ADA beberapa tempat di dunia ini yang digelar sebagai tanah hujung dunia atau dalam bahasa Inggerisnya "end of land or end of the world". Tempat-tempat sebegini agak menarik untuk dikunjungi kerana ia membuat kita berasa seolah-olah berada di penghujung dunia, di samping menikmati pemandangan-pemandangan yang menarik. Biasanya tanah hujung ini, sebahagian besar kawasannya dikelilingi laut luas sejauh mata memandang. Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa telah mencipta alam ini untuk kita nikmatinya bersama dan mengajak kita memikir-mikirkan tentang kejadiannya,
Firman Allah
Tanah hujung kedua yang kami lawati ialah Europa Point di Gibraltar pada April 2006, lebih kurang setahun selepas lawatan kami ke Land's End. Setiap kali cuti Easter kami akan membawa anak-anak melancong kerana waktu itu cuaca sudah mula panas dan sekolah pula bercuti panjang. 2006 adalah tahun terakhir kami berada di England UK. Oleh kerana itu kami telah melakukan pengembaraan selama dua minggu ke Sepanyol dengan menaiki kereta dari UK, sebelum balik ke Malaysia "for good".
Perjalanan dengan kereta dari Granada di Sepanyol ke Gibraltar (A)
Gibraltar adalah sebuah negara kecil yang bersempadan dengan negara Sepanyol. Ia sebuah negara yang mempunyai pemerintahan sendiri tetapi masih termasuk dalam "British Overseas Territories". Matawangnya juga menggunakan pound sterling seperti matawang UK.
Oleh kerana Europa Point ini terletak di Gibraltar dan tidak jauh dari Granada, maka kami mengambil kesempatan ini untuk pergi ke sana. Granada adalah salah sebuah bandar di Sepanyol yang menjadi tempat persinggahan kami dalam misi Kembara Eropah kami yang kedua. Kami berada di sana untuk beberapa hari dalam pengembaraan kami itu.
Jabal Thaariq atau Rock of Gibraltar......landmark negara
Tower of Homage di Moorish Castle. dibangun pada abad ke-14, Moorish Castle merupakan satu-satunya bangunan (senibina) Marinid di luar Afrika - sentiasa mengibarkan bendera Union Jack
Europa Point
Petikan dari wikipedia;
Europa Point is the southernmost point of Gibraltar. At the end of the Rock of Gibraltar, the area is flat and occupied by such features as a playing field and a few buildings. On a clear day, views of North Africa can be seen across the Strait of Gibraltar including Ceuta and the Rif Mountains of Morocco; as well as the Bay of Gibraltar and the Spanish towns along its shores.
There are five notable buildings, Harding's Battery, the Ibrahim-al-Ibrahim Mosque, the Roman Catholic Shrine of Our Lady of Europe, the Europa Point Lighthouse and the Nun's Well.
Europa Point - masjid, church, lighthouse ......... antara bangunan yg menonjol
Di hari yang cerah kita dapat melihat Afrika di seberang sana selat atau lautan
Nama Gibraltar adalah kata berbahasa Sepanyol yang diambil dari nama Arab Jabal-ı-Tārıq (جبل طارق), bererti "pergunungan Tariq." Nama tersebut merujuk pada formasi geologi Batu Gibraltar yang diberi nama sesuai nama Jenderal Umayyah Berber,Tariq ibn-Ziyad, yang memimpin serbuan pertama ke Iberia mendahului pasukan Moor utama pada tahun 711 di bawah pimpinan Khalifah Umayyah Al-Walid I. Sebelumnya, pergunungan ini bernama Mons Calpe, salah satu Pilar-Pilar Herkules (mengikut cerita lagenda Greek atau Yunani)
Ibrahim-al-Ibrahim Mosque The mosque, also known as the King Fahd bin Abdulaziz al-Saud Mosque or theMosque of the Custodian of the Two Holy Mosques, is a mosque located at Europa Point. The building was a gift from King Fahd of Saudi Arabia and took two years to build at a cost of around £5 million. It was officially inaugurated on 8 August 1997. The mosque complex also contains a school, library, and lecture hall. It is the only purpose-built mosque in Gibraltar to serve the Muslims in the territory who number over 2,000.
Kami ke masjid ini dan cuba memasukinya tetapi malang ianya berkunci. Niat di hati ingin menunaikan solat zohor dan asar di situ.
Masjid paling selatan di Eropah
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Walaupun begitu kami hanya berjalan-jalan di Europa Point ini sambil menikmati keindahan laut dan pemandangan Jabal Taariq yang tersergam indah. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang cukup. Lawatan kami hanya untuk separuh hari sahaja. Oleh kerana Gibraltar terletak di Semenanjung, ia mempunyai pantai-pantai yang cantik untuk aktiviti bermain air. Anak-anak kami tidak melepaskan peluang bermandi-manda di laut kerana cuaca yang sangat baik. Kami juga telah berkelah dengan memasak makanan tengahari pada hari itu, di pantai
Abang Ngah tolong masak nasi untuk lunch
Adik dan abang bermain pasir di pantai
Uda menikmati keindahan laut ciptaan Allah
3 beradik riang bermain air
Catalan Bay Beach Gibraltar
Tanah hujung yang seterusnya yang dilawati ialah The Tip of Borneo, Kudat Sabah.
Kata-kata aluan daripada website Restoran Chez Ali
Chez Ali Restaurant is the place of 1001 nights with Moroccan hospitality .We offers guests a sumptuous dinner and a memorable show in Berber tents. Belly dancers, acrobats, riders, fireworks, folk music are on the menu … An enchanting wonderland.
Kami bukan sengaja datang makan malam di sini. Kehadiran kami secara kebetulan. Pada malam 30 Mac 2017 para peserta seminar dan keluarga masing-masing dijemput oleh pihak penganjur ke majlis makan malam di sini. Sebenarnya kami tidak tahu menahu langsung pasal tempat ini dan ia bukanlah jenis tempat yang akan kami kunjungi jika pergi secara bersendirian. Bayaran masuk untuk menikmati makan malam dan pertunjukan Fantasia, mencecah lebih dari RM 200 bagi seorang dewasa.
Mengikut cerita dari internet, tempat ini berada 10 km ke utara Marrakech, lebih kurang setengah jam perjalanan dari pusat bandar. Ia sebuah kompleks yang sangat besar, ala-ala Disneyland. Oleh kerana kami datang dengan niat untuk makan sahaja, kami tidaklah fokus sangat apa yang ada di sini, selain sekadar lalu bersama rombongan kami ke tempat makan.
Apa yang menarik, saya rasa pada malam itu ialah sambutan yang diberi ketika tiba di tempat ini. Dari awal ketibaan sehingga ke tempat makan, kami diraikan seperti seorang raja atau pembesar di sepanjang laluan. Teruja juga sebab tidak pernah lagi mendapat layanan seperti itu.
Kami dibawa ke sini dengan bas
Ketibaan kami disambut oleh sebarisan penunggang kuda
Macam pembesar lalu disambut oleh masyarakat kampung .... kaann😀
Apabila masuk ke dalam kami disambut pula oleh kumpulan-kumpulan penghibur tradisional kaum Barbar, lengkap dengan pakaian tradisional mereka. Mereka ini datang dari berbagai tempat seperti Quarzazate dan Ait Benhaddou, selain dari Marrakech. Di sini juga pertama kali saya mendengar secara 'live' bunyian 'ulululu' dibuat oleh mereka, kerana meraikan kehadiran kami semua.
Sepanjang perjalanan ke dewan makan, kami dihiburkan oleh nyanyian, tarian dan muzik mereka .... sungguh meriah. Kemudian kami ditunjukkan ke tempat makan dalam sebuah khemah besar yang dihias indah. Makan malam semua disediakan di satu kawasan luas dalam khemah-khemah khas Morocco yang dipanggil caidal. Hiasan dalam dewan makan sangat cantik bertemakan 'Arabian Night'. Susunan kerusi mejanya juga unik - ada bahagian tempat duduk yang jenis dipan selain dari kerusi biasa.
Dalam perjalanan ke dewan makan
Salah satu kumpulan yang menyambut kami
Ini pula kumpulan lelaki
Kumpulan pemuzik
Makan malam ialah hidangan 4 jenis sajian. Mula-mula kami disaji dengan sup Harissa, sejenis sup yang dibuat dari kacang lentil, dihidang bersama roti. Kemudian kami dihidangkan Mechoui - kambing yang bercucuk dan dibakar atas api. Sajian seterusnya ialah couscous yang dimasak bersama ayam dan sayur. Akhir sekali pencuci mulut yang hanya terdiri dari buah limau yang tidak dipotong ... akhirnya dibawa balik sahaja. Minumannya air kosong sahaja. Jika ingin yang lain terpaksa membelinya.
Ketika kami sedang makan, penghibur-penghibur yang di luar tadi masuk ke dalam khemah sambil menyanyi, menari serta bermain muzik melawat semua meja yang ada. Jika kita membaca "review" dari mereka yang telah datang ke sini, ada yang terhibur dengan cara ini tetapi ada juga yang menyampah kerana mengganggu ketenteraman mereka semasa makan. Apa-apa pun hakikatnya itulah yang dikatakan ragam manusia - ada yang pandai menyesuaikan diri dengan budaya orang lain, ada yang tidak. Bagi kami, ia satu pengalaman yang menyeronokkan, bukan sahaja kerana dapat makan percuma tetapi suasana dan hidangan yang disediakan sangat berbeza dari kebiasaan.
Tengok video dari you-tube ni ..... baru dapat 'feeling'
Selepas makan kami semua berjalan ke arena di mana pertunjukan kebudayaan diadakan. Kawasan ini agak gelap kerana pencahayaannya tidak.menyeluruh. Jadi ada bahagian yang boleh dilihat dan ada yang tidak jelas. Jadi foto yang diambil dapatlah bayang-bayang sahaja. Antara persembahan yang dibuat malam itu ialah pertunjukan akrobatik oleh penunggang-penunggang kuda, tarian gelek, karpet terbang dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Arena pertunjukan seluas padang bola
Salah satu persembahan - para pejuang berkuda serta bersenapang siap bersedia untuk bertempur
😁ini adalah flying carpet
😡ish! siap ada tarian gelek lagi
Kereta kuda yang boleh dinaiki pengunjung - sudah tentu kena bayar
'A man on a donkey'- berjalan sekeliling arena sebagai selingan
Untuk melihat dengan lebih jelas, jom kita tonton video dari U-tube yang dimuatnaik oleh seorang pengunjung ke sana.
Pahlawan Barbar
Salah seorang pahlawan Barbar yang beraksi dalam pertunjukan Fantasia
Ibnu Khaldun menggambarkan karakter orang Barbar sebagai manusia pemberani, kuat, hebat, dan memiliki semangat perpaduan yang tinggi. Ibnu Khaldun menambahkan bahawa orang Barbar benar-benar manusia sejati yang sederajat dengan orang Arab, Persia, Yunani, dan Rom. Penggunaan nama Barbar pada orang-orang Afrika Utara adalah tidak tepat. Nama yang sering dipakai oleh orang-orang Barbar untuk menyebut diri mereka sendiri ialah “Amazigh” (jamak: Imazighen) yang bererti “orang bebas” (free man). Secara umum kaum Amazigh tinggal secara berkelompok di Afrika Utara, negara yang sekarang disebut Marocco, Algeria, Tunisia , Libya, Mesir , Mali , Niger hingga Mauritania.
Asalnya istilah Barbar ini adalah gelaran orang-orang Rom dan Greek kepada sesiapa sahaja yang bukan dari kalangan mereka. Barbar bermaksud "orang asing". Sebenarnya bangsa Barbar adalah bangsa yang mendiami Eropah (selain dari bangsa Rom dan Yunani), iaitu bangsa Arya. Mengikut satu teori, orang-orang Arya ini berasal dari India yang kemudian menyebar ke seluruh penjuru Eropah dan terus berjalan ke selatan mencari daerah jajahan baru sebagai tempat kehidupan yang lebih baik.
Bangsa Arya ini masih merupakan orang yang kurang berperadaban. Mereka adalah kumpulan orang Barbar yang gemar berperang dan percaya pada banyak perkara mistik. Mereka adalah para penentang yang kuat. Orang-orang ini berbadan besar dan menyukai tentangan. Sejarah persebaran mereka ke seluruh penjuru Eropah adalah kisah tentang kepahlawanan dan menjadi epik wiraan yang diceritakan secara lisan oleh anak cucu mereka, turun temurun hingga ke hari ini.
Agaknya dari sinilah istilah "barbaric" berasal kerana ia membawa maksud kekerasan, kekejaman, kebodohan, pelanggaran terhadap norma, keterbelakangan, dan segala tindakan negatif yang boleh dilakukan oleh manusia, iaitu merujuk kepada sikap mereka. Gelaran Barbar ini juga disematkan kepada bangsa Afrika Utara ketika Perancis menakluk Afrika Utara.
Dalam sejarah Islam bangsa Amazigh inilah yang banyak menyumbang kepada penyebaran Islam sampai ke Eropah khususnya Andalusia. Panglima perang Thariq bin Ziyad, bersama 7000 tentera, yang kebanyakannya berasal dari suku Amazigh, menyeberang ke Spanyol pada tahun 711 M. Ia mendarat dekat gunung batu besar yang kemudian dinamai dengan namanya, Jabal (gunung) Thariq. Orang Eropah menyebutnya Gilbraltar dan mereka menamakan selat yang memisahkan Afrika Utara dengan Eropah, Selat Gibraltar. Negerinya juga dinamakan Gibraltar.
Cueta, Selat Gibraltar dan negara Gibraltar (A) Perjalanan kami dengan kereta pada tahun 2006 dari Granada di Sepanyol ke Gibraltar
Jabal Thaariq atau Rock of Gibraltar
Ada satu kisah menarik dan terkenal pasal panglima Tariq ini setelah armadanya mendarat di Sepanyol. Beliau dikatakan telah membakar kapal-kapalnya dan memberi pidato yang bersemangat kepada tenteranya selepas itu. Beliau dikatakan berbuat demikian agar tenteranya tidak boleh berpatah balik ke kapal jika mereka tidak mahu meneruskan peperangan, melawan musuh yang berkali-kali ganda jumlahnya berbanding tentera Iskam.
Mengikut pengkaji sejarah, kisah ini tidak benar. Mereka mengatakan kisah ini tidak ada disebut dalam penulisan ahli-ahli sejarah Andalusia yang hidup di zaman itu. Kisah ini hanya tercatat dalam zaman moden ini yang kebanyakan ditulis oleh kaum orientalis, yang kemudiannya direkod dan disebarkan oleh pengikut-pengikut mereka. Antara sebab logik yang boleh dijadikan alasan untuk menolak kebenaran kisah ini adalah seperti,
1. Kebanyakan kapal bukan kepunyaan orang Islam tetapi dipinjamkan oleh Raja Cueta. Jadi mereka ada tanggungjawab menjaga amanah itu.
2. Perbuatan membakar kapal-kapal itu adalah salah mengikut syariah. Seorang yang beriman dan takutkan Allah, seperti Thariq, tidak akan bertindak demikian.
3. Kisah ini memperkecilkan semangat jihad pejuang-pejuang Islam yang pergi berperang - seolah-olah orang Islam berperang untuk mendapatkan habuan dunia dan takut mati
4. Jika peristiwa itu benar-benar berlaku, sudah tentu ada di kalangan para ilmuan dan pakar ketenteraan yang memberi komen dan menyentuh akan isu ini
Peninggalan orang Islam -Tower of Homage di Moorish Castle, Gibraltar Dibangun pada abad ke-14, merupakan satu-satunya bangunan tinggalan Empayar Marinid di luar Afrika - sentiasa mengibarkan bendera Union Jack
Selain dari panglima Thariq yang menjadi kebanggaan orang Amazigh, mereka juga boleh berbangga dengan Ibnu Batutah, seorang pengembara muslim terkemuka yang dicatat oleh sejarah sebagai pengembara terbesar pra-moden, adalah orang Amazigh tulen. Bahkan, Zinadine Zidane, pemain bolasepak terkemuka yang telah membawa Perancis menjadi juara dunia dan Eropah, adalah orang Amazigh yang berhijrah ke Perancis.