Petikan daripada HarakahDaily.Net
KHOO KAY KIM: Sistem pendidikan hari ini membuat andaian yang salah. Kalau diperhatikan dasar pelajaran secara rasmi, yang disebut tidak sama dengan apa yang berlaku. Kita perlu beri perhatian pada apa yang berlaku bukan apa yang tertulis di kertas. Contohnya pada 1956 Kerajaan keluarkan Penyata Razak mengenai Dasar Pelajaran Kerajaan. Dasar tersebut mengatakan objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah perpaduan negara. Sekarang tidak ada sekolah memberi keutamaan tersebut. Lama kelamaan kita dapati dasar utama setiap sekolah ialah murid mesti mendapat grad A seberapa banyak dalam peperiksaan. Akhbar juga memberi perhatian utama pada perkara ini.
Keputusan peperiksaan sebenarya tidak menjamin masa depan. Kita boleh mendapat 15A tahun ini tapi sepuluh tahun akan datang apa yang akan terjadi? Sebenarnya tidak ada jaminan, terutama jika mendapat A kerana cekap menghafal.
Berdasarkan pengalaman Prof di universiti, adakah situasi yang sama dihadapi di universiti?
Ya, mereka di universiti hari ini ramai yang lulus peperiksaan kerana menghafal. Mereka menggunakan perkataan atau istilah dengan tidak memahami istilah atau perkataan tersebut. Mereka hanya dikehendaki memberi jawapan untuk satu soalan. Walhal banyak soalan memerlukan lebih dari satu jawapan. Setiap orang itu mesti berfikir bukan permudah. Jadi, jika kita belajar sehingga universiti dan berpendapat untuk setiap soalan ada satu jawapan, itu bererti kita belum terdidik.
Pendidikan bererti banyak aspek yang perlu diutamakan. Bukan hanya lulus peperiksaan. Seseorang itu mesti diberi latihan untuk mendidik murid. Ini bererti memberi perhatian pada setiap orang murid itu sebagai individu, watak seseorang itu, kelemahan kecenderungan, latar belakang. Dengan cara ini, seorang pendidik itu beransur-ansur mendidik murid.
Keadaan di universiti sekarang sudah sampai ke satu peringkat di mana pensyarah takut gagalkan penuntut. Pemikiran mereka ialah apabila mereka gagalkan seseorang penuntut, itu akan merosakkan periuk nasinya. Jika peperiksaan tidak dikaitkan dengan periuk nasi, barulah sesebuah universiti itu dapat memberi manfaat pada masyarakat. Mereka yang datang ke universiti untuk meluaskan pemikiran, bukan pasport untuk mendapatkan pekerjaan.
Tidak ada faedah jika lulus peperiksaan hanya untuk bergelar graduan saja. Minda akan terkongkong, sepatutnya pensyarah cuba membebaskan minda penuntutnya, supaya jika kurang faham, dia berani menyoal dan ingin menambahkan pengetahuan. Semua ini penting.
Bagaimanakah ciri-ciri universiti yang ideal?
Ia adalah universiti yang berani meneroka idea baru, universiti yang tidak menerima jawapan biasa sebagai jawapan muktamad dan universiti di mana orang akan sentiasa mencipta idea. Bukan bagaimana kita seharusnya melakukan sesuatu. Ini pendekatan yang ada struktur yang tidak akan membawa pada kreativiti. Jika kita biasa buat apa yang orang buat, tidak ada daya cipta.
Flowers are Red
A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
she said...
"Flowers are red
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"
Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"
This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
Penyanyi asal lagu ini ialah Harry Chapin. Dia juga pencipta lagu ini. Pada suatu hari dia telah dipanggil ke sekolah anaknya untuk berbincang dengan gurunya perihal anaknya yang bermasalah. Hasil dari pertemuan itu dia merasakan berlaku pertembungan karekter antara anak dan gurunya itu. Dia melahirkan perasaannya itu dengan mengabadikannya dalam bentuk lagu Flowers are Red.
Lagu ini telah dinyanyikan semula oleh Dawud Wharnsby dalam versi yang lebih menarik. Ada orang komen, " What has this song got to do with Islam? ", sebab penyanyi ini selalunya menyanyi lagu yang ada kena mengena dengan Islam.
Memang benar tidak terdapat satu istilahpun di dalam lagu itu yang boleh dikaitkan dengan Islam. Namun mesej yang hendak disampaikan sangat diambil berat oleh mereka yang benar-benar faham tentang pendidikan anak-anak dalam Islam atau istilah Arabnya " Tarbiatul Aulad ".
Anak-anak lahir ke atas bumi ini dalam keadaan suci dan bersih seperti mana hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan yang bermaksud:
Setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih, ibu bapanya yang mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Beginilah keadaannya, apabila yang mendidik terkongkong mindanya, maka yang dididik juga akan mempunyai minda yang terkongkong. Para pendidik harus melakukan anjakan paradigma agar apa yang ingin disampaikan selari dengan keadaan semasa.
Tetapi pada hari ini saya yakin anak-anak tadika tidak lagi mempunyai masalah untuk mewarnai gambar nasi ...... kerana sekarang terdapat berbagai-bagai warna nasi! ....... ada warna merah, hijau, biru, kuning, oren, dan sebagainya.
Para pendidik tidak sepatutnya mendidik anak-anak dengan mempamerkan kuasa yang ada pada mereka sehingga menyebabkan anak-anak itu sangat takut kepada guru mereka. Jadikanlah anak-anak didik mereka sebagai kawan yang boleh bertukar-tukar pendapat dan tegur-menegur. Dari dulu sampai sekarang kebanyakan anak-anak sekolah (terutama yang luar bandar) mempunyai pandangan yang sama ... "The teacher is always right" ...... kalau tahu cikgu salah pun, tak berani nak tegur!
Ketika anak bongsu saya baru mula masuk sistem pendidikan di Malaysia, dia tidak berani membetulkan kesalahan gurunya. Hatta sehingga sekarang! Dia hanya boleh merungut di rumah sahaja, "Cikgu sebut sandcastle tak betul" dan ada beberapa lagi yang dia komplen terutama dari sudut sebutan dan ejaan dalam bahasa Inggeris. Namun pada masa sekarang sudah jarang dia komplen ........ samaada gurunya sudah memperbaiki mutu bahasa Inggerisnya ataupun he doesn't care anymore ...... dah terima hakikat itu.
Namun keadaan ini sangat berbeza apabila anak-anak saya bersekolah di UK. Rata-rata gurunya "sangat baik" .... mereka boleh dianggap sebagai kawan yang boleh diajak bersembang dan bergurau. Hubungan antara guru dengan murid sangat baik. Mungkin ada yang kata, ini menyebabkan murid berani "pijak kepala guru". Mungkin ada kebenarannya tetapi nilai-nilai positif yang ada mengatasi nilai negatifnya.
Sistem pendidikan di sana tidak memberatkan ujian. Mereka lebih utamakan kemaslahatan murid-muridnya ....... jarang bawa balik kerja sekolah ke rumah, tidak ada beg sekolah yang berat perlu dipikul (hanya bawa file bag saja), tidak ada ujian yang besar ( hanya sekadar latihan ), dan sudah tentu tidak ada nombor kedudukan dalam kelas. Semasa perjumpaan ibu-bapa dan guru pada hari terbuka, semua yang diceritakan oleh guru tentang muridnya, yang baik-baik belaka.
Dari pengalaman dan perhatian saya, anak-anak yang melalui sistem ini mempunyai keyakinan diri. Mereka berani tampil ke hadapan apabila diminta oleh guru tanpa segan silu. Apabila ditawarkan tugasan, masing-masing berebut-rebut mengangkat tangan untuk dipilih. Guru dan murid boleh berbual seperti kawan-kawan.
Tahun yang terakhir kami berada di sana kami telah merancang untuk bercuti ke Spain semasa Easter break selama 2 minggu. Semua anak-anak telah mengetahuinya. Jadi hari terakhir sebelum mula bercuti, guru anak saya yang bongsu itu telah menanya pada dia,
Guru: Where are you going for the holiday Afnan? ( Memang budaya mereka 'makan angin' apabila cuti panjang)
Afnan: Spain.
Guru: Oh! ...really? Can I come with you?
Afnan: I don't know .... (balik kena tanya mak ayah dulu kot)
Perbualan inilah yang anak saya selalu ingat sampai sekarang. Apabila kami pergi bercuti dia akan recall balik perbualan di atas.
Walaupun anak saya sudah melalui sistem itu selama empat tahun, namun apabila dia masuk sistem pendidikan di Malaysia, hilang semua keyakinan dirinya. Ini kerana dia terkejut dengan budaya belajar di sini. Sehingga sekarang, setelah tiga tahun belajar di sini, dia masih tidak berani untuk bercakap dengan mana-mana guru sekolahnya. Ini kerana dia melihat guru-guru di sini sebagai "harimau yang nak terkam dia". Hal ini terjadi kerana beberapa kali dia melihat gurunya menampar dan memukul rakan sekelasnya. Walaupun perkara ini tidak pernah terjadi pada dirinya, namun dia masih merasai ketakutan itu sehingga kadang-kadang dia merengek tidak mahu ke sekolah jikalau tidak sempat siapkan kerja sekolahnya.
Kita tidak mahu sistem pendidikan kita hanya mampu melahirkan generasi "burung kakak tua" yang hanya pandai mengulangi apa yang telah diajarkan kepadanya. Kita mahu generasi yang ada mampu menggunakan akal yang dianugerahkan ilahi dengan meneroka setiap sudut pelusuk alam. Biarlah mereka menjadi individu yang berinovasi, berani mencipta dan mencuba idea-idea baru supaya mereka benar-benar tahu dan mengenal potensi yang ada pada diri mereka.
Wallahualam!