Showing posts with label Turki. Show all posts
Showing posts with label Turki. Show all posts

Wednesday, 1 August 2018

Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?

Ketika mula-mula suami menyuarakan hasratnya untuk pergi ke Cyprus, saya rasa macam "blur" kerana tidak berapa mengenali negara ini dan juga tidak tahu di mana kedudukannya yang sebenar. Oleh kerana itu bila dia mengajak saya pergi sekali, tidak timbul perasaan teruja seperti ketika ingin berjalan ke Turki😁, walaupun negara ini sebenarnya sangat hampir dengan negara Turki.

Cyprus atau dalam bahasa tempatan Kypros (bahasa Greek) dan Kıbrıs (bahasa Turki) ialah sebuah pulau di laut Mediteranean yang terletak hanya 75 km di selatan Turki, di sebelah barat Syria dan Lebanon dan barat-laut Israel. Nama "Cyprus" diambil daripada perkataan kuprum (tembaga)  dalam bahasa Greek yang telah dilatinkan memandangkan galian kuprum banyak dijumpai di Cyprus.

Kedudukan Pulau Cyprus di peta dunia
Cyprus terletak di Laut Tengah (Mediterranean) bahagian timur dan ia adalah pulau terbesar ketiga di Laut Tengah setelah Pulau Sicily dan Pulau Sardínia. Kedudukannya sangat strategík kerana berada di jalur lalu lintas antara Eropah dan Asia. Mengikut kedudukan  geografi, Cyprus adalah wilayah Asia namun uniknya Cyprus mempunyai pengalaman sejarah, budaya dan politik yang lebih dekat ke Eropah daripada Asia.

 Pulau ini dapat dibahagi kepada tiga daerah utama, iaitu Pergunungan Kyrenia dekat pantai utara, Pergunungan Troodos di bahagian barat daya, dan Dataran Mesaoria di antara kedua pergunungan tersebut. 

Sejarah Cyprus

Secara sejarah, Cyprus pernah didatangi oleh orang-orang dari Yunani (Greece), Asyria, Mesir, Rom  dan Turki. Ketika kekuasaan Byzantium runtuh, datanglah kekhalifahan Othmaniah yang datang membawa ajaran agama Islam pada pertengahan abad ke-16, dan kepemimpinan Othmaniah ini telah memberi keizinan tinggal kepada 20.000 penduduk muslim.

Pada 1878, sebagai hasil Persidangan Cyprus, United Kingdom mengambil alih pemerintahan Cyprus dalam bentuk negeri naungan daripada Empayar Uthmaniyyah. Selepas pembubaran Empayar Uthmaniyyah, Cypus dijadikan sebagai jajahan mahkota pada 1925.

Sebahagian besar penduduk Cyprus menganut agama Ortodoks Yunani dan Islam. Sekitar tiga perempat  penduduk pulau ini terdiri dari orang Cyprus-Yunani, manakala orang Cyprus-Turki, keturunan pendatang dari Turki yang memasuki negeri ini mulai tahun 1571, meliputi sekitar 22 % dari seluruh penduduk.

Cyprus, ketika masih merupakan jajahan British, akan diberikan kepada Greece, tetapi minoriti keturunan Turki menolak. Akhirnya persepakatan dicapai dan pada tahun 1959 dibentuk negara Cyprus merdeka tetapi kedua belah pihak tidak puas hati dan akhirnya pada tahun 1974 sebuah kelompok yang menginginkan persatuan dengan Greece merampas kuasa yang dibalas dengan serangan Turki. Semenjak itu Turki menduduki sepertiga utara pulau. Kini pulau ini dibahagi kepada Republik Cyprus dan Republik Turki Cyprus Utara, yang hanya diiktiraf oleh negara Turki.

Sesudah Republik Cyprus-Turki diisytiharkan, bahasa Turki, di samping bahasa Yunaní, tetap diakui sebagai bahasa resmi di Republik Cyprus, sedang di Republik Cyprus-Turki hanya diakui bahasa Turki. Bahasa Inggris dipakai secara luas di semua kelompok masyarakat.

Pulau dibahagi 2 sejak 1974 - Turki mengumumkan
kuasanya secara resmi 1983 dan dipisahkan oleh "Garis Hijau"
Nicosia adalah ibu negaranya. Ia juga dibahagi dua oleh garis hijau (green line), sama sepertimana tembok Berlin yang telah membahagikan bandar itu pada satu ketika dahulu. Bandar-bandar besar yang lain - Famagusta, Larnaca, Paphos, Limassol, Kyrenia.

Pada 1 Mei 2004, Cyprus menjadi anggota Kesatuan Eropah, tetapi hanya wilayah selatan sahaja yang dibenarkan bersama. Oleh kerana itu Republik Cyprus Selatan mengguna matawang Euro sementara wilayah utara, Lira Turki.

Mengikut cerita rakan suami, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di METU atau Middle East Technical University yg terletak di Cyprus Utara, telah berlaku genosid di sini pada tahun 1974 oleh tentera Greek terhadap orang Islam sebelum campur tangan Turki. Setelah tentera Turki masuk, barulah pembunuhan beramai-ramai ini diberhentikan. Pihak PBB telah menjumpai kawasan perkuburan berama-ramai tetapi perkara ini telah disenyapkan sahaja dari pengetahuan dunia.

Sehingga kini ada di kalangan penduduk Cyprus Utara yang  masih rasa takut-takut untuk berjalan-jalan ke selatan, mengikut kata beliau. Ini tidak menghairankan kerana sikap bermusuh itu masih wujud sehingga ke hari ini. Beliau bagi contoh di mana ketika beliau belajar di USA dan telah mengepos barang ke keluarganya, tetapi tidak pernah sampai. Apabila bertanya kepada pekerja pos mereka mengatakan jika alamat yang ditulis adalah Cyprus ia mungkin hanya sampai ke Cyprus Selatan, kerana pekerja-pekerja pos di sana tidak mahu menghantarnya ke Cyprus Utara. Alamat surat menyurat untuk Cyprus Utara perlu dihantar ke Turki dahulu sebelum dihantar ke Cyprus.

Jom kenali Cyprus

Jika kita ingin melawat ke seluruh pulau Cyprus, lebih baik masuk  melalui Republik Cyprus kerana paspot akan dicop, tetapi jikalau masuk dari Cyprus-Turki paspot tidak akan dicop kerana ia tidak diiktiraf oleh dunia. Lebih elok juga jika tinggal di sini terlebih dahulu kerana ia memudahkan banyak urusan-urusan lain seperti menyewa kereta tanpa perlu banyak soalan jika kita bagi alamat tinggal di Republik Cyprus. Mereka sangat-sangat berasa curiga jika destinasi kita ke Cyprus Utara tetapi masuk melalui Cyprus Selatan ..... sikap bermusuhan itu masih menebal. Itu sebabnya sehingga ke hari ini usaha dari pihak PBB untuk menyatukan utara-selatan masih belum berjaya.

Abandoned-Nicosia-airport---00000100-6-SDR-by-DIMITRISSIDERIDISPhotography--0026-3938
 Nicosia International Airport abandoned since summer 1974......
 was once a bustling, state-of-the-art transport hub
sumber foto: CNN travel
Lapangan terbang utama di sini - Larnaca, Paphos dan Ercan (Cyprus Utara). Sebelum berlaku peperangan saudara 1974, lapangan terbang utamanya terletak di Nicosia tetapi kini ia berada dalam "buffer zone" (garisan hijau) yang dikawal oleh PBB. Selama 44 tahun ia telah ditinggalkan begitu sahaja dan  menjadi kawasan larangan kepada orang awam, kerana ia telah  menjadi sebahagian dari kompleks yang menempatkan ibu pejabat pasukan pengaman PBB  di pulau ini

Larnaca  Airport - 2 July 2018
Cyprus adalah antara pulau terindah di Eropah - bukit-bukau, flora dan fauna yang berbagai di daratan serta lautan yang luas terbentang mengelilinginya, menghasilkan panorama yang indah.  Cyprus juga mempunyai iklim  yang sederhana. Musim dinginnya tidak terlalu sejuk dan lembab, sedang musim panas bersuhu tinggí dan kering. Musim panas di Cyprus sangat lama sehingga lapan bulan, dari bulan April sampai November dengan suhu mencapai 75 derajah Fahrenheit. Musim panas biasanya hanya berlangsung selama empat bulan.  Pegunungan Troodos diselimuti salji selama kira-kira 10 minggu setiap tahun. Faktor-faktor ini menjadi sebahagian daripada tarikan ramai pelancong ke pulau ini.

Petra tou Romiou, Kouklia ..... 27 Jun 2018
Pergunungan Troodos ..... 28 Jun 2018
Negara ini mempunyai banyak tapak arkeologi tersebar di seluruh pulaunya, mulai dari zaman batu hingga masa kerajaan Rom kuno. Pulau ini juga masih memiliki banyak kawasan perairan yang hampir belum disentuh, yang sangat indah untuk dijelajah.

Jom kita jelajah Cyprus! ..... tunggu entri saya yang seterusnya insya Allah ....




Related Posts:

Kembara Cyprus

Saturday, 11 February 2017

Kembara Turki - Istanbul Ibukota Budaya Eropah

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Hari ini cukup 3 tahun sudah berlalu, dan akhirnya  selesai juga catatan pemgembaraan saya di blog ini.

Hari ini juga adalah hari kelahiran suami yang tercinta. Sanah helwah my BFF. Semoga Allah berkati umurmu yang telah lalu dan akan datang dan menerima segala amalanmu.

Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur untuk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir
dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul
Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

18 Feb 2014
Ini hari kedua kami di Istanbul. Hari ini kami dibawa membeli belah di Leather Shop, berkunjung ke St.Sophia Museum (Hagia Sophia/Aya Sofya), menaiki Bosphorus Cruise dan melawat Masjid Nuruosmaniye.

Istanbul - Kota Cinta

Napoleon Bonaparte, pencetus revolusi Perancis, pernah berkata, jika dunia ini ialah sebuah negara, maka Istanbul ibu kotanya. Keagungan kota Istanbul bukan hanya terletak pada nama semata-mata, namun pada sejarahnya yang melewati hampir 16 abad.

Hakikatnya, kota itu yang dahulunya dikenali sebagai Constantinople pernah menjadi pusat pemerintahan bagi Empayar Roman, Byzantine, Latin dan Usmaniah, selain menjadi punca pertumpahan darah kerana kedudukannya yang strategik.

Sejarah pendudukan pelbagai empayar menjadikannya sebuah kota yang kaya dengan budaya tersendiri dan hasil seni bina klasik yang masih utuh sehingga ke hari ini. Pada tahun 2010 Istanbul diberi kehormatan menjadi Ibukota Budaya Eropah. Apa yang membuat kota ini menjadi lagenda? Alasan yang paling tepat di balik lagenda ini mungkin jiwa bandar tersebut ....  Istanbul adalah bandar yang penuh cinta! Hanya mereka yang pernah ke sini memahami apa yang dimaksudkan.

Istanbul adalah ibu negara Empayar Usmaniah di mana fokus terhadap warga negara yang berbeza, agama yang berbeza, berada dalam damai selama berabad-abad, dan dilengkapi dengan karya yang hidup .... Rom, Byzantine, Keristian, Yahudi, dan Islam. Kota lagenda Istanbul juga menggabungkan Timur dan Barat, lama dan baru, tradisional dan moden, tempatan dan sejagat. 

Istanbul adalah kota lintas benua yang membentang melintasi Selat Bosporus, salah satu perairan tersibuk di dunia - di Turki barat laut, antara Laut Marmara dan Laut Hitam. Pusat perdagangan dan sejarahnya terletak di Eropah, sementara sepertiga penduduknya tinggal di Asia. Kedudukan strategik Istanbul di Jalur Sutera, jaringan keretapi ke Eropah dan Timur Tengah, dan satu-satunya laluan air antara Laut Hitam dan Mediteranian, telah membantu memajukan penduduknya.

Pada hari kedua lawatan kami ke kota ini, kami bersolat zohor-asar di Masjid Nuruosmaniye. Masjid ini menjadi salah satu contoh yang terbaik bagi gaya senibina yang dikenali sebagai "Ottoman Baroque". 


Sedikit maklumat dari http://www.greatistanbul.com/nuruosmaniye_mosque.html
The construction of the Nuruosmaniye Mosque was started by Sultan Mahmud I in 1748 and completed by Sultan Osman III in 1755. It's a typical Baroque and Rococo style mosque which was a very popular architecture of 1700's within the Ottoman Empire. The mosque was built on one of the seven hills of Istanbul by a Greek minority architect named Simeon and Mustafa Aga.

The mosque has a semi-circular courtyard with no fountain for the ablutions but only taps today. There are two minarets each having two balconies. It has a single dome and no column within the prayer hall but raised on four large arches, having a diameter of 25 meters (82 feet) and the height of 43 meters (141 feet). There are many ornaments on its main walls, stone crescent on the minaret tops, stone work of the niche (Mihrab) and the pulpit (Minbar). On the east corner of the prayer hall there is the sultan's lodge with latticework between its columns, accessed by a ramp outside the mosque. The existence of many windows provide lots of light but also justifying the name of the mosque: Nuruosmaniye means "The Light of Osman". It also gave its name to the neighborhood.The mosque is in Nuruosmaniye neighborhood near Eminonu, just next to the Grand Bazaar, to the northwest of the Cemberlitas column.



Bahagian luar masjid
By Arild Vågen - Own work, CC BY-SA 3.0,
https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=25073191
Bahagian dalam .... mimbar masjid
Seperti kebanyakan masjid di sini .......
lampu chandelier lilin menerangi ruang solat
Masjid ini menerima cahaya dari luar
 melalui  174 buah tingkapnya
Hiasan dalaman masjid indah ........
dindingnya dihiasi dengan tulisan-tulisan khat
Seperti yang sudah disebut sebelum ini, kami berada di kota Istanbul selama 3 hari 2 malam. Kami menginap di Taksim Gonen Hotel. Lokasinya berdekatan dengan Taksim Square atau Taksim Meydani. Pada malam pertama kami di sini, kami berjalan-jalan di kawasan berhampiran untuk melihat suasananya di malam hari.

Inilah hotel kami
Di belakang kelihatan seperti sebuah taman ....tetapi
tidak pasti samada ia sebahagian daripada Taksim Gezi Park 
Suasana malam berhampiran dengan hotel
19 Februari 2014
Hari ini berakhirlah sudah pengembaraan kami di Turki. Oleh kerana penerbangan balik kami selepas waktu tengahari, kami sempat bersiar-siar melihat kawasan berdekatan dengan hotel di sebelah pagi pula. Kawasan ini dianggap sebagai jantung Istanbul moden. Di sini terdapat banyak restoran, kedai dan hotel. Perkataan taksim membawa maksud "pembahagian" atau "pengagihan". Pada zaman dahulu, di sinilah pusat pengagihan air yang dikumpul dari utara Istanbul, kemudian disalurkan ke kawasan-kawasan lain.

Sepertimana biasa, sambil berjalan-jalan kami akan mengambil gambar-gambar yang dirasakan menarik sebagai kenangan. Cuaca pada pagi ini agak sejuk dan berkabus.

Memberi makan burung merpati di Taksim Square
Apabila melihat burung-burung merpati yang banyak ini, terkenang pula pengalaman yang sama ketika berada di Trafalgar Square di kota London, satu masa dahulu. Kini tiada lagi burung merpati di Trafalgar Square. Aktiviti memberi makan burung-burung merpati telah diharamkan sama sekali sejak 2007.

Kota Istanbul yang masih diselubungi kabus

 Simit - roti kesukaan orang Turki, sebagai sarapan 
...... selalu nampak dijaja di tepi jalan
Adakah kuih ini yang dipanggil baklava ..... yang famous tu?

Kemudahan umum yang menarik -
tempat mengecas talipon
Goodbye Istanbul ...... kami telah jatuh cinta dengan mu!
Teringin hendak ke sana lagi .....
Related posts:

 Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)

 Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)

 Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale

 Kembara Turki - Pamukkale ke Cappodocia

 Kembara Turki - Cappadocia

 Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia

 Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia

 Kembara Turki - Ankara & Bolu

 Kembara Turki - Istanbul ( Istana Topkapi )

 Kembara Turki - Istanbul ( Hippodrome )

 Kembara Turki - Istanbul ( Blue Mosque )

 Kembara Turki - Istanbul ( Grand Bazaar )

 Kembara Turki - Istanbul (Masjid Sultan Ayub)

 Kembara Turki - Istanbul ( Muzium Hagia Sophia )

 Bosphorus Cruise - Sultan Muhammad al-Fateh - Constantinople

Monday, 19 December 2016

Kembara Turki - Istanbul ( Muzium Hagia Sophia )

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Lebih 2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur untuk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir
dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul
Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

18 Feb 2014
Ini hari kedua kami di Istanbul. Hari ini kami dibawa membeli belah di Leather Shop, berkunjung ke St.Sophia Museum (Hagia Sophia/Aya Sofya), menaiki Bosphorus Cruise dan melawat Masjid Nuruosmaniye.

Pada sebelah paginya kami dibawa membeli-belah barangan kulit di sebuah kedai dan juga melawat kilangnya sekali. Shopping hari ini agak unik. Hanya kumpulan kami sahaja yang menjadi pelanggan kedai ini pada pagi ini. Selain menikmati teh yang dijamu sepertimana biasa, kami juga menjamu mata dengan menyaksikan model-model lelaki dan wanita berjalan di atas catwalk memperagakan  koleksi pakaian mereka.

Ini salah seorang model lelakinya memperagakan koleksi
KuZu Leather Fashion
....... dan ini pula model perempuannya
Ini pula kilangnya
Bergambar kenangan dengan salah seorang pekerja
Bergambar kenangan di pintu masuk bangunan Kuzu leather Fashion
Selepas selesai aktiviti membeli-belah di sini kami menaiki Bosphorus Cruise. Kami menaiki kapal yang disewa khas untuk kumpulan kami. Jom ke sana!

 St.Sophia Museum (Hagia Sophia/Aya Sofya)

Aya Sofya .... pemandangan dari Sultanahmet Sguare
Bersiap untuk masuk ...... tiket pun dah dapat
Aya Sofya telah berfungsi sebagai sebuah gereja selama hampir 1000 tahun dan seterusnya menjadi sebuah masjid selama 500 tahun. Kini ia berfungsi sebagai sebuah muzium.

 Petikan daripada greatistanbul.com 
Hagia Sophia means "Divine Wisdom" in Greek, this was an Orthodox church dedicated to holly wisdom, not to a Saint Sophia as some people wrongly call it today. Turkish people call it Aya Sofya, it's a former Byzantine church and former Ottoman mosque, now located in Sultanahmet neighborhood being one of the most important museums of Istanbul considered as a World Heritage by UNESCO. It is one of the greatest surviving examples of Byzantine architecture.

On May 29th, 1453, the Ottomans conquered Constantinople and sultan Mehmet II ordered to convert the church into a mosque. Because he admired the art, the sultan didn't want these great mosaics to be destroyed so he plastered them over and the Ottomans made their own floral designs or geometrical patterns, as well as Koranic calligraphy on top of the plaster. In order to use it as a mosque, Mihrab and Minbar were added inside, a fountain for the ablution was placed in the courtyard, and minarets were built in different periods in the outer corners of the building. A Koranic school, soup kitchen, library, madrasa, the clock-winding house, and sultan's mausoleums (belonging to Selim II, Murat III, Mehmet III, Mustafa I and Ibrahim) are amongst the structures added by the Ottomans. Also, large buttresses were built by Turkish architect Sinan in the 16th century to support the walls holding up the dome and to save the building from the earthquakes. The sultan's loge was added in the 19th century during the restoration of the mosque by the Swiss origin Fossati brothers.

Aya Sofya remained a mosque for almost 500 years until 1935 when Atatürk converted it into a museum so everybody could come to visit this architectural masterpiece and admire both Christian and Muslim art. Prayer rugs were removed from the marble floor and experts came from all around the world to remove some of the plaster in order to uncover spectacular Byzantine mosaics. It was, and still is, an important task during the restorations bringing to light all the major Byzantine mosaics but also preserving the Islamic art and calligraphy to maintain a balance between both Christian and Islamic cultures.


Jom masuk!


Imperial Gate - mozek di atas pintu menggambarkan
 watak dari era Byzantine serta Nabi Isa dan kata-kata dari
kitab Injil .... "Peace be with you, I am the light of the world"
Bahagian luar - di hadapan Imperial Gate 
Bahagian dalam 
Tempayan besar  di sebelah  kanan itu dibawa dari 
Pergamon (sebuah kota   lama di Greek)
Tempayan khas yang digunakan dalam upacara keagamaan 
ketika proses penyucian seseorang (Lustration Urn)
Kubah utama dihias dengan seni Islam manakala di 4 penjuru kubah
adalah gambar Hexapterygon (six winged angel) dari elemen Keristian
Kawasan ini masih lagi melalui proses membaik pulih 
Petikan daripada www.hagiasophia.com
There are 4 seraphim mosaics ( God's protector angels with 6 wings) on the 4 pendentives that carry the dome. The 4 seraphims' faces were covered with 6-7 layers of plaster for almost 160 years during the sovereignty of Ottomans. The last person who saw the faces of the Seraphims was the Swiss architect Gaspare Fossati while he was holding the restoration at Hagia Sophia in 1840s. With a 10 day hard work, experts managed to take off the 7 layers of plasters and reveal the face of one of the seraphims.


Bulatan piring dengan tulisan khat Allah dan Muhammad
 itu  dibuat daripada kayu - digantung sebagai
 hiasan dalaman  masjid pada kurun ke-19
Ini pula piring kayu dengan tulisan khat Hasan dan Husin
Coronation Square - dipercayai  maharaja-maharaja Byzantine
ditabalkan di sini
Tiang dengan simbol pagan 
Mengikut cerita Mr Burak (tour guide) tiang yang bersimbol pagan ini dijadikan sebagai pusat penyembahan kaum pagan ketika bangunan ini berfungsi sebagai sebuah gereja. Mereka melakukannya secara bersembunyi kerana kuil-kuil mereka telah dimusnahkan oleh pemerintah mereka yang beragama Keristian. Bangunan Aya Sofya ini pun dikatakan dibina di atas tapak sebuah kuil.

Sebenarnya dalam bangunan ini banyak terdapat simbol-simbol pagan kerana banyak daripada strukturnya dibuat daripada bahan-bahan kitarsemula, yang diambil daripada saki-baki kuil-kuil, seperti tiang-tiang dan batu, dari seluruh empayar Rom. Adalah dipercayai tindakan ini bertujuan sebagai satu kenyataan kepada dunia; Keristianiti mengatasi paganisma.

Mozek di siling yang ada elemen Keristian
Mimbar
Mozek yang terdapat di atas pintu masuk dari sebelah selatan-barat
Ia menggambarkan Mariam dan anak kecilnya Isa bersama
maharaja Byzantine - Constantine dan Justinian 1
Binaan air pancut sebagai tempat wuduk 
Terasa sedih jugalah bila melihat peninggalan struktur sebuah masjid seperti tempat wuduk ini. Orang Keristian marah apabila ada ura-ura kerajaan sekarang ingin mengembalikan ia berfungsi sebagai sebuah masjid. Pada pendapat saya, ini adalah hak pemerintah sekarang sebagai sebuah kerajaan Islam. Adakah mereka (orang Keristian) mengambil peduli apabila Masjid Besar Cordoba  di Sepanyol ditukar menjadi Gereja Roman Katolik? Sejak awal tahun 2000an  Muslim di Sepanyol berkempen agar dibenarkan mereka bersolat di gereja ini tetapi telah ditolak oleh pihak gereja beberapa kali. Sehingga kini mereka masih tidak berjaya.

Selesai lawatan  di sini, kami ke masjid Nuruosmaniye untuk solat zohor-asar. Kita jumpa di sana dalam entri yang lain insya Allah.


Related posts:

 Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)

 Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)

 Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale

 Kembara Turki - Pamukkale ke Cappodocia

 Kembara Turki - Cappadocia

 Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia

 Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia

 Kembara Turki - Ankara & Bolu

 Kembara Turki - Istanbul ( Istana Topkapi )

 Kembara Turki - Istanbul ( Hippodrome )

 Kembara Turki - Istanbul ( Blue Mosque )

 Kembara Turki - Istanbul ( Grand Bazaar )

 Kembara Turki - Istanbul (Masjid Sultan Ayub)

Kembara Turki - Istanbul Ibukota Budaya Eropah

Sunday, 4 December 2016

Kembara Turki - Istanbul (Masjid Sultan Ayub)


Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Lebih 2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur untuk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir
dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul
Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

17 Februari 2014 - Eyup Sultan Camii
Sebelum kami pergi membeli-belah di Grand Bazaar kami dibawa ke Masjid Sultan Ayub, bagi menziarahi kuburnya yang terletak berdekatan masjid, sambil menunaikan solat zohor-asar. Pada hari ini ramai sungguh yang menziarah kubur ini. Tempat ini sudah menjadi  tempat tumpuan orang memohon hajat .... berbagai hajat ditulis di dinding. Satu amalan kurafat yang patut dibendung oleh pihak berkuasa.

Petikan daripada Wikipedia.org:
The Eyüp Sultan Mosque (Turkish: Eyüp Sultan Camii) is situated in the Eyüp district of Istanbul, outside the city walls near the Golden Horn. The present building dates from the beginning of the 19th century. The mosque complex includes a mausoleum marking the spot where Eyüp (Job) al-Ansari, the standard-bearer and friend of the Islamic prophet Muhammad, is said to have been buried.

Eyüp Sultan is believed to have died during the first Arab siege of Constantinople in the 670s. His tomb is greatly venerated by Muslims. The mausoleum is on the north side of a courtyard opposite the main entrance to the prayer hall of the mosque.

Maklumat pasal sahabat Nabi Abu Ayub al Ansari ra
Tidak pasti apa sebenarnya yang tertulis ..... bahasa Turki
Abu Ayub al-Ansari ra adalah sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar. Abu Ayub memiliki nama asalnya iaitu Khalid bin Zaid bin Khulaib. Beliau yang berasal daripada bani Najjar lahir pada 587M iaitu 16 tahun lewat daripada tahun kelahiran Rasulullah SAW.

 Rasulullah SAW amat menyayangi Abu Ayub dan keluarganya. Baginda diriwayatkan tinggal di rumah Abu Ayub selepas berhijrah ke Madinah. Beliau adalah antara sahabat Nabi yang dikurniakan keberkatan umur yang sangat panjang, selain seorang lagi sahabat Nabi SAW, Anas bin Malik ra. Abu Ayub al-Ansari tidak pernah terlepas daripada menyertai sebarang peperangan sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman Khulafa ar-Rashidin dan seterusnya menginjak ke zaman kekhalifahan.

Dalam kempen menyebarkan syiar Islam ke Constantinople, Abu Ayub al-Ansari tidak mahu terlepas daripada menyertai kempen jihad fisabillah tersebut. Peperangan ini berlaku pada 674M semasa pemerintahan dinasti Umaiyyah. Ketika itu, umur Abu Ayub sangat tua iaitu dalam lingkungan 98 tahun. Miskipun uzur, Abu Ayub tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam kempen bersejarah tersebut. Kempen ini diketuai oleh anak kepada Muawiyyah bin Abi Sufian, Yazid bin Muawiyyah.

Dalam kempen tersebut, Abu Ayub mengalami keuzuran yang sangat teruk. Apabila keadaannya makin tenat, beliau berwasiat untuk dikuburkan di luar tembok Constantinople. Ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata kepada panglima tentera Umaiyyah:

"Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Wasiat Abu Ayub al-Ansari  untuk dikuburkan di luar tembok kukuh kota Constantinople telah ditunaikan.

Kata-kata akhir daripada Abu Ayub tidak terhenti di situ tapi terus diingati. Berita kematiannya semasa kempen di Constatinople tersebar seiring wasiat akhinya. Ia masih diingati dan terus menerus disebar secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan kekhalifahan Turki Uthmaniyyah.

Cerita ini telah sampai juga ke pengetahuan Sultan Muhammad 2 yang dikenali sebagai Muhammad al Fatih. Baginda sangat berminat mencari makam tersebut dan akhirnya telah menjumpainya dengan bantuan gurunya Sheikh Agha Samsuddin. Baginda kemudian menitahkan supaya dibina masjid di sisi makam sahabat Rasulullah SAW tersebut dan masjid ini kekal sehingga ke hari ini.

Ini bahagian luar kompleks Masjid
Ini pula bahagian dalamnya ....... dan itu tempat wuduk lelaki

Sunday, 27 November 2016

Kembara Turki - Istanbul ( Grand Bazaar )


Grand Bazaar - Spice Bazaar
Petikan dari wikipedia.org

The Grand Bazaar (Turkish: Kapalıçarşı, meaning ‘Covered Market’; also Büyük Çarşı, meaning ‘Grand Market’in Istanbul is one of the largest and oldest covered markets in the world, with 61 covered streets and over 4,000 shops which attract between 250,000 and 400,000 visitors daily. In 2014, it was listed No.1 among world's most-visited tourist attractions with 91,250,000 annual visitors. the Grand Bazar at Istanbul is often regarded as one of the first shopping malls of the world.

The Spice Bazaar (Turkish: Mısır Çarşısı, meaning Egyptian Bazaar) in Istanbul, Turkey is one of the largest bazaars in the city. Located in the Eminönü quarter of the Fatih district, it is the most famous covered shopping complex after the Grand Bazaar. Spice Bazaar has a total of 85 shops selling spices, Turkish delight and other sweets, jewellery, souvenirs, and dried fruits and nuts.


Grand Bazaar ini mempunyai sejarah yang tersendiri bermula dari pembinaan pusatnya pada musim dingin 1455, sejurus selepas Constantinople ditakluk oleh Empayar Usmaniyah. Ia berkembang sehingga ke hari ini setelah melalui begitu banyak fasa sejak pembinaanya. Dengan sejarahnya yang begitu panjang sehingga ke hari ini, terasa rugi jugalah jikalau tidak datang ke sini.

Walaupun mendapat nasihat daripada ramai orang supaya berhati-hati jika membeli belah di sini, takkanlah kita hendak melepaskan peluang melalui pengalaman yang unik ini. Mengikut kata tour guide kami, Mr Burak, orang-orang tempatan tidak membeli-belah di sini kerana harga barang yang diletak memang mahal. Mengikut katanya lagi, keadaan ini bolehlah dibandingkan dengan kawasan membeli-belah di Bukit Bintang KL, yang mana kebanyakan pengunjungnya adalah orang luar negara ...... orang dari KL tidak buat 'shopping' di sana.

Dengan pasrah kami pun tidaklah ketinggalan 'bershopping' sakan di sini kerana kami tidak punya pilihan atau kemampuan merayau-rayau mencari kawasan membeli-belah yang lain. Masa yang diberi pun agak terhad, apa lagi dengan kedai yang begitu banyak, untuk kami membuat perbandingan harga yang benar-benar murah. Jadi aktiviti 'shopping' hari ini sangat mencabar. Kami tidaklah pandai sangat bab tawar menawar ni. Jadi apa yang kami harapkan lebih kepada membeli sesuatu dari sini sebagai kenangan untuk dibawa balik,  di samping itu teringin juga merasai bagaimana berurusniaga dengan peniaga-peniaga di sini ...... barulah boleh bercerita dengan orang pengalaman kita.nanti.

Satu pengalaman yang menarik di sini ialah  apabila peniaga-peniaga memerangkap pengunjung membeli produk mereka dengan cara mempelawa minum teh bersama-sama mereka, sambil bersembang, katanya ...... tak ada komitmen kena beli! Kalau kita tak berhajat langsung nak beli apa-apa dari kedai tersebut, janganlah singgah. Kebiasaannya selepas mendengar celoteh mereka, rasa tak sedap pulak kalau keluar dari kedai dengan tidak membeli apa-apa.

Gambar pun tidak dapat ambil banyak kerana takut tidak cukup masa dan lambat pula balik ke bas nanti .... mana nak cari kedai yang menjual barang yang kita suka, nak tawar-menawar lagi. Kami juga tidak berani pergi jauh-jauh kerana takut sesat cari jalan balik. Kawasan 'shopping'-nya luas sangat-sangat ...... cemas jugalah petang tu!

Ok jom masuk ke dalam!

Pintu masuk ke Grand Bazaar dari sebelah Masjid Nuruosmaniye
Foto ini diambil pada hari esoknya ketika melawat masjid ini

Bahagian dalam bazar




Salah satu dari 4 'drinking fountain' yang terdapat dalam bazar
Ini kes tak sempat/teringat nak bergambar di sini
sumber foto - https://commons.wikimedia.org/wiki/User:Gryffindor
Selepas selesai aktiviti shopping di sini kami dibawa pula ke  Spice Bazaar. Bazar ini juga mempunyai sejarah yang panjang - wujud sejak dari zaman Usmaniyah lagi. Ia dibina dalam tahun 1660an sebagai sebahagian daripada Masjid Baru atau Yeni Camii. Pada zaman dahulu tempat ini menjadi perhentian terakhir kafilah-kafilah dagang (caravan) berunta yang melalui Jalan Sutra dari China, India dan Parsi.

Kami masuk sebentar berjalan-jalan melihat berbagai-bagai jenis rempah dan lain-lain  yang dijual tanpa membeli apa-apa. Saya bukanlah 'kaki' masak. Rempah-rempah yang dijual di Malaysia pun sudah cukup sebagai bahan masakan saya. Kami lebih banyak menghabiskan masa berada di luar bangunan, memerhati dan menikmati suasana di sekeliling.

Sumber foto - https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=370574
Ini kes terlupa nak ambil apa-apa gambar pun dalam bazar
Di belakang adalah bangunan spice  bazaar.....di luar juga ada gerai-gerai 
yang menjual produk segar dari seluruh Anatolia
Masjid Baru atau Yeni Camii di latarbelakang
Yeni Camii dari sudut lain.....hari makin gelap 

Hamdi Restorant ........ bangunan bedekatan


Tram - salah satu kemudahan pengangkutan awam
yang ada di sini - jika datang bersendirian 
Sebelum pergi membeli-belah di Grand Bazaar, kami dibawa menunaikan solat zohor-asar di sebuah masjid yang bersejarah dan istimewa, Eyup Sultan Camii atau Masjid Sultan Ayub.

Ikuti ceritanya di posting lain insya Allah.