Friday, 16 January 2009

Do your best Allah will do the rest

boycott-bullets560x388

Dalam kesibukan orang memperkatakan tentang saranan memboikot barangan keluaran Yahudi dan Amerika Syarikat ( sekutu kuatnya ) kedengaran suara-suara sumbang yang memperlekehkannya. Kata mereka, "Apalah sangat kesannya tindakan itu sedangkan sebahagian besar keperluan asas kita bergantung pada produk keluaran US. Dari bahan asas membuat dedak ayam sehinggalah kepada peralatan komputer! Mampukah kita memboikotnya secara keseluruhan? " Ada juga yang mengatakan, " Kalau kita boikot semua barang keluaran US lumpuhlah ekonomi negara  kerana sebahagian besar ekonomi kita bergantung kepada perdagangan dua hala dengan syarikat-syarikat gergasi dari US."

Memang benar semua andaian-andaian itu. Namun kita sebagai rakyat biasa yang masih waras sewajarnya membuat sesuatu menunjukkan  protes kita terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin. Apatah lagi kita yang saudara seIslam ini, menjadi tanggungjawab membela mereka yang dizalimi. Adakah cukup dengan hanya berdoa siang dan malam untuk saudara kita itu? Adakah kita mampu memberi bantuan di medan peperangan seperti yang dilakukan oleh pihak MERCY Malaysia? Rasanya yang paling senang dan mampu kita buat ialah dengan menyumbang ke dalam  dana atau tabung bantuan Gaza. Itupun bagi yang berkemampuan dan ianya hanya ingatan sementara terhadap isu ini. Lain pula halnya jika kita turut serta dalam kempen memboikot ini. Ia memerlukan komitmen atau istiqamah untuk melihat hasilnya. Jika benar-benar mahu berjaya kita harus meneruskannya sehinggalah negara Israel lenyap dari mukabumi ini. Maknanya kita tidak boleh berhenti pemboikotan ini sebaik saja Israel berhenti menyerang Gaza. Usaha ini mesti diteruskan dan dalam masa yang sama kita kena berusaha untuk bebaskan ekonomi kita dari cengkaman US.

Apabila ada usaha berterusan ini dengan secara tidak langsung kita akan sentiasa diperingat tentang saudara kita di Palestin itu. Penderitaan  yang telah begitu lama mereka hadapi dan juga harapan mereka. Usaha boikot ini juga memerlukan kita melawan hawa nafsu. Ini juga adalah jihad kecil bagi umat Islam. Jikalau kita tidak mampu berjihad di medan perang marilah kita sama-sama berjihad melawan nafsu dengan tidak membeli barang-barang dari label-label yang telah disenaraikan untuk diboikot. Impaknya mungkin tidak besar ke atas sasaran kita tetapi dari segi moral amat berharga bagi rakyat Palestin. Pokoknya kita buatlah apa saja yang termampu sebagai menyokong perjuangan mereka agar impian mereka tercapai suatu hari InsyaAllah. Lakukan dengan ikhlas. Do your best and Allah will do the rest.




No comments:

Post a Comment