Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Sunday, 26 April 2026

Dairi Kehidupan


Ini konvo anak bongsu ... belajar di tempat sama abahnya mengajar😍
Throwback 2008
Pada 31 hb Ogos (2008) ini saya dan anak-anak akan menyertai suami ke Singapura untuk majlis konvonya. Dia akan menerima ijazah kedoktoran , akhirnya , selepas berhempas pulas selama lebih kurang 5 tahun. Kebetulan harinya jatuh sama dengan hari negara menyambut merdeka; terasa seolah-olah seperti merdeka juga bagi pihak saya, kerana itu adalah puncak kerjayanya. Saya berharap selepas ini agar suami saya tidak lagi sibuk membina kerjayanya.

Selama 4 tahun kami berada di luar negara mengikuti suami membuat PhDnya. Selama 4 tahun itulah kami tidak pulang ke Malaysia. Dalam jangka waktu yang begitu panjang sudah tentu berbagai-bagai pengalaman yang telah kami anak-beranak lalui. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya bermusafir meninggalkan negara dan adik-beradik yang tercinta. Ini adalah fasa kehidupan saya yang kali ketiga berada di perantauan. Kali pertama ketika saya sendiri menyambung belajar selepas tamat Tingkatan 5. Manakala kali yang kedua pula ialah juga semasa mengikuti suami menyambung pelajarannya membuat kursus Master.

Saya amat bersyukur terhadap Allah SWT di atas kejayaan suami yang tercinta. Di tahun-tahun terakhir kursus PhDnya, siang dan malam, bila berkesempatan, kami berdoa kepada Allah agar dia mampu menyelesaikan kursus Phd itu. Tanpa bantuan dari Allah yang Maha Esa, kita mungkin tidak dapat melepasi halangan-halangan yang timbul. Tekanan yang begitu hebat boleh membuat seseorang itu "kurang siuman" ketika membuat Phd. Itulah sebabnya saya sangat bersyukur perkara-perkara seperti itu tidak berlaku kepada suami.

Bak kata pepatah Melayu, "Jauh perjalanan banyak pengalaman". Itulah apa yang kami anak beranak alami semasa beberapa tahun berada di luar negara. Sekali lagi saya bersyukur kerana kami diberi peluang untuk melihat kehidupan bangsa lain di bumi Allah yang terbentang luas ini. Ia adalah satu pengalaman yang amat berharga terutama bagi anak-anak saya. "Sambil menyelam minum air", kami dapat pengalaman di atas tiket suami sambung belajar.

Sebenarnya kami mengambil risiko apabila suami memutuskan untuk sambung belajar di luar negara. Masalah kami ialah anak-anak yang sedang membesar yang akan menduduki peperiksaan yang penting, yang akan menentukan halatuju masa hadapan mereka. Apabila mereka berada di luar negera sudah tentu ada peperiksaan  { PMR, SPM, Matrix } yang tertinggal. Pikir punya pikir kami bertekad untuk meneruskan cita-cita suami dengan sokongan kuat dari saya (semestinya!). Alhamdulillah kini setelah hampir 2 tahun kami kembali ke tanahair, semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah besar. Anak-anak semua dapat meneruskan pelajaran seperti orang lain, berkat dari doa dan keyakinan kami iaitu kami bertwakkal kepada Allah SWT.

Nota 1 : Telah di publish pertama kali pada 29 Ogos 2008 di blog yang lama. Hari ini update setelah sekian lama, sebagai catatan peribadi. Suami pun dah pencen sejak 2020 lagi. Alhamdulillah Allah telah mengurniakan kami sekeluarga kesejahteraan yang tidak terhingga.

Nota 2 : Suami tidak berjaya menghadiri konvo itu kerana kami tidak berjumpa lokasi majlis sampai kesudah😒Pada masa itu pencarian hanyalah berpandukan pada peta kertas yang telah dicetak lebih awal. Allah tidak  mengizinkzn kami hadir .... bukan rezeki kami. Suami tidak pernah menghadiri hari graduasinya samada digri, master atupun Phd. Walau bagaimanapun kami berpeluang menghadirkan diri di setiap hari graduasi anak-anak seramai 6 orang, alhamdulillah ....

Saturday, 25 April 2026

Kembara Eropah - SubhanaAllah .... we are on the world's tallest bridge

One fine morning on the 22nd of April 2006, we made a historical journey to the world's tallest and longest bridge, Millau Viaduct in southern France. We were on our way back to Paris to catch the 12.00 midnight eurotrain from Calais to  Folkstone, UK.

Our journey actually started the day before from Barcelona,  Spain. We spent the night at an F1 hotel (the French budget hotel) in a town near the border of Spain and France. We wanted to pass through the bridge in the morning. We wanted to see the awe - inspiring technology and experienced the flying like journey crossing the Tarn River Valley..... a drive through the sky. SubhanaAllah ...... it's amazing
 Dari Barcelona singgah bermalam di F1Hotel di Perpignan,
pagi bertolak ke Jambatan Millau, seterusnya ke Paris 
Oleh kerana kami tidak mencatit butir-butir perjalanan kami, maka terpaksalah merujuk kepada AI untuk mendapat maklumat yang terperinci seperti nama tempat di mana hotel F1 ini berada. Sudah semestinya dengan bantuan maklumat lain yang kita ingat dalam perjalanan yang dilalui.  
Dari pos sempadan Spain-France ke bandar Perpignan hanya 45 min
....inilah yang kami ingat ketika mencari lokasi hotel F1 (border town)
Pin merah adalah Jambatan Millau, tempat yang dituju
The F1 hotel ..... France Apr 2006
Tidak pasti di mana hotel ini
Dalam kembara ini kami banyak menginap di hotel Formule 1 (kini dikenali sebagai hotel F1). Ia  merupakan rangkaian hotel bajet "super-economy" yang dimiliki oleh kumpulan Accor. Jenama ini berasal dari Perancis dan terkenal dengan konsep penginapan yang ringkas, bersih, dan pada harga yang sangat berpatutan.

(maklumat dari AI)
Pada April 2006, hotel Formule 1 berada di kemuncak popularitinya sebagai jenama "super-economy" utama Accor sebelum ia dijenamakan semula kepada hotel F1 pada tahun berikutnya.

Bilik yang paling ikonik pada tahun 2006 adalah bilik yang memuatkan 3 orang, menampilkan satu katil kelamin (double bed) di bawah dan satu katil bujang (bunk bed) di atasnya. Bilik-bilik pada masa itu sangat ringkas (bare bones). Meja kecil dan televisyen (biasanya televisyen jenis kotak/CRT, bukan skrin rata seperti sekarang).Singki dan cermin di dalam bilik untuk kegunaan asas seperti memberus gigi.Tiada tandas atau bilik mandi di dalam bilik (kecuali di beberapa lokasi di luar Eropah seperti Brazil). Anda perlu menggunakan tandas dan pancuran air berkongsi yang terletak di lorong. Ciri uniknya ialah sistem pembersihan automatik.
... ada bunk bed kan?
..... dan ada tv kecil di situ
Ini adalah hotel F1 di Perpignan terkini ...
....sumber foto dari Mr Google
Jambatan Millau  .... akhirnya pada pagi 22 April  kami bertolak ke Paris melalui jambatan Millau. Satu pengalaman yang sangat menakjubkan, ,,, masyaAllah ....alhamdulillah...
approaching the bridge ......
.....a drive through the sky ....
the bridge is behind us now ....... Millau, France 2006
Ashraf and Millau Bridge , France 2006
Kausar and Millau de viaduct, France 2006

  News from AP Associated Press,

14 Dec 2004, Millau France

Piercing the sky above the verdant hills of southern France, a roadway bridge hailed as the tallest in the world was officially inaugurated Tuesday.

Celebrated as a work of art and an object of French national pride, the Millau bridge will enable motorists to take a drive through the sky — 891 feet above the Tarn River valley for 1.6-mile stretch through France’s Massif Central mountains.


Designed by British architect Norman Foster, the steel-and-concrete bridge with its streamlined diagonal suspension cables rests on seven pillars — the tallest measuring 1,122 feet, making it 53 feet taller than the Eiffel Tower.

The bridge, which has an airy and fluid appearance, was designed to have the “delicacy of a butterfly,” Foster said in an interview with regional daily newspaper Midi Libre.

“A work of man must fuse with nature. The pillars had to look almost organic, like they had grown from the earth,” said Foster, who also designed London’s Millennium Bridge.




At 2.4km long, and 270m above the river at its highest point, the Millau viaduct spans a 2km valley in the Massif Central mountain range and forms the final link in the A75 highway from Paris to Barcelona. Despite its huge length, journey time over the structure is expected to be just one minute.

Barcelona is 832 km from Paris and about 9-10 hrs driving.
 Millau is about 400 km from Barcelona.




Monday, 20 April 2026

Kembara Eropah - Merentasi English Channel di Dua Zaman

Saya dan suami pernah pergi ke tanah besar Eropah dari England dengan menaiki kereta menyeberangi English Channel 2 kali. Pertama kali kami pergi pada tahun 1990 dan kali kedua pula  pada tahun 2006.

Pada tahun 1990 kami melancong ke beberapa negara di Eropah Barat. Kami melalui 10 negara kesemuanya - termasuk England, Peranchis, Belanda, Belgium, Jerman, Luxembourg, Liechtenstein, Austria, Switzerland dan Itali.

Pada tahun 2006 pula kami melancong ke Sepanyol, juga dengan menaiki kereta. Kali ini kami hanya melalui negara Peranchis. Kami mengembara  selama 2 minggu dalam kedua-dua percutian itu dengan memandu sahaja.

Post ini telah diterbitkan pada Julai 2009. Hari ini bulan April 2026 saya menulisnya semula. Tujuannya untuk menambahbaik artikel ini dengan menambah maklumat dan mengganti semula  gambar-gambar yang telah hilang dari post asal. 
Ini antara negara-negara yang kami lalu
semasa Kembara Eropah yang pertama 
Dalam peta di atas, pin merah itu adalah negara Liechtenstetn yang merupakan sebuah negara kecil yang terletak sepenuhnya di kawasan pergunungan Alp, Eropah Tengah, di antara Switzerland dan Austria. Negara ini terkenal sebagai salah satu negara terkecil dan terkaya di dunia. Ia juga  merupakan satu daripada dua negara di dunia yang diklasifikasikan sebagai doubly landlocked—iaitu negara yang dikelilingi oleh negara-negara yang juga tidak mempunyai akses ke laut

Ada banyak laluan yang boleh diambil untuk  sampai ke Tanah Besar Eropah dari UK. Semasa percutian kami yang pertama, kereta kami menaiki feri untuk sampai ke seberang sana. Kami memilih untuk mengambil laluan  yang bermula dari Harwich UK ke Hook of Holland - Rotterdam, Netherland. 
Ini perjalanan feri ketika pergi ke Eropah
Untuk perjalanan balik pula kami menempah tiket dari Dieppe Perancis ke Newhaven  UK, sesuai dengan laluan kembara yang kami ambil.
Ini perjalanan balik feri dari Eropah
Masa perjalanan yang diambil tidaklah sama seperti yang tercatit di peta. Ini adalah masa untuk menyeberang yang diambil feri sekarang. Masa zaman dahulu masa yang diambil lebih kurang dua kali ganda lamanya.
Inii tiket pergi balik yang ditempah 
melalui syarikat Sealink
Syarikat ini pun sudah tidak wujud lagi
Boarding pas pergi dan balik
Cap paspot ketika keluar dan masuk semula UK
....cukup-cukup 2 minggu
Manakala perjalanan kami yang kedua ke Eropah pula mengambil laluan dari Folkestone - Dover, UK  ke Calais  Peranchis. Kali ini kereta kami menaiki keretapi melalui Eurotunnel iaitu laluan keretapi di bawah laut. Perjalanan melalui Eurotunnel hanya mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke Peranchis. Perjalanan (pertama) dengan feri pula mengambil masa selama 7 jam kerana laluan yang dilalui lebih jauh dan kelajuan feri yang lebih lambat


Atas dek feri ....11 September 1990
Bosan dah semua sementara menunggu feri bergerak
Zaman pertama di mana penggunaan internet belum meluas lagi. Semua urusan perjalanan dibuat melalui talipon. Eurotunnel pada masa itu masih dalam perancangan. Terfikir juga pada masa itu samada kami berpeluang melaluinya. Alhamdulillah!......Allah memurahkan rezeki kami untuk kembali semula ke England 12 tahun kemudian.

Selepas hampir 4 tahun kami berada di UK untuk kali yang ketiga (yang pertama kali...masing-masing pergi masa bujang!), saya dan suami pun membuat perancangan untuk bercuti di Spain sebelum pulang 'for good' ke Malaysia. Kami memang teringin sangat nak melihat Al-Hambra dengan mata kepala sendiri. Sebelum itu hanya melihat gambarnya yang banyak terdapat di internet. Inilah  zaman kedua percutian kami ke Eropah.....zaman yang penggunaan internetnya sangat meluas. Hampir keseluruhan urusan perjalanan adalah melalui internet. Kami berpeluang mengguna Eurotunnel!

Oleh kerana semua tiket perjalanan dbuat secara online maka tiadalah tiket hard copy yang boleh ditunjuk seperti perjalanan yang pertama. Gambar sahajalah yang dapat dikongsikan. Perjalanan bermula dari 7 April 2006 malam atau petang? (naik keretapi 8 Apr 2006) sehingga pagi 22 April 2006.
Kedua-dua perjalanan keretapi bertolak lebih kurang tengah malam.
Pas boarding Eurotunnel Train semasa balik ke UK (22 Apr 2006)
....juga tercatat di situ maklumat berlepas dari UK (8 Apr 2006)
Boarding pas perlu digantung di skrin kereta
Kereta masuk menuju ke dalam perut keretapi - diambil pada
 7 April 2006 - dari UK ke France

Keadaan di dalam keretapi - traffic warden mengarah
kereta-kereta bergerak mengikut susunan mereka
... parking dalam keretapi ini mengikut susunan yang telah ditetapkan
Ada ketikanya keadaan menjadi gelap di dalam tunnel
- ini waktu balik 
dari France ke UK  pada 22 Apr 2006
Excited sangat .. dapat keluar dari kereta ,.. satu pengalaman baru
Ini ketika waktu pergi ... masih bertenaga
 .... dan. berada dalam kereta sendiri sementara keretapi
meluncur menuju ke UK 
melalui tunnel bawah laut ...waktu balik
Inilah dua zaman yang kami lalui dalam situasi yang sama tapi tak serupa.....Percutian ke Eropah.

Walaupun pada zaman ini ramai orang menggunakan kapalterbang tambang murah dan bas pelancongan untuk melancong, suami saya tidak berapa gemar. Dia kata tidak ada "thrill" ikut cara itu. Dia suka cara bebas begini.....cuma risikonya banyaklah.

Insya Allah kalau ada rezeki akan update lagi kisah kembara kami ini ...👋sehingga berjumpa lagi.

Monday, 22 October 2012

Kembara Borneo - Driving from KK to BSB Brunei


 Kami tiba di Bandar Seri Begawan pada petang Isnin 13 Feb 2012 setelah memandu lebih kurang 5 jam dari Lawas. Kami merancang untuk berada di Brunei Darussalam selama dua hari, satu malam sahaja kerana kos perbelanjaan yang agak mahal di sini. Kami akan bermalam di Pekan Limbang pada keesokan malamnya untuk menjimatkan bajet.


   14/2/2012                                                                                                                                                                                    

Hari ini kami memulakan lawatan ke beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Seri Begawan. Tempat yang pertama sekali kami pergi ialah Istana Nurul Iman tetapi malangnya kami tidak terjumpa pintu masuk utama ......jadinya, nak bergambar depan pintu pagar Istana pun tak dapat. Kami jumpa kawasan Istana tetapi hanya nampak kawasan berpagar sahaja. Istana ini dikatakan yang terbesar di dunia. Istana ini memang tidak boleh dimasuki oleh pelawat kecuali pada masa-masa tertentu. Oleh kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak, kami tidak meneruskan pencarian; sebaliknya kami ke tempat lain.

Istana Nurul Iman ......gambar diambil dari atas bot ketika melawat Kg Ayaer

Tempat yang kedua kami tuju ialah Kampung Ayer dan ini adalah kampung air yang terbesar di dunia. Ini adalah kampung air yang kedua kami pernah lawati ..... yang pertama di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Saya akan bercerita panjang lebar pasal kampung yang unik ini di  entri saya yang lain.

                Kg Ayer .... dilihat dari atas waterfront

Selepas sejam kami meronda di Kampong Ayer kami kembali ke jeti atau waterfront. Kami berjaaln-jalan sebentar di sini sebelum masuk ke Waterfront Galeri. Ada pameran di dalamnya .

Brunei Waterfront

         Salah satu bahan pameran di galeri waterfront

dalam galeri......berlatarbelakangkan beberapa landmark utama di BSB
Kg Ayer.......Sungai Brunei ....... BSB
Pameran ini ada menceritakan dengan panjang lebar sejarah Kampong Ayer yang diberi jolokan ' Venice of the East' serta perkembangannya sehingga kini......sangat menarik.

Seterusnya  kami ke Muzium Adat Istiadat Diraja atau juga dikenali sebagai Bangunan Alat Kebesaran Diraja.  Bangunan ini sebahagian besarnya mempamerkan Alat-alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja yang diwarisi sejak turun- temurun  zaman- berzaman sebagai lambang kebesaran kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Selain daripada menyimpan koleksi di Raja yang begitu banyak, pameran juga turut diadakan di sini. Pamerannya banyak memberi maklumat tentang sejarah pemerintahan Brunei dari awal sehingga sekarang. Muzium ini terletak di tengah-tengah bandar dan dibina pada tahun 1992 sempena meraikan ulangtahun ke-25 pemerintahan di Raja Brunei.

The Royal Regalia Building atau Muzium Adat Istiadat Diraja Brunei
 Dalam muzium kebanyakan ruangnya dilarang bergambar...... dibenarkan bergambar hanya di kawasan lobinya. Jadi tidak banyak gambar yang boleh dirakam di sini.

Dalam muzium di ruangan lobi.......yang di belakang tu ialah Usongan Diraja ...... kenaikan yang membawa Raja semasa Istiadat Perarakan Diraja mengelilingi Bandar Brunei
40 Payong Kawan ..... salah satu daripada Alat-alat Kebesaran Diraja yang mengiringi Usongan Diraja


Potret Raja Brunei.......sepatutnya tidak boleh bergambar di sini kerana ia termasuk kawasan larangan.......kami tidak perasan sehinggalah ditegur
Dalam muzium ini terdapat beberapa kedai yang menjual barang-barang sovenir seperti T-shirt Brunei, key chain dan fridge magnet. Sebelum keluar kami menyinggah di sini sebentar membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Selepas lawatan ini kami pusing-pusing bandar mencari kedai makan untuk makan tengahari. Akhirnya kami makan di restoran Mamak sahaja.
Apabila selesai makan, jam menunjukkan sudah masuk waktu solat zohor. Kami pun ke masjid yang terulung di Brunei untuk menunaikan solat Zohor dan Asar iaitu Masjid Omar Ali Saifuddein.

Masjid Omar Ali Saifuddien ..... pemandangan dari Kg, Ayer di Sungai Brunei
One of the amazing attractions of Brunei is Omar Ali Saifuddin Mosque, the royal Islamic mosque. 

The Omar Ali Saifuddin Mosque is a real treat to the eye of the visitor. The architecture of this mosque is outstanding in a word. Located on an artificial lagoon, this mosque is the sign of the tremendous architectural achievement of the country. It is situated near the Brunei River in Kampong Ayer. It is considered to be the largest mosque of the Far East. 

Omar Ali Saifuddin Mosque of Brunei is one of the most renowned mosques of the South East Asia. It is known worldwide for its beauty. The height of this mosque is 52 meters. The walls are made of Italian marble. The arches, columns and towers are made of the same marble. The walls support the gold dome on the top of the mosque. The carpets are made in Saudi Arabia. The hand made stained glass, that were brought from England add more charm to the beauty of this Mosque. 

Omar Ali Saifuddin Mosque in Brunei is named after the 28th Sultan of this country. This magnificent mosque is considered as the symbol of the Islamic faith in Brunei.


Ini pintu masuknya......

Dinding dan tiang yang dibuat daripada Marmar Itali, karpet daripada Arab Saudi dan kaca berwarna buatan tangan daripada England

Ini pemandangan dari luar kawasan masjid

Selepas lawatan ke masjid ini kami ke masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah . Kami hanya melihatnya dari luar sahaja ...... satu struktur yang sangat cantik dan menarik.

Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque is located in Kampong Kiarong which lies close to the capital of Brunei, Bandar Seri Begawan. Built to celebrate and mark the silver anniversary of the reign of the sultan of the country, Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque of Brunei narrates the story of the royal dynasty. 

A place of worship as well as an architectural masterpiece, Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque in Brunei is popularly called Kiarong Mosque by the local people. The shining gold domes of the mosque overlook a landscape of attractive gardens and fountains. Along with them are the ornamented towers that can be seen from the main road. The interiors of the mosque combine the profoundness of art and the religious significance of Islam. 


Tidak dinafikan kecantikan masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah

 Ini adalah tempat terakhir yang kami lawat. Lebih kurang pukul 4.15 petang kami meninggalkan masjid dan juga BSB, terus menuju ke Pekan Seria.

Jom ke Pekan Seria


 Related Post:




Kembara Borneo - KK to Brunei by land




 Kembara Borneo - Driving from KK to Lawas





Kembara Borneo - Kampong Ayer Brunei

Related post:

Kembara Borneo:
Jom ke Menumbok
Jom ke Limbang
Driving from KK to Seria
Driving from KK to Lawas
KK to Brunei by land
Jom ke Labuan