Tuesday 29 January 2013

Qasidah - Ya Hanana

Qasidah adalah ucapan puji-pujian kepada Rasulullah s.a.w yang dibuat dalam bentuk syair. Ia berasal dari tanah Arab sebelum kedatangan Islam lagi dan telah berkembang bersama Islam. Umat Islam yang terdiri dari berbilang bangsa dan dari berbagai negara telah mengadaptasi qasidah ini mengikut citarasa budaya masing-masing dengan mengekalkan ciri-cirinya.

Bait-bait syair yang indah disertai dengan alunan irama yang mengasyikkan,  menjadi halwa telinga dan santapan qalbu yang berupaya memupuk dengan lebih mendalam cinta kita terhadap Rasullah SAW.

Dari Anas bin Malik, daripada Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud,

"Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)..."

[Musnad Ahmad No.13991, Sheikh Shu'aib al-Arnouth menilai: Isnadnya Sahih mengikut Syarat Al-Bukhari dan Muslim]


يَا هَنَانَا
” Betapa Beruntungnya Kami “



ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung,
 dengan munculnya sang Nabi Ahmad,

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami,

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

يَا هَنَانَا
ya hana na

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW)  dibanggakan di atas seluruh manusia.

يَاهَانَانَأ
ya hana na

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua mengalu-alukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,


يَاهَنَانَا
ya hana na

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,


صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.


يَا هَنَانَا
ya hana na



Tuesday 1 January 2013

Jalan-jalan Cari Durian (Merah)


Dalam post saya yang bertajuk Driving from KK to Lawas, saya ada menceritakan bagaimana saya telah berjaya membeli, makan dan merasai keunikan rasa durian merah. Ini adalah durian liar atau hutan yang banyak terdapat di Sabah. Itulah kali pertama saya mencubanya, iaitu pada Februari 2012 di Lawas.

Pada Disember 2012 sekali lagi saya dapat merasainya tetapi kali ini saya bukan sekadar merasa-rasa sahaja tetapi makan dengan sepuas-puasnya. Anehnya, jika waktu pertama kali  makan, rasanya tidaklah sedap sangat  tetapi  pada kali ini, memang terasa kelazatan dan keunikannya. Pada kali kedua ini saya beli bukanlah kerana teringin nak merasanya lagi tetapi memberi peluang untuk 2 orang anak remaja yang ikut serta bersama kami  mencuba, merasanya. Walau bagaimanapun mereka tidak teruja sangat ketika memakannya ..... tidak seperti kami waktu perama kali mencuba ...... kerana kami peminat durian!

 Saya berpendapat ada beberapa faktor mengapa wujud kelainan dalam keenakannya. Pertama jenis buahnya ..... walaupun semuanya dikategori sebagai durian hutan tetapi dari sudut bentuk dan rupanya jelas sekali berbeza. Mungkin ini juga membezakan rasanya. Faktor kedua, asal-usul buahnya ...... dibeli dari 3 tempat yang berbeza iaitu dari Lawas, Kundasang dan Kota Belud. Orang kata durian dari tempat yang berlainan mempunyai kesedapan yang berbeza. Harga yang dibeli juga berbeza.

Perbezaan juga wujud dari segi kualiti buahnya, di mana isi durian lebih tebal dan tidak terlalu lembik di samping rasa yang lebih enak. Namun isi durian dari Lawas lebih menarik warnanya walaupun nipis dan tidak berapa sedap.

Ini  'Durian Sukang' ( isi oren, kulitnya berduri panjang  dan berwarna hijau)...... di beli di tepi jalan di Kundasang dengan harga RM20 sekilo .... isi paling tebal dan paling sedap walaupun warna yang tidak berapa  "merah"   

Ini pula 'Durian Dalit' (isi merah, kulitnya berwarna kuning dan berduri pendek) ....... dibeli di PasarTani Kota Belud dengan harga RM10  untuk 10 biji buah yang bersaiz sebesar bola lisut .... isinya tidak berapa tebal tetapi tidak lembik dan sedap rasanya, dan warna yang lebih "merah"

Durian pertama yang dibeli di Pasar Tamu Lawas dengan harga RM30 untuk 4 biji ( 2 isi merah & 2 isi kuning) buah bersaiz  sebesar bola raga ..... rasa yang kurang sedap, dan isi yang nipis serta lembik, tetapi mempunyai warna yang lebih menarik berbanding yang lain
Apa-apa pun buah ini tidak terdapat di Semenanjung dan rasanya memang unik. Apabila memakannya terasa seperti makan coklat ..... manis, lemak berkrim,yang cair dalam mulut serta melekat di dalam mulut selepas memakannya. Mereka yang pernah memakannya menceritakan ia mempunyai  'avocado-like flavour' dan 'carrot-like flavour'. Memang agak susah untuk menceritakan  apa rasanya, melainkan merasanya sendiri!