Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.
Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!
😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!
Pada pagi 28 Jun (sekitar jam 10.30pg) kami sudah bertolak ke Cyprus Utara, dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang jam 3 petang. Dalam perjalanan kami menyinggah di 2 tempat yang difikir menarik.dan tidak perlu melencong terlalu jauh dari jalan yang dilalui.
Perjalanan kami dari Limassol ke Morphou ... singgah di Agridia (berhampiran Agros) dan Banjaran Troodos (Mount Olympus) |
Setiap bandar ada 2 nama .... nama Greek dan Turki |
Persimpangan di Troodos square ... bandar yang dituju... Lefkosia atau Nicosia |
Troodos square |
Troodos Square refers to a small collection of shops and accommodations high up in the Troodos mountain range (altitude 1707m). A popular cobbled street square offering market stalls
You can buy many souvenirs items, traditional sweets, of all kinds, rose products, dried fruits (no added sugar), beverages, clothing, footwear and everything else you need! You can also find a playgorund for your kids as well as cafeterias and restaurants to enjoy moments while watching the amazing view.
Tempat ini berada di ketinggian 1707 m ... tengahari 28 Jun 2018 |
Ini ialah tempat berhenti di tepi jalan ... khusus untuk ... |
menikmati keindahan alam ciptaan Allah ... siap ada tempat duduk untuk berihat sambil ... |
..... menikmati pemandangan alam yang menakjubkan |
Teruja nampak nama ini .... tapi bukan seperti yang disangka |
Prophet Elias Church of Agridia ... mula dibina pada 1956 dan siap 1960 .... berkonsepkan senibina gereja Bizantin |
Kg Agridia ini berada di tanah tinggi |
Oleh kerana sudah sampai ke sini .....
kami hayati sajalah pemandangan yang cantik dari sini |
Border crossing Ayios Dhometios, Nicosia, Northern Cyprus .... ptg 28 Jun 2018 .... |
sumber foto: http://www.thecypriotpuzzle.org Bendera Cyprus Utara gergasi sepanjang 1,400 kaki di lereng Gunung Pentadaktylos (Besmark- bahasa Turki) |
Kini di bandar Nicosia monumen ini seperti mengingatkan penduduknya buat selamanya, yang negara mereka telah terpisah dan dibahagi dua. Bagi tujuan penjagaan bendera gergasi ini, sebuah unit khas dari Turki akan datang secara berkala membawa cat putih dan merah untuk tugas membaik pulih. Namun bagi orang-orang Greek di selatan, mereka tidak senang melihat bendera jiran mereka di utara ini, yang sentiasa diterangi dengan beribu-ribu lampu di waktu malam.
Jika ingin membawa kereta menyeberangi sempadan seperti yang kami buat, perlu membeli insuran kereta. Insuran ini boleh dibeli di sempadan sahaja, berdekatan dengan pejabat imigresen. Ketika di pos imigresen, setiap orang akan dikehendaki mengisi maklumat pada sekeping kertas putih dengan nama dan nombor paspot kita. Kertas inilah yang akan dicop, bukannya paspot, dan maklumat di dalamya akan dimasukkan ke dalam sistem komputer untuk merekod yang kita telah menyeberangi sempadan. Dokumen insuran juga kena tunjuk, atau kita tidak dibenarkan masuk. Waktu kaluar juga sama, tunjukkan kertas putih ini bersama paspot agar rekod komputer dapat dikemaskini.
Penginapan dalam universiti |
Kami tiba di sini lebih kurang jam 3 petang. Kami telah diberi penginapan secara percuma di Guest House ini oleh pihak universiti selama 2 malam iaitu dari 28Jun-30Jun. Sempat jugalah kami berjalan ke beberapa tempat menarik dan bandar berhampiran. Universiti ini terletak di Kalkanli dalam daerah Guzelyurt ( Morphou ), 50 km ke barat Nicosia dan 6 km ke utara Morphou. METU NCC merupakan cawangan dari METU Angkara.
Guest House dari luar |
Kawasan berhampira Guest House.... ptg 28 Jun 2018 |
Pada petang 29 Jun kami sempat berjalan-jalan di Kyrenia yang terletak lebih kurang sejam lebih perjalanan dari Kalkanli. Insya Allah kita jumpa lagi di sana dalam entri yang lain.
Related Posts:
Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?
Kembara Cyprus
Kembara Cyprus - Limassol
Kembara Cyprus - Paphos
Kembara Cyprus - Kyrenia
Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?
Kembara Cyprus
Kembara Cyprus - Limassol
Kembara Cyprus - Paphos
Kembara Cyprus - Kyrenia