Bila saya kata nyamannya Bandung, saya bukanlah merujuk kepada bandar dan suasananya tetapi kepada cuacanya yang begitu nyaman sekali. Disebabkan kedudukanya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang terkenal. Alhamdulillah saya, suami dan seorang anak perempuan telah diberi peluang berada di sini selama 3 hari 2 malam dari 28 September sehingga 1 Oktober 2016.
Bandung terletak dalam wilayah Jawa Barat dan ia juga adalah ibukota wilayah ini. Kota kembang merupakan sebutan lain untuk kota ini, kerana pada zaman dahulu ia dianggap sangat cantik dengan banyaknya pohon-pohon dan bunga-bunga yang tumbuh di sini. Selain itu Bandung dahulunya juga digelar sebagai Parijs van Java iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda kerana keindahannya dan suhunya yang nyaman.
Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya (yang tingginya lebih kurang 1050 m) adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan (yang tingginya lebih kurang 675 m). Kota Bandung dikelilingi oleh pergunungan, sehingga bentuk fizikal buminya bagaikan sebuah mangkok gergasi. Kedudukan ini memberikan udara sejuk yang segar bagi kota ini di samping pemandangan yang indah.
|
Hari ke-2 di Bandung ...... menghala ke pergunungan di selatan |
Kata Bandung berasal dari kata bendung atau bendungan kerana terbendungnya sungai Citarum oleh lava Gunung Tangkuban Parahu lalu membentuk telaga. Kota Bandung secara geografikalnya memang kelihatan dikelilingi oleh peragunungan, dan ini menunjukkan bahawa pada masa lalu kota Bandung memang merupakan sebuah telaga atau danau.
Hari kedua di Bandung kami melawat pergunungan selatan pula dan kalau di sini tempat yang mesti dilawati ialah Gunung Patuha di mana letaknya Kawah Putih Ciwidey, lebih kurang 47 km ke selatan kota Bandung Hari ini kami hanya sempat pergi ke sini dan ladang strawberry sahaja kerana telah lewat memulakan perjalanan.
1. Kawah Putih Ciwidey
Kawah Putih terletak di kawasan Ciwidey, di dataran tinggi kawasan pegunungan yang berada lebih kurang 2.434 dpml. Oleh kerana kedudukannya yang tinggi ini, membuat suhu di kawah putih Bandung sangat sejuk (8-22 darjah celcius). Ia adalah sebuah danau yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha.Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini berwarna putih menyebabkan warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan. Apa yang uniknya tentang kawah ini adalah airnya kekadang berubah warna, dari kebiruan ke putih kehijaun atau perang, bergantung pada kadar kandungan belerang atau cuaca semasa.
|
Notis pantang larang krtika berwisata di sini |
|
Warna air pada tengahari 30 Sept 2016 |
|
Jom turun ke bawah .... ke kawah putih |
|
Digalakkan menutup hidung ... mask ada dijual di sini .... agar tidak menyedut bau belerang yang menyucuk hidung |
Bau beleran bertambah kuat ketika hujan turun atau ketika menjelang malam. Bagi yang ada masalah kesihatan. bau ini boleh membawa mudarat kepada tubuh badan. Sebab itu dinasihatkan memakai topeng semasa berada di kawasan ini.
|
Macam berkabus tapi sebenarnya itu adalah asap belerang atau sulfur |
|
Kawah Putih yang romantik |
Pemandangan alam di sekitar Kawah Putih sangat indah. Airnya yang putih kehijauan itu sangat kontra dengan batu kapur putih yang mengelilingi tasik ini. Di sebelah utara danau berdiri tegak tebing batu kapur berwarna kelabu yang ditumbuhi lumut dan berbagai tumbuhan yang lain. Oleh kerana keindahan dan keromantisannya yang sangat mempesona, kawah ini kerap dijadikan latar belakang pengambaran film, lukisan, dan juga gambar perkahwinan, menurut satu sumber dari internet.
|
Seperti di kebanyakan tempat, .. kawasan ini juga mempunyai lagendanya tersndiri |
Sebelum meninggalkan tempat ini kami makan dahulu kerana perut sudah terasa lapar. Kami memesan nasi goreng dari salah sebuah warung yang banyak terdapat di sini. Enak bangat nasinya ... tak sangka dari warung yang sangat simple😊
No comments:
Post a Comment