Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Saturday, 15 February 2020

Kota Batu - Swiss Kecil di Pulau Jawa (part 1)

Pada 8-13 Oktober 2018 saya dan suami ke Indonesia lagi. Ini merupakan lawatan yang ke-4 ke Indonesia bagi saya. Kali ini kami ke bahagian Jawa Timur pula. Tempat yang dituju secara tepat adalah Kota Batu, dan seperti biasa perjalanan ini juga termasuk dalam lawatan sambil bekerja. Sekali lagi catatan  ini dijadikan sebagai memori perjalanan kami.

Batu terkenal sebagai salah satu kota pelancongan terkemuka di Indonesia kerana potensi keindahan alam yang luar biasa yang dimilikinya. Kekaguman bangsa Belanda terhadap keindahan dan kecantikan alam Batu membuat mereka menyamakan wilayah kota Batu ini dengan sebuah negara di Eropah iaitu Switzerland, lalu diberi jolokan kepadanya sebagai 'Swiss Kecil di Pulau Jawa'.

Sejak abad ke-10, wilayah Batu dan sekitarnya telah dikenali sebagai tempat beristirehat bagi kalangan kakitangan kerajaan, kerana wilayahnya terdiri dari daerah pegunungan dengan kesejukan udara yang nyaman, ditambah pula keindahan pemandangan alamnya sebagai ciri khas daerah pegunungan.
Promosi melancong ke kota Batu 
Kota Batu adalah sebuah kota di Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Kota ini terletak 90 km sebelah barat daya Surabaya atau 15 km sebelah barat laut Malang. Wilayah kota ini berada di ketinggian 700-2.000 meter dan purata ketinggian iaitu 871 meter di atas permukaan laut dengan suhu udara rata-rata mencapai 11-19 darjah Celsius.
Kedudukan kota Batu di tanah tinggi di bahagian Jawa Timur
Semua penerbangan ke kota Batu akan mendarat di lapangan terbang Abdul Rahman Saleh Malang, kerana kota Batu tidak mempunyai lapangan terbang. Walaupun jarak kota Malang ke Kota Batu hanya 15 km tetapi perjalanannya mengambil masa yang agak lama kerana kesesakan lalu-lintas yang teruk. Pada petang itu kami terpaksa mengharungi jalan ini selama kira-kira 2 jam untuk sampai ke Batu.
Melalui jalan tol Surabaya - Mojokerto ....
..... macet tiap-tiap hari dan masa
Pada masa sekarang ramai ahli perniagaan yang kaya-raya dari Surabaya dan Malang memiliki rumah  percutian di sini. Kawasan ini juga merupakan pusat pertanian utama kebun epal. Sehingga tahun 2001, Batu secara pentadbiran merupakan sebahagian dari Malang. Namun sejak tahun itu kota ini merupakan kota yang berdiri sendiri.

Pada pagi 9 Oktober suami dan rakan sejawatnya membuat lawatan ke Universitas Brawijaya. Pada sebelah petang kami berjalan-jalan di Kota Batu dan kawasan sekitar.

Antara tempat yang sempat kami melawat pada petang itu:

Alun-Alun Kota Batu
Alun-alun ini seperti sebuah dataran.  Ia merupakan jantung Kota Batu kerana banyak aktiviti setempat dijalankan di sini. Ia juga digunakan sebagai tempat rekreasi bagi warga kota. Dikatakan ramai warga kota yang datang ke sini untuk beraktiviti sukan seperti berjoging dan berbasikal.

Kami ke sini pada sebelah petang dan kelihatan beberapa keluarga membawa anak-anak kecil mereka bermain-main di taman. Taman ini menarik kerana terdapat beberapa buah replika 'buah gergasi'. Ada bangunan berbentuk strawberi dan epal yang berfungsi sebagai pusat maklumat dan bilik air awam. Kemudian ada tugu berbentuk buah epal di tengah taman. Jikalau ingin menikmati suasana taman kota yang indah bolehlah datang ke sini terutama di malam hari kerana ia akan bersepadu dengan gemerlapnya lampu taman yang dinyalakan.

Taman ini juga dilengkapi dengan sebuah 'Ferris Wheel' atau bianglala setinggi 60 meter, yang membolehkan kita menikmati pemandangan Kota Batu dari atas tetapi kami tidak menaikinya pada hari itu. Tidak pasti kenapa, tetapi nampak macam tidak beroperasi pada masa itu, Mungkin waktu rehat agaknya. Selalunya kami pun kurang berminat dengan aktiviti seperti ini. Ia sepatutnya dibuka dari 9 am - 10 pm dan ditutup ketika waktu rehat.
Tugu buah epal ... sepatutnya ada air pancut
di sekelilngnya tetapi tidak dibuka

..... petang 9 Oktober 2018
Bangunan buah strawberi dan epal
Tnada nama Alun-alun Kot Batu ... Ferris Wheel di belakang
Masjid An Nuur .... terletak berdekatan dengan alun-alun
Di belakang itu Pasar Laron ... juga berdekatan 
dengan alun-alun yang kelihatan masih lengang 
Pasar Laron ini adalah tempat Pedagang Kaki Lima yang berada di sekitar Alun-Alun. Nama unik yang dimiliki pasar ini mempunyai maksud yang sesuai dengan keadaan pasar yang sibuk ketika menjelang malam. Nama yang diambil dari kata laron (kelkatu), kerana sifat serangga tersebut yang selalu mendekati sumber cahaya, sama seperti aktiviti di pasar yang nampak ramai dan sibuk di waktu petang hingga malam hari di tengah gemerlapnya lampu-lampu kota Batu.

Universitas Muhammadiyah Malang (UMM)
Dari alun-alun kami terus ke kampus ke-3 UMM yang terletak di Jalan Raya Tlogomas 246 Malang. Universiti ini termasuk antara Pendidikan Tinggi Swasta (PTS) yang terkemuka di Indonesia. Ia dimiliki sepenuhnya oleh organisasi Muhammadiyah, iaitu sebuah organisasi Islam yang besar di Indonesia.

Sebenarnya ketika di sini kami hanya berada di persekitaran masjid universiti iaitu Masjid AR. Fachruddin. Masjid ini terletak berhampiran dengan salah satu gerbang masuk kampus. Lokasi masjid yang dekat dengan Jalan Raya, menjadi mudah bagi orang yang lalu jalan tersebut melihat Masjid AR Fachruddin. Ramai yang singgah untuk melaksanakan sholat dan ada juga, yang sperti kami, sekadar istirehat sebentar dan menikmati keindahan senibina serta alam sekitar masjid tersebut.

Masjid AR Fachruddin merupakan masjid kampus terbesar di Asia Tenggara. Di dalamnya terdapat 81 tiang sebagai penyokong bangunan masjid sehingga masjid menjadi kokoh. Walaupun beberapa kali terjadi gempabumi, namun  Masjid AR Fachruddin tidak terkesan apa- apa. Masjid ini mampu menampung sebanyak 5.500 jamaah. Masjid ini juga mempunyai sebuah menara dengan ketinggian 750 meter yang berfungsi sebagai tempat pembesar suara untuk azan dan juga sebagai antena Radio UMM FM.
Menara masjid setinggi 751 m .... petang 9 Okt 2018
Sebahagian lagi bangunan masjid
Tangga masjid
Senibina masjid yang sangat menarik ... dikatakan
gabungan antara gaya senibina modern, Jawa dan Arab 
Masjid AR. Fachruddin dibina pada tahun 1995 dan diresmikan oleh Presiden BJ. Habibie (Presiden RI ke 3) pada tahun 1998. Masjid ini terdiri dari 5 tingkat. Tingkat ketiga dan keempat menjadi tempat untuk melakukan ibadah solat. Manakala tingkat selain itu semuanya adalah sebagai tempat untuk berbagai kegiatan. Masjid AR. Fachruddin ini merupakan tempat pusat dakwah Muhammadiyah dan pusat kegiatan keislaman samada untuk mahasiswa UMM sendiri maupun masyarakat umum.
Halaman masjid ... cantik dihiasi tanaman dan air pancut

Di belakang kelihatan bangunan  yang diberi nama UMM Dome
.... juga merupakan pusat kegiatan terutama seni dan sukan
Kami datang ke sini dengan menaiki teksi. Ketika hendak pulang, tidak jumpa pula teksi yang mahu ke kota Batu. Terpaksa mencari kenderaan alternatif.

Balik naik van seperti ini 2x .... kena transit di stesyen
 sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Batu
Kami tiba balik ke hotel lewat petang
tetapi di sini hari cepat gelap ... singgah berfoto kerana
tertarik dengan lampu warna-warni di hadapan hotel
Sebelah malamnya kami dibawa oleh pihak penganjur seminar menjamu selera di rumah makan Sate Hotplet. Tempat ini antara yang terkenal di kalangan pelancong. Cara penyajian yang dihidangkan di atas hotplet bersama kuah kacang serta irisan bawang merah dan limau nipis. membezakan ia dari hidangan sate biasa. Selain dari sate ada juga menu lain khas dari Indonesia. Walaupun terdapat makanan yang sama seperti di Malaysia ( contoh tempe dan tahu) tetapi cara hidangan dan makannya berbeza sedikit. Secara keseluruhan makanannya enak bangat😋


Rumah makan Sate Hotplet .... malam 9 Okt 2018
Sate yang dihidang atas hotplate
Sumber foto:https://www.malang-guidance.com
Pada 10 Oktober 2018 suami menghadiri seminar dari pagi sampai ke petang. Pada sebelah malamnya kami dibawa oleh seorang supir dari sebuah universiti melawat Museum Angkut dengan keretanya.
Dibuka pada 9 Mac 2014 ... 
.... dipercayai yang pertama di Asia Tenggara
Muzium Angkut ini menarik kerana kita berpeluang melihat koleksi-koleksi kenderaan yang hebat dan memiliki nilai sejarah yang tinggi. Di sini juga kita dapat melihat evolusi kenderaan yang digunakan oleh manusia dari masa ke masa. Muzium ini memiliki keluasan sekitar 3 hektar dan dibahagi menjadi beberapa bahagian yang mempamerkan koleksi kenderaan yang berbeza-beza.

Di muzium ini kita seolah merasakan berkeliling dunia, menelusuri aneka kenderaan zaman dahulu dan masa kini dari berbagai negara asal pembuatnya. Tidak seperti kebanyakan muzium yang selalunya membosankan, keistimewaan Muzium Angkut ini dengan konsep melihat dan berinteraksi yang sangat menarik, sungguh meyeronokkan. Konsep yang menyepadukan antara sejarah dan perkembangan dunia pengangkutan dengan legenda Movie Stars atau para bintang film di zamannya. Lebih menarik lagi dengan latar belakang kota-kota dan bangunan eksotik seperti di Batavia, Eropah, Amerika, Chinatown dan sebagainya, sangat unik.
Pengangkutan yang menggunakan tenaga binatang 
Maklumat evolusi penciptaan basikal
Antara kereta awal jenis Ford .... menarik ada 'beg' di belakang
..... zaman sekarang guna 'roof box'
Kereta sport Italy .... Ferrari simbol kemewahan dan kekayaan.
Helikopter pertama  dimiliki Indonesia yang diberi nama Si Walet
Heli Bell 47J .... helikopter buatan Amerika pada 1958.
Apollo view .... pintu masuk ke menara
Menara Apollo
Pemandangan Kota Batu di waktu malam ... 850 mdpl
Di tingkat dua, pengunjung boleh menikmati pemandangan alam Kota Batu dari atas menara Apollo yang menyerupai pesawat ruang angkasa. Untuk sampai ke atas memerlukan kesabaran kerana harus  menaiki banyak anak tangga. Ini merupakan puncak tertinggi di muzium ini, 850 mdpl.Terasa sejuk dan nyaman berada di sini. Perjuangan untuk menaiki menara Apollo ini terbayar dengan pemandangan indahnya Kota Batu. Kami menaikinya di waktu malam. Jika datang waktu siang sudah pasti pemandangan alamnya lebih indah, dengan berbagai tumbuhan dan pergunungan yang mengelilingi kota. 
Suasana mirip Chinatown
Suasana seperti di Pelabuhan Sunda Kelapa


Macam suasana di Eropah .... menara condong Pisa Italy
Kumpulan kereta Mercedes-Benz .... di German?
Kereta Mr Bin yang sangat terkenal .... dari UK
Bernuansakan Hollywood
Kawasan muzium ini sangatlah luas. Sebaiknya luangkanlah masa yang banyak untuk berada di sini. Rasanya ada lagi bahagian yang kami tidak 'terpergi' malam itu. Pertama sebab masa yang suntuk dan ditambah pula rasa keletihan. Antaranya seperti bahagian  D’Topeng Kingdom dan replika kapalterbang presiden Indonesia.
Replika pesawat Presiden ..... petang 11 Okt 2018

Related Post:

1. Kota Batu - Swiss Kecil di Pulau Jawa (part 2)


2. Surabaya - Kota Pahlawan

Wednesday, 17 April 2019

Kembara Cyprus - Semenanjung Karpas

Kembara Cyprus ini bermula dari 23 Jun 2018 dengan perjalanan bermula dari KLlA, transit di Bangkok dan Amman sebelum sampai di Larnaka airport, Pulau Cyprus pada 24 Jun lebih kurang 11.15 malam.

Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.

Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!

😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!

Pagi 30 Jun ( sekitar jam 10 pg ) kami sudah keluar dari hotel universiti. Sebelum memulakan perjalanan menuju ke Cyprus Selatan, kami bergambar dahulu di kawasan universiti sebagai kenang-kenangan. METU NCC atau Middle East Technical University Northern Cyprus Campus terletak di sebuah kampung bernama Kalo Chorio Kapoutii ( Kalkanli ) di daerah Guzelyurt, 50 km ke barat Lefkosa (Nicosia) dan 6 km ke utara bandar Guzelyurt ( Morphou).
Universiti ini berada di kawasan tanah tinggi 
yang menganjur ke barat dari Kampung Kalkanli
Pemandangan ke arah selatan .... bandar Guzelyurt
berlatarbelakangkan Pergunungan Troodos
Kawasan kampus
Depan Guest House - hotel uni
Pusat Sains Uni
Ada minyak di sini - "nodding donkey" mengepam minyak
Pintu utama Universiti ... selamat tinggal METU!
Kami tidak terus balik ke Cyprus Selatan tetapi mengambil kesempatan ini mengembara pula ke Semenanjung Karpas. Sebelum ke sana  kami juga singgah di Guzelyurt. Selepas itu barulah kami memulakan pengembaraan dan berhenti di beberapa bandar yang berada dalam laluan perjalanan ini.Tempat yang dituju di akhir perjalanan kami ialah bandar Nicosia di sebelah selatan Cyprus.
Laluan perjalanan balik kami .... 
destinasi terakhir ... bandar Nicosia di Cyprus Selatan
Semenanjung Karpas (Karpaz) atau hanya disebut 'Karpasia' terletak di timur-laut Cyprus Utara dan berbentuk seperti 'pemegang periok'. Daerah ini terbentang dari kawasan yang berhampiran dengan Farmagusta sehingga ke bahagian hujung paling utara Cyprus. Semenanjung ini meliputi sebahagian besar pulau dan tanahnya menganjur sehingga 80 km panjang dan 20 km lebar, ke arah Turki dan Syria.

Karpasia termasuk dalam salah satu bahagian yang paling kurang tercemar di seluruh kawasan Mediterranean. Boleh dikatakan ia bebas dari masalah kepadatan industri dan manusia. Ia salah satu tempat yang paling kurang didiami di pulau ini dan mempunyai pantai-pantai yang paling cantik serta sepi dan lengang. Kawasan ini hanya terkenal kerana keldai liarnya yang sangat banyak. Namun dengan keindahannya yang belum terusik dan kemudahan-kemudahan yang makin bertambah, kini ia menjadi destinasi pilihan dan penting.

Keldai liar Karpaz .... kami tidak menjumpai mereka
kerana  tidak sampai di kawasan tempat mereka tinggal
Sebelum meneruskan perjalanan ke utara, kami ke Guzelyurt terlebih dahulu. Nama Guzelyurt ini bermakna "Tempat yang Indah" atau "Beautiful Place", terletak di kakibukit Pergunungan Troodos dan merupakan kawasan pertanian yang paling subur di pulau ini. Ia sebuah pekan yang terletak di
bahagian barat Cyprus Utara, dan adalah juga pusat untuk Daerah Guzelyurt.
Guzelyurt - maklumat dari buku panduan pelancong
Walaupun namanya bermaksud tempat yang cantik tetapi ia bukanlah tempat yang biasa dikunjungi pelancong. Namun ia menjadi satu tarikan kepada mereka yang ingin melihat sebahagian daripada Cyprus Utara yang masih tidak terkesan dengan pelancongan.

Sepertimana biasa kami akan mencari masjid untuk dilawati di mana-mana tempat yang kami singgah jika ada masjid di situ. Kebiasaannya saya akan turut serta bersama suami masuk ke dalam masjid tetapi pagi ini terasa malas pula. Saya hanya tunggu di kereta. Apabila melihat gambar-gambar yang diambil oleh suami, terasa menyesal pula tidak masuk ke dalam.

Guzelyurt  Fatih Camii


Masjid dibina pada 1982 melalui
sumbangan dari kerajaan Arab Saudi






Hiasan dalaman yang sangat indah
Jom pusing-pusing di pekannya pula!



Guzelyurt .... 11.00 pagi 30 Jun 2018
Inonu Square
Biara dan gereja Agias Mamas ...
 antara tempat yang menarik dan menonjol di sini
Setelah berputar-putar sebentar di kawasan pekan dengan kereta, kami pun memulakan pengembaraan ke Semenanjung Karpaz. Mengikut peta dari Google kami akan membuat perjalanan sejauh 324 km. Jadi banyaklah benda dan pemandangan menarik yang dapat kami lihat di sepanjang laluan ini. Antaranya Masjid Hala Sultan di pinggir bandar Nicosia utara yang baru siap dibina dan  merupakan masjid yang terbesar di Cyprus Utara. Ia adalah replika kepada Masjid Selimiye di Edirne, Turki yang dibina semasa zaman Empayar Uthmaniyah, tetapi dengan siaz yang lebih kecil.
Hala Sultan Camii .... dilihat dari jauh
Foto diambil dari dalam kereta
Masjid terbesar di Cyprus Utara - boleh memuat 3000 jamaah
Foto diambil ketika kereta lalu di tepinya
Pembinaan masjid ini menjadi kontraversi kerana ia ditentang oleh sekumpulan penduduk yang berfahaman "Islam Liberal" yang mengatakan jumlah masjid yang dibina lebih banyak daripada jumlah sekolah. Pembinaannya adalah hasil dari sumbangan kerajaan Turki. Selain daripada masjid ini, pemandangan rupabuminya juga menarik minat kami. Perkampungan yang berlatarbelakangkan Banjaran Troodos sangat menarik dan cantik.

Satu pemandangan yang indah
Lagi satu benda yang menarik di sepanjang jalan di utara ini ialah kamera perangkap laju yang terpacak dengan begitu banyak sekali di sini, berbanding yang ada di selatan. Kamera ini berfungsi dua hala bagi jalan satu lorong tetapi hanya sehala bagi jalan 2 lorong. Denda antara 50 hingga 150 Euro dikenakan untuk setiap kesalahan bergantung pada kelajuan yang dipandu. Boleh dikatakan di setiap persimpangan utama di lebuhraya dari Nicosia ke Farmagusta di pacak kamera ini.

Amaran seperti ini diletakkan
sebanyak 4 kali dalam jarak 100 m 
..... sebelum sampai kepada kamera ini
Singgah di pekan Iskele (Trikomo) sebentar utk makan tengahari
Our lunch .... piza Cyprus
Pantai di daerah Iskele dikatakan antara yang terbaik di dunia
.... dari buku panduan pelancong ke Cyprus Utara
Iskele adalah pusat pentadbiran bagi Semenanjung Karpaz. Berkurun-kurun lamanya ia dikenali sebagai Trikomo, nama yang menunjukkan ia adalah gabungan antara 3 kampung. Nama Iskele diberi oleh orang-orang Turki yang berhijrah ke sini selepas 1974. Ia juga merupakan "pintu masuk" ke Semenanjung Karpaz.

Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan tanpa berhenti sehingga ke Dipkarpaz  (Rizokarpaso), pekan yang terletak di hujung semenanjung. Ia adalah pekan terbesar di Semenanjung Karpaz. Kedudukan semenanjung ini yang agak terpencil menyebabkan tidak ada tempat yang  berstatus bandar di sini. Persekitaran Dipkarpaz  terkenal sebagai kawasan terbiar semulajadi yang masih belum terusik.

Wilayah perbandarannya  mempunyai Taman Negara Karpaz, tempat tinggal keldai Karpaz dan beberapa pantai terbaik di pulau ini. Ada sejumlah 46 buah pantai berpasir di Semenanjung Karpaz yang menjadi tempat utama penyu bertelur bagi kawasan Mediterranean Timur. Penyu yang datang ke sini ialah jenis penyu  loggerhead dan penyu hijau.

Kami tiba di bandar ini lebih kurang jam 2 petang, jadi kami terus mencari masjidnya untuk solat. Tidak jauh dari masjid ini ialah "White Church" yang dikenali sebagai Agios Synesios.



Dipkarpaz Camii .... siap dibina pada 1992
Hiasan dalaman masjid ini lebih kurang sama yang terdapat di Masjid Guzelyurt. Jom masuk!




Corak dan warna jubin yang digunakan hampir sama


Oleh kerana kami kesuntukan masa, dalam pukul 3.00 ptg kami sudah mula keluar dari pekan ini walaupun niat di hati ingin meneruskan pengembaraan sampai ke "hujung jari" pulau ini. Destinasi seterusnya ialah ke Gazimagusa (Famagusta). Sebelum meneruskan pejalanan, kami sempat berfoto di beberapa lokasi menarik sebagai kenang-kenangan.
Patung Mustafa Kemal Ataturk dan kalimah yang  bermakna lebih kurang
"Kekuasaan dan kepintaran orang Turki yang tidak boleh dikalahkan"
White Church atau Agios Synesios - gaya Gothic dan Byzantine ..... 
kedudukan masjid lebih tinggi membolehkan ia dilihat bersama gereja
Gambar ini diambil kerana berminat dengan
 rekabentuk tong sampah yang agak unik
Selamat tinggal Dipkarpaz ...... 3.30 pm 30 Jun 2018
Seterusnya kami ke Gazimagusa atau Famagusta dalam bahasa Greek. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Bandar yang terletak di pantai timur Cyprus ini sudah terkeluar dari bahagian  Semenanjung Karpaz.
Sudah sampai ke Famagusta
Iskele Belediyesi ..... tanda sempadan perbandaran Iskele
 yang termasuk dalam daerah Famagusta
Satu masa dahulu Famagusta adalah tempat peranginan yang paling glamor di kawasan Mediterranean. Di awal 70-an ia telah menjadi pusat pelancongan nombor satu di Cyprus. Ia juga mempunyai pelabuhan yang terdalam di Cyprus dan pernah menjadi pelabuhan utama pulau ini. Semua fakta ini berlaku sebelum tahun 1974, sebelum kemasukan Turki ke sini.

Kini Famagusta seperti terbahagi kepada 2 bahagian - bandar lama dan bandar baru. Bandar lama mempunyai banyak bangunan yang berupa tinggalan sejarah dan boleh dilawati oleh sesiapa sahaja. Namun di pekan baru hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk kerana ia telah menjadi kawasan larangan bagi orang awam. Bandar baru yang dipanggil "ghost town" ini dikenali dengan nama Varosha dan merangkumi 20% daripada daerah Famagusta.

 Dari 1970 hingga 1974 Varosha merupakan antara destinasi pelancongan yang paling terkenal di dunia, dan menjadi destinasi kegemaran selebriti terkenal seperti Elizabeth Taylor, Richard Burton, Raquel Welch, dan Brigitte Bardot. Bagi memenuhi keperluan kehadiran pelancong yang membanjiri kawasan ini, banyak bangunan-bangunan tinggi dan hotel dibina ketika itu, tetapi kini tempat itu tidak berpenghuni lagi 😢. Tempat ini menjadi peringatan kekal kepada penduduk Cyprus, apa yang telah terjadi kepada negara mereka lebih 40 tahun yang lalu.
Varosha .... sayang seribu kali sayang dibiarkan tidak berpenghuni
akibat konflik politik dan agama ... sumber foto: www.telegraph.co.uk
Kami tidak sampai ke Varosha kerana memang dari awal hanya berniat untuk melawat bahagian
bandar lama kerana kesuntukan masa. Jom kita ke sana!

Sepertimana biasa kami suka melawat masjid di tempat-tempat yang kami kunjungi terutama masjid yang kaya dengan nilai sejarahnya dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Di Famagusta juga ada sebuah masjid yang kami 'mengidam' menziarahinya, iaitu Masjid Lala Mustafa Pasha, di mana masjid ini termasuk dalam salah sebuah masjid yang diiktiraf sebagai warisan UNESCO. Ada sebuah lagi masjid yang dalam ketegori ini, yang sudah kami lawati iaitu Masjid Koutoubia di Marrakesh Morocco.
Masjid Lala Mustafa Pasha atau
St Nicholas Cathederal

The Lala Mustafa Pasha Mosque originally known as the Cathedral of Saint Nicholas and later as the Saint Sophia (Ayasofya) Mosque of Mağusa, is the largest medieval building in Famagusta, Cyprus. Built between 1298 and 1400, it was consecrated as a Catholic cathedral in 1328. The cathedral was converted into a mosque after the Ottoman Empire captured Famagusta in 1571 and it remains a mosque to this day. From 1954 the building has taken its name from Lala Mustafa Pasha, the Grand Vizier of the Ottoman Empire from Sokolovići in Bosnia, who served Murat III and led Ottoman forces against the Venetians in Cyprus.
Bahagian depan masjid

Bahagian belakang masjid
Bahagian tepi masjid
Kelihatan tangga untuk naik ke salah satu dari 2 menara
Rekabentuk masjid ini mengikut senibina Gothic. Struktur binaan bangunan ini kelihatan sama dengan gereja Notre-Dame de Reims di Perancis. Beberapa ciri asalnya telah dikekalkan walaupun banyak perubahan telah dibuat ketika menukarkan penggunaannya dari sebuah gereja ke sebuah masjid. Ada beberapa kubur lama dari abad ke-14 juga dikekalkan.

 Menara kembarnya boleh dilihat dari setiap pelosok bandar. Bahagian atas menara ini telah rosak teruk akibat bedilan tentera Uthmaniyah dalam salah satu serangan ketika kepungan pada 1571, dan juga akibat dari gempabumi selepas itu. Kerosakan itu tidak pernah dibaiki tetapi sebuah menara baru untuk masjid telah ditambah.
Jom lihat bahagian dalam pula!
Salah satu pintu masuk ... tertulis ...
Lala Mustafa Pasa Camii
1298 - 1312
Mungkin makna yang tertulis ...
Quran yang diberi oleh Recep Tayyip Erdogan
 ketika lawatannya ke masjid ini pada 19 July 2006
Senibina Gothic


Di sinilah Raja-raja Lusignan
 ditabalkan sebagai Raja Jurusalem
Kingdom of Jerusalem dikuasai oleh raja-raja dari Eropah dari 1099-1291. Manakala Raja-raja Lusignan dari Peranchis pula menjadi Raja Jerusalem dari 1268-1291, iaitu bahagian hujung pemerintahan beraja ini. Salahuddin al-Ayubi merampas kota Jerusalem dari tangan mereka pada 1187. Walaupun mereka telah kehilangan kota Jerusalem, raja-raja ini telah memindahkan pusat pemerintahan mereka ke kota Acre, yang akhirnya jatuh pada 1291.
Kingdom of Cyprus pula wujud antara 1192 dan 1489, dan dikuasai oleh Raja Lusignan dari Peranchis yang menggunakan gelaran Raja Cyprus. Selepas 1291 tidak ada lagi Raja Jerusalem tetapi Raja-raja Cyprus masih terus memakai gelaran Raja Jurusalem ini. Mereka akan ditabalkan sebagai Raja Cyprus di Nicosia, kemudian diikuti pertabalan sebagai Raja Jerusalem di Famagusta.



Di tengah-tengan bandar lama ini ada sebuah dataran yang dipanggil Namik Kemal Meydani. Di sebelah timur dataran inilah letaknya Masjid Mustafa Lala Pasha. Di sekeliling dataran ini ada lagi beberapa runtuhan dan bangunan lama yang kaya dengan sejarahnya seperti masjid ini. Terdapat 2 buah makam, imam dan mufti di kawasan luar masjid.
East African fig tree ... di batang pokok itu ada tertulis
1299, dikatakan pokok tertua yang masih hidup di Cyprus
..... pokok ini berada di depan pintu masjid
Makam imam Mustapha Efendi
Makam Mahmet Omer Efendi ... mufti Damascus
yang telah dihantar bertugas sebagai mufti di Cyprus
Kedudukan pokok yang dikatakan  berumur beratus tahun
dan ukiran patung kepala Namik Kemal di depan madrasah
Bangunan di sebelah kiri pokok ( berbumbung kubah) itu adalah Restoran Ginko. Asalnya adalah sebuah madrasah yang dibina pada 1578 semasa zaman Uthmaniyah. Bangunan ini tidak lagi berfungsi sebagai madrasah di akhir 1920-an apabila kerajaan Turki menutup semua madrasah dan melakukan reformasi dalam sistem pendidikannya. Keputusan ini turut diikuti oleh Cyprus.
Namik Kemal Dungeon ... 
Kurungan bawah tanah ini pernah menempatkan Namik Kemal dari 1873-1876. Tapak bangunan ini asalnya sebahagian dari runtuhan Istana Venetian. Ia dibina ketika era Uthmaniyah dan kini telah menjadi sebuah muzium kecil. Pada awalnya Namik Kemal dikurung dalam bilik bawah tanah tetapi tidak lama selepas itu, dia  dipindahkan ke bilik atas.

Namik Kemal adalah seorang penulis dan penyair terkenal Turki, dan juga seorang nasionalis. Dia dipenjara kerana tulisannya yang menentang kerajaan ketika itu. Dataran ini telah diberi nama sempena nama penyair ini, yang diberi jolokan 'Shakespeare Turki'. Ada dibuat ukiran patung bahagian kepalanya (bust) dan diletakkan di hadapan bangunan madrasah atau restoran Ginko.
Namik Kemal Meydani
Runtuhan bangunan Jafar Pasha baths
 yang kini telah dijadikan Hamam Inn bar
Church of Sts. Peter and Paul (1359) was converted into a
mosque in 1571 and renamed as the Sinan Pasha Mosque.
Petikan dari: http://www.whatson-northcyprus.com/interest/famagusta/famagusta/sinan_pasha_mosque.htm
It was built around 1360, supposedly with a third of the profits of a single trading venture of one of Famagusta's wealthiest businessmen, Simon Nostrano. it is one of the largest of the Gothic cathedrals in Famagusta, and is similar in design to St George of the Greeks, which was built around the same time.

During the British time, the mosque was used as a potato and grain store, leading to it being known locally as the "wheat mosque" (Bugday Cami). It was further used as a store for redundant council equipment. In 1934 it was a petrol store. By 1964 it had been converted into Famagusta's town hall and library. Records from 1968 has it as a cafe, bar and dance hall. It is currently closed pending renovation.

In the southern courtyard, underneath the second row of buttresses, you will find the grave of Yirmisekiz Celebi, who was a renowned diplomat, serving as the Ottoman ambassador to France, but died in exile in Cyprus in 1732.


Runtuhan Venetian Palace - tempat tinggal Komander Bragadin
 yang mengetuai barisan pertahanan Famagusta melawan tentera Uthmaniyah
dan dipercayai mati disiksa di hadapan istana ini juga
Bola besi (hitam) ditembak menggunakan meriam
Bola batu (putih) dibaling mengunakan lastik
Sebahagian dari kedai-kedai di tepi jalan
Alhamdulillah, akhirnya kami dapat melihat beberapa bangunan tinggalan sejarah yang sangat indah dan unik, terutama Masjid Lala Pasha yang sarat dengan sejarahnya😊. Kami ada lagi satu misi menziarah masjid selepas ini iaitu di Nicosia, yang juga bekas sebuah gereja. Insya Allah jumpa di sana pula.