Friday 24 March 2017

Saigon - "Pearl of the Orient"?

Benarkah jolokan Saigon sebagai kota "Mutiara dari Timor Jauh" ini? Ada yang mengatakan bahawa gelaran ini pernah diberi kepada Saigon ketika era kegemilangannya di antara 1954-1975, tetapi kini tidak lagi. Namun ada juga yang masih menganggap jolokan ini terpakai sehingga ke hari ini. Kedua-dua pendapat ini mungkin benar, bergantung pada sudut mana kita melihatnya. Jolokan yang diberi itu pun masih boleh dipertikaikan.  Apakah gelaran itu benar-benar bertepatan dengan keadaan Saigon atau Ho Chi Minh, ketika itu? Mengapa tidak diberi jolokan itu pada bandar-bandar lain seperti Kuala Lumpur atau Singapura atau Bangkok atau pun Jakarta? Ianya hanya gelaran yang diberi mengikut andaian mereka yang berada di Saigon ketika itu, yang mungkin tidak pernah sampai pun ke bandar-bandar lain di rantau ini.

Saya berpeluang melancong ke bandar tersebut pada 30 Oktober 2015. Inilah kali pertama saya dan suami menjejak kaki ke bumi Vietnam. Sebenarnya saya mengikuti suami yang bertugas di sana sebagai pengiring kepada pelajar-pelajarnya yang membuat program mobiliti ke bandaraya Ho Chi Minh ( HCM ). Boleh dikatakan ianya aktiviti "2 in 1" atau bak kata pepatah Melayu "Sambil menyelam minum air". Oleh kerana itu, tempat yang dilawati agak terhad kerana sebahagian dari masa yang ada terpaksa diisi dengan program universiti.

"Percutian" kami ini diurus sepenuhnya oleh ejen pelancongan. Ini merupakan kali kedua kami  melancong melalui sebuah ejen. Semua program berjalan baik tanpa sebarang masalah - makanan yang sedap, bilik yang sederhana selesa. bas yang elok serta pemandu yang cekap dan pemandu pelancong yang sangat peramah dan rajin berceloteh.

Jom ke sana!


Perkara pertama yang menarik perhatian saya ketika berada di bumi Saigon ini ialah bilangan motosikal yang berada di atas jalanraya bandaraya ini. Dikatakan di Saigon sahaja ada lebih dari 5 juta buah motosikal. Saya melihat keadaan ini dari atas bas. Ada kalanya pergerakan motosikal-motosikal ini bagaikan pergerakan semut, terutama selepas lampu trafik menghijau semula, kerana jumlahnya yang begitu banyak sekali dalam satu masa.

Nampak tu ........ motosikal menguasai jalanraya!

Ini videonya

. Seperkara lagi yang amat berbeza dari negara kita ialah cara warganya melintas jalan. Kami bertanya kepada Ha (pemandu pelancong kami) bagaimana cara orang Vietnam dengan selamba melintas jalan yang bertali arus dengan kenderaan. Secara berjenaka dia kata, "Just close your eyes and walk". Lebih kurang begitulah keadaannya setiap kali ingin melintas jalan. Kalau nak tunggu sehingga kenderaan kurang sedikit, memang kita tidak akan berjaya sampai ke seberang jalan. Walaupun begitu kami diberitahu tidak pernah berlaku kemalangan yang besar. Ini kerana mereka tidak membawa kenderaan dengan laju dan pemandunya sangat behati-hati.

Masjid

Tidak pasti  berapa jumlah terkini masjid yang terdapat di HCMC. Mengikut pembacaan saya melalui internet, dianggarkan ada di antara 10 - 12 buah masjid di sini. Kami sempat bersolat di beberapa buah masjid di sekitarnya.

Bersama seorang lagi pensyarah pengiring di depan
Masjid Musulman (Saigon Central Mosque)

Suami bersama sebahagian daripada pelajarnya
di depan masjid Al Rahman

Masjid Jamiul Muslimin.....hanya lalu sahaja

Salah satu aktiviti universiti di sini ialah membuat khidmat masyarakat. Mereka telah memilih sebuah perkampungan orang Islam di pinggir HCMC. Di kampung ini ada sebuah masjid yang bernama Masjid Jamiul Anwar, yang juga menempatkan sebuah Madrasah di bangunan yang sama, iaitu Madrasah Al Nur.

Pintu Gerbang ke kawasan perkampungan orang Islam
Kalau di translate ke BI maknanya "Cultured Quarter"
Penempatan orang Islam ini agak sesak dan padat ....
mempunyai lorong-lorong sempit yang hanya boleh dilalui motosikal,
di kiri dan kanannya pula deretan rumah serta kedai
Menyantuni salah seorang penduduk kampung ......
 kebetulan berada di hadapan rumah  ketika kami melintas rumahnya

Suasana kampung di salah satu lorong pada petang 1 Nov 2015 ....
 jalan yang masih basah kerana baru lepas hujan

Anak-anak yang belajar di Madrasah Al Nur....
mereka datang dari seluruh pelosok Vietnam dan negara jiran

Uniknya madrasah ini, kerana ia menggunakan buku teks dari Malaysia dalam pengajarannya. Sudah pasti ianya dalam bahasa Melayu, walaupun ada di kalangan murid-muridnya tidak fasih berbahasa Melayu. Bolehlah kita bandingkan dengan situasi sekolah kita, pada suatu masa dahulu, yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajarannya .... bukan semua murid kita pandai berbahasa Inggeris.

Universiti

Di Saigon ada lebih daripada 80 buah universiti dan kolej. Penduduknya pula berjumlah lebih daripada 10 juta orang. Ada 2 buah universiti yang dilawati oleh pelajar suami saya iaitu HCMC University of Science and HCMC Universiry of Technology.

Bergambar kenangan di depan HCMCUS
Lawatan pada hari pertama - 30 Okt 2015
 Faculty of Electrical and  Electronics Engineering
HCMC University of Technology - hari terakhir lawatan (2/10/2015)
Aktiviti lain kami adalah seperti aktiviti pelancong biasa - berperahu di anak Sungai Mekong, membeli belah di Ben Thanh Market serta kawasan sekitarnya, berjalan-berjalan di pusat bandar dan paling istumewa adalah menonton Water Puppet Show. Kami berdua sahaja yang pergi ke sini.

Insya Allah kita berjumpa di lain entri!