Saya berpeluang melancong ke bandar Saigon pada 30 Oktober 2015. Inilah kali pertama saya dan suami menjejak kaki ke bumi Vietnam. Sebenarnya saya mengikuti suami yang bertugas di sana sebagai pengiring kepada pelajar-pelajarnya yang membuat program mobiliti ke bandaraya Ho Chi Minh ( HCM ). Boleh dikatakan ianya aktiviti "2 in 1" atau bak kata pepatah Melayu "Sambil menyelam minum air". Oleh kerana itu, tempat yang dilawati agak terhad kerana sebahagian dari masa yang ada terpaksa diisi dengan program universiti.
"Percutian" kami ini diurus sepenuhnya oleh ejen pelancongan. Ini merupakan kali kedua kami melancong melalui sebuah ejen. Semua program berjalan baik tanpa sebarang masalah - makanan yang sedap, bilik yang sederhana selesa. bas yang elok serta pemandu yang cekap dan pemandu pelancong yang sangat peramah dan rajin berceloteh.
Termasuk dalam program yang dirancang ialah lawatan ke bangunan-bangunan yang bersejarah dan menarik yang banyak dikunjungi oleh pelancong di sekitar HCMC.
Salah satu bangunan yang menjadi tarikan pelancong di Saigon ialah Reunification Palace, iaitu kediaman rasmi presiden sebelum Saigon jatuh ke pihak komunis Vietnam Utara. Secara rasmi ia jatuh ketika tentera Vietnam Utara merempuh pintu besi pagar istana presiden, sehingga melahirkan sebuah kota baru yang dikenali sebagai Ho Chi Minh. Hari ini, bangunan ini menjadi tarikan pelancong, yang dapat mengimbau kembali masa lampau yang penuh bersejarah dan menyaksikan cara kehidupan yang berliku seorang penguasa, melalui objek-objek yang dipamerkan.
Petikan daripada
www.viator.com
The Reunification Palace is an important site of political and cultural significance, built by the French in 1868 to mark the newly established colony of Indochina.
In 1945, it briefly became the headquarters for the Japanese after their defeat of the French. In 1962, two Vietnamese rebel pilots bombed the palace - the president survived but the palace did not. He commissioned a new one to be built. It was renamed Independence Palace and the design became a Modernist icon.
In 1975 the palace was the symbolic site of the triumphant liberation of Saigon. Vietnam was then reunified; since then the building has been known as Reunification Palace.
Today it is a working government building as well as having areas open to the public. Tour the private quarters, the president's former office and the War Command Room. You get a real sense of what happened here and its importance in Vietnamese history.
Istana ini menjadi mercu tanda yang mesti dikunjungi oleh setiap pelancong yang melawat HCMC. Istana yang dikelilingi oleh rimbunan taman-taman tropika, menyembunyikan bilik-bilik rahsia, perabot-perabot antik dan bilik telekominikasi bawah tanah dalam koridor-koridornya yang menyeramkan. Istana ini juga masih digunakan sebagai tuan rumah kepada majlis-majlis seperti persidangan APEC dan peristiwa-peristiwa nasional yang penting.
|
Independence Palace yang bertukar menjadi Reunification Palace |
Jom masuk dalam istana!
|
National Security Chamber |
|
Pejabat presiden |
|
|
|
|
|
|
|
Taman dalam Istana |
|
Perabot-perabot antik |
|
Bilik-bilik bawah tanah ini menjadi pusat yang mengeluarkan arahan |
|
Antara peralatan komunikasi yang diguna ketika itu |
|
Salah satu lorong yang menghubungkan bilik-bilik di bawah tanah |
|
Bahagian dapur istana |
|
Salah satu peralatan dapur ..... giant mixer |
|
Pemandangan dari dalam istana .... taman-taman yang indah mengelilingi istana
|
|
Model jip yang sama dinaiki presiden terakhir sebelum penyerahan |
Jom bersiar-siar di tamannya pula!
|
Kereta kebal jenis yang sama seperti di atas telah merempuh pintu pagar besi istana presiden |
|
Lanskap yang menarik
dihiasi berbagai pokok dan tanaman |
Saigon di malam hari
No comments:
Post a Comment