Showing posts with label kedutaan. Show all posts
Showing posts with label kedutaan. Show all posts

Tuesday, 22 August 2017

Jom kenali Maghribi (Morocco)

Kedudukan negara Maghribi - sumber foto dari Google
Walaupun Maghribi terletak di benua Afrika tetapi alamnya tidak jauh berbeza dengan negara-negara di benua Asia yang subur, hijau dan terdapat pengairan di mana-mana. Boleh dikatakan di antara negara-negara  Arab dan Afrika, Maghribi termasuk negara pertanian terkemuka dan unggul.

 Ia juga  mempunyai kawasan yang berpantai dan pergunungan yang bersalji. Namun ia juga mempunyai kawasan yang bergurun. Ini menjadikan negara ini agak unik dari sudut aktiviti kehidupan penduduknya, atau negara yang 'exotic' untuk dikunjungi kerana kita dapat merasai berbagai pengalaman dalam satu kali lawatan.

Petikan daripada wikitravel.org
Morocco is a North African country that has a coastline on both the North Atlantic Ocean and the Mediterranean Sea. It has borders with Western Sahara to the south, Algeria to the east and the Spanish North African territories of Ceuta and Melilla on the Mediterranean coast in the north. It is just across the Strait of Gibraltar from Gibraltar.

Ethnically speaking, Morocco is composed mainly of Arabs and Berbers or a mixture of the two. Sizeable numbers of Berbers live mainly in the country’s mountainous regions, long areas of refuge where they have preserved their language and culture. Some segments of the population are descendants of refugees from Spain and Portugal who fled from the Reconquista, the Christian reconquest of the Iberian Peninsula, that spanned until the 15th century.

Nama resmi Maghribi adalah Al Mamlakah al Maghribiyah atau dalam bahasa Inggeris, Kingdom of Morocco. Nama jolokannya al-Maghrib al-Aqsa, yang bermaksud hujung barat, yang mungkin merujuk pada kedudukannya di paling hujung barat tanah Afrika. Ibukotanya Rabat, tetapi kota terbesarnya Casablanca. Penerbangan internasional rata-rata mendarat di Lapangan Terbang Internasional Mohammed V Casablanca.

Maghribi memiliki budaya yang sangat kaya dan unik - perpaduan Afrika, Asia (Arab) dan Eropah. Selain melakukan kahwin silang dengan orang-orang Arab, pada abad pertengahan, mereka juga mendapat percampuran dengan orang-orang dari bangsa Moor (kacukan Berber-Sepanyol). Mereka diusir dari Andalusia pada penghujung Abad 15 semasa peristiwa Reconquista berdarah dan mendiami wilayah pesisir negara Maghribi.

Warga Maghribi yang dominan bangsa Arab. Bahasa utamanya Arab, Berber dan Perancis. Sehari-hari, masyarakat bergaul dan bersembang menggunakan bahasa Arab. Di lapangan terbang, di stesen keretapi dan tempat keramaian, semua penduduk lokal bercakap bahasa Arab. Mereka menggunakan bahasa Perancis untuk pengurusan negara dan pengantar pendidikan di sekolah dan kampus. Semua sekolah dan institusi tinggi belajar dalam bahasa Perancis.

Bandarnya yang paling hujung, Tangier, hanya dipisahkan Selat Gibraltar dengan Sepanyol di benua Eropah. Jaraknya hanya 13 kilometer dari hujung selatan benua Eropah itu.

Pada tahun 2006, saya bersama suami serta anak-anak pernah sampai ke negara Gibraltar. Kami mengembara menaiki kereta dari UK ke Sepanyol dan terus ke sana. Niat di hati ketika itu memang ingin terus menyeberang Selat Gibraltar ke Tangier, Morocco. Namun apakan daya .... bajet tidak mencukupi. Setiap pelancong dari UK memerlukan visa untuk masuk Maghribi. Pada ketika itu visanya berharga 60 pound seorang. Kami ada 7 orang ....😃😄.... visa sahaja sudah berjumlah 420 pound!

Baru-baru ini (hujung Mac) saya dan suami diberi kesempatan pergi ke Maghribi, alhamdulillah. Tidak disangka pelancong dari Malaysia juga dikenakan visa untuk masuk Maghribi, tetapi ada ura-ura mengatakan kemungkinan keperluan visa ini akan dihapuskan tidak lama lagi. Semoga ianya menjadi kenyataan ..... ameen. Visa perlu dimohon jauh lebih awal dari tarikh perjalanan kerana ia mengambil masa hampir sebulan untuk siap. Kami dikenakan RM 90 seorang.

Buat visa di kedutaan Kerajaan Maghribi
Kaunter buat visa di pejabat kedutaan
Papan maklumat pada dinding yang bercorak menarik
Hiasan ukiran indah dalam kedutaan
 Gurun Sahara menutupi hampir sebahagian besar wilayah Afrika Utara. Ia merupakan sebuah gurun terpanas di dunia dan terbesar di Afrika. Gurun Sahara juga menutupi sebahagian wilayah Maghribi sehingga menyebabkan negara ini mengalami iklim panas dan kering. Namun Mahgribi juga mempunyai kawasan pantai yang menarik kerana lebih kurang separuh dari negara ini bersempadan dengan laut.

Selain mempunyai kawasan gurun beriklim kering, Maghribi juga mempunyai kawasan pergunungan Atlas. Pemandangan bersalji bukanlah satu yang pelik di Maghribi. Bahkan ia mempunyai wilayah dengan suhu paling rendah di dunia Arab, iaitu Ifrane yang pernah bersuhu ( -24 ) darjah Celcius, setidaknya pada tahun 1935.


Baki salji yang tinggal di puncak gunung ketika lawatan kami 
ke pergunungan Atlas pada 29 Mac 2017
Insya Allah akan disambung menceritakan pengalaman yang dilalui dalam entry yang lain.

You might like these posts:

1. Marocco (Maghribi) - Chez Ali Fantasia

2. Morocco (Maghribi) - Quarzazate ... The door of the desert

3. Morocco (Maghribi) - The Exotic Marrakech

4. Morocco (Mahgribi) - Semalam di Casablanca

5. Morocco (Maghribi) - Catatan Perjalanan ke Marrakech

6. Hujung Dunia - Europa Point Gibraltar ( جبل طارق)