Showing posts with label Venetian Wall. Famagusta Gate. Show all posts
Showing posts with label Venetian Wall. Famagusta Gate. Show all posts

Sunday, 14 July 2019

Kembara Cyprus - Nicosia (part 2)

Kembara Cyprus ini bermula dari 23 Jun 2018 dengan perjalanan bermula dari KLlA, transit di Bangkok dan Amman sebelum sampai di Larnaka airport, Pulau Cyprus pada 24 Jun lebih kurang 11.15 malam.

Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.

Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!

😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!


Nikosia atau Lefkosa adalah ibu negara bagi Cyprus selatan dan utara. Bandar ini pada zaman dahulu dikelilingi oleh tembok-tembok yang dipanggil "Venetian Wall" bagi tujuan mempertahankannya dari serangan musuh. Kini kebanyakan bangunan baru dan jentera-jentera pengurusan berada di kawasan luar tembok. Manakala apa yang ingin dilihat oleh kebanyakan pelancong pula berada di kota lama iaitu di bahagian dalam tembok ini.

Pada pagi 1 Julai kami ke Nicosia utara semula dengan berjalan kaki menyeberangi sempadan di Ledra Street. Di sini terdapat banyak tinggalan sejarah yang menjadi tarikan pelancong ke sana, seperti Masjid Selimiye (Cathedral of Saint Sophia) dan Buyuk Han atau Great Inn. Pada sebelah petangnya pula kami melawat kesan-kesan sejarah di sebelah Nicosia selatan. Antara tempat menarik yang kami sempat lawat ialah Venetian Wall, Famagusta Gate, Omeriye Bath dan Omeriye Camii atau Masjid Omeriye.

Petikan dari Wikipedia:
The Venetian Walls are a series of defensive walls which surround the capital city of Nicosia in Cyprus.The first city walls were built in the Middle Ages, but they were completely rebuilt in the mid-16th century by the Republic of Venice. The walls are still largely intact, and are among the best preserved Renaissance fortifications in the Eastern Mediterranean. They are a major tourist attraction.

The city has three gates:
Paphos Gate (Porta San Domenico)
Famagusta Gate (Porta Guiliana)

Kyrenia Gate (Porta del Proveditore)
Kawasan kota lama yang dikelilingi 'Venetian Wall'


Sebahagian dari Venetian Wall
yang pernah menjadi benteng bandar Nicosia
Famagusta Gate .... salah satu dari 3 pintu
yang terdapat dalam kota lama Nicosia
Kedudukan tembok di sebelah kiri pintu gerbang
Ini pula tembok di sebelah kanan pintu
Taman berhampiran dengan tembok
Liberty Monumen .... berhampiran taman
Dibina pada tahun 1973, Monumen Liberty terletak berhampiran dengan Gerbang Famagusta dan ia melambangkan perjuangan Cyprus untuk kemerdekaan. Tugu itu menggambarkan sebuah patung liberty yang mengawasi dua patung lain yang sdang  membuka pintu penjara untuk melepaskan para tahanan.

Kemudian kami melawat Masjid Omerye serta hamamnya, yang masih berfungsi setelah dibaikpulih.

Petikan dari Wikipedia:
Formerly, the site of the mosque was occupied by the Augustinian Church of Saint Mary, which dated back to the 14th century. During the Ottoman-Venetian War of 1570-73, the church was first heavily damaged during the siege of Nicosia in 1570, and was eventually levelled after the war.

After the Turkish conquest of Cyprus, Lala Mustafa Pasha, the Ottoman commander, ordered a mosque to be built on the site of the former church, based on
*a popular belief that Umar, second caliph of Islam, was buried at this site in 7th century.

According to Turkish Cypriot folklore, the Ömeriye Mosque is the first mosque where Turks prayed on the island following its conquest in 1571. 

Currently, mosque is active and open for both worshipers and tourists. Today, it is mostly used by the Muslim visitors coming to Republic of Cyprus' south section for tourism or business purposes, mainly from neighboring Arab countries and Balkans. Also, Turkish Cypriots who cross to the south section of Nicosia use the mosque during their daily trips

The area doesn't only include the mosque. Across the street, there is a Turkish bath (hamam) located, named Ömeriye Hamam. The construction of the hamam (bath) was also ordered by Lala Mustafa Pasha.

*Fakta yang tidak tepat ... Umar dikebumikan di Masjid Nabawi di Madinah.
*Ada juga pendapat yang mengatakan Umar berihat sahaja di sini ketika melawat Cyprus.

Maklumat masjid yang tertampal di dinding masjid
Pintu masuk utama ... bahagian depan masjid
Bahagian belakang Masjid Omeriye
Lihat betapa besarnya menara masjid ....
tipikal ciri senibina masjid Turki-Usmaniyyah
Jom masuk tengok dalamnya ....

Pintu di laluan utama masjid ini kepunyaan
sebuah bangunan zaman Lusignan dari kurun ke-14
... jam menunjukkan 7.40 pm


Di seberang jalan pula terletak Hamam Omeriye, bangunan kurun ke-14, yang telah dibaikpulih dan kini berfungsi semula sebagai tempat mandian Turki (Turkish Bath) serta spa kecantikan. Tapak ini juga adalah sebahagian dari bekas tapak gereja lama, Augustinian church of St. Mary.
Hamam Omeriye .... dibina sekitar tahun 1571
Alhamdulillah dapat juga kami menziarah masjid yang terbesar dan tertua yang berada dalam tembok di Nicosia bahagian selatan. Buat masa sekarang Masjid Omeriye adalah antara dua buah masjid yang paling aktif di Nicosia selatan. Ia menjadi pusat aktiviti di sini. Dengan lawatan ini maka bertambahlah koleksi masjid-masjid yang telah kami lawati dalam dairi musafir ini.😊

Ketika berada di sini kami telah menginap di sebuah apartmen di Ledra Street ... murah tetapi sangat tidak selesa. Keadaannya seperti 'homestay' di Malaysia yang tidak terjaga. Tidak ada tempat yang berhampiran dengan apartmen untuk meletak kereta sewa kami. Jadi kami terpaksa meletaknya di tempat letak kereta awam yang berbayar.
Parking lot ... 8.12 pm pada 1 Julai 2018
.... meletak kereta di sini sebelum pulang ke apartmen
Kadar bayarannya
Kawasan berdekatan parking
Di bandar Nicosia ini ramai juga pekerja-pekerja dari Asia yang datang bekerja di sini. Antara yang ramai kami terjumpa di sini ialah pekerja Filipina.
.... siap ada Manila store 😃
Kami hanya berada di sini selama 1 hari 2 malam. Kami tiba di sini agak lewat malam dan ketika itu jalan Ledra ini ditutup bagi semua kenderaan. Jalan ini dan beberapa jalan yang berhampiran hanya dibuka untuk pejalan kaki sahaja. Pada pagi 2 Julai, kami telah bertolak ke Lanarka seawal jam 7.00 am. Jalan ini yang menghubungkan Nicosia utara dan selatan, pada satu masa dahulu telah menjadi pusat membeli-belah yang utama di Nicosia tengah, Cyprus.
Ledra Street di sebelah selatan ...
.... dipenuhi kedai di kiri dan kanan jalan .....
tetapi keadaan jalan lengang di sebelah utara

Ini bangunan letaknya apartmen yang disewa di Ledra street ...
sebelahnya sebuah bar atau pub .... pagi 2 Julai 2018
Jalan berhampiran lengang di waktu pagi
Hanya kenderaan untuk membawa  bekalan
peniaga sahaja mungkin yang kelihatan
Bandar terakhir yang telah kami lawati dalam pengembaraan ini ialah Lanarka. Insya Allah kita berjumpa lagi dalam entri yang akan datang.



Related Posts:

Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?
Kembara Cyprus
Kembara Cyprus - Limassol
Kembara Cyprus - Paphos
Kembara Cyprus - Perjalanan ke Cyprus Utara
Kembara Cyprus - Kyrenia