Tanah Haram
Petikan daripada KonsultasiSyariah.com
Sekalipun asal katanya berbeza, namun sebenarnya kedua makna berkait. Sesuatu yang terlarang disebut haram, kerana jika itu dilakukan, bererti melanggar kehormatan orang yang melarang.
Allah melarang banyak hal dalam syariatnya, salah satunya dalam rangka menjaga kesucian syariat dan kehormatan dirinya. Jika orang melanggarnya, dia akan terjerumus dalam kenistaan dan kehinaan.
Dari keterangan di atas, kita dapat memahami makna dari istilah tanah haram. Dia disebut tanah haram, kerana ada banyak larangan yang tidak boleh dilanggar.
Dalam al-Misbah al-Munir dinyatakan,
والبلد الحرام أي لا يحل انتهاكه
“Tanah haram,ertinya tanah yang tidak halal untuk dilanggar.” (al-Misbah al-Munir, 2/357)
Ini sesuai dengan firman Allah,
إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَٰذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekkah) Yang telah menjadikannya suci dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang-orang yang berserah diri” (QS. An-Naml: 91)
Dalam hadis dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, Nabi SAW menyebutkan rahsia penamaan Mekah dengan tanah haram,
إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ، فَهْوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ، وَإِنَّهُ لَمْ يَحِلَّ الْقِتَالُ فِيهِ لأَحَدٍ قَبْلِى ، وَلَمْ يَحِلَّ لِى إِلاَّ سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ
“Sesungguhnya kota ini, Allah telah memuliakannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Dia adalah kota suci dengan dasar kemuliaan yang Allah tetapkan sampai hari Kiamat. Belum pernah Allah halalkan berperang di dalamnya, sebelumku. Dan Allah tidak halalkan bagiku untuk memerangi penduduknya, kecuali beberapa saat di waktu siang (ketika Fathu Mekah).
Selanjutnya, Nabi SAW sebutkan hukum yang berlaku, sebagai konsekuensi Allah jadikan tanah ini sebagai kota haram. Beliau bersabda,
فَهْوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ؛ لاَ يُعْضَدُ شَوْكُهُ ، وَلاَ يُنَفَّرُ صَيْدُهُ ، وَلاَ يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلاَّ مَنْ عَرَّفَهَا ، وَلاَ يُخْتَلَى خَلاَهُ
Dia haram dengan kemuliaan yang Allah berikan, sampai hari kiamat. Tidak boleh dipatahkan ranting pohon-nya, tidak boleh diburu haiwannya, tidak boleh diambil barang hilangnya, kecuali untuk diumumkan, dan tidak boleh dicabut rerumputan hijaunya. (HR. Bukhari 3189 & Muslim 3289)
Kata haram, memiliki dua kata akar yang berbeza.
Pertama, Kata haram [حرام] diturunkan dari kata haruma – yahrumu [حَرُمَ – يَـحْرُمُ] yang maksudnya terlarang, terlarang untuk dilakukan (al-mamnu’ min fi’lih). (al-Mu’jam al-Wasith)
Kedua, kata haram ditarik dari kata al-ihtiram, yang maksudnya kehormatan (al-Mahabah).
Dalam al-Misbah al-Munir dinyatakan,
والحرمة بالضم ما لا يحل انتهاكه والحرمة المهابة وهذه اسم من الاحترام مثل : الفرقة من الافتراق
Kata al-Hurmah (haram) maksudnya sesuatu yang tidak boleh dilanggar. Kata al-Hurmah juga dimaksudkan al-Mahabah (kehormatan), diturunkan dari kata al-Ihtiram. Seperti kata al-Furqah dari al-Iftiraq. (al-Misbah al-Munir, 2/357)

Madinah dan Mekah
Inilah 2 kota suci atau tanah haramain bagi orang Islam. Bagi kita orang Melayu lebih gemar menggelar kedua kota ini sebagai 'Tanah Suci' dari 'Tanah Haram' kerana perkataan 'haram' itu agak mengelirukan. Apa-apa pun setiap dari kita yang ke sana ikhlas dengan tujuan untuk beribadah pasti akan meninggalkan kenangan manis atau indah ketika di sana,
Pemergian saya ke sana bersama suami serta seorang anak perempuan baru-baru ini dengan tujuan untuk menunaikan ibadah umrah selama 11 hari, juga meninggalkan kenangan yang indah .... memori indah yang dirindui. Tiap-tiap hari selama seminggu, kami berpeluang bermunajat kepada Allah di hadapan kaabah. Tiap-tiap waktu solat pula kami berjemaah di Masjidil Haram sepanjang berada di sana. Inilah memori yang paling dirindui kerana ketenangan yang dirasai ketika berada di dalam masjidil Haram, tidak pernah saya rasai di mana-mana. Ketika berada di dalamnya, seolah-olah terlupa hal dunia buat sementara.
Dalam melaksanakan ibadah umrah ini, kita juga tidak terlepas daripada pantang larang ketika berihram. Inilah sebahagian dari larangan yang tidak boleh dilanggar ketika di Tanah Haram.
Di zaman kamera berada dalam talipon bimbit ini, maka kita bebas boleh mengambil gambar-gambar di dalam atau di luar masjid ...... tidak seperti zaman dahulu di mana dilarang terus membawa masuk
kamera ke dalam masjid. Kini dan selamanya, kameralah yang menjadi perakam utama kenangan dari peristiwa-peristiwa yang bersejarah dalam kehidupan kita.
Di zaman yang kamera tidak lagi memerlukan gulongan filem untuk berfungsi, maka berlambak-lambaklah foto yang diambil. Mungkin ada yang sampai kebosanan berposing ........ hehehe! Kami juga tidak ketinggalan dalam aktiviti menarik ini, beraksi di setiap tempat yang diziarahi.
Tidak ketinggalan kami juga merakam setiap aktiviti kami sepanjang perjalanan dari KLIA, ke Madinah, Mekah dan balik ke Jeddah. Semoga ia menjadi kenangan di masa hadapan.
Jom ikut saya
Jom kita ziarah ke Madinah!
Jom pergi jauh sikit!

Bersarapan bersama anak-cucu di KLIA2 - 27 Jan 2016 Flight 2.30 ptg ...... kapalterbang Air AsiaX |
King Abdulaziz International Airport (KAIA) Jeddah .... urusan imigrasi mengambil masa lebih kurang sejam untuk selesai |
Bargasi sudah dapat ....... sekarang tunggu bas untuk meneruskan perjalanan ke Madinah al- Munawwarah, kota suci kedua umat Islam |
At last! ...... basnya sudah sampai... jenuh menunggu! |
Bergambar di lobi hotel di Madinah - 28 Jan 2016 ..... sebelum ke Raudhah di Masjid Nabawi |
Baru lepas keluar dari Raudhah - legaaa..... Keadaan di Raudhah masih sama seperti dahulu - bersesak, berhimpit |
Dalam Raudhah tetapi masa untuk lelaki .... lapang tidak bersesak |
Indah senibinanya ....... bahagian dalam masjid Nabawi |
Keadaan di luar Masjid Nabawi .... 29 Jan 2016 (Jumaat) Keadaan waktu pagi dan selepas solat Jumaat |
Payung-payungnya terbuka di luar masjid .....
memberi teduh kpd para pengunjung dari cahaya matahari yg kuat
.... panas tetapi sejuk!
|
Suasana malam berhampiran masjid ........ kelaparan kerana tidak pulang ke hotel sejak dari solat Jumaat hingga malam. **Cuba masuk Raudhah lagi sekali menuggu dari jam 8 - 11 mlm |
Kedai-kedai berhampiran Masjid Nabawi |
Lawatan ke Bukit Uhud - 30/1/2016
Otw ke Bukit Uhud singgah di sebuah ladang tamar...... jangan dibeli buah tamar di sini ...mahal! |
Kenangan bersama bas yang membawa kami melawat Jabal Uhud |
Dah sampai ke destinasi ...... Bukit Uhud terletak 7 km ke utara bandar Madinah |
Hanya bergambar di kaki Bukit Uhud .... mutawif tidak membenarkan kami menaiki bukit kerana kesuntukan masa |
Seperti mana-mana tempat yang menjadi tumpuan pelawat..... terdapat pasar terbuka yang menjual pelbagai barangan |
"Melontarlah" pulak kita ...... |
Anika barang yang dijual .... dari ubatan, pakaian, aksesori sehingga makanan. Di sini boleh beli buah tamar dengan harga yang berpatutan |
Di kawasan ini juga terdapat Kuburan Syuhada' |
Jom ke Mekah
Tiba di bandar Mekah al-Mukarramah, kota suci pertama umat Islam lebih kurang pukul 11.30 mlm |
Selesai sudah umrah pertama kami sebelum subuh ..... 31 Jan 2016 |
Clock Tower. ...... antara landmark utama yang berada berhampiran Masjidil Haram |
Mekah 31 Jan 2016 - suasana di luar masjidil haram selepas solat Subuh |
Mekah 31 Jan 2016 - suasana pagi berhampiran masjid .....jalan menuju ke hotel penginapan kami |
yes!.....inilah hotel kami yang jaraknya lebih kurang 400m dari masjid |
Bangunan tambahan masjid sedang rancak dibina |
Jom masuk Masjidil Haram
`Suasana dalam masjid ..... berhampiran kawasan Kaabah |
Bahagian jemaah wanita di kawasan Kaabah.. Jemaah wanita tidak dibenarkan solat berdekatan Kaabah Setiap hari berkesempatan bermunajat di depan Kaabah.....alhamdulillah! |
Kaabah kelihatan jelas dari kawasan jemaah lelaki ......kelihatan juga kerja-kerja pembinaan tambahan masjid yang berjalan rancak |
Senibina masjid ........ struktur dalaman serta hiasan yang indah |
kawasan Saei |
Papan tanda di belakang menunjukkan ini kawasan Bukit al Rahmah |
Kelihatan di belakang manusia mendaki naik ke bukit |
Kami pun turut menaiki bukit |
Dah sampai ke atas ..... pendakian yang tidak sukar kerana siap ada anak-anak tangga ke atas |
Menikmati pemandangan kawasan berdekatan dari atas bukit |
Salahlaku yang dibuat oleh sesetengah jemaah ........ walaupun sudah diberitahu namun masih ada yang tetap melakukan kesalahan tersebut |
Pemandangan di Mina
Mina digelar Tent city/bandar Khemah .... |
......... merata-rata khemah |
Arah menuju ke Jamrah ..... |
Tempat melontar jamrah (Aqabah, Ula dan Wustha) ..... 5 layer walking bridge |
Jabal Nur di waktu siang |
Lawatan di sebelah malam ...... saya hanya mendaki sehingga ke kaki bukit kerana masalah kesihatan (sakit lutut) |
Sediiih rasanya tak dapat naik bersama suami dan anak ke atas menikmati keindahan pemandangan ini ..... kelihatan nun jauh Mecca Clock Tower yang terletak bersebelahan Masjidil Haram |
Kalau kita suka melawat tempat bersejarah di Mekah, tidak lengkap jika tidak melawat Gua Hira |
.....yang terletak di Jabal Nur atau Gunung Bercahaya |
Pintu masuk ke Gua Hira ...... hanya boleh menempatkan 4 orang Tempat Nabi mula-mula menerima wahyu dan tempat persembunyian (beruzlah) sebelum kenabiaannya |
Jom balik ke Jeddah - 6/2/2016
Masjid Ar-rahmah ........ masjid terapung Jeddah Singgah di sini untuk solat Zohor-Asar sebelum ke KAIA |
Singgah di pantai berdekatan menikmati keindahan alam ciptaan Allah sambil makan tengahari yang dibekalkan dari Mekah |
Salah satu pemandangan yang cantik dari Masjid Terapung ar-Rahmah |
Dah sampai KAIA Jeddah ......6 Feb 2016 |
Rakan sebilik .... foto kenangan sebelum berpisah Goodbye Jeddah! |
Sungguh menggamit kenangan
ReplyDeleteTerasa nk terbang semula kesana
Semoga Allah murahkan rezeki utk kesana lagi dan lagi ameenn
Terima kasih kerana sudi membaca.
DeleteSemoga Allah murahkan rezeki kita untuk ke sana lagi, insya Allah....ameen