Kali pertama saya dan suami ke sini pada Julai 2023. Kami melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak yang terietak berhampiran dengan pekan ini. Kami juga sempat makan tengahari di sini dan bergambar di beberapa lokasi menarik yang terdapat di pekan Kg Gajah😃....dah jadi pekan tapi masih kampung.
Cerita selanjut, lihat di SINI
Kali ini kami pergi dengan misi hendak makan durian Kg Gajah sambil melawat dusun buah durian dan lain-lain buah di Kompleks Warisan IGROW serta berjumpa Opah Yang Pulau Tiga. Kami tidak pergi pun ke pekan Kg Gajah kerana lawatan kali ini mengikut rombongan Pn Zaiton Latif.
![]() |
| Rombongan Cik. Ton |
Kg Batu Gajah bukan sahaja menjadi tumpuan pencinta sejarah tanah air, tetapi ia juga turut menjadi antara lokasi tumpuan 'hantu' raja buah terutama yang mengemari durian kampung setiap kali tiba musim durian selain di Batu Kurau. Kunjungan ke sini boleh diibaratkan seperti serampang dua mata kerana bukan saja boleh melawat tempat bersejarah sekali gus memburu durian nombor satu di Perak suatu ketika dahulu iaitu D148 atau lebih dikenali sebagai durian Paduka.
| Bertanda merah ....lawatan ke Kg Gajah yg pertama Bertanda kuning ...... lawatan kedua |
Pulau Tiga adalah sebuah mukim di bawah pentadbiran Daerah Perak Tengah, manakala "Pulau Tiga" juga merujuk kepada sebuah kampung di dalam mukim tersebut. Mukim Pulau Tiga mengandungi 10 buah kampung, termasuk Kampung Pulau Tiga Kiri dan Kampung Pulau Tiga Kanan (sepatutnya Kampung Pasir Garam dan Pasir Kubu seperti yang tercatat dalam sumber). Ia terletak dalam daerah kecil Kampung Gajah.
Pulau Tiga di Perak memiliki sejarah yang panjang, pernah menjadi pusat pemerintahan beberapa Sultan Perak, termasuk Sultan Muhammad Shah (Sultan Perak ke-14) yang memerintah dari tahun 1742 hingga 1750. Makam Sultan Ahmad Tajuddin Shah terletak di Kampung Jawa, berdekatan dengan Kampung Gajah, di mana juga terdapat makam Sultan Perak ke-11 dan ke-12.
ßenarai Sultan Perak yang terawal:
Pulau Tiga di Perak memiliki sejarah yang panjang, pernah menjadi pusat pemerintahan beberapa Sultan Perak, termasuk Sultan Muhammad Shah (Sultan Perak ke-14) yang memerintah dari tahun 1742 hingga 1750. Makam Sultan Ahmad Tajuddin Shah terletak di Kampung Jawa, berdekatan dengan Kampung Gajah, di mana juga terdapat makam Sultan Perak ke-11 dan ke-12.
ßenarai Sultan Perak yang terawal:
01.Sultan Mudzaffar Shah
02.Sultan Mansur Shah
03.Sultan Ahmad Tajuddin
._____________________________________
11.Sultan Mahmud Iskandar Shah
12.Sultan Alauddin Mughayat Shah
13.Sultan Mudzaffar Shah III
14.Sultan Muhammad Shah
02.Sultan Mansur Shah
03.Sultan Ahmad Tajuddin
._____________________________________
11.Sultan Mahmud Iskandar Shah
12.Sultan Alauddin Mughayat Shah
13.Sultan Mudzaffar Shah III
14.Sultan Muhammad Shah
![]() |
| Sebahagian dari senarai raja-raja Perak |
Ada banyak lagi sejarah lain yang akan diceritakan dalam catatan akan datang insya Allah.
Dodol Opah Yang Kg Empai
Perniagaan dodol tradisional berjenama 'Dodol Opah Yang' ini diusahakan oleh pasangan suami isteri, Normi Ramli 53 dan Mohd Ramli Bakari 64.
Perusahaan ini menggunakan resepi dodol tradisional yang diwarisi sejak tahun 1959 daripada ibu Puan Normi, Saerah Abdul Majid 82. Mereka masih mengekalkan rasa dodol tradisional walaupun menggunakan teknik moden dan dibuat tanpa bahan pengawet dan bahan pewarna.
Selain itu, mereks juga berinovasi dengan dodol dalam bekas sumi (dodol sumi) yang lebih kecil, mudah dibawa dan dimakan. Tujuannya untuk menambat hati bukan sahaja pelanggan daripada golongan dewasa, tetapi juga kanak-kanak. Kini produk mereka mempunyai tiga perisa iaitu asli, pulut hitam dan durian.
![]() |
| Bergambar beramai bersama Opah Yang |
Sebelum balik menjamu selera di cafe Opah Yang
Desa Warisan iGROW Pulau Tiga
Ini adalah sebuah kompleks pelancongan yang juga terletak di Pulau Tiga Kampung Gajah, dan telah menawarkan agro pelancongan sejak 2012, dengan penginapan konsep farmstay atau inap ladang. Kompleks pertanian ini sebuah kawasan luas dipenuhi dengan pelbagai tanaman seperti dusun dan ladang ternakan sekaligus mewujudkan suasana semula jadi. Mereka mempunyai 13 bilik yang boleh menempatkan 60 orang dan pelanggan akan di bawa berjalan ke dusun dengan menawarkan suasana kampung sebenar.
Pàda pagi itu kami dibawa masuk ke kebun buah-buahan termasuk durian. Di sini kita dapat mengenali ciri-ciri sesejenis buah itu dengan lebih dekat, seperti buah durian yang luruh dengan sendirinya tanpa perlu dipetik. Pagi itu kami memungut 2 biji durian yg luruh sebelum kami tiba. Kami juga diberi peringatan supaya berhati-hati, tidak berada di bawah pokok durian.
Selepas lawatan ke kebun, kami diberi taklimat mengenai iGROW serta aktivitinya, oleh pemilik kompleks Desa Warisan iGROW, Nordin Abdul Malek
![]() |
| Encik Nordin bersama suami |
Mengikut maklumat yang diberi, di sini ada lebih 100 pokok pelbagai jenis dan kira-kira 10 hingga 15 pokok adalah durian Paduka. Nordin berkata, durian Paduka adalah durian kampung yang ditanam dan dikomersialkan oleh arwah bapanya, Abdul Malek Kulub Aji. Durian ini pernah menjuarai pertandingan durian di Perak pada 1985 dan 1995 sebelum didaftarkan sebagai D148 oleh Jabatan Pertanian.
Sejak dahulu Kampung Gajah sudah menguasai sektor durian dan raja buah itu melambangkan identiti ekonomi penduduk kawasan berkenaan. Dahulu nilai kekayaan seseorang itu bergantung dengan jumlah dusun durian yang dimilikinya. Dia juga menceritakan yang orang kmpung tidak suka anak- anak mereka berkahwin dengan orang luar disebabkan status kedudukan ini.
Pada zaman dahulu, masyarakat dalam sesebuah kampung itu amat berpegang kuat pada status dan kedudukan. Sesebuah keluarga itu dikelaskan mengikut pepatah Melayu "enggang sama enggang dan pipit sama pipit". Keadaan ini secara tidak langsung mencorakkan pasangan yang ingin mendirikan rumahtagga.
Cerita ini dikaitkan pula dengan lagu Mr Os yang menggunakan loghat Perak sebagai contoh keadaan masa itu. lagu "Durian dah berbunga" mengaitkan buah durian dengan hajat untuk meminang anak dara dari kampung Padang Tenggala yang berada di daerah Bota, seperti lirik lagu di bawah:
Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)
Salah satu penginapan yang terdapat di sini ialah Rumah Kutai yang berumur lebih dari 100 tahun. Rumah ini asalnya di Sitiawan. Ia telah dibuka dan di pindahkan dan dipasang semula di sini
![]() |
| Rumah Kutai |
Rumah Kutai ialah rumah tradisional Melayu di Perak dan dipercayai dibawa oleh orang Bugis dari Kutai, Indonesia, seperti Daeng Selili, yang dianugerahkan pangkat Datuk Maharajalela. Perkataan "Kutai" juga bermaksud "lama" atau "tua" dalam bahasa Melayu, merujuk kepada usianya yang sudah lebih 200 tahun. Rekabentuknya juga dikaitkan dengan reka bentuk rumah di Aceh dan Makassar, Indonesia. Ia masih dapat ditemui di sepanjang lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Parit.
Rumah Kutai berasal dari Negeri Perak dan dipercayai dibawa oleh orang Bugis dari Kutai, Indonesia, seperti Daeng Selili, yang dianugerahkan pangkat Datuk Maharajalela. Perkataan "Kutai" juga bermaksud "lama" atau "tua" dalam bahasa Melayu, merujuk kepada usianya yang sudah lebih 200 tahun. Rekabentuknya juga dikaitkan dengan reka bentuk rumah di Aceh dan Makassar, Indonesia

Rumah ini terdiri daripada ruang serambi, rumah ibu,
dan rumah dapur, yang dipisahkan oleh ruang selang.
Menjelang awal kurun ke-20, senibina Rumah Kutai tidak lagi menarik perhatian rakyat tempatan Negeri Perak. Ini disebabkan oleh pengaruh senibina Rumah Limas mula diperkenalkan di Negeri Perak dan rekabentuk Rumah Limas ini nampak lebih menarik. Ia dapat memberi keselesaan dan beberapa kemudahan tertentu memandangkan saiznya yang lebih besar.
Sambil berjalan-jalan di kebun durian kami mengenali beberapa jenis pokok durian dengan nama-nama yang menarik.
![]() |
| Menarik kan nama-namanya? |

![]() |
| Menjamu selera |
Melayan jurufoto😍
Beginilah ceritanya lawatan kedua kami ke daerah kecil Kg Gajah. Pengalaman yang berbeza tetapi tetap mengembirakan dan bersyukur dengan nikmat kesihatan dan rezeki yang telah Allah anugerahkan kepada kami .... alhamdulillah






