Tuesday, 29 December 2015

Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia

Bila dapat tahu ada aktiviti 'hot air baloon ride' di Cappadocia kami berdua sangat teruja. Sebab apa ...... sebelum ini pernah mencuba naik belon panas yang percuma di Putrajaya International Hot Air Baloon Fiesta beberapa tahun yang lepas. Saya, suami dan 4 orang anak telah berjaya dapat tiket untuk flight setelah berjam beratur, tetapi apakan daya ...... flight pada hari itu terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Kecewanya rasa di hati ...... terutama anak-anak. Dapat tiket itu pun setelah dua kali datang ke tapak pesta!

Walaupun teruja bila mendengar berita ini, namun kami juga rasa berbelah bagi samada nak naik ke tidak ..... aduuuhh ...... harga tiketnya mencecah RM 600 seorang! Bincang punya bincang, akhirnya suami kata ....Jom kita naik!. Dari 30 orang ahli rombongan kami, hanya 22 orang sahaja yang ingin mengikuti aktiviti ini.

 Bila dicari maklumat terkini dalam internet ada syarikat yang menawarkan harga yang lebih murah lagi daripada ini. Itu pun nilai terkini setelah duit Ringgit jatuh sedangkan trip kami ini sebelum Ringgit jatuh teruk. Kami bayar dalam US Dollar. Apabila melancong ikut rombongan dan agen inilah kekurangannya ..... semua siap diatur, tiada pilihan.

15 Feb 2014 Goreme .... Rombongan Poto Travel
15 Februari 2014

Mengikut perancangan awal kami akan naik belon panas pada awal pagi ini untuk menyaksikan saat indah matahari terbit tetapi kami dikecewakan oleh keadaan cuaca yang tidak berapa elok pagi ini .... angin agak kuat. Keadaan ini sangat merbahaya untuk aktiviti yang banyak bergantung pada keadaan cuaca yang baik dan tenang. Pada musim ini (dingin - Jan/Feb) cuaca agak tidak menentu. Flight banyak dibatalkan. Mengikut maklumat dari internet, masa yang paling cantik untuk menaiki belon panas ini adalah antara April - Oktober.

Sebelum ke tapak untuk menaiki belon kami dibawa ke kafe
dan diberi sarapan awal sebelum naik belon
Matahari mula terbit ...... masih menunggu keputusan ujian kelajuan angin
sebelum flight dibatalkan akhirnya
Suasana di awal pagi di kawasan berdekatan
Oleh kerana tidak mahu mengecewakan kami, pihak Poto Travel telah mengatur untuk mencuba naik belon sekali lagi pada sebelah petangnya pula, walaupun kami sudah dijadualkan untuk aktiviti lain. Bagi mereka yang tidak naik belon akan terus dengan aktiviti yang telah ditetapkan. Akhirnya kami berjaya naik pada petang itu. Walaupun kami  tidak berpeluang melihat keindahan suasana ketika matahari terbit, tetapi sekurang-kurangnya kami berpeluang jugalah menikmati keindahan dan keunikan 'moonscape valey of Cappadocia'.

Moonscape valey of Cappadocia
Jom kita ke tapak take-off ....

Lokasi take-off berbeza setiap hari. Ianya bergantung pada arah angin pada hari tersebut. Ini kerana perjalanan belon banyak bergantung pada keadaan dan halatuju angin. Mereka ingin memastikan yang belon-belon ini dibawa angin melalui lembah-lembah dan bukit-bukit yang menarik dan menawan yang terdapat di Cappadocia. Hari ini kami berlepas dari Goreme.

Tapak di mana semua belon akan 'take-off' dari sini
Belon dari pelbagai syarikat ditiupkan angin panas 
Sebuah belon yang sudah siap ditiup angin
dan disambungkan ke bakul
Kawasan lapang yang digunakan sebagai tapak berlepas belon
dikelilingi rupabumi seperti ini
Jom kita naik .....

25 orang dalam satu bakul ..... padat sangat2!
.......... up, up and away!
SubhanaAllah, alhamdulillah ...... akhirnya kami terapung di udara.
Belon yang terdekat dari Royal Baloon ..... sama seperti belon kami
Ini pilot kami Turgus dan dibantu oleh Murad
Floating in the sky ..... uuhh....what an amazing experience!

The best way to see the unique landscape of Cappadocia is by balooning over the land. The baloon float silently above the Cappadocian moonscape dotted with villages, vineyards and fruit orchards for about an hour. The view below was fantastic and awesome. It was like overlooking an alien land in a futuristic film .... a truly fascinating experience indeed! Definitely it was an experience of a lifetime for both of us.

Here in Cappadocia, the tourist guides have been spreading rumours that the Cappadocian moonscape was the shooting location for one of the Star Wars film .... which is not true. I guess this is part of their strategy to attract more tourists to come here.

Ada 12 belon yang sedang terapong yang kelihatan ... termasuk belon kami
Antara pemandangan menarik dari atas belon yg sedang terapung
....... bergerak perlahan melintasi
 kampung-kampung, ladang anggur dan kebun buah-buahan
Batu-batuan seperti diukir
Rumah dalam batu ..... dikelilingi ladang tanaman yang subur
Lagi  kediaman yang dikorek dalam batu
Kelihatan seperti tanah gersang
Walaupun kawasan ini kelihatan gersang tetapi sebenarnya ia adalah
kawasan yang subur dengan pelbagai tanaman
Sebuah perkampungan ...... rumah biasa, semi - bukit dan dalam gua
Rumah semi - bukit
Belon kami lalu atas rumah pilot Turgus
Budak-budak  kampung melambai-lambai kepada kami ........
Tiap-tiap hari mereka nampak berpuluh-puluh belon berterbangan di atas mereka.....
"Bilalah agaknya kami dapat merasai menaiki belon ini?"
Jom kita landing .....

Kebiasaannya belon-belon ini tidak akan mendarat di tempat yang sama ia berlepas. Belon yang kami naiki berlepas dari Goreme dan mendarat di Ibrahimpasa. Alhamdulillah kami selamat sampai semula ke bumi tanpa sebarang kemalangan ..... ia satu perjalanan yang lancar dan menyeronokkan. Belon kami berjaya landing dengan cantik di atas trailer di belakang kenderaan ...... ini hanya boleh dilakukan oleh pilot yang betul-betul mahir..Bila belon landing atas trailer, ini memudahkan tugas pekerja-pekerja di bawah, yang perlu mengemas belon dan menyimpannya semula  bersama bakul yang sedia ada di atas trailer untuk dibawa pergi.

Lihat betapa besarnya belon yang perlu dilipat dan dikemas semula
Bakul dan belon siap berada di atas trailer
Bergambar kenangan bersama Turgus dan Murad
Setiap peserta dianugerahkan pingat kerana berjaya menaiki belon panas
Ini adalah pengalaman saya yang pertama (dan mungkin terakhir) menaiki belon panas. Jika dilihat pada saiz bakul belon, tingginya hampir paras dada saya. Untuk masuk dan keluar dari belon tidaklah semudah yang disangkakan bagi orang yang berbadan besar seperti saya. Hampir saja saya dipeluk oleh krew yang bertugas untuk memastikan saya tidak jatuh ketika turun dari bakul ..... satu pengalaman yang kurang selesa,

Di akhir aktiviti kami diraikan dengan hidangan minuman fresh oren dan penyampaian medal kerana telah selesai melaksanakan aktiviti tersebut. Ini sebagai tanda kenangan dan penghargaan dari pihak syarikat  Royal Baloon kepada peserta-peserta. Oleh kerana rombongan kami semua terdiri daripada orang Islam, kami dijamu minuman ringan. Namun bagi pelanggannya yang bukan muslim, mereka akan meraikannya secara tradisional  "champagne toast" yang disediakan oleh pilot dan ground crew.

Di Cappadocia ada 25 buah syarikat belon dan 220 biji belon yang berdaftar. Belon yang kami naiki adalah dari syarikat Royal Baloon, antara syarikat yang ternama di sini. Syarikat yang sama juga pernah digumakan oleh bintang TV terkenal Amerika, Martha Stewart ketika lawatan beliau ke sini.

Jom lihat pengembaraan beliau ...



Martha Stewart & Royal Balloon - Cappadocia... oleh royalballoon


Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia

No comments:

Post a Comment