Saturday 15 August 2020

Jalan-jalan di China - Masjid Jingjue Nanjing

Masjid Jingjue
Tarikh lawatan - 10 May 2019
Meskipun sebahagian besar rakyat China menganut samada fahaman Buddhisma,Taoisma atau Konfusianisma, namun terdapat sebuah masjid tua di Kota Nanjing iaitu Masjid Jingjue. Ia terletak di Sanshan Street, di bahagian selatan kota Nanjing dan merupakan peninggalan Dinasti Ming. Berdasarkan sejarah, masjid ini didirikan pada 1388 Masihi oleh Yuanzhang yang merupakan maharaja pertama Dinasti Ming. Ia termasuk 10 masjid besar di China dan masjid yang terbesar dan paling lama di seluruh kota Nanjing. 

Pada tahun 1430 Masihi, Masjid Jingjue telah musnah akibat kebakaran. Atas permintaan Laksamana Cheng Ho sebelum beliau belayar kali ke 7 ke Asia Tenggara, Masjid Jingjue telah dibina semula pada tahun 1492. Inilah satu-satunya masjid lama yang terpelihara dengan baik yang ada kaitan rapat dengan Laksamana Cheng Ho. Ia merupakan masjid yang terkenal kaya dengan sejarah di Nanjing. Nama masjid ini juga telah diberikan oleh maharaja  Dinasti Ming.

Pada zaman Dinasti Ming, Masjid Jingjue agak besar dan luasnya mencatat sekurang-kurangnya 264 ekar.  Menjelang akhir abad ke-19 keluasannya tinggal hanya kira-kira 0.4 ekar, akibat dari  peristiwa Pemberontakan Taiping dan untuk mengurangkan cukai yang harus dibayar oleh masjid. Pada tahun 2014 pemerintah telah menambahkan sekolah rendah yang berdekatan sebagai hak milik masjid secara resmi, sehingga  menggandakan kawasannya (mengikut catatan dalam maklumat di bawah).

Senibina masjid digayakan dengan gaya Sino-Islam. Ruang sembahyang bercirikan seni bina balairung seri tradisional Cina, dapat menampung lebih dari 400 orang solat berjemaah. Masjid ini menjadi pusat orang-orang Nanjing Hui mengadakan kegiatan mengenai hal ehwal politik Islam, agama, budaya dan urusan luar negara. Dalam perayaan-perayaan besar yang disambut di sini, kehadiran orang Islam dari China dan luar negara boleh mencecah lebih dari 3000 orang.
Kata-kata hikmah dan doa
Maklumat mengenai NIA (Nanjing Islamic Association)
Maklumat mengenai masjid ...
berbagai anugerah telah diberi kepada masid ini
Projek jualan masjid di halaman masjid
Lawatan kami ke Nanjing berlaku pada minggu pertama bulan Ramadan tahun lepas. Ketika berkunjung ke masjid ini, mereka sedang sibuk mengurus untuk iftar di masjid kerana waktu itu sudah petang. Kami berkesempatan membeli beberapa biji ketupat pulut dan sebekas "noodle" (hanya tinggal sebekas)😢dari gerai masjid sebagai bekalan berbuka puasa kami nanti.
Juadah berbuka puasa kami ... pulut bungkus 
dan 'kuey teow goreng'
Di hadapan pintu masuk utama masjid

Jom masuk!
Dewan solat dengan hiasan yang menarik ....
bercirikan seni bina balairung seri tradisional Cina
..... boleh menampung sehingga 400 orang jemaah
Ini imam masjid
Mimbar masjid

Mihrab masjid dengan hiasan yang indah
 Selepas melihat suasana dalam masjid kami berjalan-jalan pula di bahagian luar iaitu  kawasan masjid sebelum meninggalkannya, sambil bergambar sebagai kenangan. Masjid ini ada beberapa buah halaman. Selain dari bangunan masjid, struktur yang menonjol di sini ialah pintu gerbang masjid yang bercirikan senibina tradisional China yang dikenali sebagai paifang atau pailou.

Petikan dari Wikipedia:
A paifang, also known as a pailou, is a traditional style of Chinese architectural arch or gateway structure. Evolved from the Indian subcontinent's torana through the introduction of Buddhism to China, it has developed many styles and has been introduced to other East Asian countries, such as Korea, Japan, and Vietnam.

Jinjue Mosque is elaborately styled in a Sino-Islamic fashion. The three-entry gate has an imitation imperial tablet in the top center that reads "bestowed by imperial order" and below that it reads "Jingjuesi" (the name of the mosque).

Bangunan masjid

Pintu gerbang kedua  masjid .... gaya senibina tradisional China 
yang dikenali sebagai paifang atau pailou
Kain rentang mengucapkan Happy Ramadhan
Kiri atas: berada di bawah pintu gerbang ke-2 masjid
Kiri atas: pintu pagar/gerbang pertama masjid
Alhamdulillah .... kami berkesempatan menziarahi masjid ini yang sudah berumur lebih dari 600 tahun dan mempunyai kaitan rapat dengan Laksamana Cheng Ho. Tidak pernah menyangka negara China yang penduduk Islam sebagai minoriti mempunyai begitu banyak masjid-masjid lama.