Pagi tadi semasa membaca emel terjumpa artikel yang sangat menarik dan penting untuk kita ketahui, yang bertajuk seperti di atas. Artikel ini disediakan oleh seorang sahabat saya yang juga seorang peguam. Oeh kerana ianya satu maklumat yang penting yang patut disedari oleh semua orang Islam, saya ingin menyimpannya sebagai koleksi saya.
Apakah
Interfaith Commission (IFC)?
adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang
IFC boleh mengubah ajaran sesetengah agama IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council akibat desakan penganut agama lain.
Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang disabit.
Ia berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
Matlamat IFC ialah :-
- meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan aqidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.
• IFC akan melangkaui kuasa Institusi Agama Islam
• IFC akan “bypass” Mahkamah Syariah dan mahu Mahkamah Civil tentukan perkara berkaitan dengan Islam
• Penubuhan IFC adalah suatu campurtangan dalam “Intra-Muslim Affairs (NOT the Inter-Religious Affairs)”
• IFC secara perlahan akan menyekat perkembangan Islam dan meletakkan institusi Islam dibawahnya
Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC ini?
Digagaskan oleh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, and Sikh
(Malaysian Consultive Counsil of Buddhism, Christinity, Hinduism, and Sikhism)
APAKAH TUNTUTAN MEREKA?
1. Seorang anak yang dilahirkan oleh Ibubapa Islam tidak seharusnya terus jadi Islam.2. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak
7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing
13. Orang-orang bukan Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah
2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah
3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
4. Orang Islam bebas untuk murtad
5. IFC berhak menentukan status agama seseorang
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing
13. Orang-orang bukan Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah
APAKAH BAHAYANYA PENUBUHAN IFC TERHADAP ISLAM?
1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah
3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
4. Orang Islam bebas untuk murtad
5. IFC berhak menentukan status agama seseorang
IFC itu sangat sesuai dengan ideologi demokrasi. Tapi dibenci oleh orang islam... orang islam tak mahu demokrasi? orang bukan islam mesti dipandang rendah oleh orang islam? kenapa?
ReplyDeletekalau tak suka orang bukan islam jangan guna internet. itu ciptaan orang bukan islam.
Saudara/i DuniaMurtad,
ReplyDeletePada pandangan saya...
Orang islam rasanya tidaklah membenci semua yang bukan islam. Cumanya berpegang pada bagiku agamaku, bagimu agamamu (AQ, 109:6).
Toleransi dan demokrasi juga punya sempadan. Tidak semua harus digadai demi satu ideologi manusiawi apatah lagi jika ianya membabitkan agama. Apa yang elok juga harus diguna untuk kebaikan bersama, walaupun ianya datang dari yang bukan islam.
Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (QS60:8)
ReplyDeleteSesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka inilah orang-orang yang zalim. (QS60:9)
Tiada sebab orang Islam hendak membenci orang bukan Islam. Sikap sedemikian bukanlah sebahagian daripada ajaran agama Islam sepertimana yang disebut dalam dua ayat Al-Quran di atas. Apa yang berlaku adalah kami hanya mempertahankan hak orang Islam dan membela kesucian agama Islam supaya ia tidak diperkotak-katikkan oleh sesiapa saja (samada oleh orang-orang Islam Liberal atau pun orang bukan Islam).
Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. (QS2:284)
Tidak timbul di sini internet kepunyaan sesiapa. Segala kebijaksanaan yang ada pada manusia itu adalah anugerah daripada Allah, Tuhan semesta alam (Tuhan orang Islam dan juga bukan Islam)
Jikalau dicadangkan kepada Bill Gates (tauke Microsoft),supaya jangan berurusan dengan orang Islam; sudah tentu dia kata, " mana boleh! Rugilah aku, di negeri China saja dah ada lebih 20 juta penduduk Islam. Belum lagi yang ada di Timur Tengah"