Friday, 27 December 2013

Tuhau Pembuka Selera

Apabila kita berjalan-jalan atau 'makan angin' ke tempat orang, rasanya tidak lengkap lawatan itu tanpa kita merasai makanan 'istimewa' mereka. Bak kata pepatah "Jauh perjalanan luas pemandangan". Bukan sekadar kita tahu secara teori sahaja budaya sesuatu tempat tetapi mengalaminya sekali. Inilah yang menyeronokkan sesuatu pengembaraan.

Ketka lawatan terakhir saya ke Sabah, saya terjumpa makanan ini (tuhau) secara kebetulan. Saya terjumpanya semasa membeli sayur di salah sebuah gerai sayuran yang banyak terdapat di Kundasang. Memang menjadi tabiat saya kalau melihat sesuatu yang ganjil yang menarik minat saya akan bertanya mengenainya dengan lebih mendalam pada peniaga. Selalunya mereka dengan senang hati  akan memberi maklumat yang dikehendaki.  Menariknya 'tuhau' ini, ia sudah boleh dimakan terus seperti 'kimchi' orang Korea....tidak perlulah saya memprosesnya dari awal.

Tuhau adalah sebutan dalam bahasa Kadazan dan Dusun atau nama saintifiknya E.Coccinea, dan bahasa Iban berbunyi Upak Kecalak. Ia sejenis tumbuhan herba yang hidup subur di kepulauan Borneo, dari jenis pokok rendah dan tidak berbatang keras. Mengikut penjual di gerai  saya membelinya, pokok tuhau ini lebih kurang sama dengan pokok kantan yang terdapat di Semenanjung.

 Untuk kebanyakan resepi tuhau ini, bahagian batang daripada pokok itu digunakan. Namun begitu ada juga yang mengguna bunganya sebagai bahan hidangan. Serunding tuhau juga adalah salah satu masakan yang mengguna samada batang atau bunga pokok ini. Ready-made seruunding ini juga ada dijual di gerai ini tetapi saya tidak membelinya.

batang tuhau.....dikupas lapisan luar dan diambil batang yang lembut
tuhau yang masih berbaki.......
Saya telah membeli 3 biji bekas seperti gambar di atas dengan harga RM 10.00. Masih ada lagi sedikit yang tinggal walaupun hampir setahun saya membelinya. Ia seperti jeruk yang tahan lama kerana diperap dengan air cuka atau limau. Jika disimpan dalam peti ais lagi  lama jangka hayatnya.  Sebelum menghidangkan ready-made tuhau ini, ia boleh diolah mengikut cita rasa masing-masing.....tepuk dada tanya selera....hahahaa.

serunding tuhau. - diproses daripada bunganya....
....sudah ditambah ikan bilis dan kacang tanah goreng
tuhau yang ditambah bawang dan cili api sebagai pembuka selera


sambal tuhau......ditambah belacan, cili api dan udang kering yang ditumbuk

2 comments:

  1. nice entyr, tp gambar serunding tuhau (tuhau flost) atau dalam bahasa KD nya 'rinutok tuhau' tu bukan lah bunga tuhau tetapi bunga kantan. Bunga tuhau tak boleh makan tetapi buahnya yang ada dlm tanah boleh dimakan setelah matang/masak. Rasanya masam masam manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membetulkan fakta pasal serunding tuhau....agak mengelirukan juga ketika bersembang bersama peniaga tersebut

      Delete