Sunday 27 November 2016

Kembara Turki - Istanbul ( Grand Bazaar )


Grand Bazaar - Spice Bazaar
Petikan dari wikipedia.org

The Grand Bazaar (Turkish: Kapalıçarşı, meaning ‘Covered Market’; also Büyük Çarşı, meaning ‘Grand Market’in Istanbul is one of the largest and oldest covered markets in the world, with 61 covered streets and over 4,000 shops which attract between 250,000 and 400,000 visitors daily. In 2014, it was listed No.1 among world's most-visited tourist attractions with 91,250,000 annual visitors. the Grand Bazar at Istanbul is often regarded as one of the first shopping malls of the world.

The Spice Bazaar (Turkish: Mısır Çarşısı, meaning Egyptian Bazaar) in Istanbul, Turkey is one of the largest bazaars in the city. Located in the Eminönü quarter of the Fatih district, it is the most famous covered shopping complex after the Grand Bazaar. Spice Bazaar has a total of 85 shops selling spices, Turkish delight and other sweets, jewellery, souvenirs, and dried fruits and nuts.


Grand Bazaar ini mempunyai sejarah yang tersendiri bermula dari pembinaan pusatnya pada musim dingin 1455, sejurus selepas Constantinople ditakluk oleh Empayar Usmaniyah. Ia berkembang sehingga ke hari ini setelah melalui begitu banyak fasa sejak pembinaanya. Dengan sejarahnya yang begitu panjang sehingga ke hari ini, terasa rugi jugalah jikalau tidak datang ke sini.

Walaupun mendapat nasihat daripada ramai orang supaya berhati-hati jika membeli belah di sini, takkanlah kita hendak melepaskan peluang melalui pengalaman yang unik ini. Mengikut kata tour guide kami, Mr Burak, orang-orang tempatan tidak membeli-belah di sini kerana harga barang yang diletak memang mahal. Mengikut katanya lagi, keadaan ini bolehlah dibandingkan dengan kawasan membeli-belah di Bukit Bintang KL, yang mana kebanyakan pengunjungnya adalah orang luar negara ...... orang dari KL tidak buat 'shopping' di sana.

Dengan pasrah kami pun tidaklah ketinggalan 'bershopping' sakan di sini kerana kami tidak punya pilihan atau kemampuan merayau-rayau mencari kawasan membeli-belah yang lain. Masa yang diberi pun agak terhad, apa lagi dengan kedai yang begitu banyak, untuk kami membuat perbandingan harga yang benar-benar murah. Jadi aktiviti 'shopping' hari ini sangat mencabar. Kami tidaklah pandai sangat bab tawar menawar ni. Jadi apa yang kami harapkan lebih kepada membeli sesuatu dari sini sebagai kenangan untuk dibawa balik,  di samping itu teringin juga merasai bagaimana berurusniaga dengan peniaga-peniaga di sini ...... barulah boleh bercerita dengan orang pengalaman kita.nanti.

Satu pengalaman yang menarik di sini ialah  apabila peniaga-peniaga memerangkap pengunjung membeli produk mereka dengan cara mempelawa minum teh bersama-sama mereka, sambil bersembang, katanya ...... tak ada komitmen kena beli! Kalau kita tak berhajat langsung nak beli apa-apa dari kedai tersebut, janganlah singgah. Kebiasaannya selepas mendengar celoteh mereka, rasa tak sedap pulak kalau keluar dari kedai dengan tidak membeli apa-apa.

Gambar pun tidak dapat ambil banyak kerana takut tidak cukup masa dan lambat pula balik ke bas nanti .... mana nak cari kedai yang menjual barang yang kita suka, nak tawar-menawar lagi. Kami juga tidak berani pergi jauh-jauh kerana takut sesat cari jalan balik. Kawasan 'shopping'-nya luas sangat-sangat ...... cemas jugalah petang tu!

Ok jom masuk ke dalam!

Pintu masuk ke Grand Bazaar dari sebelah Masjid Nuruosmaniye
Foto ini diambil pada hari esoknya ketika melawat masjid ini

Bahagian dalam bazar




Salah satu dari 4 'drinking fountain' yang terdapat dalam bazar
Ini kes tak sempat/teringat nak bergambar di sini
sumber foto - https://commons.wikimedia.org/wiki/User:Gryffindor
Selepas selesai aktiviti shopping di sini kami dibawa pula ke  Spice Bazaar. Bazar ini juga mempunyai sejarah yang panjang - wujud sejak dari zaman Usmaniyah lagi. Ia dibina dalam tahun 1660an sebagai sebahagian daripada Masjid Baru atau Yeni Camii. Pada zaman dahulu tempat ini menjadi perhentian terakhir kafilah-kafilah dagang (caravan) berunta yang melalui Jalan Sutra dari China, India dan Parsi.

Kami masuk sebentar berjalan-jalan melihat berbagai-bagai jenis rempah dan lain-lain  yang dijual tanpa membeli apa-apa. Saya bukanlah 'kaki' masak. Rempah-rempah yang dijual di Malaysia pun sudah cukup sebagai bahan masakan saya. Kami lebih banyak menghabiskan masa berada di luar bangunan, memerhati dan menikmati suasana di sekeliling.

Sumber foto - https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=370574
Ini kes terlupa nak ambil apa-apa gambar pun dalam bazar
Di belakang adalah bangunan spice  bazaar.....di luar juga ada gerai-gerai 
yang menjual produk segar dari seluruh Anatolia
Masjid Baru atau Yeni Camii di latarbelakang
Yeni Camii dari sudut lain.....hari makin gelap 

Hamdi Restorant ........ bangunan bedekatan


Tram - salah satu kemudahan pengangkutan awam
yang ada di sini - jika datang bersendirian 
Sebelum pergi membeli-belah di Grand Bazaar, kami dibawa menunaikan solat zohor-asar di sebuah masjid yang bersejarah dan istimewa, Eyup Sultan Camii atau Masjid Sultan Ayub.

Ikuti ceritanya di posting lain insya Allah.


Friday 11 November 2016

Kembara Turki - Istanbul ( Blue Mosque )

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Lebih 2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur unruk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir
dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul

Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

Masjid Biru ( Masjid Sultan Ahmed )

Foto - Mr Google
Berkunjung ke Turki, rugi rasanya kalau tidak melihat keindahan dan keunikan Blue Mosque atau Masjid Biru. Cirinya yang paling menonjol ialah ia dihiasi dengan 20 ribu kepingan jubin yang berwarna biru, hijau dan putih .Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya  Ini menjadikannya salah satu simbol dan struktur utama bandar Istanbul dan juga telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul. Masjid Sultan Ahmed adalah salah satu dari dua buah masjid di Turki yang mempunyai enam menara, yang satu lagi berada di Adana.

Masjid Biru Istanbul dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I. Baginda membina Masjid Biru untuk menandingi bangunan Hagia Sophia yang dibina maharaja Byzantine iaitu Constantinople  Ia direka oleh arkitek diraja Sedefkar Mehmet Aga, seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan. .Reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah puncak pembangunan dua abad masjid Usmaniyyah dan gereja Byzantine. Ia menggabungkan sesentengah elemen-elemen Byzantine dari Haghia Sophia dengan seni bina Islam tradisional dan dianggap masjid agung yang terakhir pada zaman klasik.
.
Masjid Biru dilihat dari Sultanahmet Square
Masjid Biru  dari dekat - lihat kubah-kubahnya yang tersusun indah


Melihat-lihat bahagian luar masjid
 dengan lebih dekat sebelum masuk ke dalam .....
Jom masuk!
Lihat keadaan dalam masjid yang begitu ramai sekali dengan
pelancong dari pelbagai negara pada hari ini......17 Feb 2014
Central dome and semi-domes ......  apabila dilihat dari luar
kubah-kubah ini bersusun bagaikan alunan ombak

Kubah utama - warna biru menyerlah ..... sama seperti
kebanyakan bahagian lain dalam masjid ini .....maka

kerana itulah ia dikenali sebagai Masjid Biru
Ada lebih 200 tingkap kaca seperti ini
 yang membenarkan cahaya masuk  menerangi masjid

Ruang solat yang luas - diterangi dengan cendelier lampu lilin letrik
 di samping cahaya semulajadi dari luar

 melalui tingkap kaca yang begitu banyak sekali
Me ...... in the Blue Mosque or Sultan Ahmed Camii
Bersama lampu-lampu yang bergantungan di candelier, di belakang, (diceritakan) ada terselit beberapa biji telor burung unta. Namun begitu saya sendiri tidak nampak telor burung ini ...... apa rahsianya?

Permaidani sutra menutupi lantai ruang solat yang
mampu memuatkan 10,000 jemaah dalam satu masa
Banyak terdapat barang-barang dan hadiah berharga di masjid ini, termasuk Al Quran tulisan tangan. Seramik yang menghiasi dinding masjid bermotifkan daun, tulip, mawar, anggur, bunga delima atau motif-motif geometris. Terdapat 260 jendela di dalam masjid ini, sehingga bila kita berada di dalamnya, suasananya teduh dan sejuk.

Rahsia telor burung unta (ostrich egg)

Ada satu perkara pelik yang menjadi kepercayaan dan amalan tradisi orang Turki yang juga dibuat dalam masjid ini. Mereka menggantungkan telur burung unta bersama lampu-lampu di candelier bagi tujuan menghalau labah-labah daripada membuat sarang dalam masjid. 

Mengikut tradisinya, mereka akan ambil sebiji telur burung unta itu dan mencucuknya untuk dibuat lubang sebesar jarum sebelum menggantungkannya. Bahagian dalam telur akan membusuk secara perlahan dan mengeluarkan bau yang sangat busuk yang tidak dapat dihidu oleh manusia kerana hidung kita tidak cukup sensitif, tetapi serangga dan labah-labah tidak tahan baunya sehingga menjauhinya. Mengikut kepercayaan mereka ia berkesan sehingga 100 tahun.
;
Di penghujung hari (sebelum gelap) kami dibawa melawat Masjid Sultan Suleiman 'The Magnificent'. Jalan ke masjid ini ada masalah untuk dilalui oleh bas kami. Jadi bas terpaksa parking agak jauh dari masjid dan kami kena berjalan ke situ. Ramai juga yang tidak ikut sekali melawat masjid kerana  keletihan termasuklah saya. 

Dalam masjid ini mereka juga ada menggantungkan telor burung unta di candelier bersama lampu-lampunya. bagi tujuan yang sama.

Ada beberapa biji telor burung unta bergantungan di candelier
Ini di 
Masjid Süleymaniye
Gambar telor yang lebih jelas ....
tidak seperti di Masjid Biru
Saya tidak pergi melawat masjid ini. Gambar-gambar telor ini diambil oleh suami. Jadi saya tidak mahu menulis lebih-lebih tentangnya .... cukup sekadar mengatakan bahawa masjid ini adalah yang kedua terbesar di Turki buat masa ini, tetapi kalau mahu tahu cerita lebih, boleh lawat link Masjid Sultan Sulaiman.