Tuesday, 30 September 2014

Cuti-cuti Sabah - Rumah Terbalik Tamparuli Tuaran

14 Dec 2012
 
Perjalanan kami...bandar-bandar yang disinggahi
Pekan Tuaran adalah persinggahan terakhir kami sebelum ke KK. Kami sudah mengembara selama hampir 3 hari 3 malam.....dari KK ke Ranau, kemudian terus ke Kota Belud dan Kudat, berpatah balik singgah di Kota Marudu dan Tuaran. dan akhirnya ke KK.

Petikan dari berita mstar.com bertarikh 11 mac 2012

KOTA KINABALU: Satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.
Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.
Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.
Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.
Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.
"Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari)," kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.




Tiket masuk
Setiap orang yang masuk dikenakan bayaran - dewasa pemegang mykad dikenakan sebanyak RM10. Bayaran yang dikenakan agak mahal mengikut pendapat orang ramai ..... tak berbaloi. Ini kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang disediakan selain melihat-lihat sahaja. Tidak banyak pula yang hendak dilihat kerana rumahnya kecil sahaja  Bergambar di dalam rumah pun tidak dibenarkan.

 Ramai yang datang ke sini kerana keinginan yang begitu tinggi untuk melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana keadaan dalam rumah itu sebenarnya. Bukan kerana kehebatan rumah ini. Perhiasan di dalamnya biasa sahaja......tidak ada apa-apa yang istimewa. Walau bagaimanapun pengunjung dibenarkan mengambil gambar di kawasan luar rumah.

Kereta Kancil......JDX 6168

Hmm....kuatnya dia!....boleh angkat kereta Kancil
Hiasan snowman dan pokok Krismas di ruang menunggu
Basikal yang di parking di tepi rumah

Waktu musim cuti sekolah memang berbas-bas pelancong datang ke sini. Bila sudah ada tiket di tangan, tidak semestinya boleh masuk terus. Ini kerana hanya bilangan tertentu sahaja boleh berada dalam rumah pada satu-satu masa untuk mengelak kesesakan. Oleh kerana itu anda perlu menunggu giliran....lama atau sekejap bergantung pada bilangan pengunjung hari itu.



Jom tengok apa dah jadi dalam rumah.....tonggang terbalik ke semuanya? Maaf tidak dibenarkan mengambil gambar dalam rumah! Jadi tak bolehlah nak tunjuk bagaimana keadaannya di dalam??
Untuk mendapat sedikit gambaran keadaan dalam rumah, saya telah mengambil beberapa keping gambar dari Mr Google. Gambar-gambar ini mungkin diambil ketika pemasangan atau pembinaannya.





Apabila masuk ke dalam rumah ini kena melangkah alang pintu kerana ianya berada di bawah....bukan lagi di atas. Begitu juga apabila masuk ke dalam bilik tidor dan bilik air. Bayangkamlah kita sedang berjalan di atas siling rumah....hahaha.

Lima minit sahaja kami berada dalam rumah ini dengan bayaran RM40 untuk 4 orang. Nasib baiklah dua orang anak yang bersama dengan kami mendapat voucer minuman percuma di cafenya kerana masih bersekolah.....special offer untuk pelajar sekolah. Kalau tidak, rasa tak berbaloi sungguh! Selepas budak 2 orang ni menjamu selera kami ke kedai suvenirnya dan membeli beberapa ole-ole untuk dibawa pulang.


Sakan betul budak-budak ni memeluk teddy bear
Selepas 45 minit berada di sini kami pun keluar dan meneruskan perjalanan ke pekan Tuaran. Seperti biasa, pusing-pusing dulu pekan sebelum ke KK. Dari sini ke KK hanya 34 km. Kami dapat mencari beberapa lokasi menarik yang menjadi tanda mercu pekan ini.

Ikan todak?

9-story Chinese pagoda
 Nama  Tuaran berasal dari perkataan Melayu 'tawaran' atau 'to bargain' dalam bahasa Inggeris. Pada satu ketika dulu Tuaran menjadi pusat aktiviti perdagangan yang utama. Separuh daripada penduduknya terdiri dari kaum Dusun, sepertiga kaum Bajau dan selebihnya kaun Cina keturunan Hakka. Kelebihan pekan ini ialah ia berada di pertengahan jalan antara pekan-pekan di utara (seperti Kudat dan Kota Belud) dan ibunegeri KK, menyebabkan ia menjad tempat persinggahan utama bagi para pengembara.

Tuaran juga mempunyai sebuah masjid yang cantik dan besar. Masjid an-Nur, Daerah Tuaran,  mempunyai keluasan yang besar, kira-kira satu kali ganda besar Masjid Negeri Sabah. Masjid Tuaran ialah masjid terbesar di Sabah.

Masjid an-Nur Tuaran
Senibina yang unik

Masuk masjid........menyahut "call of nature"
Setelah selesai berjalan-jalan, bergambar dan  melepaskan hajat, akhirnya kami ke KK.

Jom ke sana!

Related Posts:

Cuti-cuti Sabah (11) - Kota Kinabalu
Cuti-cuti Sabah (9) - Kudat
Cuti-cuti Sabah (7) - Kota Belud

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete