Showing posts with label laut. Show all posts
Showing posts with label laut. Show all posts

Sunday, 26 April 2026

Kembara Eropah - Hujung Dunia - Europa Point Gibraltar ( جبل طارق)

ADA beberapa tempat di dunia ini yang digelar sebagai tanah  hujung dunia atau dalam bahasa Inggerisnya "end of land or end of the world". Tempat-tempat sebegini agak menarik untuk dikunjungi kerana ia membuat kita berasa seolah-olah berada di penghujung dunia, di samping menikmati pemandangan-pemandangan yang menarik. Biasanya tanah hujung ini, sebahagian besar kawasannya dikelilingi laut luas sejauh mata memandang. Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa telah mencipta alam ini untuk kita nikmatinya bersama dan mengajak kita memikir-mikirkan tentang kejadiannya,

Firman Allah




Tanah hujung kedua yang kami lawati ialah Europa Point di Gibraltar pada April 2006, lebih kurang setahun selepas lawatan kami ke Land's End. Setiap kali cuti Easter kami akan membawa anak-anak melancong kerana waktu itu cuaca sudah mula panas dan sekolah pula bercuti panjang. 2006 adalah tahun terakhir kami  berada di England UK. Oleh kerana itu kami telah melakukan pengembaraan selama dua minggu ke Sepanyol dengan menaiki kereta dari UK, sebelum balik ke Malaysia "for good".

Perjalanan dengan kereta dari Granada di Sepanyol ke Gibraltar (A) 
 Gibraltar adalah sebuah negara kecil yang bersempadan dengan negara Sepanyol. Ia sebuah negara yang mempunyai pemerintahan sendiri tetapi masih termasuk dalam "British Overseas Territories". Matawangnya juga menggunakan pound sterling seperti matawang UK. 

Oleh kerana Europa Point ini terletak di Gibraltar dan tidak jauh dari Granada, maka kami mengambil kesempatan ini untuk pergi ke sana. Granada adalah salah sebuah bandar di Sepanyol yang menjadi tempat persinggahan kami dalam misi Kembara Eropah kami yang kedua. Kami berada di sana untuk beberapa hari dalam pengembaraan kami itu.
Jabal Thaariq atau Rock of Gibraltar......landmark negara



Tower of Homage di Moorish Castle. dibangun pada abad ke-14, Moorish Castle merupakan satu-satunya bangunan (senibina) Marinid di luar Afrika - sentiasa mengibarkan bendera Union Jack

Europa Point

Petikan dari wikipedia;

Europa Point is the southernmost point of Gibraltar. At the end of the Rock of Gibraltar, the area is flat and occupied by such features as a playing field and a few buildings. On a clear day, views of North Africa can be seen across the Strait of Gibraltar including Ceuta and the Rif Mountains of Morocco; as well as the Bay of Gibraltar and the Spanish towns along its shores.

There are five notable buildings, Harding's Battery, the Ibrahim-al-Ibrahim Mosque, the Roman Catholic Shrine of Our Lady of Europe, the Europa Point Lighthouse and the Nun's Well.

Europa Point - masjid, church, lighthouse ......... antara bangunan yg menonjol 

Di hari yang cerah kita dapat melihat Afrika di seberang sana selat atau lautan

Nama Gibraltar adalah kata berbahasa Sepanyol yang diambil dari nama Arab Jabal-ı-Tārıq (جبل طارق), bererti "pergunungan Tariq." Nama tersebut merujuk pada formasi geologi Batu Gibraltar yang diberi nama sesuai nama Jenderal Umayyah Berber,Tariq ibn-Ziyad, yang memimpin serbuan pertama ke Iberia mendahului pasukan Moor utama pada tahun 711 di bawah pimpinan Khalifah Umayyah Al-Walid I. Sebelumnya, pergunungan ini bernama Mons Calpe, salah satu Pilar-Pilar Herkules (mengikut cerita lagenda Greek atau Yunani)

Ibrahim-al-Ibrahim Mosque

The mosque, also known as the King Fahd bin Abdulaziz al-Saud Mosque or theMosque of the Custodian of the Two Holy Mosques, is a mosque located at Europa Point. The building was a gift from King Fahd of Saudi Arabia and took two years to build at a cost of around £5 million. It was officially inaugurated on 8 August 1997. The mosque complex also contains a school, library, and lecture hall. It is the only purpose-built mosque in Gibraltar to serve the Muslims in the territory who number over 2,000.

Kami ke masjid ini dan cuba memasukinya tetapi malang ianya berkunci. Niat di hati ingin menunaikan solat zohor dan asar di situ.

Masjid paling selatan di Eropah

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Walaupun  begitu kami  hanya berjalan-jalan di Europa Point ini sambil menikmati keindahan laut  dan pemandangan Jabal Taariq yang tersergam indah. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang cukup. Lawatan kami hanya untuk separuh hari sahaja. Oleh kerana Gibraltar terletak di Semenanjung, ia mempunyai pantai-pantai yang cantik untuk aktiviti bermain air. Anak-anak kami tidak melepaskan peluang bermandi-manda di laut kerana cuaca yang sangat baik. Kami  juga telah berkelah  dengan memasak makanan tengahari pada hari itu, di pantai
Abang Ngah tolong masak nasi untuk lunch
Adik dan abang bermain pasir di pantai
Uda menikmati keindahan laut ciptaan Allah
3 beradik riang bermain air
Catalan Bay Beach Gibraltar
Tanah hujung yang seterusnya yang dilawati ialah The Tip of Borneo, Kudat Sabah.

Related Posts:

1. Land's End Cornwall UK,
2. KM-0 Sabang, Aceh
3. Tip of Borneo, Sabah

Monday, 18 February 2019

Kembara Cyprus - Paphos

Kembara Cyprus ini bermula dari 23 Jun 2018 dengan perjalanan bermula dari KLlA, transit di Bangkok dan Amman sebelum sampai di Larnaka airport, Pulau Cyprus pada 24 Jun lebih kurang 11.15 malam.

Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.

Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!

😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!

Hari ketiga saya berada di Limassol, kami melawat bandar tepi laut, Paphos yang berada sekitar 50 km ke barat Limassol. Ia merupakan pelabuhan terbesar di pulau Cyprus. Ia juga mempunyai sebuah lapangan terbang, yang kedua terbesar di pulau ini. Di masa lalu, Paphos ini merujuk kepada 2 tempat: Paphos Lama yang kini dipanggil Kouklia dan Paphos Baru.

Daerah Paphos mempunyai lebih dari 50 km panjang jalur pantai dengan 27 buah lokasi pantai, di mana 12 daripadanya menerima anugerah pantai terbaik dari sudut kebersihan dan kemudahan yang dimiliki. Selain pantai, Paphos juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk pencinta arkeologi, sejarah dan kebudayaan.

Paphos dimasukkan dalam senarai rasmi khazanah budaya dan semula jadi warisan dunia UNESCO kerana tinggalan purbanya yang hebat, dan juga telah dipilih sebagai Ibu Kota Kebudayaan Eropah untuk 2017, bersama dengan Aarhus.

Petra tou Romiou   

Dalam perjalanan dari Limassol ke Paphos kami singgah di Petra tou Romiou  atau  "Rock of Roman"( East Roman or Byzantine). Ia juga dikenali sebagai Aphrodite's Rock, yang sebenarnya ialah tunggul batu yang besar di laut. Tempat ini berdekatan dengan Kouklia (Paphos Lama) dan merupakan salah satu pantai yang sangat terkenal di Cyprus. Setiap tahun beribu orang datang mengunjunginya untuk bermandi-manda di air persekitarannya. Ada satu kepercayaan yang mengatakan, barangsiapa yang berenang mengelilingi batu ini sebanyak 3 kali, dia akan dikurniakan awet muda, kecantikan, kemewahan, kesuburan dan cinta yang sejati 😃😄😄

Singgah sebentar di Petra tou Romiou Kouklia
 Paphos Cyprus ... tgh 27 Jun 2018
Petra tou Romiou di Laut Mediterranean yang membiru indah
 .... dilihat dari atas jalanraya
Tempat ini mempunyai banyak cerita-cerita mitos dan lagenda yang disampaikan dari generasi ke generasi. Salah satu darinya adalah kedudukannya sebagai tempat lahir Aphrodite iaitu nama Yunani bagi dewi cinta. Cerita lagenda ini digabungkan dengan keindahan kawasannya menyebabkan ia menjadi lokasi pelancongan yang terkenal.

Petra tou Romiou ..... secara dekat
Keindahan alam yang mempesonakan
Ramai yang bermandi-manda di tepi pantai
 tetapi lautnya agak merbahaya untuk berenang
Pantainya bukan berpasir ,,,, tetapi berbatu
Car park sebelah kanan, pantai sebelah kiri ..... 
macamana nak turun?
Pantai ini terletak di bawah dan sebelah kiri jalanraya yang kami lalu, tetapi jika hendak berhenti kena parking kereta di sebelah kanan jalan. Mula-mulanya terpinga-pinga juga mencari jalan hendak ke pantai di seberang jalan kerana tidak nampak apa-apa laluan di atas jalan. Rupa-rupanya ada sebuah terowong untuk sampai ke sana yang dibina di bawah jalanraya itu ... sangat menarik!

Haah .... ini terowongnya untuk sampai ke pantai
Ini lubang masuk/keluar sebelah pantai
Syukur alhamdulillah ..... Allah memberi kami kesempatan dan peluang untuk menikmati keindahan Laut Mediterranian yang membiru menyejukkan mata. Maha Suci Allah, sungguh hebat ciptaanNya. "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?".... surah Ar-Rahman

Dari sini kami terus ke New Paphos pula. Di sana kami sempat melawat lagi satu tapak arkeologi dan juga pelabuhan terbesar di pulau ini.

1. Kato Paphos Archaeology Park
Peta tapak
Taman arkeologi ini mengandungi bahagian utama yang penting dari Kota Purba Greek dan Rom. Kerja-kerja penggalian masih lagi dijalankan dan kawasan ini termasuk dalam bahagian yang dipanggil Paphos Baru. Di tapak ini terdapat tinggalan binaan dari banyak era: dari era prasejarah sehingga ke zaman pertengahan. Tapak ini juga termasuk dalam senarai Warisan Dunia UNESCO.

Antara penemuan paling penting setakat ini ialah empat buah vila Rom yang besar dan beradun: Rumah Dionysos, Rumah Aion, Rumah Theseus dan Rumah Orpheus, semuanya dengan lantai mozek yang dipelihara. Pertama kali melihat lantai jenis ini, saya dapat bayangkan betapa rumitnya kerja memasang mozek ini dan sungguh teruja melihatnya.

Taman ini sangat luas. Mengikut peta yang diberi seperti di atas, ada sebanyak 23 tempat atau objek yang boleh kita lawati, termasuk 4 buah vila yang disebut sebelum ini. Namun seperti biasa tidaklah berdaya kami berjalan menjelajah ke seluruh taman tetapi yang pasti kami melawat beberapa bahagian yang penting dan  utama dari kota purba ini.

Jom Masuk!
Tangga masuk ke taman
Penganugerahan ... World Heritage Site


Plan lantai bermozek Reception Hall
Gambar sebenar dari lantai yang bermozek
Mozek bergambar bukan sekadar mencantikkan tetapi ...
menceritakan kisah lagenda dan mitos Yunani purba
Lantai mozek bercorak motif
Sebahagian dari dinding vila yang dibina semula
Bahagian ini berada dalam bangunan
Ini pula runtuhan yang berada berdekatan di luar bangunan
House of Theseus .... papan penerangan
Berdekatan dengan vila 'House of Aion' ialah vila 'House of Theseus' dan ia merupakan vila terbesar yang terdapat di taman ini. Runtuhan vila ini keseluruhannya berada di luar, tidak seperti di  'House of Aion'.

Ada bahagian yang disediakan jambatan
... untuk memudahkan kita melihat runtuhan di bawah



Pelan Bilik 36
Lantai bermozek Bilik 36
Lantai mozek bergambar ini mempunyai kisah mitosnya yang tersendiri. Mozek bergambar di tengah itu dipanggil Theseus Mosaic dan dikelilingi  Geometric Mosaic. Mengikut mitologi Yunani purba gambar di tengah itu adalah pertarungan antara Theseus (seorang raja mitos Greek) dan seekor Minotaur (makhluk berbadan manusia tetapi mempunyai kepala dan ekor lembu). Manakala mozek berbentuk geometri itu  dipanggil 'Labyrinth of Crete' (juga dari kisah mitos Greek) dan ia melambangkan benteng pertahanan untuk memerangkap Minotaur, yang akhirnya telah dibunuh oleh Theseus. Tak tahu mengapa zaman Yunani purba ini banyak betul cerita-cerita khayalan seperti ini😲

Ada banyak lagi lantai bermozek seperti ini, di 'House of Theseus' tetapi dalam keadaan yang tidak berapa baik. Oleh kerana ia berada di luar dan hari sangat panas, gambar yang diambil pun tidak berapa hendak nampak. Contoh seperti di bawah.

Lantai bermozek yang kelihatan seperti jalan


Saki-baki runtuhan
 Bersebelahan dengan 'House of Theseus' ialah 'House of Orpheus'. Vila ini tidak menonjol kerana hanya runtuhan dinding yang kecil dan batu-batu sahaja yang dapat dilihat di sini. 'House of Dionysus' pula berada agak jauh dari sini.

Mungkin yang ini .... 'House of Orpheus'

House of Dionysus 
Sebahagian dari runtuhan vila Dionysus berada di luar, manakala bahagian lain yang lebih bernilai dan perlu dilindungi berada dalam bangunan. Di sini juga disediakan jambatan untuk memudahkan kita melihatnya dari atas. Lantai mozek dengan gambar-gambar dari kisah mitos Yunani purba yang sangat bernilai, banyak terdapat di sini.


Pelan bilik-bilik yang terdapat di sini
serta cerita yang terdapat di sebalik gambar di mozek
Contoh bentuk mozek yang terdapat di sini dari dekat
Scylla - the mythical sea-monster
Ni ceritanya ....


Beberapa contoh mozek yang terdapat di vila ini.
Mosaic floor with geometric motifs  and objects of everyday life
Selepas melawat 4 buah vila ini kami memutuskan untuk tidak melihat tempat lain kerana sudah keletihan. Sebelum keluar kami berihat sebentar di 'visitors centre' untuk berihat sambil menonton video serta membaca maklumat yang banyak terdapat di situ.

Paphos lighthouse ini hanya dilihat dari jauh
Visitors or information centre - sedang menonton video
Odeon - amphitheater .... berposing depan gambarnya sahaja
Box-office atau tempat tiket untuk masuk ke taman arkeologi
Untuk masuk ke taman arkeologi ini adalah melalui kawasan pelabuhan. Jadi selepas keluar dari taman ini kami terus berjalan-jalan melihat pelabuhan dan kawasan berdekatan. Pelabuhan ini sangat sibuk dengan berbagai aktiviti dari siang sampai ke malam. Ia dipenuhi dengan bar, kafe, restoran, kedai-kedai menjual ice-cream dan cenderamata. Di sini juga ada sebuah istana abad ke 13 yang menjadi mercutanda Paphos.

Istana Paphos
Pelabuhan Paphos

Menara jam Paphos ... 3.50pm 27 Jun 2018
Banyak restoran di sini
Lawatan kami ke Paphos berakhir di sini. Besoknya 28 Jun kami bertolak ke Cyprus Utara. Dalam perjalanan itu banyak juga tempat yang kami singgah. Insya Allah kita berjumpa lagi di lain entri.