Saturday 19 September 2020

Jalan-jalan di China - Berbuka di Restoran Lee's Hotpot Nanjing

 Pada 11 May 2019 sekali lagi kami ke kota Nanjing di sebelah petang selepas suami selesai menyampaikan ucapannya di seminar yang dihadiri. Tujuan kami ke sini adalah semata-mata untuk mencari kedai makan halal supaya kami boleh berbuka di situ. Lawatan ini dibuat pada awal bulan Ramadhan 1440 H.

Holiday Inn Nanjing Qinhuai South

Semasa di Nanjing kami tinggal di  Holiday Inn Nanjing Qinhuai South. Hotel yang kami duduki ini berada di daerah  Jiangning Nanjing walaupun pada namanya ada nama daerah Qinhuai ( jenuh nak faham ... ingatkan ia berada di daerah Qinhuai😄)   Hotel ini baharu dibuka pada 2017 dan terletak di "Nanjing Future SCI-TECH City". Kedudukannya  agak jauh dari pusat bandar, lebih dari setengah jam perjalanan dengan kereta. Walaupun begitu ia berdekatan dengan Mozhou East Road Metro Station (Line 3). Ini memudahkan kami untuk bergerak ke mana-mana.

😀😀Bila mendaftar masuk di kaunter .... terpampang nama
yang sangat berbeza ,,, JI (Jinjiang Inn)

Petang itu sebelum ke stesen metro kami berjalan-jalan sebentar di kawasan ini. Bandar ini masih baharu dan nampak cantik serta bersih.

Nanjing Future SCI-TECH City ... dilihat dari atas

Bandar ini tidak sibuk ... kelihatan tenang


Di China banyak terdapat basikal dan motor 
yang ditambah bumbung .... antara kenderaan popular di sini

Kawasan persekitaran yang nampak elit

Ok, jom ke restoran pulak!
Kami jumpa restoran ini secara kebetulan ... berjalan-jalan sambil mencari-cari restoran halal dengan berpandukan 'goole map'. Kalau mengikut terjemahan dari google, namanya dalam bahasa Inggeris berbunyi seperti Lee's Hotpot Restaurant Nanjing. Ia sebuah restoran kecil dan berkonsep tradisional yang menyediakan tempat makan di atas kaunter sahaja yang dikongsi beramai-ramai. Nasib baik petang itu masih ada tempat duduk kosong😊 untuk kami berdua.

Dari jauh nampak simbol bulan sabit .... terus tuju ke sini

Seperti yang telah saya sebut di post-post sebelum ini, masalah utama apabila berada di negara China ialah masalah berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Rata-rata kesemua mereka tidak tahu langsung berbahasa Inggeris .... 100% mengguna bahasa China. Macam mana nak pesan makanan? Akhirnya pakai tunjuk-tunjuk gambar di papan menu sambil mengharapkan dapat hidangan yang sedap. Tidak berani pesan banyak-banyak .... takut tak termakan😝. Syukur Alhamdulillah, apa yang dipesan hari itu sangat menyelerakan 😋. Entah bagaimana kami juga berjaya memesan salah satu menu tradisional khas dari restoran ini.
Pesan makanan dengan cara menunjuk  kepada
 salah satu daripada gambar di atas
Kalau diterjemah ke BI menu ini dipanggil  "beef casserol"
 tetapi saya panggil 'hotpot beef noodle soup'
Lee Beef Pot Stickers - masakan khas Nanjing
Emmm .... memang sedap😋

Terjemahan dari poster di sebelah kiri bawah gambar ...
Maklumat pada poster dan juga video yang dipasang di dinding restoran
menceritakan keistimewaan 'kuih' ini ...... Lee's Hotpot Stickers

Pot Stickers ini juga dikenali sebagai Chinese Pan Fried Dumplings atau Chinese Dumplings sahaja. Dumpling merupakan salah satu jenis dim sum. Ia biasanya terdiri dari daging cincang, ditambah dengan sayur-sayuran yang dibungkus dengan selembar kulit yang dibuat dari adunan tepung. Jenis dumpling pun bermacam-macam, misalnya Jiaozi, dumpling ini berisi daging cincang dan sayuran biasanya dimasak dengan cara direbus dan memiliki kulit yang tebal.

Potstickers pula adalah dumpling yang proses memasaknya dengan cara 'pan fried', di mana dumpling dimasak di dalam kuali leper menggunakan air dan minyak hingga air kering dan bahagian bawah dumpling menjadi berwarna keemasan dan rangup tetapi lembap ber'juicy' inti di dalamnya.

Cuba lihat cara memasaknya yang sangat menarik dalam video di bawah:



Kota  Nanjing ..... ptg 11 May 2019

Ini pada sebelah malamnya selepas
selesai berbuka puasa
Alhamdulillah ... Nanjing memberi kenangan yang indah kepada kami yang baru pertama kali menjejak kaki ke negara China.