. Tamannya ditanam dengan berbagai macam tumbuhan, mulai dari tanaman bunga seperti mawar, melur dan lavender hingga pohon buah-buahan seperti pisang, limau, dan anggur.

Air pancut - elemen utama dalam setiap halaman ...
Suasana taman di Riad Besar pada petang 31 Mac 2017
Daun pisang berjuntai ... lantai yang diturap dengan mozek zellij
Taman ini dikelilingi oleh bilik-bilik yang kaya dengan mozek zellij dan siling-siling kayu yang diukir. Di kompleks istana terdapat juga beberapa taman kecil yang difungsikan sebagai tempat bermain dan beristirahat keluarga raja.

Mengagumkan ...... hiasan dari lantai hingga ke siling
lagi satu hiasan - kaca berwarna
Ukiran plaster dan siling kayu 
Ukiran plaster ..... secara dekat
Sangat-sangat cantik bilik ini😲
Alang jenang pintu ..... secara dekat
Pintu Morocco - pintu kayu gergasi yang dihias
dengan lukisan dan ukiran cantik
  Akhir sekali sebelum meninggalkan istana kami bergambar di sisi pintu berhias yang menjadi identiti atau lambang negara Morocco.  Satu lawatan yang mencuci mata - dari taman, senireka bentuk bangunan hingga ke hiasan, semuanya indah belaka.

Pada 29 Mac kami ada membuat perjalanan sehari ke Quarzazate. Pada malam 30 Mac pula kami dijemput ke Dinner Gala, di mana kami dijamu dan diraikan mengikut tradisi orang-orang Morocco. Insya Allah saya akan berkongsi kedua cerita ini di entri lain.


You might like these posts:

1. Marocco (Maghribi) - Chez Ali Fantasia

2. Morocco (Maghribi) - Quarzazate ... The door of the desert

3. Jom kenali Maghribi (Morocco)

4. Morocco (Mahgribi) - Semalam di Casablanca

5. Morocco (Maghribi) - Catatan Perjalanan ke Marrakech

6. Hujung Dunia - Europa Point Gibraltar ( جبل طارق)