Ini adalah kali kedua kami melawat Jordan dalam masa seminggu .... hebat kaann....😀? Ia bukanlah suatu yang mustahil kerana lawatan yang kedua ini adalah ketika perjalanan pulang dari Cyprus, di mana kami perlu transit di Amman airport sekali lagi selama 11 jam. Jika lawatan ke Petra ( transit ketika waktu pergi ke Cyprus ) kami dijemput oleh seseorang untuk ke sana, namun kali ini kami meminta tolong daripada salah seorang staf hotel mencarikan teksi untuk membawa kami ke sini. Kami dikenakan tambang sebanyak 60 DOJ untuk perjalanan pergi dan balik.
Ashabul bermakna ahli-ahli dan Kahfi pula bermakna gua, atau Kahf Ahlil Kahf dalam bahasa Arabnya. Kalau dalam bahasa Inggeris ia lebih dikenali sebagai 'Cave of the seven sleepers'. Ada beberapa tempat di pelbagai negara yang didakwa sebagai lokasi gua ini. Antaranya di Turki, Sepanyol, Yaman, Syria dan Jordan. Namun Gua Ashabul Kahfi yang terletak di Abu Alanda, kira-kira 7 km dari pusat bandar Amman, Jordan, merupakan lokasi sejarah yang lebih menepati ciri-ciri yang disebut dalam Al-Quran.
Ashabul Kahfi adalah sebuah gua yang berada di atas bukit tinggi berdekatan kawasan kilang.
Di atas bukit yang terdapat Gua Ashabul Kahfi .... pada petang 1 Julai 2018 |
Pada tahun 1961, mereka telah memulakan penggalian dan kajian di kawasan ini dan menemui beberapa bukti yang telah mengesahkan rumusan yang dibuat. Antara bukti yang dijumpai adalah seperti dalam petikan di bawah.
Petikan dari https://www.ilmgate.org
1. The opening of this cave is in the south, and the following ayah justifies this:
You would see the sun, when it rose, turning away from their Cave towards the right; and when it set, it bypassed them towards the left, and they were (lying) in the hollow thereof. (Qur’an, 18:17)
The location of this cave is such that the sunshine never enters it at any time, but passes from the left and right when the sun sets and rises. And there is a spacious hollow inside the cave where the wind and light easily reach.
2. It has also been mentioned in the Qur’an that the villagers had in mind to construct a mosque on top of this cave. Accordingly, after removing the debris and rocks, a mosque was discovered directly above the cave, which had been constructed from old Roman style stone. Archaeologists have said that the mosque was made from stone and originally a place of worship in a Byzantine form, and was later converted into a mosque during the time of Abd al-Malik ibn Marwan.
The polytheist king due to whose tyranny and oppression the Ashab al-Kahf sought shelter in the cave was, according to the theory of modern day researchers, the Roman emperor Trajan, who remained ruler from 98 AD till 117 AD. It is a well known fact that he used to subject rejectors of idolatry to severe hardships. It has been historically authenticated that in 106 AD, Trajan conquered the region of east Jordan and constructed the stadium of Amman.
According to modern day researchers, the king during whose reign the Ashab al-Kahf stirred was called Theodosius II and he lived in the beginning of the 5th century.
Upon the initial discovery of the cave, many coins were found scattered within, of which several are indeed from Trajan’s era which greatly supports the belief that this is the very cave of the Ashab al-Kahf.
Firman Allah SWT
وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِۗ مَن يَهْدِ اللَّـهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا ﴿١٧
(al-Kahfi: 17)
Pintu Gua Ashabul Kahfi Amman Jordan |
Sepanjang mereka tidur, Allah SWT menjaga mereka dengan matahari tidak merosakkan kulit mereka, badan tidak tertimbus dengan tanah, umur tidak tua dan haiwan berbisa juga tidak mengganggu mereka, Mengikut logik akal, mustahil berlakunya peristiwa ini. Namun bagi orang yang beriman, tiada yang mustahil bagi Allah; jika Allah mengkehendaki sesuatu berlaku, maka jadilah ia.
Ini lubang luar terowong dalam gua |
Terowong dalam gua yang mungkin berfungsi sebagai lubang udara dan cahaya |
Ini pula lubang terowong yang berada dalam gua ... seperti cerobong kedukukannya |
Bahagian gua sebelah barat - terdapat 3 buah keranda batu |
Bahagian gua sebelah timur - terdapat 4 keranda batu |
Kabinet mempamerkan barang-barang tinggalan yang dijumpai dalam gua dan sekitarnya |
وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُۚ .... sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu
Tapak runtuhan masjid di atas gua |
Saki-baki runtuhan dari zaman Rom dan Byzantin di atas gua |
Masjid baharu di sebelah kiri gua |
Masjid ini berada dalam sebuah kompleks |
مسجد كهف اهل الكهف |
Dalam kawasan kompleks masjid |
Dalam masjid |
Semua fakta yang tiada kepastian itu kurang penting. Apa yang lebih penting adalah pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah Ashabul Kahfi tersebut. Antaranya ialah kehebatan iman pemuda-pemuda tersebut yang mampu berhadapan dengan maharaja yang zalim demi mempertahankan keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Juga kesanggupan mereka meninggalkan kemewahan, kesenangan dan sanak-saudara semata-mata kerana Allah SWT. Dalam kitab tafsir Imam Ibn Kathir ada menyebut mereka ini daripada kalangan anak-anak pembesar dan dikatakan juga bahawa mereka daripada kalangan anak-anak kepada raja-raja pada waktu itu.
Semoga kita juga diberi kesabaran dan keimanan setinggi ini insya Allah.
Related Posts:
Rose City of Petra Jordan
Matahari lewat terbenam kerana Yusyak