HOMESTAY


JS Homestay Manjoi Ipoh


HOMESTAY JS IPOH, PERAK.

Kami menawarkan pengalaman penginapan yang unik, selesa dan selamat di tingkat atas banglo persendirian dua tingkat yang luas. Nikmati privasi sepenuhnya di ruang eksklusif anda sambil merasai ketenangan suasana seperti di rumah sendiri. Laluan ke ruang homestay aras atas adalah melalui laluan tersendiri dengan pintu dan tangga yang berasingan dengan tuan rumah. Tuan rumah menetap di aras bawah, memastikan keselamatan anda sentiasa terjamin dan sedia membantu jika anda memerlukan sokongan. Lokasi Homestay JS adalah di dalam Gugusan Manjoi, Ipoh, berhampiran dengan SMK Permaisuri Bainun, Ipoh. Suasana di dalam dan di luar yang menyamankan dengan pemandangan yang indah.

# Alamat:
60506, Jalan Zambrut, Kampung Dato Ahmad Said, 30020, Ipoh Perak.
#No Telefon / WA:
Pn Sahara: 013-7157912 / Mohd Afiq: 011-10521474

# Keistimewaan Penginapan Anda
Anda akan mendapat akses eksklusif ke seluruh tingkat atas, yang merangkumi:
- 3 Bilik Tidur Berhawa Dingin dilengkapi katil saiz queen.
- 2 bilik air dengan pemanas air.
- Kemudahan wifi.
- Sejadah
- Seterika & papan gosok
- Ruang Dapur Mini (Pantry): Disediakan peti sejuk, system penapis air coway, serta pinggan mangkuk asas.
- Ruang Balkoni / Ruang Santai: Sesuai untuk berehat sambil menikmati udara pagi.

# Lokasi strategik, berhampiran dengan :
- Bandaraya Ipoh ( 10 min )
- Bandar Meru ( 10 min )
- Terminal Bas Amanjaya (10 min )
- Stesen KTM ( 10 min )
- Taman Rekreasi Gunung Lang ( 10 min )
- 7 Eleven, Speed Mart, KFC ( 5 min )
- Lebuhraya Plus (10 min )
- Lebuhraya Jelapang / Seri Iskandar / Lumut (10 min )

# Pembayaran booking/deposit RM50.00 perlu dilakukan jika encik/puan ingin lock unit dan tarikh
# Deposit akan dipulangkan dalam tempoh 24 jam selepas check out jika tiada kerosakan/ kehilangan barang dalam rumah.
# Bayaran Deposit:
RM 50 ke akaun CIMB: 7613947571 Mohd Afiq
# Bayaran penuh dibayar sebelum check in homestay
# Mohon lengkapkan maklumat berikut :
Nama :
No. Tel :
Tarikh Check in :
Tarikh Check Out :
Bil Tetamu :
Dewasa :
Kanak :
Bil kereta :
Anggaran masa sampai :
No plat kereta :

# Kenapa Pilih Homestay JS?
* Privasi Terjamin: Seluruh tingkat atas adalah milik anda.
* Laluan tersendiri: Laluan dan tangga tersendiri ke tingkat atas.
* Keselamatan Ekstra: Kawasan rumah sentiasa dipantau.
* Tuan Rumah Mesra: Kami sedia membantu memberikan cadangan
tempat makan terbaik, tempat menarik, atau sebarang bantuan
kecemasan.
* Kebersihan Diutamakan: Kami memastikan ruang anda bersih dan
selesa sebelum anda mendaftar masuk.

# Sesuai Untuk:
* Keluarga yang datang bercuti.
* Rombongan kenduri kahwin atau pertunangan.
* Kumpulan rakan-rakan yang ingin berehat.
* Penginapan untuk urusan kerja di luar kawasan.

## Bayaran sewa semalam : RM 190 (1unit rumah)
Deposit : Rm 50
Masa check in : 2.00 petang
Masa check out : 12.00 tengahari
Semoga Allah permudahkan urusan tuan\puan


##  Roomstay
Anda juga boleh menyewa bilik secara berasingan mengikut kategori  berikut:
* (2 unit) bilik dengan bilik mandi persendirian - RM 80/seunit/semalam
* (2 unit) bilik dengan bilik mandi berkongsi - RM70/seunit/semalam


semua bilik ada katil saiz queen dan penghawa dingin




ruang pantry dan balkoni serta
 kelengkapan yang minimal

pemandangan Banjaran Keledang
dari tingkap bilik utama



pemandangan banjaran, alam dan
sebahagian bandar Ipohi dari  balkoni
tangga yang harus dilalui 

 setiap bilik mandi dilengkapi
pemanas air

Suasana senja, malam dan pagi di JSHomestay

 

Di antara azan, bulan, dan pagi,

kita hanyalah pejalan

yang sedang belajar pulang—

kepada sunyi,

kepada cahaya,

kepada Tuhan.

Sunset vlew dari backyard JSHomestay

Gorgeous sunset from the backyard
Warna-warni yang melakar langit senja adalah pelukan alam sebelum malam melabuhkan tirai. Keindahan fenomena matahari tenggelam ini dapat dilihat dari belakang rumah JSHomestay yg terletak di gugusan Manjoi Ipoh. Sang matahari yang gagah di siang hari mula menyorok di sebalik gunung-ganang di banjaran Keledang, menjelang senja.

Homestay yang menggabungkan suasana kampung dengan lokasi yang dekat dengan bandar menawarkan "terbaik dari dua dunia"—ketenangan desa tanpa mengorbankan akses kepada kemudahan moden.

Related Posts:


No comments:

Post a Comment