Thursday 22 November 2018

Nyamannya Bandung - Berjalan-jalan di Kota

Bila saya kata nyamannya Bandung, saya bukanlah merujuk kepada bandar dan suasananya tetapi kepada cuacanya yang begitu nyaman sekali. Disebabkan kedudukanya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang terkenal. Alhamdulillah saya, suami dan seorang anak perempuan telah diberi peluang berada di sini selama 3 hari 2 malam dari 28 September sehingga 1 Oktober 2016.

Bandung terletak dalam wilayah Jawa Barat dan ia juga adalah ibukota wilayah ini. Kota kembang merupakan sebutan lain untuk kota ini, kerana pada zaman dahulu ia dianggap sangat cantik dengan banyaknya pohon-pohon dan bunga-bunga yang tumbuh di sini. Selain itu Bandung dahulunya juga digelar sebagai Parijs van Java iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda kerana keindahannya dan suhunya yang nyaman.
Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya (yang tingginya lebih kurang 1050 m) adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan (yang tingginya lebih kurang 675 m). Kota Bandung dikelilingi oleh pergunungan, sehingga bentuk fizikal buminya bagaikan sebuah mangkok gergasi. Kedudukan ini memberikan udara sejuk yang segar bagi kota ini di samping pemandangan yang indah.

Selamat pagi Bandung! .... pemandangan dari ...
..... bilik penginapan kami di sini
Pasar Baru Square yang menempatkan hotel .... 
Pasar Baru Trade Center (tempat shopping terkenal di Bandung)
berada di depan hotel ... 

Apa lagi shopping sakanlah di sini
Jom pula ke Jalan Asia-Afrika, pusat kota tua Bandung!

Pada tahun 1955 Persidangan Asia-Afrika yang pertama yang juga dikenali sebagai Persidangan Bandung telah diadakan di sini, di mana Presiden Sukarno menjadi tuan rumah kepada 29 kepala negara-negara bebas dari Asia dan Afrika. Persidangan ini berlangsung di Gedung Merdeka, yang berada di jalan ini. Jalan Asia-Afrika ini sangat terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara kerana terdapat banyak bangunan lama yang dibina semasa zaman kolonial Belanda.

Monumen memperingati persidangan di Jalan Asia-Afrika
Di monumen ini juga tercatat semua nama negara yang terlibat
Bersama Bung Karno di hadapan Gedung Merdeka
Gedung Merdeka kini sudah menjadi muzium
Kawasan berdekatan dengan Gedung Merdeka
Sebahagian dari Jalan Asia-Afrika yang dihias menarik ...
kerusi untuk berihat banyak terdapat di sepanjang jalan
Antara objek yang menarik di sepanjang jalan Asia-Afrika
Lagi satu objek menarik .... lukisan dinding atau mural direka oleh
 Dodi Nursaiman dengan gaya  low poly art (gaya gambar games)
Pada tahun 2017 Kota Bandung telah menerima anugerah sebagai "Kota Udara Terbersih" dari ASEAN untuk ketegori bandar besar. Penghargaan ini diberikan dalam acara The 4th ASEAN Environmentally Cities Award di Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam.

Jalan ini menuju arah yang sama ke Alun-alun Kota Bandung dan Masjid Raya Bandung.

Nyaman Bandung ....
Rumput ini sangat bersih ... kasut perlu dibuka bila berjalan diatasnya 

Alun-alun kota Bandung ... rumputnya dijaga dengan  rapi sekali
...... menjadi tempat rekreasi wargakota
Masjid Raya Bandung ini bersebelahan dengan alun-alun
Di bawah masjid ini ada tempat letak kereta yang luas. Sebahagian daripadanya telah dijadikan sebagai medan selera di mana peniaga-peniaga kecil menempatkan gerai makanan mereka di sini. Oleh kerana kami keluar awal, jadi sebelum meneruskan misi meninjau jalan Asia-Afrika ini, kami singgah dahulu bersarapan di salah sebuah gerai di sini.

Gerai ini berada di parkir kereta masjid di aras underground
Salah satu makanan yang dipesan
Jom teruskan perjalanan ..... dah kenyang😃

Ada satu lagi objek yang menarik di jalan ini iaitu titik KM '0' Kota Bandung. Tepatnya ia terletak
di depan pejabat Dinas Bina Marga Propinsi Jawa Barat, tidak jauh dari Hotel Savoy Homan, hotel yang pernah dikunjungi Presiden Sukarno dan pelawak dunia terkenal Charlie Chaplin. Selain itu hotel ini juga digunakan oleh para peserta Persidangan Asia Afrika.
Monumen KM 0
Monumen setinggi lebih kurang 1 m ini banyak menyimpan sejarah panjang perkembangan kota Bandung. Titik 0 kerap dikaitkan dengan pusat atau awal mula perkembangan kota, di mana pemindahan pemerintahan Bandung yang berada di wilayah Krapyak atau Dayeuh Kolot, dipindahkan ke wilayah ini pada 1810 mengikuti jalan yang sedang dibina.

Dekat monumen ini juga terdapat  kepala keretapi asal dari tahun 1900 dan masih kokoh sebagai salah satu ciri khas bangunan kuno dari Bandung.

Kepala keretapi ori dari tahun 1900

Selepas habis meninjau Jalan Asia-Afrika ini, kami menaiki ubber ke Cihampelas Walk (Ciwalk).
Ia adalah sebuah pusat beli-belah yang sudah ada sejak tahun 2004 yang lalu, dan telah menjadi tempat kegemaran warga kota Bandung dan pelancong. Ia menawarkan konsep pusat beli-belah yang berbeza dengan yang lain di kota Bandung.

Dari luar ia kelihatan sama seperti shopping mall yang lain




Apa yang membezakan ciwalk dengan pusat beli-belah yang lain di Bandung adalah konsep penggabungan 'indoor' dan 'outdoor' yang digunakan. Dengan konsep ini kita dapat menikmati suasana yang nyaman dan juga menikmati kesejukan udara pergunungan kota Bandung seolah-olah kita berada di kawasan alam semulajadi ciptaan Allah.

Ini adalah hari terakhir kami di Bandung. Mengikut perancangan kami akan ke Jakarta pada sebelah petang. Sebelum bertolak ke Jakarta kami berbelanja dahulu di Pasar Baru. Lebih kurang pukul 7 malam kami bertolak ke Jakarta dengan menaiki bas mini.

Menunggu bas di pusat pengambilan

Sunday 11 November 2018

Nyamannya Bandung - Pergunungan Selatan

Bila saya kata nyamannya Bandung, saya bukanlah merujuk kepada bandar dan suasananya tetapi kepada cuacanya yang begitu nyaman sekali. Disebabkan kedudukanya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang terkenal. Alhamdulillah saya, suami dan seorang anak perempuan telah diberi peluang berada di sini selama 3 hari 2 malam dari 28 September sehingga 1 Oktober 2016.

Bandung terletak dalam wilayah Jawa Barat dan ia juga adalah ibukota wilayah ini. Kota kembang merupakan sebutan lain untuk kota ini, kerana pada zaman dahulu ia dianggap sangat cantik dengan banyaknya pohon-pohon dan bunga-bunga yang tumbuh di sini. Selain itu Bandung dahulunya juga digelar sebagai Parijs van Java iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda kerana keindahannya dan suhunya yang nyaman.
Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya (yang tingginya lebih kurang 1050 m) adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan (yang tingginya lebih kurang 675 m). Kota Bandung dikelilingi oleh pergunungan, sehingga bentuk fizikal buminya bagaikan sebuah mangkok gergasi. Kedudukan ini memberikan udara sejuk yang segar bagi kota ini di samping pemandangan yang indah.

Hari ke-2 di Bandung ...... menghala ke pergunungan di selatan
Kata Bandung berasal dari kata bendung atau bendungan kerana terbendungnya sungai Citarum oleh lava Gunung Tangkuban Parahu lalu membentuk telaga. Kota Bandung secara geografikalnya memang kelihatan dikelilingi oleh peragunungan, dan ini menunjukkan bahawa pada masa lalu kota Bandung memang merupakan sebuah telaga atau danau.

Hari kedua di Bandung kami melawat pergunungan selatan pula dan kalau di sini tempat yang mesti dilawati ialah Gunung Patuha di mana letaknya Kawah Putih Ciwidey, lebih kurang 47 km ke selatan kota Bandung   Hari ini kami hanya sempat pergi ke sini dan ladang strawberry sahaja kerana telah lewat memulakan perjalanan.


1. Kawah Putih Ciwidey

Kawah Putih terletak di kawasan Ciwidey, di dataran tinggi kawasan pegunungan yang berada lebih kurang 2.434 dpml. Oleh kerana kedudukannya yang tinggi ini, membuat suhu di kawah putih Bandung sangat sejuk (8-22 darjah celcius). Ia adalah sebuah danau yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha.Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini berwarna putih menyebabkan warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan. Apa yang uniknya  tentang kawah ini adalah airnya kekadang berubah warna, dari kebiruan ke putih kehijaun atau perang, bergantung pada kadar kandungan belerang atau cuaca semasa.


Notis pantang larang krtika berwisata di sini 
Warna air pada tengahari 30 Sept 2016
Jom turun ke bawah .... ke kawah putih

Digalakkan menutup hidung ... mask ada dijual di sini
....  agar tidak menyedut bau belerang yang menyucuk hidung
Bau beleran bertambah kuat ketika hujan turun atau ketika menjelang malam. Bagi yang ada masalah kesihatan. bau ini boleh membawa mudarat kepada tubuh badan. Sebab itu dinasihatkan memakai topeng semasa berada di kawasan ini.

Macam berkabus tapi sebenarnya itu adalah asap belerang atau sulfur

Kawah Putih yang romantik
Pemandangan alam di sekitar Kawah Putih sangat indah. Airnya yang putih kehijauan itu sangat kontra dengan batu kapur putih yang mengelilingi tasik ini. Di sebelah utara danau berdiri tegak tebing batu kapur berwarna kelabu yang ditumbuhi lumut dan berbagai tumbuhan yang lain. Oleh kerana keindahan dan keromantisannya yang sangat mempesona, kawah ini kerap dijadikan latar belakang pengambaran film, lukisan, dan juga gambar perkahwinan, menurut satu sumber dari internet.

Seperti di kebanyakan tempat, ..
kawasan ini juga mempunyai lagendanya tersndiri
Sebelum meninggalkan tempat ini kami makan dahulu kerana perut sudah terasa lapar. Kami memesan nasi goreng dari salah sebuah warung yang banyak terdapat di sini. Enak bangat nasinya ... tak sangka dari warung yang sangat simple😊

2. Ladang strawberry California

Ladang ni kecil sahaja dan berada betul-betul di tepi jalan .... terus kami singgah. Ia bukanlah ladang yang 'petik sendiri' yang biasa dikunjungi orang ramai. Kami tidak ada niat pun nak buat aktiviti petik buah kerana sudah pernah memetik strawberry di UK. Tujuan utama menyinggah di sini hanyalah untuk membeli buah strawberry yang segar. Bonus pada petang itu, kami juga dapat membeli buah raspberry.

Warung Strawberry California ... hebat namanya!
Sample strawberry yang ada di ladang ni
Hmm yummy raspberry segar .....
.... jarang dapat buah ni
Ini pokoknya ... 2 orang pekerja sedang memetik buah raspberry
Tanaman lain juga ditanam di sini seperti daun bawang dan leek.
Ladangnya  bertingkat-tingkat mengikut keadaan tanah
Lawatan hari kedua kami habis di sini sahaja kerana hari sudah lewat petang ketika kami keluar dari kebuan ini, tetapi sebelum pulang ke hotel, kami meminta Pak Tatang membawa kami ke Kedai Kartika Sari terlebih dahulu untuk membeli ole-ole dari Bandung.

Kartka Sari ... menjual berbagai jenis
 kuih dan jajan tradisional ... khas dari Bandung