Perjalanan seorang insan yang berkelana di bumi Allah, mencari keredhaanNya dan berusaha menjadi Al-Rawahil
Tuesday, 16 September 2008
Ramadhan September 2008
RAMADHAN tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun yang lepas. Kalau tahun yang lepas-lepas saya sibuk menjahit baju melayu anak-anak saya tetapi kali ini saya membeli yang sudah siap saja. Alasannya supaya saya ada masa yang lebih untuk beribadah. Pendapatan suami yang lebih "besar" dari dulu-dulu juga melayakkan saya untuk menumpukan masa yang lebih pada amalan ibadah dalam bulan yang mulia ini.
Namun masih ada beberapa perkara yang merunsingkan saya menjelang sambutan Aidilfitri kali ini. Suami telah mengajak saya menemaninya berseminar di Mesir dan hari yang ditetapkan sangat hampir dengan Hari Raya ini. Apa yang menggusarkan saya adalah pengurusan anak-anak selepas percutian Hari Raya . Masing-masing kena balik ke tempat belajar mereka. Selalunya saya akan "monitor" mereka sebelum balik supaya tidak ada benda-benda penting yang tertinggal, memastikan bekalan perbelanjaan yang mencukupi dan sebagainya.
Persediaan yang cukup rapi harus ada supaya semua yang dirancang berjalan seperti yang dikehendaki. Namun kita hanya boleh merancang kerana yang menentukan kejayaannya hanyalah Allah SWT. Kekadang yang dirancang tidak menjadi seperti apa yang dikehendaki kerana sudah ditakdirkan sedemikian Apa yang kita patut buat ialah kita berusaha, kemudian bertawakkal serta berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan yang mendatang.
Saya amat menghargai keinginan suami membawa saya bersamanya ke luar negara, tetapi masa yang kurang sesuai menyebabkan saya tidak begitu teruja. Kerisauan mengatasi kegembiraan berpeluang menziarahi negara yang sarat dengan sejarah Islam. Perasaan tidak yakin dengan kemampuan anak-anak mengurus diri mereka sendiri menguasai diri saya. Semalam kami telah berbincang dengan anak sulung apa yang patut dia buat semasa ketiadaan kami. Sepatutnya kami boleh mengharapkannya untuk mengurus adik-adiknya, tetapi seperti yang saya sebut tadi saya kurang yakin dengannya.
Saya betul-betul mengharapkan bantuan dari Ilahi dalam hal ini. Semoga semua yang dirancang berjalan seperti yang dikehendaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat berhari raye kat Mesir!! Sorry la mak tak sempat nak call hari tuh. Nanti balik beli souvenir sket...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletemakcik,dah sampai mesir yer..
tak tau kat ner leh jumpa makcik...huhuhu..ana kat cairo...
ahlan wasahlan ke bum anbiya'
sori andai tak dapat jumpa makcik hehehe..selamat hari raya maaf zahir mahupun batin...sampaikan salam kat kausar yer(klu dia ingat ana lg huhuuhu)