Ini adalah catatan untuk lawatan 2 tahun lepas (2016). Kami ke Bandung terlebih dahulu sebelum ke Jakarta untuk beberapa hari. Dari Bandung kami menaiki bas mini. Lebih kurang jam 12.30 pagi baharu kami tiba di hotel penginapan kami di Jakarta, setelah hampir lima setengah jam perjalanan. Sebenarnya hotel kami bukan berada di pusat bandar Jakarta tetapi di Selatan Tangerang, lebih kurang sejam lebih perjalanan lagi ke sini. Perjalanan kami ke sini adalah atas urusan kerja. Suami ada seminar yang berlangsung di hotel ini dari 2-4 Oktober.
|
Hotel Santika Primiere bersebelahan dengan ICE (Indonesian Convention Exhibition - yang terbesar di Indonesia) |
|
Yaa .... inilah hotel kami .... tengahari 2 Okt 2016 |
Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta) adalah ibu negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisir bahagian barat laut Pulau Jawa. Ia pernah dikenali dengan beberapa nama, di antaranya Sunda Kelapa, Jayakarta, dan Batavia. Bagi orang luar dari Indonesia, Jakarta lebih dikenali dengan nama jolokan The Big Durian kerana dianggap kota yang setanding New York City (Big Apple) di Indonesia.
|
Kedudukan Jakarta di Pulau Jawa |
Jakarta, terletak di dataran rendah pada ketinggian rata-rata 8 meter dpl. Keadaan ini menyebabkan Jakarta sering dilanda banjir. Sebelah selatan Jakarta merupakan daerah pegunungan dengan curahan hujan yang tinggi. Jakarta disaliri oleh 13 sungai yang semuanya bermuara ke Teluk Jakarta. Sungai yang terpenting ialah Ciliwung, yang membelah kota menjadi dua. Jakarta memiliki suhu udara yang panas dan kering atau beriklim tropika, yang sangat berbeza dari cuaca di Bandung!
Semenjak dimasyhurkan sebagai ibu kota pada 1961, penduduk Jakarta bertambah dengan sangat pesat akibat keperluan tenaga kerja mengurus-tadbir yang hampir semuanya berpusat di Jakarta. Dalam jangka waktu 5 tahun sahaja, jumlah penduduknya berlipat lebih dari dua kali ganda. Situasi ini menyebabkan beberapa tindakan diambil oleh pemerintah bagi menyekat kelajuan pertambahan penduduk tetapi tidak berjaya. Hingga ke hari ini Jakarta masih terus bergelut dengan masalah-masalah yang terjadi akibat kepadatan penduduk, seperti banjir, kesesakan, serta kemudahan pengangkutan umum yang tidak mencukupi.
Hari pertama di Jakarta kami telah ke pusat kota selepas Zohor dengan menaiki Grab car. Kami terus ke pasar Tanah Abang, yang dikatakan pasar terbesar di Asia Tenggara. Kami bukan hendak 'bershopping' sakan di siniđtetapi hanya berjalan-jalan sambil melihat keadaan pasar yang sangat terkenal ini. Kami sempat makan tengahari di sini dan membeli-belah sedikit. Sebahagian kedainya sudah mula mengemas kerana ada yang tutup seawal jam 4 atau 5 petang. Barang dagangannya lebih kurang sama yang terdapat di Pasar Baru Bandung tetapi dalam kawasan yang lebih luas.
|
Pasar Tanah Abang |
Petikan dari jakarta-tourism.go.id
Pasar Tanah Abang dulu disebut Pasar Sabtu karena hanya buka setiap Sabtu. Pasar yang kini jadi pusat jual-beli barang tekstil itu didirikan Yustinus Vinck pada 30 Agustus 1735. Pasar itu sempat diporak-porandakan dalam tragedi Chineezenmoord tahun 1740.
Tahun 1881, Pasar Tanah Abang berangsur pulih. Pasar mulai dibuka dua hari, Sabtu dan Rabu.
Perputaran uang di pasar yang kini terletak di kawasan Jakarta Pusat itu kian meningkat.
Pembangunan Stasiun Tanah Abang pun semakin membuat bisnis tekstil semakin menggeliat.
Pasar Tanah Abang akhirnya dibuka setiap hari, bangunan semi permanen telah berubah menjadi gedung-gedung bertingkat yang dapat menampung ratusan bahkan ribuan pedagang.
|
Bajai ... pangangkutan yang murah di Jakarta ... hanya 25k rupiah |
|
Bajai-bajai menuju ke Monas .... dari dalam bajai yang dinaiki |
Dari sini kami naik bajai ke Monas, iaitu singkatan kepada Monumen Nasional, yang menjadi lambang Jakarta. Dengan bentuk yang khas dan kawasan persekitaran seluas 80 hektar, Monas juga berperanan penting sebagai ruang terbuka hijau di pusat Jakarta.
Monas dan kawasan sekitarnya dikenali dengan berbagai nama, silih berganti, dari Lapangan Gambir, Lapangan Ikada, Lapangan Merdeka, Lapangan Monas, dan Taman Monas. Ia mulai dibina pada 17 Ogos 1961 dan dibuka untuk umum pada Julai 1975. Pembinaannya telah mendapat tentangan dari berbagai pihak, terutama mahasiswa kerana ianya dianggap satu pembaziran.
|
Tugu Monas ... 132 m tinggi |
|
Pelataran cawan |
Bentuk monas sering digandingkan dengan alu dan lesung, untuk menumbuk padi. Ukuran Monas pula melambangkan tanggal Kemerdekaan RI, 17 Ogos 1945 .... tinggi pelataran cawan dari dasar 17 meter. manakala rentang tinggi antara ruang museum sejarah ke dasar cawan adalah 8 meter (3 meter di bawah tanah ditambah 5 meter tangga menuju dasar cawan), dan luas pelataran yang berbentuk bujur sangkar, berukuran 45 x 45 meter.
|
Lidah api di puncak menara |
Lidah api ini melambangkan semangat perjuangan rakyat Indonesia yang berkobar ketika melawan penjajah. Ketika dibina emas yang digunakan untuk melapisi lidah api mempunyai berat 35 kilogram. Namun pada tahun 1995, ketika Indonesia merayakan ulang tahun emas kemerdekaan yang ke-50 tahun, lapisan emasnya ditambah lagi hingga seberat 50 kilogram
|
Lapangan di sekitar menara Monas ... ptg 2 Okt 2016 ... pemandangan dari atas cawan |
|
Keretapi yang membawa pengunjung dari pintu masuk taman ke menara dan sebaliknya .... kami tidak berjaya naik kerana terlau ramai yang menunggu |
Menara Monas ini bukan saja sekadar tugu, malah menjadi tempat rekreasi dan aktiviti yang menarik bagi warga Jakarta. Di bawah menara ini ada sebuah muzium sejarah berserta kemudahan-kemudahan yang lain seperti ruang solat dan bilik air. Kawasan hijau yang luas di luar pula sangat sesuai untuk aktiviti bersukan. Menara ini juga boleh dinaiki sehingga ke puncak. Namun pada hari lawatan kami aktiviti ini sudah ditutup ... mungkin kerana berada di luar waktunya, tetapi tiada pula kelihatan sebarang notis mengenainya.
|
Kawasan muzium di bawah menara |
|
Salah satu bahan pameran yang terdapat di muzium |
|
Monas bertukar rupa ... |
Kami tinggalkan kawasan tugu Monas ketika hari sudah gelap .... Monas bercahaya pada waktu malam. Dari sini kami naik bajai lagi sekali menuju ke Pasar Baru Jakarta. Pasar ini juga merupakan salah satu pusat perdagangan tertua di Jakarta. Ia dibangun pada masa VOC (Verenigde Oost Indsche Company) yang berkuasa sekitar tahun 1820. Tahun pembinaan tersebut juga tertera di bawah tulisan “Passer Baroe” di pintu masuk. Dulu, Pasar Baru / Passer Baroe merupakan sebuah kawasan perbelanjaan elit warga ekspatriat kerana kedudukan pasar ini yang berdekatan dengan penempatan mereka.
|
Pintu masuk Pasar Baru ....tertulis Passer Baroe 1820 |
Keadaan di Pasar Baru ini bukanlah seperti yang saya bayangkan, seperti di Pasar Baru Bandung dan Pasar Tanah Abang Jakarta, di mana kedai-kedainya berada dalam bangunan besar. Sebaliknya, ia adalah pasar terbuka dengan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ketika kami berada di sini hari sudah gelap. Di samping kedai-kedai tetap yang masih membuka perniagaan mereka, ada juga peniaga yang membuka gerai-gerai di tepi jalan yang mana keadaannya seperti pasar malam.
Dari Pasar Baru kami ke
Thamrin City Mall, juga dengan menaiki bajai. Kali ini tambangnya sebanyak 30k rupiah.Thamrin City atau Thamrin City Mall merupakan pusat beli-belah yang besar di Jakarta Pusat, yang berada lebih kurang 300 meter dari Pasar Tanah Abang. Thamrin City bukan sekadar tempat membeli-belah tetapi ia juga menempatkan apartmment, town house, hotel, bank dan lain-lain kemudahan. Tempat ini agak mewah untuk berbelanjađtetapi kami ke sini untuk mencari makan, sebelum balik ke hotel.
|
Singgah makan di sini |
|
... sudah tentu makan gado-gadođ |
Akhirnya kami pulang ke hotel dengan menaiki kereta Uber dengan tambang sebanyank Rp108k. Ini lawatan pertama (2 0kt 2016) ke pusat kota Jakarta. Lawatan kedua dibuat pada 4 Okt, sebelum penerbangan balik ke Malaysia. Lagi sekali kami menyewa kereta Grab untuk berjalan-jalan di kota Jakarta.
Saya dan suami sangat suka menziarah masjid di tempat-tempat yang kami lawati jika ada kesempatan. Begitu juga di Jakarta ini, kami tidak melepaskan peluang menziarahi masjid utamanya iaitu Masjid Istiqlal. Dengan keupayaannya menampung seramai 200.000 jamaah dalam satu masa, menjadikannya masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Berdasarkan keluasan bangunan dan dataran, Masjid Istiqlal juga yang terbesar di Asia Tenggara dan keempat di dunia. Masjid ini diresmikan pada tahun 1978 untuk memperingati kemerdekaan Indonesia sebagai rasa syukur negara. Nama Istiqlal berasal dari bahasa Arab yang berarti
'kemerdekaan'.
|
|
Jom jalan-jalan!
Di kawasan Kota Tua ini terdapat banyak bangunan-bangunan lama atau tua bersejarah seperti Toko Merah, Cafe Batavia, Menara Syahbandar, Pos Indonesia, Stesen Jakarta Kota, dan Jambatan Kota Intan.
|
Jom mengimbau kembali keindahan zaman lampau ..... 4 Okt 2016 |
|
Banyak terdapat kafe atau restoran di sini |
|
Kafe Batavia - dibina sekitar 1830-an |
|
Bangi Kopitiam |
|
Muzium Fatahillah (Muzium Sejarah Jakarta) sedang dibaikpulih
...... lawatan pada pagi 4 Okt 2016 |
Apabila berada di kawasan ini, tempat tumpuan utama para pelancong, samada dalam atau luar negara, adalah Taman Fatahillah atau Fatahillah Square. Ia merupakan pelataran dari bangunan Fatahillah yang menempatkan Muzium Sejarah Jakarta. Dulunya ia adalah Balai Kota Batavia, yang dibina pada 1710 dan hanya dijadikan muzium pada 1975.
Fatahillah (Arab: ŮŘŞŘ Ř§ŮŮŮ) adalah tokoh yang dikenal mengusir Portugis dari pelabuhan perdagangan Sunda Kelapa dan memberi nama "Jayakarta" yang berarti Kota Kemenangan, yang kini menjadi kota Jakarta. Ia dikenali juga dengan nama Falatehan. Namanya diabadikan di banyak tempat, termasuklah Muzium Fatahillah.
|
Muzium Wayang - awalnya sebuah gereja dan
baru diresmikan sebagai museum pada 1975 |
|
Muzium Seni Rupa dan Keramik - dulunya gedung pengadilan tahun 1870. |
Di kawasan Kota Tua terdapat Museum Sejarah Jakarta atau Museum Fatahillah, Museum Wayang, Museum Bahari, Museum Seni dan Keramik, Museum Mandiri dan Museum Bank Indonesia.
|
Pejabat Pos Jakarta Taman Fatahillah - senibina gaya Art Deco |
|
Beroperasi sebagai pejabat pos sejak 1928 di Zaman Belanda |
|
Gedung Jasindo - dibina pada 1912 |
Gedung Jasindo adalah bangunan bekas gedung NV West-Java Handel-Maatschappij (WEVA) atau Kantoorgeouwen West-Java Handel-Maatschappij, yang dibina pada tahun 1912. Gedung ini sekarang dimiliki oleh PT Asuransi Jasa Indonesia (Jasindo), namun sudah tidak dipergunakan lagi.
Gedung ini telah dibaikpulih dan sekarang kembali utuh dengan fasad atau muka bangunan yang dikembalikan seperti asajnya. Cuma tulisan WEVA yang dulu ada di dinding tingkat tiga sekarang diganti tulisan Gedoeng Jasindo. Tulisan gedungnya menggunakan ejaan lama di mana huruf 'u' ditulis dengan huruf 'oe'.
|
Stesen ini juga dikenali sebagai Stesen Beos - dibina pada 1870 |
|
Kawasan berhampiran |
Kawasan Kota Tua tidak hanya berpusat di Taman Fatahillah dan muzium sahaja. Masih banyak tempat lain yang jarang diketahui sebagai sebahagian dari Kota Tua. Di sini juga terdapat "China Town" yang berpusat di kawasan Glodok. Tempat itu menyimpan sejarah pusat perniagaan masyarakat Cina dan tempat-tempat ibadat mereka. Selain itu ada masjid-masjid tua seperti Masjid Luar Batang, Masjid An–Nawier dan Masjid Langgar Tinggi.
Selain dari menikmati keindahan senibina bangunan-bangunan lama, di Kota Tua ini juga terdapat beberapa aktiviti menarik bagi para pengunjung. Di sepanjang pinggiran jalan terdapat berbagai-bagai bentuk perniagaan seperti artis jalanan, berfoto bersama seniman jalanan dengan kostum yang beranika ragam dan pedagang-pedagang kaki lima yang menjaja makanan dan beranika jenis barang lain.
|
Macam duduk atas anginđ |
|
Seorang lagi orang ajaibđ..... perlu bayar kalau ingin bergambar bersama mereka |
|
Boleh mendapatkan khidmat pelukis jalanan untuk membuat potret dalam masa 3 minit |
Suatu yang menonjol di Taman Fatahillah ini adalah deretan basikal berwarna-warni yang disewakan kepada pengunjung, lengkap bersama topi dengan warna yang sesuai dengan basikalnya. Basikal yang digunakan adalah dari jenis basikal tua atau sepeda onthel dalam bahasa Indonesia.
|
Berbasikal pusing-pusing di Taman Fatahillah sambil berfoto |
|
Sepeda Onthel disewa bersama topi |
|
Deretan basikal tua atau sepeda onthel dengan berbagai warna menarik untuk disewa |
Kami cuba mencari cenderahati yang boleh dibawa balik ke Malysia di sini tetapi tidak berjumpa yang sesuai. Jadi kami ke
Lenggang Jakarta pula untuk mencarinya sebelum pulang ke Malaysia.
|
Lenggang Jakarta |
Lenggang Jakarta adalah kawasan 'food court' di daerah Monas, tepatnya di Jalan Merdeka Selatan, yang dahulunya lebih dikenali dengan nama Parkir IRTI Monas. Ia baru dibuka pada Mei 2015.Tempat ini menampung pedagang kecil dan pedagang kaki lima yang dahulunya berkeliaran di sekitar Monas. Tempat ini dilengkapi kemudahan seperti mesin vending minuman, tandas, tandas OKU, wifi percuma dan 350 gerai termasuk makanan dan cenderahati. Ya, akhirnya kami jumpa suvenir untuk dibawa pulang dengan harga yang sangat murah, alhamdulillah .....