17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur unruk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul |
Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.
Masjid Biru ( Masjid Sultan Ahmed )
Foto - Mr Google |
Masjid Biru Istanbul dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I. Baginda membina Masjid Biru untuk menandingi bangunan Hagia Sophia yang dibina maharaja Byzantine iaitu Constantinople Ia direka oleh arkitek diraja Sedefkar Mehmet Aga, seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan. .Reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah puncak pembangunan dua abad masjid Usmaniyyah dan gereja Byzantine. Ia menggabungkan sesentengah elemen-elemen Byzantine dari Haghia Sophia dengan seni bina Islam tradisional dan dianggap masjid agung yang terakhir pada zaman klasik.
.
Jom masuk!
Bersama lampu-lampu yang bergantungan di candelier, di belakang, (diceritakan) ada terselit beberapa biji telor burung unta. Namun begitu saya sendiri tidak nampak telor burung ini ...... apa rahsianya?
Banyak terdapat barang-barang dan hadiah berharga di masjid ini, termasuk Al Quran tulisan tangan. Seramik yang menghiasi dinding masjid bermotifkan daun, tulip, mawar, anggur, bunga delima atau motif-motif geometris. Terdapat 260 jendela di dalam masjid ini, sehingga bila kita berada di dalamnya, suasananya teduh dan sejuk.
Masjid Biru dilihat dari Sultanahmet Square |
Masjid Biru dari dekat - lihat kubah-kubahnya yang tersusun indah |
Melihat-lihat bahagian luar masjid dengan lebih dekat sebelum masuk ke dalam ..... |
Lihat keadaan dalam masjid yang begitu ramai sekali dengan pelancong dari pelbagai negara pada hari ini......17 Feb 2014 |
Central dome and semi-domes ...... apabila dilihat dari luar kubah-kubah ini bersusun bagaikan alunan ombak |
Kubah utama - warna biru menyerlah ..... sama seperti kebanyakan bahagian lain dalam masjid ini .....maka kerana itulah ia dikenali sebagai Masjid Biru |
Ada lebih 200 tingkap kaca seperti ini yang membenarkan cahaya masuk menerangi masjid |
Ruang solat yang luas - diterangi dengan cendelier lampu lilin letrik di samping cahaya semulajadi dari luar melalui tingkap kaca yang begitu banyak sekali |
Me ...... in the Blue Mosque or Sultan Ahmed Camii |
Permaidani sutra menutupi lantai ruang solat yang mampu memuatkan 10,000 jemaah dalam satu masa |
Rahsia telor burung unta (ostrich egg)
Ada satu perkara pelik yang menjadi kepercayaan dan amalan tradisi orang Turki yang juga dibuat dalam masjid ini. Mereka menggantungkan telur burung unta bersama lampu-lampu di candelier bagi tujuan menghalau labah-labah daripada membuat sarang dalam masjid.
Mengikut tradisinya, mereka akan ambil sebiji telur burung unta itu dan mencucuknya untuk dibuat lubang sebesar jarum sebelum menggantungkannya. Bahagian dalam telur akan membusuk secara perlahan dan mengeluarkan bau yang sangat busuk yang tidak dapat dihidu oleh manusia kerana hidung kita tidak cukup sensitif, tetapi serangga dan labah-labah tidak tahan baunya sehingga menjauhinya. Mengikut kepercayaan mereka ia berkesan sehingga 100 tahun.
;
Di penghujung hari (sebelum gelap) kami dibawa melawat Masjid Sultan Suleiman 'The Magnificent'. Jalan ke masjid ini ada masalah untuk dilalui oleh bas kami. Jadi bas terpaksa parking agak jauh dari masjid dan kami kena berjalan ke situ. Ramai juga yang tidak ikut sekali melawat masjid kerana keletihan termasuklah saya.
Dalam masjid ini mereka juga ada menggantungkan telor burung unta di candelier bersama lampu-lampunya. bagi tujuan yang sama.
Ada beberapa biji telor burung unta bergantungan di candelier Ini di Masjid Süleymaniye |
Gambar telor yang lebih jelas .... tidak seperti di Masjid Biru |
Saya tidak pergi melawat masjid ini. Gambar-gambar telor ini diambil oleh suami. Jadi saya tidak mahu menulis lebih-lebih tentangnya .... cukup sekadar mengatakan bahawa masjid ini adalah yang kedua terbesar di Turki buat masa ini, tetapi kalau mahu tahu cerita lebih, boleh lawat link Masjid Sultan Sulaiman.
Related posts:
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)
Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale
Kembara Turki - Pamukkale ke Cappodocia
Kembara Turki - Cappadocia
Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia
Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia
Kembara Turki - Ankara & Bolu
Kembara Turki - Istanbul ( Istana Topkapi )
Kembara Turki - Istanbul ( Hippodrome )
Kembara Turki - Istanbul ( Grand Bazaar )
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)
Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale
Kembara Turki - Pamukkale ke Cappodocia
Kembara Turki - Cappadocia
Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia
Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia
Kembara Turki - Ankara & Bolu
Kembara Turki - Istanbul ( Istana Topkapi )
Kembara Turki - Istanbul ( Hippodrome )
Kembara Turki - Istanbul ( Grand Bazaar )
No comments:
Post a Comment