Showing posts with label Girne. Show all posts
Showing posts with label Girne. Show all posts

Sunday, 24 March 2019

Kembara Cyprus - Kyrenia

Kembara Cyprus ini bermula dari 23 Jun 2018 dengan perjalanan bermula dari KLlA, transit di Bangkok dan Amman sebelum sampai di Larnaka airport, Pulau Cyprus pada 24 Jun lebih kurang 11.15 malam.

Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.

Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!

😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!

Pagi 29 Jun suami ada pertemuan dengan pihak universiti sehingga waktu makan tengahari. Selepas tugas rasmi ini barulah kami keluar berjalan-jalan di sini. Petang itu kami hanya sempat ke Kyrenia (nama Greek) atau Girne (nama Turki) yang terkenal dengan pelabuhan dan istananya yang bersejarah. 
Pertemuan dengan rakan-rakan sejawat dari METU NCC
Perjalanan dari universiti ke Kyrenia atau Girne
Perjalanan dari Uni ( Kalkanli ) ke bandar Kyrenia mengambil masa sekitar sejam lebih. Oleh kerana sekarang musim panas, waktu siangnya agak panjang dan ini memungkinkan kita berada di luar lebih lama. Walaupun kami keluar sudah petang, dengan cuaca yang cerah dan cantik, kami sempat menyinggah di beberapa tempat yang menarik dalam perjalanan ke Kyrenia.

Tempat pertama yang kami singgah ialah di kawasan pergunungan berdekatan dengan Geçitkoy DamKawasan ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Dari jauh sudah boleh dilihat air empangan ini yang berwarna biru 'turquoise'. Kami tidaklah pergi melihat empangan ini dengan dekat, cuma melihat tasiknya dari tepi jalan gunung yang dilalui sambil berfoto.
Tasik biru - air dari empangan Gecitkoy
... petang 29 Jun 2018 ..
Empangan ini unik ... mungkin satu-satunya yang ada di dunia
Pemandangan yang indah dari atas tanah tinggi
 Sedikit maklumat berkaitan empangan ini yang dipetik dari Wikipedia.org:
The Geçitköy Dam is a rock-fill dam on the Mandara River about 8 km (5.0 mi) west of the town of Lapithos in Cyprus. The dam is part of the Northern Cyprus Water Supply Project and receives water not only from the river but via an undersea pipeline connected to the Alaköprü Dam, located near the southern shores of Mersin Province, Turkey

The Turkish Republic of Northern Cyprus Water Supply Project (Turkish: KKTC Su Temin Projesi) is an international water diversion project designed to supply water for drinking and irrigation from southern Turkey to Northern Cyprus (Turkish Republic of Northern Cyprus) via pipeline under Mediterranean Sea. As such, the project is unique in the world.

Cyprus is short of surface water and groundwater due to inadequate rainfall. The project aims to supply Northern Cyprus with water from Turkey for a timespan of 50 years. Of the 75 million m³ water, 37.76 million m³ (50.3%) will be used for drinking purposes and the remaining part (49.7%) will be allocated for irrigation. Following the realization of the project, irrigated farming at an area of 4,824 ha (11,920 acres) in Mesaoria Plains, one of largest plains of the island, will help improve the standard of living in the region.


 Alakopru Dam in  Mersin Province, Turkey
 to Geçitkoy Dam in Northern Cyprus
Tempat kedua yang kami singgah ialah pantai Guzelyali, tempat penyu bertelur (car-park, dalam peta). Ini pantai pertama yang kami pergi di Cyprus Utara. Sepertimana biasa kami hanya singgah di situ untuk menikmati kebiruan Lautan Mediterranean yang begitu mempesonakan sambil menikmati bayu laut yang terasa begitu nyaman di musim panas ini.
Larangan -larangan yang perlu dipatuhi
ketika berada di pantai ini
Kebiruan Laut Mediterranean yang mempesonakan


Inilah car park yang bertanda dalam peta
Tempat terakhir kami singgah sebelum ke Kyrenia ialah Bellapais Abbey, lebih kurang 5 km dari sini. Kalau mengikut peta tempat ini kedudukannya selepas bandar Kyrenia tetapi kami sengaja ke sini dahulu kerana ia dibuka pada masa yang tertentu sahaja, bukan sepanjang masa. Mengikut maklumat dari internet:

Opening hours from June to mid-September are 9am to 7pm; the winter hours are 9am to 1 pm and 2pm to 4:45pm. Opening hours from mid-September to May are 9am to 5pm. There is an admission charge of 9 TL.
Tiket Masuk .... 9 TL
Booklet for tourist ... taken from the information centre
Maklumat dari buku kecil untuk pelancong
Bellapais Abbey adalah runtuhan sebuah biara yang dibina pada kurun ke 13. Mengikut satu cerita, biara ini dibina oleh beberapa orang rahib yang lari dari Palestin selepas kejatuhannya ke tangan Salahuddin al-Ayubi pada 1187. Mereka menamakannya dalam bahasa Peranchis Abbaye de la Paix (Abbey of Peace), yang mana lama kelamaan sebutan itu menjadi Bellapais.
.
Ia terletak di sebelah utara sebuah kampung kecil bernama Bellapais, lebih kurang 5 km dari bandar Kyrenia. Runtuhan ini berada pada ketinggian 220 m atas paras laut, dan dibina di lereng sebuah gunung di Banjaran Five Finger Mountain. Dari sini dapat dilihat pemandangan bandar Kyrenia dan Laut Mediterranean yang sangat indah nun jauh di bawah.

Tapak Biara ini juga merupakan sebuah muzium, di mana terdapat bersamanya sebuah restoran dan kafe. Kini dewan makan Biara digunakan sebagai tempat persembahan konsert dan menyampaikan kuliah. Pada musim panas ia juga dijadikan tempat berlangsungnya festival muzik tempatan.

Peta kampung Bellapais atau Beylerbeyi
Kawasan di sekeliling biara ini sangat cantik. Bangunan ini dibina mengikut senibina Gothic. Rekabentuk bangunannya seperti bersepadu dengan alam. Begitu juga pemandangan yang dapat dilihat dari atas bangunan ini begitu indah sekali. Puas menjamu mata petang ini melihat keindahan alam ciptaan Allah.
Bellapais Abbey ... petang 29 Jun 2018



Jom tengok dalam bangunan ini pula dengan lebih dekat.



Sarcophagi .... kotak khas untuk menyimpan mayat ....
tetapi telah digunakan rahib sebagai tempat membasuh tangan

Church Fresco ... mural yang menghias muka gereja
yang terdapat dalam biara ini


Nampak macam ada tangga ke atas ... jom naik
Ni dah berada di atas ... bawah kuasa Turki
Ada restoran di bawah ...
Bandar Kyrenia dan laut Mediterranean
Tempat letak kereta kami agak jauh juga dari kawasan biara ini. Ada ternampak tempat parking yang berdekatan tetapi tidak pasti samada ia dibuka untuk umum. Kami hanya mengikut orang ramai yang lebih dahulu tiba dari kami. Jadi sambil berjalan menuju ke tempat letak kereta, kami sempat menghayati rekabentuk bangunan kiri dan kanan jalan sambil bergambar di lokasi-lokasi yang menarik.


Menarik kaann .... rumah ni?

Selepas ini kami terus ke Kyrenia. Tempat yang ingin dituju ialah pelabuhannya yang padat dengan sejarah, tetapi sebelum tiba ke sana kami singgah lagi, di sebuah masjid pula, Dogankoy Camii. Tujuan utama ke sini untuk menumpang tandasnya 😌sambil menghayati senibinanya.





Kyrenia atau Girne - The Pearl of Cyprus Tourism
Inilah gelaran yang diberi pada bandar ini mengikut agensi pelancongan yang mempromosikannya. Ia merupakan pusat budaya dan ekonomi bagi Cyprus utara dan digambarkan juga sebagai modal pelancongan bagi Cyprus Utara. Banyak kemudahan dan aktiviti untuk menarik pelancong yang terdapat di sini. Salah satunya ialah pelabuhannya.
Maklumat dari booklet pelancongan
Pelabuhan ini  dinikmati kerana kecantikan semulajadinya. Di zaman kegemilangannya ia dipenuhi dengan gudang-gudang yang disimpan dengan buah-buahan dari pedalaman sementara  menunggu untuk dieksport. Kini kebanyakan bangunannya semua adalah restoran, yang mana semuanya menyediakan meja dan kerusi di sepanjang tepian air.
Kawasan pelabuhan ... kelihatan deretan payung 
..... tempat makan di tepian air
Pelabuhan Girne dan istana Girne
Istana Girne .... tujuan asal dibina untuk melindungi bandar
dari serangan lanun bangsa Arab(?)

Kami hanya melihat istana ini dari luar ....
..... boleh masuk ke dalam dengan bayaran
Terdapat sebuah istana lama di hujung timur pelabuhan. Ia merupakan  istana lama yang terbesar dan paling terpelihara di seluruh Cyprus. Dari jauh ia kelihatan tersergam indah. Pelabuhan yang kecil ini dipenuhi dengan kapal layar dan kapal nelayan dan dibatasi oleh istana ini. Dengan berlatarbelakangkan gunung yang bercerancang dan laut yang tenang berkilaun di hadapan, pelabuhan ini mempunyai pemandangan yang sungguh mempesonakan. 
Pelabuhan sesak dengan kapal-kapal layar dan kapal nelayan
Pemandangan yang mempesonakan
Pelabuhan Kryenia ... petang 29 Jun 2018
Tembok yang membentengi pelabuhan ini ...
melindungi penduduk dari seranagan luar
Sejarah Kyrenia
Bandar ini telah diduduki sejak kurun ke-10 B.C.E, tetapi pelabuhan yang ada sekarang ni kebanyakannya dibentuk oleh orang Venetian (berasal dari Venice Italy). Apabila mereka menguasai Cyprus pada 1489, mereka telah memperkukuhkan pertahanan pulau ini  dari kemungkinan  serangan oleh Empayar Osmaniah dari Turki. Ketika itu Kyrenia adalah pelabuhan terpenting di pantai utara Cyprus. Kedudukannya yang agak terlalu hampir dengan tanah besar menyebabkan orang Venetian merasa tidak selamat. Oleh kerana itu mereka telah membina benteng yang hebat untuk bandar ini. Namun apabila serangan sebenarnya berlaku pada 1570, mereka telah menyerah tanpa melawan!😕
Asal namanya ialah Schernae, yang bermaksud 'nyaman' atau 'menyenangkan' yang telah berubah sebutannya secara beransur melayari zaman hingga menjadi 'Girne' sekarang.


Di celah-celah bangunan yang banyak terdapat di sini
 kelihatan menara sebuah masjid ... jom ke sana!
Ya, selepas puas berjalan dan menikmati pemandangan di kawasan pelabuhan, kami terus menuju ke arah masjid ini melalui jalan berbatu atau kobel. Masjid Aga Cafer Pasa terletak di belakang pelabuhan - dari kawasan dermaga menaiki bukit, ke barat Istana. Ia dibina pada tahun 1580-an, walaupun ada sumber yang mengatakan ianya diubahsui dari sebuah gudang. Namanya diberi sempena nama tuan tanah yang telah menginfakkan tanah di mana masjid ini dibina.

Plat di dinding masjid ....
...  menceritakan sejarah orang yang membina masjid ini
Menara masjid ... pendek dan besar


Ada tandas awam di bawah masjid
Aga Cafer Pasa Camii
Kebiasaannya masjid ini dibuka untuk orang awam memasukinya tetapi pada hari itu pintunya berkunci. Jadi suami saya tidak dapat melihat bahagian dalamnya. Saya pula memang tidak naik kerana sudah keletihan dan kebetulan terdapat pula beberapa bangku di depan masjid, maka saya terus melepak di situ.

Masjid ini kecil sahaja dan sangat sederhana keadaannya, tidak seperti kebanyakan masjid yang biasa dilawati pelancong di Turki. Walaupun begitu menaranya yang besar dan pendek itu dapat dilihat dari mana-mana sahaja kita berada di kawasan pelabuhan. Ada yang mengatakan masjid ini antara yang tertua di Cyprus. Namun apa yang istimewanya pada saya ialah ia menjadi sebahagian dari sejarah pelabuhan Girne dan menambah lagi koleksi masjid-masjid yang telah dan pernah kami ziarahi.

Lawatan ke masjid ini adalah aktiviti terakhir kami pada hari ini, tetapi sebelum balik cari makan dulu di kawasan berhampiran sambil bergambar untuk kenang-kenangan.


Susah nak dapat gambar berdua nih ...
Cari makan malam ...
... hari dah nak malam tetapi masih cerah lagi
Esok 30 Jun kami akan balik semula ke Cyprus Selatan. Sudah tentu lebih banyak tempat yang kami singgah kerana perjalanan bermula dari pagi hingga ke malam. Insya Allah kita berjumpa lagi di lain entri.