Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Saturday 5 June 2021

Novel ISABELLA

Cordoba-April 2006
                                                                                                                                                                         


ISABELLA
sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian
oleh Maulana Mohammad Saeed
terjemahan Abdullah Hussain

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .....

BAB 1 Taman Yang DiBerkati

Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya, berbeza sedikit dari Taman Firdausi. Taman ini selalu dibanjiri oleh para pelancong jauh dan dekat. Pada suatu petang yang damai di salah satu sudut taman itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki muda yang kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka sedang tenggelam di dalam satu perbincangan agama yang serius.

Hari semakin petang dan matahari sudah hampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yang pulang ke sarangnya menimbulkan suasana riang kepada orang-orang yang lalu-lalange. Sorang gadis kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai Isabella kebetulan duduk bercengkerama dengan beberapa orang kawannya di sebalik serumpun tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua lelaki muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan kawan-kawannya untuk menikmati keindahan alam semula-jadi. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Orang-orang bangsawan termasuk para paderi banyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin mengambilnya sebagai isteri untuk menjadikan hidup mereka bahagia dan gembira. Tetapi keinginan mereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella yang mahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu Nabi Isa, hidup membujang sampai ke akhir hayat, mengabdikan dirinya kepada Jesus Kristus. Dia tidak bermaksud memberi suami kepada anaknya itu tetapi sebaliknya mendidiknya dengan ilmu agama sehingga Isabella dalam usia semuda itu telah mahir dalam berbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan keagamaan dan sangat mengambil perhatian berat di dalam perbincangan- perbincangan yang mengenai ilmu ketuhanan.

Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya itu terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata ''padahal paderi-paderi Kristian''. Dia lalu dengan berhati-hati memasang telinganya.

Pada waktu itu, kedua orang lelaki muda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahwa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.Salah seorang pemuda itu berkata, "Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu?" Terdengar ketawa kecil kawannya. "Umar, sahabatku. Engkau mahu aku menerangkan kepadamu padahal paderi-paderi Kristian sendiri ...."

Waktu itulah Isabella sedang mendengar percakapan itu. Dia lalu berkata kepada kawan-kawannya, "Nampaknya orang-orang di sebelah kita ini sedang memperkatakan tentang agama kita. Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata." Salah seorang kawannya menyampuk dengan nada sinis, "Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya." "Diamlah!" herdik Isabella. "Nanti mereka tahu kita ada di sini. Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata."

"Apa maksudmu, paderi-paderi Kristian sendiri. Apakah mereka juga tidak memahaminya? Apakah mereka itu menganut agama Kristian hanya secara membuta tuli saja?" tanya orang yang bernama Umar. Namanya yang lengkap ialah Umar Lahmi seorang terpelajar yang terkenal di kalangan cendekiawan agama.

"Cubalah ajukan pertanyaan itu kepada paderi yang terkemuka dan dengar apa jawabannya. Tetapi sebelum itu terangkan lebih dulu kepadaku apakah yang menyebabkan tuan tidak bersetuju dengan kata-kata St. Paul itu!" ujar Maaz, demikian nama seorang lagi.

Sambil memandang muka sahabatnya, Umar Lahmi berkata, "Bukan aku tidak bersetuju tetapi aku hanya mahu memahaminya saja. Tuan seorang yang banyak bergaul dan bercakap dengan orang-orang Kristian. Tuan juga banyak banyak membaca kitab-kitab mereka. Maka sebab itulah aku meminta penerangan daripada tuan. Menurut pendapatku apabila hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Nabi Isa datang mahu menyelamatkan penganut-penganut agama Kristian dari kutukan itu maka pencurian, penzinaan, penderhakaan kepada ibubapa seharusnya dapat dibenarkan di dalam agama Kristian meskipun barangkali tidak ada orang Kristian yang percaya tentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu."

Maaz agak kebingungan sejurus mendengar kata-kata sahabatnya itu. "Bagaimana boleh pencurian dan penzinaan dikaitkan dengan hukum-hukum agama menjadi satu kutukan? Aku tidak berapa faham dengan maksud tuan."

"Apa yang aku maksudkan," jawab Umar Lahmi, "ialah di dalam Kitab Perjanjian Lama, hukum-hukum agama memerintahkan bahwa kita tidak boleh mencuri, tidak boleh berzina, tidak boleh menimbulkan kesukaran kepada tetangga, tidak boleh derhaka kepada orangtua dan lain-lain lagi. Apabila seluruh hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan, maka mematuhi perintah-perintahny a juga merupakan satu kutukan karena perintah-perintah itu adalah sebahagian daripada agama, malah ia adalah intisarinya yang sebenar. Jikalau yang dikatakan oleh St Paul itu benar, maka orang-orang Kristian boleh mencuri, boleh berzina dan boleh melakukan dosa-dosa lain. Apabila mereka mematuhi hukum-hukum agama ini maka mereka termasuk orang yang dilaknat dan orang-orang Kristian yang menentang pula dapat dihukum bersalah kerana mereka tidak mematuhi peraturan-peraturan agama."

Maaz tersenyum kecil apabila sahabatnya itu selesai menghuraikan hujahnya yang panjang lebar itu. Sambil mengangguk-anggukkan kepala, dia berkata, "Agak aneh. Tuan mahu aku menjelaskan perkara yang sama yang seringkali aku kemukakan kepada orang-orang Kristian."

"Apa?" Umar Lahmi agak terperanjat mendengar kata-kata Maaz itu. "Tuan juga telah bertanya kepada mereka? Jadi, apa jawaban mereka?"

"Mereka cuba memberi penjelasan tetapi terlalu membingungkan. " jawab Maaz.

Sebaik saja Maaz selesai bercakap, dari menara masjid yang berhampiran dengan taman kedengaran suara azan maghrib dilaungkan oleh muazzin yang merdu dan amat syahdu. Kedua-dua orang sahabat itu pun bangun dari duduknya, menuju ke sebuah tempat air untuk berwuduk dan kemudian menuju ke masjid untuk ikut berjemaah bersama-sama dengan saudara-saudara Muslimin yang lain.

Isabella yang sejak tadi mengintai mendengar perbincangan Umar Lahmi dan Maaz merasa amat terkilan apabila kedua-dua orang itu bangun secara tiba-tiba meninggalkan tempat itu. Dia mendengar percakapan kedua orang itu dengan penuh minat apatah pula dia memang sangat tertarik dengan soal-soal yang berhubungan dengan ketuhanan dan dapat pula membuat penilaian terhadap penentangan yang dikemukakan oleh kedua orang muda itu. Dia cuba mencerna persoalan itu dan mencari jawaban kepada pokok perbincangan yang ditimbulkan tetapi ternyata tidak berdaya. Akhirnya dia mengambil keputusan akan mengemukakan hal tersebut kepada bapanya. Setelah membuat keputusan itu, dia mengajak kawan-kawannya pulang.

Isabella berpisah dengan kawan-kawannya di satu persimpangan jalan. Dia berjalan menuju ke pintu gerbang sebelah timur Cordova.

BAB 2 Masalah Yang Kacau

Apabila sampai di pintu gerbang sebelah timur kota itu, Isabella, anak gadis yang masih muda dan cantik itu mengambil jalan yang membawanya lurus ke Qasrus Syuhada.

Kerajaan Islam pada masa itu telah mengeluarkan biaya yang banyak bagi memperindahkan seluruh negeri Sepanyol. Jalanraya di kota Cordova diperluas dan dibina dengan binaan yang baik, dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik pada jarak yang dekat, sehingga menyilaukan mata memandang. Seperti yang pernah dikatakan orang, kita boleh berjalan sejauh dua puluh lima kilometer di bawah cahaya lampu jalan yang benderang serupa itu. Isabella berjalan perlahan-lahan dengan penuh keanggunan di atas jalanraya yang lebar dan bermandikan cahaya lampu. Dia menuju ke Qasrus Syuhada ke arah rumah kediamannya dengan kepala yang berat berisi pertanyaan. Namun hayunan langkahnya tetap teratur sebagai gadis terhormat.

Pada kebiasaannya, dia akan singgah di rumah teman-teman yang dekat apabila dia pulang dari bersiar-siar pada petang hari serupa itu tetapi kali ini dia terus menuju ke rumah dan kelihatan seperti tenggelam dalam suatu fikiran yang merunsingkan.

Kira-kira setengah jam kemudian, dia pun sampai di pintu gerbang rumah yang juga seperti sebuah istana. Orang gaji sedang menunggu di muka pintu untuk menyambut ketibaannya. Sambil menjawab dengan ringkas akan pertanyaan orang gaji akan sebab-musabab dia lambat pulang, Isabella terus masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan diri ke atas sebuah kerusi malas. Dia mencapai sebuah kitab lalu membaca.

Orang gaji, setelah menyambut Isabella, terus ke dapur menyediakan makan malam. Meja makan dikemas dan hidangan diletakkan di atas. Setelah itu, dia memanggil Isabella tetapi Isabella tidak menyahut karena terlalu asyik dengan kitab yang dibaca. Kitab yang sedang ditelaah itu ialah Kitab Injil dan perhatiannya khusus ditujukan kepada surat-surat St Paul yang menuduh hukum-hukum agama sebagai satu kutukan. Dia membaca surat-surat itu berulang-ulang tetapi tidak mendapat jawaban kepada kesangsiannya malah semakin kacau setiap kali dia membaca. Apabila otaknya terasa penat, dia meletakkan kitab sambil membuat keputusan akan bertanya kepada bapanya saja. Sudah tentu bapanya dapat memberikan penjelasan yg sangat memuaskan.

Pada fikiran Isabella masalah itu tidaklah terlalu sukar sehingga tidak dapat dihuraikan. Andaikata dia menemui jalan buntu, bapanya tentu dapat menolong karena bapanya ialah seorang terpelajar agama yang tidak ada dua di negara Sepanyol.

Setelah tenang kembali barulah dia keluar ke ruang makan dan makan seorang diri sambil dilayan dengan penuh hormat oleh orang gaji. Isabella kembali mentelaah Kitab Injil sebaik saja kembali ke bilik. Dia membaca kitab itu sampai tertidur dan tidurnya pula amat nyenyak hingga ke pagi.

Isabella bangun agak awal karena dia mesti pergi ke gereja. Pagi itu pagi Minggu. Waktu pulang dari gereja dia dipanggil bapanya dan bertanyakan Kitab Injil yang dibacanya tadi malam. Isabella sedang terlibat di dalam pembelajaran tentang pemahaman makna hakiki metafizika.

Isabella menemui bapanya di bilik bacaan yang besar yang dipenuhi dengan berbagai-bagai buku. Dicapai tangan kanan bapanya lalu dicium.

"Sila duduk anakku." kata bapanya sambil memberi isyarat dengan tangan. Isabella mengambil sebuah kerusi dan duduk tidak jauh dari bapanya.
"Sampai ke mana sudah pelajaranmu? " tanya bapa Isabella sambil merenung muka anaknya.
"Saya sudah membaca Jonah 21, Bab 3. Kalau bapa memberi izin, saya ingin bertanya karena saya belum lagi dapat mencari jawaban."
"Sudah tentu, anakku. Tanyalah dan bapa akan menjawab." ujar bapa Isabella dengan perasaan gembira melihat kecerdasan anaknya.
"Dua Belas Firman Tuhan yang Tuhan firmankan kepada kita di dalam Perjanjian Lama melalui Nabi Musa, apakah itu ada mengenai dengan hukum-hukum agama?"
"Ya, semua itu ada berkaitan dengan hukum-hukum agama." jawab bapa Isabella dengan perasaan agak hairan sedikit tentang pertanyaan anaknya itu.
Isabella diam sejurus sambil mengangguk-anggukkan kepala. Kemudian dia bertanya lagi.
"St Paul ada berkata di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan, betulkah begitu, bapa?"
"Memang benar. Hukum-hukum agama itu adalah satu kutukan dan untuk menyelamatkan kita daripada itu, Jesus Kristus diturunkan ke dunia ini dan disalib."
"Jadi jelaslah sekarang bahwa hukum-hukum agama itu satu kutukan dan begitu hebat kutukan itu maka Jesus Kristus turun ke dunia ini untuk membuangnya dan kemudian dia disalib." Isabella mengulangi.
Kemudian dia menyambung, "Kalau begitu bererti mematuhi hukum-hukum agama itu pun satu kutukan jugalah, bapa?"
"Memang benar ia satu kutukan dan orang-orang Kristian sekarang sepatutnya daripada mengikut hukum-hukum agama, adalah lebih baik mengimani Jesus Kristus karena hukum-hukum agama hanya sah berlaku sehingga Tuhan Jesus belum disalib."
"Jadi bolehlah kita mencuri?"
"Apa ada kaitan dengan hukum-hukum agama? Anakku, sebelum kau membuat pertanyaan, fikirlah dulu masak-masak kerana kalau ada orang lain mendengar, mereka akan mengatakan kau ini anak yang bodoh."
"Maafkan saya, bapa." ujar Isabella sambil merendahkan suara. "Barangkali pertanyaan yang saya kemukakan itu tidak begitu jelas. Apa yang saya maksudkan ialah di antara firman-firman itu yang baru bapa katakan, adalah bahagian daripada hukum-hukum agama. Salah satu daripadanya ialah kita tidak boleh mencuri dan yang satu lagi kita tidak boleh menindas tetangga kita dan yang ketiga kita tidak boleh menderhakai ibubapa kita. Semua perintah ini masih menjadi bahagian daripada 'hukum-hukum agama' yang menurut St Paul merupakan satu kutukan. Jadi, mematuhi Firman-Firman Perjanjian Lama ini iaitu tidak mencuri, tidak berzina ialah sesuatu yang dibenci sementara tidak mencuri dan tidak menganiaya ibubapa pula satu kutukan."
"Anakku," kata bapa Isabella, "kau sebenarnya belum begitu faham betul tentang kedudukan hukum-huum agama. Tapi, cubalah beritahu aku siapa gerangan yang telah memasukkan pertanyaan bodoh serupa itu ke dalam kepalamu. Syaitan manakah pula yang menyebabkan kau ragu-ragu begini?"

Isabella sebagai anak yang baik lalu menceritakan kepada bapanya tentang perbincangan dua orang Muslim yang dapat didengarnya di taman petang kelmarin. Setelah mendengar keterangan anak yang disayangi itu, bapa Isabella pun berkata dengan suara rendah membujuk.
"Anakku," katanya "kau telah tahu benar bahwa orang-orang Muslim itu ialah orang-orang kafir dan sentiasa menentang agama suci kita. Mereka mengkritik kitab-kitab suci kita kerana fikiran mereka telah dihasut syaitan."
Dia berhenti sejenak. Memandang muka anaknya untuk melihat reaksi dari keterangannya. Kemudian dia menyambung.
"Kau patut bertaubat segera dan berjanji tidak akan mendengar percakapan mereka itu lagi. Mereka orang-orang Muslim tidak beriman dan selalu menuduh agama yang benar orang lain. Tahukah kau, anakku, apakah agama mereka itu? Pertumpahan darah ialah pekerjaan yang patut dipuji dalam agama mereka. Cuba lihat! Mereka menyerang negara kita, Sepanyol dan membunuh beratus-ratus orang yang tidak berdosa. Sesudah itu, mereka paksa pula agama mereka kepada kita. Aku tahu tentang kecaman-kecaman yang kau telah dengar dari orang-orang Muslim itu. Kalau kecaman itu daripada fikiranmu sendiri maka dapatlah aku membersihkannya tetapi bagaimana aku akan menjawab kepada mereka?"

Isabella menyesal kerana dia telah menyebut tentang orang-orang Muslim itu. Kalau tidak, masalahnya telah dapat diselesaikan. Satu idea tiba-tiba melintasi di fikiran.
"Baik aku tanyakan masalah ini kepada guruku. Aku selalu bertanya kepadanya apabila menghadapi sesuatu masalah dalam pelajaran," kata hatinya.

Keesokan hari, Isabella pun menjumpai guru yang bernama Michael lalu mengemukakan pertanyaan yang sama. Gurunya dengan penuh keyakinan merasa bahwa dia boleh menerangkan masalah yang dihadapi oleh muridnya. Jawabannya pasti dapat menghilangkan semua keraguan Isabella.

Penjelasan Michael tidak dapat memenuhi rasa ingin tahu Isabella. Dia mulai sedar bahwa keraguan itu timbul bukan kerana daya pemahamannya yang kurang tetapi masalah itu sendiri ialah satu masalah berat yang bukan saja untuk dirinya malahan juga untuk cendekiawan Kristian. Di sinilah bermula timbul rasa curiganya terhadap dasar-dasar lemah dalam ajaran Kristian. Kecurigaan itu semakin memberat di dalam fikiran.

Terus membaca di Novel Isabella

Tuesday 1 June 2021

Aina Salahuddin - Mencari Salahuddin

KISAHNYA menjadi sumber inspirasi kepada seluruh umat Islam terutamanya di Palestin. " Aina Salahuddin?" menjadi laungan jihad sebahagian umat Islam di sana.

Siapakah Salahuddin yang dicari? Mengapa namanya dijulang oleh pejuang-pejuang Palestin? Mengapa sosok ini dikaitkan dengan pembebasan Palestin dan mengapa mereka mencarinya?

Salahuddin yang dimaksudkan ialah Yusuf bin Najmuddin al-Ayyubi atau Sultan Salahuddin Ayyubi. Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin (1137 - 1193) berbangsa Kurdi yang berasal dari Tikrit Iraq. Beliau adalah pengasas Dinasti Ayyubiah yang berkuasa di Mesir, Syria,sebahagian Yaman, Iraq, Mekkah Hijaz dan Diyar Bakr. Namanya sehingga kini terpahat sebagai panglima yang telah menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib.

Tentera Salahuddin bertempur dalam 'Peperangan Hattin' melawan tentera Salib pada tahun 1187. Peperangan demi peperangan telah berjaya dimenangi oleh tentera Salahuddin sebelum mereka tiba di Juruselam. Salahuddin dan pasukannya berhasil menakluki kota-kota penting seperti Acre/Akko (10 Julai), Tyrus (14 Julai), Toron (26 Julai), Sidon (29 Julai), Gibelet (4 Ogos), Beirut (6 Ogos) dan Ashkelon (5 September).

Pertempuran bersejarah pada 1187 ini menghasilkan kemenangan Salahuddin, tepatnya 88 tahun setelah tentara Salib merebut Palestin dari penguasa Muslim. Tarikh 28 Rejab 583 H ( Jumaat - 2 Oktober ) adalah antara tarikh bersejarah bagi umat Islam, iaitu tarikh pembebasan Masjidil Aqsa dari genggaman Kristian. Mereka menurunkan semua lambang salib dan menggantikan dengan bendera Islam serta mengerjakan sembahyang jemaah di dalam Masjidil Aqsa selepas lebih 80 tahun tidak boleh berbuat demikian.

Salahuddin adalah seorang jenderal dan mujahid muslim. Di dunia Islam dan Keristian beliau dikenali kerana kebolehan sebagai ketua, ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesatriaan dan belas kasihannya  terhadap musuhnya di Perang Salib. Salahuddin al-Ayyubi adalah pahlawan paling mengagumkan yang pernah dipersembahkan oleh peradaban Islam sepanjang abad ke-6 hingga ke-7 Hijriah. Berkat Salahuddin, umat dan peradaban Islam terselamat dari kehancuran akibat serangan dari kaum salib.  Perjuangannya penuh dengan tekad dan tenaga, sepertinya tidak pernah penat, perang demi perang, suatu kuasa yang menakjubkan di zamannya. Pahlawan yang dapat menggoncangkan dunia apabila di medan peperangan.

Salahuddin merupakan sosok tauladan sepanjang masa dan sepanjang musim, baik di Eropah mahupun di seluruh dunia Islam. Kisah Salahudin bukan sahaja mengenai penaklukan Jerusalem, Perang Salib 3, penggabungan Syria dan Mesir, malah perjalanan politik Salahudin itu juga amat menarik dan beremosi untuk ditauladani oleh semua. Kesanggupannya meninggalkan kerajaan, harta dan keluarganya di Damsyik semata-mata kerana seruan syahid, menginspirasikan kita. Beliau bagaikan singa lapar di medan peperangan hanya kerana ingin menakluk kota suci Baitul Maqdis.

Sumber dari  https://tirto.id
Apakah yang menjadi motivasi beliau untuk mempunyai energi dan semangat yang sedemikian?
Baitulmaqdis yang menjadi rebutan sejak dahulu lagi adalah sebuah kota tiga benua, menghubungkan Afrika, Asia dan Eropah. Salahuddin Al-Ayyubi menyebut, "Sesiapa yang dapat menguasai Palestin, dia boleh menawan dunia". Ketika Salehuddin al-Ayyubi dapat menawan kembali al-Aqsa daripada tentera salib, beliau bernazar untuk meletakkan dua mimbar, satunya di Masjid al-Aqsa dan satu di Masjid Ibrahimiyah di Hebron. 

Ketika Allah memberiku tanah Mesir, aku yakin bahawa Dia juga akan memberikan Palestin kepadaku.” Kalimat itu diucapkan Salahuddin dengan penuh kepercayaan diri setelah berhasil menaklukkan Syria dan Mesir pada 1175. Sultan Salahuddin Al-Ayyubi meyakini Allah telah meletakkan tanggungjawab membebaskan Kota Baitulmaqdis di bahunya dan beliau berazam untuk melaksanakan tugas ini sebaik mungkin.

Bagi Salahuddin, tanah Palestin menjadi penting kerana di sana, tepatnya di Jurusalem, terdapat Masjidil Aqsa yang disucikan umat Islam. Dalam keyakinan Muslim, Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama. Ia Tempat Nabi melakukan perjalanan Isra' Mikraj yang melahirkan perintah salat lima waktu. Pendeknya, merebut tanah Palestin bukan hanya bermakna spiritual bagi Salahuddin, tetapi juga jalan mensahkan dirinya sebagai khalifah besar di Timur Tengah.

Salahuddin Al Ayyubi adalah satu tokoh dalam Islam yang dapat dijadikan tauladan dalam pendidikan karakter. Apakah iktibar atau pengajaran yang boleh kita ambil dari tindak-tanduk beliau? Dari kisah pahlawan merangkap seorang raja, kita dapat mencontohi sikap beliau dalam terus berjuang untuk membebaskan umat Islam dari cengkaman orang Keristian yang kejam.

Persediaan beliau juga sangat mantap. Pelajaran ketenteraan didapati Salahuddin dari pakciknya Asaduddin Shirkuh yang menjadi panglima perang Turki Saljuk. Bersama dengan pakciknya, Salahuddin menguasai Mesir dan menjatuhkan sultan terakhir Dinasti Fatimiyah. Beliau sememangnya seorang penunggang kuda yang cekap dan panglima tentera yang bermatlamat ‘Jihad Fi Sabillillah’. Dari seorang ketua panglima tentera kepada Sultan Nurudin dari Syria hingga menjadi Khalifah  Mesir sebelum diisytiharkan kemerdekaan oleh Kerajaan Abasiyah dan diberikan gelaran Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. 

Salahuddin mempunyai peribadi yang agung. Bukan sahaja sifat kepahlawanannya, tetapi yang utama adalah akhlaknya. Beliau juga adalah pemimpin yang memelihara ilmu pengetahuan, sangat berpengetahuan dalam agama dan sangat warak, menjadi contoh yang baik dalam menepati janji, keberanian dan pemurah.

Stanley Lane-Poole seorang orientalis dan ahli arkeologi dari England berkata,“Sekiranya penaklukan kota Baitulmaqdis menjadi satu-satunya maklumat yang kita ketahui tentang peribadi Sultan Salahuddin, ia sudah memadai untuk membuktikan bahawa beliau ialah seorang penakluk yang paling berakhlak dan paling berjiwa besar di zamannya dan mungkin juga di setiap zaman.” Kisah ini dinukilkan dalam buku Saviours of Islamic Spirit oleh Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi, seorang cendikawan dari India. Beliau  menulis di dalamnya mengenai biografi tokoh-tokoh Islam yang hebat seperti Sultan Salahuddin Al Ayyubi.

Sikap pro-aktif Salahudin dalam menyusun tenteranya banyak membantu pasukannya mencapai kemenangan. Beliau juga dikatakan mengguna beberapa strategi perang yang cocok dengan teori Jeneral Tsun Zu dari benua China yang lahir 500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Selain dari ini, Salahuddin juga tidak lupa mencontohi tektik-tektik berperang dari Nabi Muhammad SAW. Segala strategi dirancang bersama-sama tenteranya. Sikap optimis terhadap janji kejayaan Rasulullah SAW juga membantu mendorong kepada kemenangan.

Peribadinya yang tidak boros dan gemar bersedakah menyebabkan beliau tidak pernah membayar zakat harta kerana hartanya tidak pernah cukup nasab.  Selain itu semasa beliau meninggal dunia, beliau hanya meninggalkan beberapa dinar sahaja serta tidak langsung memiliki sebuah rumah!' Inilah ciri peribadi pemimpin yang ditunggu ummah.

Ingat sepanjang kempen pembebasan Baitulmaqdis dilancarkan, Sultan Salahuddin melalui peperangan demi peperangan sebelum berjaya mengambil semula Baitumaqdis. Kawasan ini digelar Darul Syuhada' kerana sejak dari zaman sebelum Muhammad SAW telah berlaku peperangan kerana agama di Baitulmaqdis. Antaranya, peperangan antara Jalut dan Tholut, Perang Syam'un Al-Ghazi dan kisah Nebuchednizzar yang menghancurkan kota Baitulmaqdis. Kemudian bagaimana kota Baitulmaqdis dihancurkan oleh Titus, tentera Rom pada 70 Masihi.

Dalam konteks hari ini, Israel kembali menguasai Baitulmaqdis dan mengikut sejarah ia adalah kali ketiga penaklukan ke atas kota suci ini dilakukan oleh musuh Islam. Puncanya tetap sama, apabila negara Arab mula berpecah dan sibuk menjaga kepentingan sendiri yang mengakibatkan mereka menjadi lemah dan memudahkan serangan pihak musuh.

Bagaimanapun, apa yang perlu difahami, hak menuntut semula kebebasan Baitulmaqdis, bukan hanya perlu dilakukan rakyat Palestin kerana ia tanggungjawab setiap umat Islam yang berada di muka bumi Allah SWT. Marilah kita sama-sama meneruskan kempen pembebasan Baitulmaqdis dan terus berusaha mencari Salahuddin.

Coretan Sahara M Said
Parit Raja BP
29 May 2021
sempena Kempen PalestinDiHati IKRAM




Tuesday 22 October 2013

Mesir Bergolak...... Rakyat Palestin Merana

Di bawah ini adalah petikan dari satu emel yang disiarkan di laman web resmi PPIM.

Ianya merupakan luahan hati saudara Razali Awang, pemberita TV 3 yang turut ke Gaza dan diceritakan semula oleh salah seorang pendengarnya.

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...  "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas !" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..


Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Ha mas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..


Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas . Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serangngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.


Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
 Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

Emel ini telah ditulis lama sebelum berlakunya revolusi rakyat Mesir menggulingkan Presiden Mubarak. Ingatkan sudah tidak releven lagi apabila bertukar tampuk pemerintahan kepada Presiden Morsi. Alangkah sedihnya apbila melihat keadaan di Mesir sekarang........berlaku putaran jam balik ke 60 tahun yang lalu. Tiap-tiap hari rakyatnya ditembak dan dibunuh oleh askar dan polis  mereka sendiri.



Presiden Morsi yang dipilih secara demokratik telah digulingkan oleh pihak tentera


Rakyat Mesir bangkit menentang pihak kudeta

Pergolakan di Mesir juga memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat Palestin di Gaza. Rafah, satu-satunya pintu mereka ke dunia luar telah kembali ditutup oleh kerajaan kudeta Mesir. Mereka hanya sempat menikmati kebebasan keluar masuk tanpa halangan selama setahun ketika pemerintahan Presiden Morsi. Keadaan penduduk Gaza agak kritikal masa kini kerana kehabisan bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain kerana pintu sempadan yang ditutup yang menghalang kemasukan stok -stok yang baru. Lorong-lorong bawah tanah yang menjadi nadi kehidupan mereka juga telah dimusnahkan oleh pihak kudeta Mesir.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Mesir kembali tenang dan tampok pemerintahan dikembalikan kepada Dr Morsi agar nasib rakyat Palestin dan Syria terbela. InsyaAllah.

Monday 15 July 2013

Mengapa Lelaki Suka Bolasepak?

England dan bolasepak bagaikan lagu dan irama ...... berpisah tiada. Selama beberapa tahun saya dan keluarga tinggal di sana, ianya sedikit sebanyak telah mempengaruhi kehidupan keluarga kami. Mereka, terutama yang lelaki sangat mengambil tahu perkembangan semasa  mengenai dunia bolasepak di sana ...... dari anak yang kecil sampailah ke bapanya.

Di sekolah mereka .mengadakan 'kelinik bolasepak' sebagai aktiviti lepas sekolah untuk murid-muridnya yang berminat.  Aktiviti dalam masa sekolah juga banyak menyentuh perihal bola seperti soalan-soalan kuiz. Apabila tiba musim Premier League, orang di sana tidak bercakap benda lain dah ...... di pejabat, di sekolah, di TV dan di rumah, orang akan bercakap pasal bolasepak. Jikalau ada pasukan 'favourite' yang kalah kepada pasukan bukan pilihan. ianya akan menjadi tajuk perbualan selama beberapa hari......samada di kala bersantai ( macam di kedai kopi kita) ataupun di media perdana..

Antara pertandingan yang berprestij yang menjadi perhatian peminat bola seperti FA Cup, Europa Cup, World Cup dan League Cup. England juga telah melahirkan  kelab-kelab  bolasepak terbaik di dunia seperti kelab Liverpool, Manchester United dan Arsenal yang mempunyai peminat di seluruh dunia.

Oleh kerana minat mendalam ahli keluarga (lelaki) terhadap bolasepak ,bila berkesempatan kami banyak bergambar di lokasi-lokasi yang dimiliki oleh persatuan-persatuan bolasepak UK dan Eropah. Ini adalah koleksi foto yang diambil antara tahun 2003-2006.

Leeds FC stadium, West Yorkshire, UK


Arsenal Highbury stadium, North London


Celtic shop - kepunyaan Celtic FC Glassgow, Scotland

St James Park Stadium -  Newcastle United FC England

Stadium of Light - Sunderland AFC  England


Walkers Stadium - Leicester City FC, UK


Real Madrid FC, Madrid Spain


Stadium Santiago Bernabeu - Real Madrid FC Spain


FCBORTIGA.....Kedai sukan dimiliki oleh FC Barcelona, Spain

Camp Nou football stadium - FC Barcelona, Catalonia Spain


Pernahkah kita terfikir mengapa kebanyakan lelaki sangat suka kepada permainan bolasepak? Tidak kiralah samada mereka benar-benar bermain atau pun hanya sebagai penonton.

Menurut satu kajian, kebanyakan orang lelaki dibekalkan keupayaan mengagak (spatial ability) oleh Allah di dalam otak mereka. Namun keupayaan ini tidak ada pada kebanyakan wanita. Faktor ini juga menjadi penyebab mengapa wanita tidak dapat membaca peta dengan sempurna. Otak yang diimbas menunjukkan keupayaan mengagak terdapat pada bahagian otak kanan lelaki dan itulah kekuatan mereka.

Sebuah kajian pada tahun 1983 menemui empat bahagian di dalam otak lelaki yang aktif semasa aktiviti mengagak ini. Manakala, ia tidak ketara di dalam otak wanita. Jelaslah menunjukkkan bahawa wanita sememangnya tidak berminat untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan jarak, kelajuan dan lokasi. Lagi pula, keupayaan ini memang tidak diperlukan wanita kerana peranan asasnya adalah di dalam rumah.

Bagi orang lelaki, keupayaan ini sangat penting. Mereka sangat berminat menggunakan kemahiran ini dan sangat teruja menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aktiviti mengagak sesuatu. Ini selari dengan hadis Nabi SAW yang menganjurkan salah satu aktiviti anak elaki adalah memanah. Sabda baginda yang bermaksud:

"Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; Dan perintahlah mereka supaya melompat di atas puggung kuda"   (HR Muslim)

Anak-anak lelaki mesti berada di lapangan dan bergerak lasak bersama alam sekeliling untuk dia memanfaatkan anugerah Allah SWT ini. Bukan menghabiskan masa di depan komputer atau iPad sahaja.

Selain daripada melakukan aktiviti lasak, orang lelaki juga amat teruja dan puas apabila melihat lelaki lain mempunyai keupayaan mengagak yang tepat pada sasaran dan masanya. Sebagai contoh, seorang lelakin yang minat bolasepak pasti akan berasa puas dan melonjak kegembiraan apabila mana-mana pemain bijak dan lincah menggelecek, mengumpan dan menyumbatkan bola ke dalam gol.

Malah, kepuasan ini menyebabkan paras hormon testosteron meningkat di dalam dirinya. Kerana itulah,kebanyakan lelaki lebih minat menonton perlawanan bolasepak kerana ia mampu memberikan kepuasan kepada mereka lantas membantu mereka menghilangkan tekanan harian yang dihadapi.

Rujukan: majalah Jom! isu 14

Friday 15 October 2010

The King and I

Al-kisah.....pada suatu hari hamba telah dijemput ke Istana untuk menyaksikan penganugerahan pingat-pingat kebesaran oleh Raja dari salah sebuah negeri di Malaysia. Maka pada hari itu hamba melihat betapa ramainya manusia (lelaki dan perempuan) yang begitu senang dan gembira sekali mencium tangan Raja ketika bersalam. Entah kenapa jauh disudut hati kecil hamba ini terasa sangat tidak tenteram dengan apa yang dilihat. Nasib baiklah BFF hamba tidak melakukannya! ..........kalau tidak, bertambahlah kegusaran hamba. Adakah kerana  hamba cemburu? Oh! Tidak sama sekaliii.......

Al-kisah ........ pada suatu ketika yang lain pula hamba melihat seorang pakcik tua mencium tangan Hamid Othman (bekas menteri) ketika bersalam dengannya. Aduhhh ....sakitnyaaa.....

Hamba bukanlah anti Raja...tidak sama sekali...

Hamba ingin mempunyai raja yang berjiwa rakyat dan melihat diri mereka sebagai manusia yang sama taraf dengan rakyat jelata.

Cium tangan: adat bukan hukum
Jikalau mencium tangan itu sebagai adat yang menunjukkan tanda hormat, ia bukanlah cara yang terbaik. Adat yang kurang baik boleh saja kita tukar kerana ia bukanlah suatu hukum.


*Dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE-12 SEPTEMBER 2005
Cium tangan bertentangan hukum Islam - Raja Abdullah

RIYADH 11 Sept. - Pemerintah Arab Saudi yang baru, Raja Abdullah mengeluarkan arahan supaya rakyatnya tidak mencium tangan baginda apabila bersalam.

Baginda menjelaskan, perbuatan mencium tangan merupakan satu amalan yang bertentangan dengan hukum Islam dan merendahkan martabat seseorang.

``Mencium tangan seseorang adalah satu perbuatan asing dalam nilai-nilai moral kita dan ia tidak boleh diterima.

 ``Dengan mencium, ia juga bererti anda tunduk kepada individu berkenaan yakni telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Manusia tidak tunduk kepada sesiapa melainkan Tuhan,'' titahnya.

Baginda bertitah demikian kepada sekumpulan delegasi dari Al-Baha yang mengunjunginya di Istana Diraja bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikannya sebagai Raja Arab Saudi yang baru.

Abdullah menjadi raja negara itu pada 1 Ogos lalu ekoran kemangkatan Raja Fahd.

Sehubungan itu, Abdullah yang terkenal dengan sifat beliau menekankan kesopanan keluarga menegaskan, hanya bapa atau ibu sahaja yang layak menerima ciuman tersebut.

 ``Saya mengumumkan penolakan menyeluruh dalam hal ini dan saya meminta setiap orang supaya elak daripada mencium tangan sesiapa pun melainkan ibu bapa mereka,'' titah baginda. - Reuters

Wednesday 11 August 2010

Keindahan bersama Ramadhan 1431 H

Alhamdulillah umat Islam di seluruh negara  menyambut Ramadhan bulan yang penuh barakah pada hari ini.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!


Doa ketika masuk bulan Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan




Marilah kita sama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Bersyukurlah kepada Allah  kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan.

Masih belum terlambat rasanya untuk saya berkongsi artikel Ramadhan seperti di bawah,  sebagai panduan kita menghidupkan amalan dan kejiwaan dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

Keindahan bersama Ramadhan ( pdf )

Keindahan bersama Ramadhan ( word )

Keindahan bersama ramadhan ( scribd )






Tuesday 20 April 2010

2 Tahun Menjadi Blogger

Alhamdulillah, bulan April 201o saya masih lagi bertahan sebagai seorang blogger yang  mempunyai blog yang juga masih aktif. Sebenarnya bulan ini genap 2 tahun saya berblog dan saya berharap  akan dapat meneruskan aktiviti ini dengan menghasilkan atau memasukkan artikel-artikel yang lebih bernas yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada masyarakat di luar sana, insyAllah.

Hujung minggu baru-baru ini saya mengikuti satu aktiviti Mukhayyam. Dalam salah satu modul aktivitinya, menghendaki kami menuju ke lokasi tapak perkhemahan dari starting point dengan mengguunakan Google Earth. Di antara dua tempat ini ada beberapa checkpoint yang perlu dicari sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Di akhir program kami juga dikehendaki menghasilkan satu persembahan dengan menggunakan power point. Kami diminta merakam segala aktiviti yang dilalui sepanjang program dengan mengambil gambar yang akan dijadikan sebagai bahan power point.

Para peserta mukhayyam sebahagian besarnya terdiri dari "orang lama" yang sangat lemah dalam penggunaan IT ini. Hendak masukkan gambar ke dalam komputer pun "tak reti". Sebenarnya kami "orang lama" ini bukanlah tidak pandai tetapi kami merasakan tidak ada keperluan kepada kemahiran tersebut menyebabkan kami tidak mempelajarinya. Apabila perlu dan ada kemahuan boleh saja kami pelajarinya dengan mudah.

Saya hanya belajar beberapa kemahiran yang membolehkan saya memblog. Kemahiran seperti membuat power point dan alat-alat persembahan yang lain memang saya tidak tahu kerana saya tidak ada sebab untuk mempelajarinya. Saya tidak ada keperluan kepada kemahiran tersebut kerana saya hanyalah seorang suri rumah.

Apa-apa pun saya patut berasa bangga dengan kebolehan saya  berblog. Tidak ramai di kalangan rakan-rakan saya yang ada blog. Namun demikian mereka mempunyai kemahiran-kemahiran  lain yang diperlukan semasa menjalankan tugas mereka, kerana mereka adalah insan-insan yang berkerjaya. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kita tidak perlu mempunyai kesemua kemahiran yang ada sekali gus..........tetapi cubalah mempelajari sedikit demi sedikit mengikut keperluan diri dan jangan putus asa. Masih belum terlambat walaupun umur semakin singkat.

Perjalanan masih jauh .......
Pengetahuan IT yang saya ada hanyalah terbatas kepada pengetahuan asas yang diperlukan untuk memblog. Perjalanan masih jauh untuk mencapai tahap membuat blog yang canggih. Hari ini pengunjung ke blog saya hanya mencapai angka lebih kurang 4,500 orang dalam masa 2 tahun kewujudannya. Saya mengharapkan jumlah pengunjung yang berlipat ganda di akhir tahun ini walaupun menyedari ianya memerlukan komitmen yang lebih tinggi untuk berjaya.


Sunday 3 January 2010

Kesibukan yang Melalaikan

Alhamdulillah, hari ini saya dapat menatap dan menulis dalam blog saya. Hampir dua bulan saya tidak  mempedulikannya dan sekali lagi saya gagal menulis sebarang artikel dalam bulan November. Jikalau tahun lepas disebabkan saya kehilangan laptop saya tetapi pada kali ini ianya adalah kerana gara-gara kesibukan mempersiapkan majlis perkahwinan anak lelaki saya pada tanggal 6 Disember baru-baru ini.

Alangkah indahnya jikalau kenduri majlis pernikahan itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Tidaklah ia memenatkan dan menyukarkan persediaannya. Saya dan suami mengambil masa selama 2 minggu untuk  mengembalikan semula tenaga kami yang hilang disebabkan keletihan semasa persiapan dan mengendali  majlis itu. Suami saya terpaksa pergi bertugas ke KL hujung minggu berikutnya menyebabkan dia terus demam sekembali dari KL. Mungkin terlalu penat!

Kami hanya membuat satu majlis yang sederhana saja besarnya dan mudah dengan tujuan mengurangkan kos perbelanjaan dan juga  kerja-kerja persediaannya. Contohnya saya tidak menyediakan buah tangan pada tetamu dalam bentuk "goody bag"  atau "berkat" (nasi dan lauk bungkus) seperti kelazimannya di kawasan tempat tinggal kami, tetapi hanya sekadar sebiji "cup cake" dalam raga comel. Namun tindakan kami itu menjadi satu persoalan kepada rakan-rakan, jiran dan saudara-mara.


Sibuk! Itulah jawapan yang paling mudah untuk kita jadikan sebagai alasan mengelak dari menerima sebarang tugasan. Kesibukan hanyalah suatu yang "relative". Ada orang yang berada dalam situasi atau keadaan yang sama, tetapi yang seorang sibuk dan yang seorang lagi tidak. Saya ada menonton sebuah rancangan di TV yang cuba membersihkan rumah yang sangatlah kotor. Apabila ditanya tuannya mengapa dia membiarkan rumahnya dalam keadaan begiitu, dia kata, dia tiada masa membersihkannya sedangkan dia tidak bekerja di luar. Apabila ditanya apa yang dibuat sepanjang hari, katanya, dia menonton TV - program kegemarannya ditunjukkan satu lepas satu sehingga rasa tidak mahu berginjak dari tempat duduknya.

Memang benar sekali pendapat yang mengatakan kesibukan boleh melalaikan kita. Semua orang sibuk tetapi orang yang pandai menguruskan masanya dan tahu mengutamakan tanggungjawabnya , tidak akan menyedaripun kesibukannya itu. Kita jangan sesekali menjadikan sibuk itu sebagai jalan mudah mengelak dari sebarang tanggunjawab kita. Disebabkan sikap inilah ramai di kalangan masyarakat kita yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan juga masyarakat setempat.

Kerja tertangguh kerana tidak bersungguh!

Selepas menulis bahagian artikel di atas di waktu pagi 30 Disember tahun lepas, saya menangguhnya untuk disambung pada waktu petang. Akhirnya saya tidak menyambung terus kerana sibuk dengan kerja-kerja rumah menyebabkan saya terlupa terus niat di hati. Akibatnya saya tidak berjaya menulis sebarang artikel di bulan Disember juga. Rasanya bukanlah terlalu sibuk sangat sampai tidak ada ruang untuk menyiap dan mengemas apa yang telah dicoret. Namun itulah hakikatnya keadaan  manusia jikalau tidak ada kesungguhan..............semua kerja tidak menjadi dan tidak siap.

Itulah sebabnya Islam menganjurkan supaya kita bersegera dalam beramal ...... jangan ditangguh-tangguh.
Hadis Nabi yang bermaksud:

Jabir r.a. berkata : Pada hari perang Uhud, ada seorang bertanya kepada Nabi s.a.w. : Bagaimana pendapat mu kalau saya terbunuh dalam perang ini? Jawab Nabi s.a.w. : Di surga.  Maka segera orang itu membuang beberapa biji kurma yang masih ada dalam tangannya dan sedang dimakan, kemudian dia maju berperang, sehingga terbunuh.          (Bukhari, Muslim)

Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal saleh sebelum datang fitnah-fitnah seperti gumpalan malam yang pekat, seseorang berpagi hari dalam keadaan mukmin, lalu di petang harinya menjadi kafir, dan di petang hari ia dalam keadaam mukmin, lalu di pagi harinya menjadi kafir; dia menjual agamanya dengan harta duniawi."

(Riwayat Muslim dan Turmudzi ).

"Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal (saleh) sebelum datang tujuh perkara, (iaitu) tiadalah yang kamu tunggu melainkan hanya kemiskinan yang kamu lupakan; kaya yang membuat kamu melampaui batas; penyakit yang merosak diri kamu; lupa yang membuat kamu seperti anak kecil; maut yang mendadak; datangnya Dajjal, dia adalah sejahat-jahat orang yang sedang kamu tunggu; atau datangnya kiamat, dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit."                    
 ( Riwayat Turmudzi dan Hakim)



Tuesday 8 September 2009

Hari ini UPSR - Pentingkah Ujian Ini?

Hari ini ujian Penilaian Sekolah Rendah bermula dengan kertas Bahasa Melayu. Anak bongsu saya adalah di antara beratus ribu calon yang menduduki ujian ini pada hari ini. Di sekolahnya ada dianjurkan bacaan yasin dan solat hajat beramai-ramai di sepanjang peperiksaan sedang berjalan. Saya tidak mengikuti majlis itu kerana saya lebih gemar membuatnya di rumah sendirian.

exam

Bagaimanakah sikap kita sebagai ibu-bapa apabila ada di antara anak-anak yang akan menduduki  peperiksan besar? Adakah kita sama naik menjadi gelisah dan takut seperti anak-anak ......adakala nya kegelisahan ibu-bapa lebih daripada anak lagi??? Ada di anatara kawan-kawan saya apabila tiba musim peperiksaan penggal anak-anak, semua aktiviti di luar rumah yang lazim dilakukan pada minggu itu terhenti.... kerana ingin memberi perhatian pada anak-anak.

Bagi saya tidak ada perbezaan antara hari-hari biasa bersekolah dengan hari-hari peperiksaan. Saya menganggap setiap hari bersekolah adalah penting dan akan  memberi perhatian dengan kerja-kerja sekolah yang dibawa balik. Saya tidak pernah letak 'pressure' ke atas anak-anak supaya dapat markah tinggi dalam ujian. Saya hanya memberi peringatan berulang kali dengan memberi nasihat apa akan terjadi pada dirinya di masa depan jikalau dia gagal dalam pelajarannya.

exam2


Dengan tidak meletak 'pressure' ke atas anak-anak membuat mereka berfikir sendiri. Jikalau dibantu pula dengan program motivasi, insyaAllah anak -anak akan terfikir untuk membuat yang terbaik bagi diri mereka. Tugas kita hanyalah memantau agar mereka tidak lalai daripada apa telah kita tetapkan.

Jangan meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap keputusan peperiksaan anak-anak. Jikalau pun kita mempunyai harapan seperti itu jangan disebut kepada anak-anak....biarlah ianya terpendam dalam hati. Ini untuk mengelak berlakunya 'pressure' ke atas mereka......maka keluarlah kata-kata kerisauan dalam hati...."macamana kalau aku gagal dapat keputusan seperti yang mak aku hendak?....Habislah akuuu.."

Saya masih teringat ketika saya belajar di  luar negara. Ada seorang 'super senior' saya yang sangat bijak....seorang pensyarah matematik dari Greek sangat-sangat memuji kebijaksanaannya kerana mampu menyelesaikan apa-apa juga masalah matematik yang diberi. Malangnya dia ini ada penyakit 'nervous breakdown'. Bila tiba masa nak ambil peperiksaan dia akan menjadi sebagai seorang yang hilang ingatan......disebabkan ini dia tidak mampu meneruskan peperiksaan tersebut. Akhirnya dia pulang ke Malaysia tanpa sebarang ijazah.....satu kerugian kerana dia memang seorang yang bijak. Baru-baru ini saya ada ternampak dia dan isteri serta anak-anak yang masih kecil (berbanding saya yang dah nak ada menantu) di Majlis Alumni suami saya. Dia juga adalah senior suami saya semasa di sekolah.
Ijazah bukanlah segala-galanya.....
Ijazah bukanlah segala-galanya......


Apakah yang menyebabkan penyakitnya itu? Ada yang menceritakan ianya disebabkan 'pressure' daripada ibu-bapa......wallahu'alam. Apapun saya suka menjamu selera anak-anak saya di kedai makan pada malam sebelum peperiksaan sebagai meraikan tugas yang akan dipikul esok harinya......hehehe ...pelik...kan? Sebenarnya saya ingin mereka 'relaks' sebelum peperiksaan.

Monday 7 September 2009

Syukur Al-hamdulillah

Hari ini sudah 16 hari umat Islam di Malaysia dan di kebanyakan negara di dunia menjalani ibadah  Puasa. Saya sangat gembira pada Ramadhan kali ini kerana telah membuat catatan sejarah peribadi ........ inilah kali pertama saya mengkhatam al-Quran sebaik 15 hari kita berpuasa. Selalunya saya hanya sempat menghabiskannya dalam satu atau 2 hari sebelum Aidil Fitri. Saya juga berjaya mengikuti 'Tadarus' orang kampung berdekatan sehingga akhir dan berkhatam bersama mereka.


doa

Makna dari al-Quran surah al-Baqarah ayat 186:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu  .......

Saya amat bersyukur di atas kesempatan yang Allah berikan kali  ini. Saya berharap agar saya mampu terus beristiqamah dengan amalan-amalan di bulan Ramadhan yang mulia ini selepas  berakhirnya Ramadhan. Namun saya juga berdoa agar terus berada di dunia yang fana ini sehingga ke hari Ramadhan yang terakhir insyaAllah.

Marilah kita sama-sama menjadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai 'Madrasah Ramadhan', iaitu bulan yang mampu mendidik kita, memperelok akhlak kita, memperbaiki aqidah dan ibadah kita.

Minggu lepas saya menghantar 2 orang anak remaja lelaki saya ke program Madrasah Ramadhan anjuran KRJ Johor Utara di masjid Yong Peng. Saya rasa ini dapat membantu mereka menghayati kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan dengan lebih baik. Mereka terpaksa berkorban 3 hari daripada cuti sekolah kerana menghadiri program, namun masa itu telah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermenfaat, sesuai dengan tuntutan-tuntutan semasa bulan Ramadhan.

Wednesday 19 August 2009

Pergi Tak Kembali

pergi tak kembali

Tepat bagai dikata ..... setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma yang masih tidak di ketahui ...... bila dan bagaimana? Pepatah ada mengatakan " sebelum ajal berpantang mati ". Walaupun kadang-kadang ada orang yang sakit tenat tetapi dengan izin Allah dia kembali sihat wala'fiat. Ada pula manusia terlibat dengan kemalangan yang dahsyat dan mengerikan tetapi takdir menentukan yang dia masih hidup kerana ajalnya belum tiba. Namun ada insan yang mendapat kemalangan kecil tetapi tiba-tiba dia meninggal, kerana kematiannya sudah ditakdirkan ..... Allah Maha Mengetahui.

Pemergian Asri Rabbani yang tidak akan kembali lagi membuat saya terus tersentak kerana pemergiannya berlaku di bulan Syaaban, lebih kurang seminggu sebelum umat  Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan al - Mubarak ........ satu bulan yang penuh dengan barakah! Tiba-tiba saya berbisik di dalam hati, "Sempatkah aku sambut Ramadhan tahun ini?..... Ya Allah izinkanlah hambamu ini hidup di Ramadhan tahun ini.", terus saya bermunajat kepada Allah SWT.

Beberapa hari sebelum itu saya ada terbaca di akhbar Mstaronline betapa gembiranya kumpulan ini kerana baru menandatangani kontrak membuat persembahan di sepanjang bulan Ramadhan di Hotel Singgahsana. Mereka juga mengatakan itu adalah sebahagian dari ibadah mereka di bulan yang mulia itu nanti. Semoga Allah menerima ibadah mereka itu, Aamin.

kematian

Kita selalu "take for granted" yang kita akan dapat menyambut Ramadhan setiap tahun. Ini kerana kita jarang memikirkan soal kematian. Sepatutnya kita sentiasa kena mengingati mati supaya setiap tindak tanduk kita dalam kehidupan sejajar dengan persediaan untuk pergi buat selama-lamanya, yang tidak kita ketahui bilakah waktunya. Itulah sebabnya apabila tiba bulan Rejab kita diajar supaya berdoa seperti di bawah agar kita berkesempatan menyambut Ramadhan .... satu bulan yang tidak ada tolok bandingnya.

“Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana”.

“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”






Tuesday 18 August 2009

Ramadhan al-Mubarak (1430 Hijrah)

Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi Insyaallah. Kepada semua kaum muslimin dan muslimat.....selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Semoga amalan kita di bulan yang mulia itu  pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas, InsyaAllah.


Selamat datang Ramadhan






أتاكم رمضان سيد الشهور،فمرحبا به وأهلا

" Telah datang kepada kamu Ramadhan penghulu segala bulan, Selamat Datang Diucapkan ”
                                                                                                  (al-Thabarani)


عَن ابْنِ مَسْعُود رَضى اللهُ تَعَالَى عَنهُ عَنِ النَّبِي (ص) اَنَّهُ قَالَ وَقَدْ دَنَا شَهْرُ رَمَضَانَ لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ

مَافِى رَمَضَانَ لَتَمَنَّتْ أُمَّتِى اَن يَكُونَ سَنَةً


''Jika hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah tentu mereka bercita-cita supaya bulan Ramadhan berpanjangan selama setahun”.

(riwayat al-Tabrani)


Kenapa Ramadhan Istimewa dan Perlu Disemarakkan?

1. Bulan Baraqah

Pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka, syaitan dibelengu, ganjaran pahala berlipat ganda, lailatul qada.

قد أتاكم شهر رمضان، شهر مبارك

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, iaitu bulan keberkatan“

(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai)


2. Bulan  Rahmat dan Keampunan


عن ابى هريرة, رضى ألله عنه, قال : رسول ألله صلى ألله عليه وسلم: إذا كان رمضان، فتحت ابوابُ الرحمة، وغلقت ابواب جهنم. وسٌلسلتِ الشياطين (رواه مسلم)


Dari Abi Hurairah RA.Rasulullah SAW bersabda. Apabila masuk Ramadhan, dibukakan pintu-pintu rahmat dan pintu-pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan-syaitan”

(riwayat: Muslim)

3. Bulan Al-Quran


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ


“Bulan Ramadhan iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an (sebagai) petunjuk bagi sekelian manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai pembeda (antara yang haq dan yang bathil).     AL-Baqarah: 185

~ Bulan permulaan al-Quran diturunkan

~ Bulan bermulanya petunjuk dan panduan untuk manusia


4. Bulan Ibadah

~ Ramadhan bulan meningkatkan ibadah


جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً ، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا ، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ،


"Bulan yang Allah jadikan berpuasa pada siangnya satu kefarduan, menghidupkan malamnya dengan qiyamullail sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan Allah pada bulan ini dengan melakukan amalan sunat, pahalanya seperti beliau melakukan amalan yang wajib pada bulan yang lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan Allah pada bulan ini dengan melakukan satu amalan wajib, pahalanya seperti beliau melakukan tujuh puluh amalan yang wajib pada bulan yang lain."


(Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)


5. Bulan Kesabaran

وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ

Ia adalah bulan sabar dan ganjaran bagi sabar ialah syurga. Ia juga bulan dihapuskan segala dosa


6. Bulan Sedeqah



“ Nabi s.a.w adalah orang yang paling dermawan, terutamanya ketika di bulan Ramadhan baginda lebih dermawan daripada angin yang bertiup”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ ، وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ


"Ia juga adalah bulan ditambah padanya rezeki orang yang beriman. Sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat keampunan pelepasan daripada api neraka. Orang itu juga mendapat pahala, sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa sedikit pun kekurangan."



7. Bulan Tarbiyyah

~Mendidik jiwa dengan sifat mulia

~Mendidik sifat pemurah

~Melazimkan ibadat – solat sunat tarawikh, iktikaf, sedekah

8. Bulan Muhasabah

9 . Bulan ilmu

10.Bulan mujahadah

11 .Bulan ukhuwah









Tuesday 26 May 2009

Kenapa Air Laut Masin tetapi Air Hujan Tawar?(2)

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam, tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini adalah sebahagian daripada Bumi (tanah), akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Apabila sungai-sungai  mengalir di atas batu-batan di permukaan bumi,  bahan mineral ini larut di dalam air sungai, lalu menjadi mendapan  di dasar laut , dibawa sungai yang mengalir ke laut. Jenis mineral yang paling banyak terdapat dalam laut sudah semestinya sodium klorida, atau pun garam biasa. Itulah sebabnya kenapa air laut masin. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram,
  kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

Air begitu banyak di atas bumi. Banyaknya seperti 326,000,000,000,000,000,000 gallons (326 million trillion gallons) atau pun (lebih kurang 1,260,000,000,000,000,000,000 liters) . Air ini sentiasa berada dalam satu pusingan yang tetap (constant cycle). Ia menyejat daripada laut, bergerak di udara, jatuh ke bumi sebagai air hujan dan mengalir semula ke laut.

­

Monday 18 May 2009

Resepi Kuih Perkahwinan



Bagi yang sudah menikah, kuih perkawinan ini diperlukan untuk mengingatkan dan direnungkan. Bagi yang belum menikah kuih ini untuk bahan masukan, supaya jangan salah adunan. Selamat mencuba!!!



KUIH  PERKAWINAN

Bahan :

1 lelaki sihat,

1 wanita sihat,

100% Komitmen,

2 pasang restu orang tua,

1 botol kasih sayang murni.

Rempah-ratus:

1   batang besar humor,

25 gr   rekreasi,

1 bungkus  doa,

2 sudu teh talipon-menalipon

5 kali ibadah/hari tetapi lebih baik jika lebih dari itu

Semuanya digaul hingga rata dan kembang.

Tips:

1. Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.

2. Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan.

(sebaiknya dibeli di pasaraya bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak  mahal harga jualannya tetapi mutunya terjamin.)

3. Jangan beli di pasar yang bernama DISKOTIK atau PARTY kerana walaupun modelnya elok dan harum baunya tetapi kadang-kadang menipu pembeli atau kadang-kadang menggunakan zat pewarna yang boleh membahayakan kesihatan.

4. Gunakan Kasih sayang cap "DAKWAH" yang telah mendapatkan penghargaan dan kelulusan dari Jabatan Kesihatan dan kerohanian.

Cara Memasak:

1. Lelaki dan Wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga yang tinggal niat yang murni.

2.  Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua secara merata.

3.  Masukkan niat yang murni kedalam loyang dan bakar dengan api sederhana sekitar 30 minit   didepan TOK Kadhi.

4.  Biarkan di dalam loyang tadi, kemudian disirami dengan rempahnya.

5. Kuih siap dinikmati.

Catatan:

Kuih ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling sedap dinikmati dalam keadaan panas.

Tetapi kalau sudah agak sejuk, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi mengikut selera, serta beberapa potong doa. Kemudian dipanaskankan lagi di oven berjenama "Tempat Ibadah". Setelah mulai panas, jangan lupa talipon-menalipon bila berjauhan.  Selamat mencuba, dijamin semuanya halal .

Dari koleksi emel Masjid Annahl Group



Tuesday 12 May 2009

Bermacam-macam Gila



Semalam  Mahkamah Tinggi telah memutuskan Nizar adalah MB Perak yang sah. Pada  tanggal 6 Februari 2009 yang lalu telah tercatat dalam sejarah politik Malaysia sebagai Hari berlakunya rampasan kuasa di negeri Perak Darul Ridzuan. BN telah melakukan silap mata, "kejap ada kejap tak ada". Ini semua adalah gara-gara ingin berkuasa semula dan tidak sabar untuk menanti pilihanraya yang akan datang.

Pada 7 Mei yang lepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak telah diadakan dan kita melihat bagaimana manusia yang "gila" kuasa ini menggunakan segala kuasa yang ada memperalatkan polis untuk melaksanakan impian mereka. Memang benar sekali apabila manusia sudah mabuk dia hilang pertimbangan untuk melakukan sesuatu yang normal. Mereka akan membuat perkara yang tidak rasional walaupun mereka tahu yang ia adalah salah. Nafsu mengatasi akal fikiran.

Saya bukanlah minat menulis pasal politik tetapi saya amat berminat apa yang berlaku di Perak kerana itu negeri 'teman' yang berasal dari Ipoh. Semasa berlaku "rampasan kuasa " hari itu risau juga pasal ahli-ahli keluarga yang berada di Ipoh. Perasaan inilah yang dimainkan oleh BN terhadap rakyat yang ingin melakukan perubahan.

Sebenarnya saya ingin menceritakan tentang manusia yang mempunyai berbagai-bagai ragam dan fe'el. Apabila kita terlalu asyik dengan sesuatu, ini boleh membuat kita menjadi seolah-olah "gila" atau "mabuk". Contohnya mabuk cinta, gila talak, gila kuasa, gila duit, gila perempuan, gila judi dan bermacam-macam lagi.

Ketika saya bekerja sebagai "cleaner" semasa menemani suami buat PhD di UK, ada seorang  teman sekerja (keturunan Inggeris) merungut pasal salah seorang lagi teman lain (rakyat British tetapi keturunan India Afrika) yang "money crazy" katanya. Ada sahaja kerja extra dia akan ambil. Kemudian waktu cuti sekolah (kami kerja di sekolah) dia akan bawa kerja yang sepatutnya dibuat di rumah, ke tempat kerja, kerana waktu itu tidak banyak kerja yang kena dibuat "urgent" tetapi tidak bermakna tidak ada......curi tulanglah tuu!.... Dia sebenarnya mengambil upah menjahit (sub-con) dari sebuah kilang baju yang dibuat di rumahnya.

Sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Akhmad mengingatkan kita yang ertinya :

Makanlah, minumlah, berpakaianlah, dan bersedekahlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermegah-megah.

Setiap yang berlebihan atau keterlaluan itu boleh mendatangkan keburukan. Makan berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan dan tidak ambil makanan yang secukupnya juga akan memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu bersederhanalah dalam setiap amalan kita.



Monday 27 April 2009

Genap setahun memblog



Bulan April 2009 genap setahun  lamanya saya 'memblog'. Ketika mula membangunkan blog saya bertekad untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel dalam sebulan. Ini bertujuan untuk memastikan blog saya itu terus 'hidup'. Untuk memulakan sesuatu projek memang mudah tetapi untuk  "maintain" , menjadi satu masalah kepada kebanyakan manusia. Ia memerlukan komitmen dan disiplin diri.

Namun apabila saya melihat kepada "archives" yang dipaparkan pada "sidebar", saya dapati ada satu bulan (November) yang tidak ada sebarang "post". Jadi saya cuba mengingati kembali kenapa saya 'termiss' bulan itu. Bila dingati semula itulah masanya rumah saya dipecah masuk di mana kami telah kehilangan dua buah laptop dan dua biji talipon. Selama sebulan kami tidak mempunyai komputer dan 'broadband' kami terbiar tidak terguna walaupun berbayar. Saya sangat menyesali akan kehilangan laptop peribadi saya itu kerana ia adalah pembelian hasil daripada titik peluh saya bekerja sebagai "cleaner" semasa saya menemani suami buat Phd di UK. Ada 'sentimental value' pada laptop itu. Sehingga sekarang masih belum terganti laptop yang hilang itu.

Berbalik kepada keadaan kami yang tidak boleh 'berinternet' selama lebih kurang sebulan itu, anak bongsu saya bagaikan 'mati kutu' . Dia merengek-rengek sepanjang bulan itu dengan pertanyaan, "Bila nak beli komputer baru..... rugi jer internet tak boleh guna", katanya. Ada satu tahap di mana dia mogok tidak mahu becakap dengan kami kerana tidak melayani permintaannya. Untuk  'menyejukkannya', suami terpaksa membawa dia ke pejabatnya pada satu hujung minggu agar dia boleh menggunakan komputer pejabat sambil suami buat kerja pejabatnya yang tidak pernah habis.

Apabila ditanya nak buat  apa melayari internet, mungkin ada kerja sekolah atau lain-lain.  " Saja!" , jawabnya ringkas. Melihatkan keadaannya sepanjang tidak boleh 'berinternet' itu saya berkata -kata dalam hati, "Teruknya budak ini, macam orang ketagih!" . Itulah kesannya internet pada generasi anak-anak ini. Anak saya baru berumur 11 tahun pada masa itu, tetapi dia telah diperkenalkan kepada komputer sejak kecil lagi dan mengenali dunia internet pula sejak berumur 5 tahun. Tambahan pula dia mula menjejak kaki ke sekolah semasa di UK, dan di sana penggunaan komputer serta internet sangat meluas di sekolah-sekolah.

Apa-apa juga dalam kehidupan ini jika dibuat secara berlebihan akan membahayakan diri, memberi kesan yang negatif dan tidak produktif.

Lihatlah pada hadis-hadis Nabi yang memesan kepada kita supaya bersikap sederhana dalam urusan hidup kita.

“Orang yang mencapai kejayaannya ialah orang yang bertindak di atas prinsip Islam dan hidup secara sederhana. (HR. Ahmad Tirmidzi, Ibnu Majah, dikutip oleh mishkat, Edisi Urdu, Opcit Vol II, hal 245, No. 4934)

“Barang yang sedikit tetapi cukup (untuk memenuhi keperluan hidup) adalah lebih baik daripada banyak (tetapi menjadikan mereka lupa diri) dan menyesatkanya (dari jalan hidup yang sederhana). (Abu Naeem, Dikutip oleh Mishkat, Opcit. Vol II, hal. 348, No. 4962).