Wednesday 4 November 2015

Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)

Bursa juga dikenali sebagai Green Bursa atau Yesil Bursa dalam bahasa Turki. Gelaran "hijau" ini didapati daripada kehadiran taman-taman yang banyak terdapat dalam bandar dan juga kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah kawasan pengeluar buah-buahan. Bursa dikenali sebagai pengeluar buah peach di Turki. Bursa adalah tempat asal "Iskandar Kebab" yang merupakan salah satu hidangan dari Turki yang terkenal di dunia.  Satu lagi jenis makanan yang terkenal di sini ialah sejenis pencuci mulut yang dipanggil "Kestane Sekeri". Sebuah cerita rakyat yang mempunyai watak  terkenal (Karagöz dan Hacivat). yang dipertontonkan dalam pertunjukkan wayang kulit juga berasal dari Bursa. 

Di zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah Bursa menjadi pusat pengumpulan dan perdagangan sutra utama bagi Turki dan mungkin juga dunia.  Sutra-sutra yang dibawa dari negara luar  melalui "Silk Roadakan dibawa ke "Silk Market" atau Koza Han. Di sinilah para pedagang dan petani membuat tawar-menawar untuk barang dagangan mereka.. Kini pasar sutra ini tidak lagi berfugsi sedemikian tetapi ia masih menjadi tarikan utama para pelancong yang mengunjung ke Bursa. 

Terdapat begitu banyak sekali kedai-kedai yang menjual sutra di sini. Kami dibawa ke Yelsi Carsi Bazaar yang menjual beranika barang, termasuklah sutra. Agak menghairankan kerana kami tidak mempunyai satu foto pun yang menunjukkan kami berada di sini. Kemungkinan kami terlalu fokus  dengan aktiviti membeli-belah sehingga  terlupa mengambil foto sebagai kenangan. Saya teringat pada petang itu kami mengambil masa yang agak lama mencari beg tangan yang baharu kerana beg tangan lama saya terputus talinya ketika dalam kapalterbang lagi. Tidaklah mudah mencari barang apabila kita mempunyai bajet yang ketat. Lagipun selalunya apabila kita melancong dalam kumpulan, masa juga amatlah terhad.....tidak boleh berlengah-lengah di satu-satu tempat begitu lama.


Di sinilah kami membeli belah......gambar ihsan Mr Google
 Ini tag yang masih melekat di lapik meja sutra yang dibeli
Barang yang dibeli, dari kiri atas ....... beg tangan sutra,
kapal hiasan porselin, alas meja sutra dan fridge magnet porselin
Uludag.....pusat sukan musim sejuk
Oleh  kerana Bursa adalah ibunegara Uthmaniah yang pertama, ia kaya dengan tinggalan sejarah Islam seperti masjid dan makam-makam Sultan. Hari ini kami sempat menziarahi 2 buah masjid utama Bursa dan sebuah makam, iaitu masjid Ulu Cami ( masjid Jamek Besar), masjid Yesil Cami (masjid Jamek Hijau) dan makam Sultan Muhammad 1.


Masjid Ulu Cami (Grand Mosque)

Foto from picsturkey.com.......Ulu Cami
 Ulu Cami, or the Great Mosque, was built between 1396 and 1399 by sultan Yildirim Bayezit I. Before a battle at Nicopolis, Beyazit had vowed to erect twenty mosques in Bursa should he be victorious. Afterwards he might have forgotten the vow, or did he at least pretend to not remember exactly what he had vowed. All he built was one mosque but with twenty small domes instead of one big. These domes are supported by 30 pillars. The large central hall measures 63x50 metres. It was built in limestone. The mosque was burnt down by Tamerlane in 1402 and damaged by fires and by the earthquake in 1855.

Ulu Cami (the Great Mosque) was, indeed, great. It was flanked by two high minarets. Inside you feel insignificant. The most stunning were the 192 signs of calligraphy (in Arabic alphabet) over its walls, pillars and plates, presenting the ninety names of Allah in Diwani and Kufic script written by the famous Ottoman calligraphers of that period. The mosque has one of the greatest examples of Islamic calligraphy in the world. Many consider that the Arabic calligraphy inside that mosque is the most beautiful of the world.


Bahagian luar masjid Ulu Cami....tersergam indah





Bahagian dalam masjid.....tiang dan dinding dipenuhi dengan tulisan khat
Pancutan Air di dalam masjid sebagai tempat mengambil wuduk....
perhatikan susunan tuala di belakang yang disediakan untuk mereka yang
 memerlukannya...,,,,.satu amalan biasa di masjid-masjid Turki
Masjid Yesil Cami (Green Mosque)


Walaupun Ulu Cami adalah masjid yang terbesar di Bursa, namun dalam kontek senibina, Yesil Cami adalah yang terbaik di Bursa. Ia memperlihatkan contoh peralihan dari gaya senibina "hypostyle" Seljuk seperti yang terdapat di Ulu Cami ke senibina kubah besar seperti masjid-masjid di Edirne dan Istanbul. 

Masjid ini telah dibina oleh Sultan Muhammad 1 Celebi dan siap sepenuhnya pada tahun 1424. Ia mendapat namanya dari jubinnya yang berwarna  hijau kebiruan, yang terdapat di bahagian dalam masjid. Masjid ini dibina di atas sebuah tanjung yang tinggi mengadap lembah yang kini berselerakan dengan bandar-bandar.

Pintu besar utamanya, yang dibuat dari ukiran marmar, pernah satu masa dahulu ditutupi dengan anjung yang bertiang tetapi struktur ini bersama sebahagian besar masjid telah musnah akibat gempa buni pada tahun 1855. Bahagian utama masjid telah dibina semula seperti asal tetapi bahagian anjung tidak dibina.

Di atas pintu utama inilah terletaknya ruang khas untuk Sultan. Ia boleh dinaiki melalui tangga kecil di dalam masjid tetapi ianya tidak dibuka kepada umum. Ruang tengah dibawah kubah besar diapit di kiri dan kanannya oleh bilik-bilik yang digunakan untuk solat dan juga urusan kerajaan Uthmaniah. Ruang solat utama ialah bilik yang mempunyai mihrab setinggi 49 kaki mengadap pintu utama.

Yasil Cami bahagian dalam....di tengah-tengah masjid ini
juga ada sebuah pancutan air tetapi tiada lagi digunakan
Yesil Cami ....... bahagian luar
Yesil Cami dan Yesil Turbe berada dalam satu kompleks
Gambar dari http://www.goruklehaber.com
Masjid ini sebenarnya berada dalam sebuah kompleks yang lebih besar. Kompleks ini menempatkan sebuah masjid, makam. madrasah, dapur dan hammam (tempat mandi). Hari ini kami hanya melawat, selain daripada masjid, makam Sultan Muhammad 1 yang lebih  dikenali sebagai Yesil Turbe atau Green Tomb.

Yesil Cami dikelilingi sebuah taman yang luas dan cantik. Di satu sudut taman inilah letaknya makam Sultan Muhammad 1 yang telah meninggal dunia di Erdine pada Mei 1421. Jenazahnya telah dibawa pulang ke Bursa 40 hari kemudian dan ditanam di sini. Beliau adalah raja empayar Uthmaniah yang ke-5.

Sepertimana masjid, Yesil Turbe juga memperolehi namanya daripada warna jubin asal yang digunakan untuk menghiasi bahagian luar bangunan.. Kini warna biru yang kita lihat di luar bangunan adalah dari jubin yang baharu ditambah selepas gempa bumi 1855.Bangunan makam ini menempatkan kubur Sultan Muhammad 1 dan ahli keluarganya.

 Taman berdekatan masjid......tempat wargakota berlepak-lepak
sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah
Keadaan dalam Yesil Turbe
Pintu masuk Yesil Turbe
Ini sahaja aktiviti kami di Bursa. Insya Allah akan bersambung dengan aktiviti di hari ke-2 iaitu di Pamukale. Semasa di Bursa kami bermalam di Buchman Hotel



No comments:

Post a Comment