ADA beberapa tempat di dunia ini yang digelar sebagai tanah hujung dunia atau dalam bahasa Inggerisnya "end of land or the world". Tempat-tempat sebegini agak menarik untuk dikunjungi kerana ia membuat kita berasa seolah-olah berada di penghujung dunia, di samping menikmati pemandangan-pemandangan yang menarik. Biasanya tanah hujung ini, sebahagian besar kawasannya dikelilingi laut luas sejauh mata memandang. Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa telah mencipta alam ini untuk kita nikmatinya bersama dan mengajak kita memikir-mikirkan tentang kejadiannya,
Firman Allah
The Tip of Borneo adalah tanah hujung ketiga yang kami lawati. Ia terletak di daerah Kudat, Sabah. Pada musim cuti sekolah bulan disember 2012 kami membawa 2 orang anak bujang melancong ke Sabah buat pertama kali. Bagi saya ini kali yang ke-3 berjalan-jalan di Negeri atas Bayu ini.
Tip of Borneo
Borneo is the 3rd largest island in the world, after Greenland and New Guinea, and its northern-most tip is the meeting point of two big oceans, South China Sea and Sulu Sea. The Tip of Borneo is located in Kudat peninsula and one of the most popular attractions in Sabah. The scenery is delightful but you may not know where you stand, was used to be a watch-point for pirate invasion hundreds of years ago. That’s why the Tip of Borneo is also known as Tanjung Simpang Mengayau, which means the junction to the battle at the tip (in Rungus language).
Masyarakat tempatan mengenali tempat ini sebagai Tanjung Simpang Mengayau. British koloni pula mengenalinya sebagai "The Parting of the Pirate Ways". Simpang Mengayau membawa maksud persimpangan yang menjadi tempat berlegar atau merayau. Simpang Mengayau terletak dalam daerah Kudat, lebih kurang tiga setengah jam perjalanan dengan kereta dari bandar Kota Kinabalu atau 215km dari KK dan 40km dari pekan Kudat.
|
Tip of Borneo..........cantikkan? |
Jom ke sana!
Untuk sampai ke tanah hujung ini, kita kena berjalan naik bukit sedikit. Kami tiba di sini lebih kurang pukul 3.30 ptg. Jadi sebelum meneruskan perjalanan ini kami singgah dahulu untuk mengisi perut yang kelaparan di sebuah restoran yang terdapat di situ. Daerah kudat terkenal sebagai pengeluar kelapa. Di mana-mana saja kita pergi akan dapat lihat pokok kelapa. Jadi air kelapa muda menjadi salah satu daripada menu tengahari itu.
|
kelapa......tanaman utama daerah Kudat |
Berjalan-jalan ke tanah hujung ini satu pengalaman yang sangat unik dan.menarik. Kawasan ini mempunyai lanskap semulajadi yang indah permai.
Apabila tiba di atas bukit kita akan menemui landmark pertama (The Globe) menandakan kita sudah berada di tanah paling hujung di pulau Borneo. Dari atas bukit ini kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT; Laut seluas mata memandang, batu-batan menghiasi pantai, ombak dua lautan kejar mengejar dan hembusan angin yang menyegarkan.
|
The Globe |
|
Bekas sampah yang menarik menambahkan keindahan lanskap |
|
Pantai Kalampunian......terkenal dengan kecantikan airnya yang jernih bagaikan kristal |
Apabila berada di sini kita masih lagi belum berada di hujung tanah sebenarnya. Dari sini kita perlu berjalan turun sedikit untuk sampai ke sebahagian penghujungnya kerana yang paling hujung berada dalam air dan dilarang ke sana oleh pihak berkuasa.
|
Batu singkapan yang berbetuk tiga segi di belakang.......itulah tanah hujung sebenar |
|
Kenangan bersama dua anak bujang |
Related Posts:
terima kasih atas perkongsian cerita ni... :-)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca
Deletegood info
ReplyDelete